Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Strategi Pengimarahan Masjid Melalui Gaya Kepimpinan Nazir Masjid di Selangor: Strategy of Enlivement The Mosque Through Nazir Leadership Style in Selangor
Abstrak
Masjid merupakan lambang utama dalam menjana kegemilangan umat Islam di sepanjang zaman. Sejarah telah membuktikan betapa masjid telah memainkan peranan yang amat besar dalam konteks membina dan memacu pembangunan umat Islam dalam pelbagai aspek. Oleh itu, kepimpinan masjid perlu memainkan peranan penting dalam usaha mengurus dan mengimarahkan masjid. Kepimpinan yang bijak dan cekap serta bertanggungjawab menjadi pemangkin utama kecemerlangan masjid. Kajian ini mengenalpasti strategi pengimarahan masjid melalui gaya kepimpinan Nazir masjid di Selangor. Strategi pengimarahan masjid perlu diperincikan bagi memastikan usaha pengimarahan dan pengurusan masjid sebagai 'one stop center' dapat direalisasikan. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan pengedaran soal selidik untuk mendapatkan data utama. Kajian ini melibatkan seramai 200 responden yang telah menjawab borang soal-selidik tersebut. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk untuk mengenalpasti strategi pengimarahan Masjid Kariah Negeri Selangor. Bagi menentukan dimensi strategi pengimarahan Masjid Kariah Negeri Selangor, data telah dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menemukan empat strategi pengimarahan masjid melalui gaya kepimpinan nazir iaitu attention, interest, desire dan action. Daripada analisis statistik deskriptif yang dijalankan, nilai-nilai yang diperolehi bagi setiap item tersebut adalah; min = 4.37, sp = 0.46 (attention), min = 4.15, sp = 0.44 (interest), min = 4.15, sp = 0.47 (desire), min = 3.84, sp = 0.53 (action). Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa strategi pengimarahan masjid yang dilaksanakan melalui kepimpinan nazir mampu meningkatkan pengimarahan sesebuah masjid.
Kata kunci
Strategi, institusi masjid, gaya kepimpinan, pengimarahan masjid, pengurusan.
Abstract
The mosque is the main symbol in generating the glory of Muslims throughout the ages. History has shown how mosques have played a huge role in the context of building and driving the development of Muslims in various aspects. Therefore, the leadership of the mosque needs to play an important role in managing and enlivening the mosque. Wise, efficient and responsible leadership is the main catalyst for mosque excellence. This study is to identify the strategy of enlivening the mosque through the leadership style of the nazir mosque in Selangor. The strategy of enlivening the mosque needs to be detailed to ensure that the efforts of enliven and manage the mosque as one stop center can be realized. Data were obtained through a quantitative research through the issuance of a set of questionnaires and a total of 200 respondents who answered the questionnaire. Descriptive statistical analysis was used to identify the strategy of enlivenment the mosque state of Selangor. To determine the dimensions of the strategy enlivening the mosque state of Selangor, the data were analyzed using mean and standard deviation. The results of the study found four strategies of enlivenment the mosque through nazir leadership style is attention, interest, desire and action. From the descriptive statistical analysis conducted, the values obtained for each item are; min = 4.37, sp = 0.46 (attention), min = 4.15, sp = 0.44 (interest), min = 4.15, sp = 0.47 (desire), min = 3.84, sp = 0.53 (action). Overall shows that the strategy of enlivening the mosque implemented through the leadership of nazir is able to increase enlivenment the mosque.
 
Pendekatan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan Al-Quran Antara Dua Institusi Pra Tahfiz di Selangor: Communication Approach in The Teaching and Learning Memorizing of Al-Quran Between Two Pre-Tahfiz Institutions in Selangor
Kemahiran komunikasi merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai bagi para pendidik terutamanya untuk menjadikan proses pengajaran lebih berkesan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan komunikasi di antara guru dan pelajar Pra Tahfiz ketika proses pembelajaran al-Quran. Artikel ini menggunakan metode kualitatif dengan rekabentuk kajian etnografi. Instrumen kajian yang digunakan ialah temubual separa struktur terhadap guru Pra Tahfiz di dua pusat pengajian tahfiz di Selangor dengan pendekatan pemerhatian turut serta dan data kajian ini di analisis secara induktif. Hasil kajian mendapati terdapat lima pendekatan komunikasi yang digunakan oleh kedua-dua Pra Tahfiz iaitu komunikasi interpersonal, komunikasi penceritaan dalam PdP, komunikasi bertulis, latihan penyebutan berulangan dan pendekatan bermain dengan pelbagai pendekatan. Pendekatan yang dilakukan oleh kedua-dua Pra Tahfiz seperti menonton video bagi pengenalan surah-surah tertentu, dan melalui pertandingan berkumpulan. Implikasi daripada kajian menunjukkan pelajar Pra Tahfiz lebih cepat memahami arahan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat memupuk minat pelajar pra tahfiz dalam menghafal al-Quran
Abstract
Communication skills are an important element that must be presented and mastered for educators especially to make the teaching process more effective. This article aims to analyze the communication approach between teachers and Pre Tahfiz students during the process of learning the Quran. This article uses qualitative methods with ethnographic study design. The research instrument used was a semi-structured interview with Pre-Tahfiz teachers at two tahfiz schools in Selangor with a participatory observation approach and the data of this study were analyzed inductively. The results of the study found that there are five communication approaches used by both Pre-Tahfiz, namely interpersonal communication, storytelling communication in PdP, written communication, repetitive pronunciation training and play approach with various approaches. The approach taken by both Pre-Tahfiz is like watching a video for the introduction of certain surahs, and through group competitions. Implications from the study show that Pre-Tahfiz students are quicker to understand instructions and streamline the teaching and learning process and can cultivate pre-tahfiz students' interest in memorizing the Quran
Penerimaan Belia Non-Muslim Terhadap Aktiviti Dakwah di Lembah Klang: Non-Muslim Youth Acceptance of Preaching Activities in Klang Valley
Lembah Klang merangkumi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Purata belia yang tinggal di kawasan ini tinggi berbanding kawasan lain berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang mempunyai latar belakang budaya serta agama yang berbeza. Namun begitu, agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kepelbagaian kaum dan agama tidak menghalang masyarakat muslim dan non-Muslim hidup secara harmoni dan bertoleransi. Pola kehidupan majmuk tidak menolak tuntutan amanah agama dalam menyampaikan Islam kepada golongan non-Muslim melalui pelbagai pendekatan. Hal ini menunjukkan, aktiviti dakwah kepada masyarakat telah dilakukan sejak dahulu lagi tanpa mengenepikan hak beragama bagi masyarakat non-Muslim yang lain. Berdasarkan landskap sosiologi agama Malaysia, kelihatan bahawa hubungan interaksi antara agama sering dibayangi dengan kecenderungan terhadap persepsi-persepsi negatif dalam kalangan masyarakat multi-etnik yang berbilang agama, bangsa dan budaya (Muhammad Nazmi Abd halim & Jaffary Awang, 2016) Justeru itu, tulisan ini berobjektifkan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, persepsi, penglibatan, penerimaan belia non-Muslim terhadap aktiviti dakwah di Lembah Klang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedar soal selidik terhadap responden. Kepentingan kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti penerimaan dakwah dalam kalangan belia non-Muslim di Lembah Klang dari segi aktiviti yang dijalankan dan penglibatan golongan ini terhadap dakwah. Kajian ini juga penting untuk mengetahui tahap pengetahuan belia non-Muslim terhadap kepercayaan dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Hasil kajian, jelas membuktikan bahawa belia non-Muslim mempunyai pengetahuan asas berkenaan Islam, persepsi yang dibina juga dilihat cenderung ke arah yang positif selain boleh menerima dan melibatkan diri dengan aktiviti dakwah yang dilakukan di Lembah Klang.
Abstract
The Klang Valley covers the Federal Territory of Kuala Lumpur and Selangor. The average youth living in this area is high compared to other areas based on the Department of Statistics Malaysia which has different cultural and religious backgrounds. However, Islam is the official religion in this country based on the Federal Constitution. Diversity of races and religions does not prevent the Muslim and non-Muslim communities from living in harmony and tolerance. The pattern of plural life does not reject the demands of religious trust in conveying Islam to non-Muslims through various approaches. This shows that da'wah activities to the community have been done since time immemorial without neglecting the religious rights of other non-Muslim communities. Based on the sociological landscape of Malaysian religion, it seems that the relationship between religions is often overshadowed by the tendency to negative perceptions among multi-ethnic communities of various religions, races and cultures (Muhammad Nazmi Abd halim & Jaffary Awang, 2016) Thus, this article aims to identify the level of knowledge, perception, involvement, acceptance of non-Muslim youth on dakwah activities in the Klang Valley. This study uses quantitative methods by distributing questionnaires to respondents. The importance of this study is to identify the acceptance of da'wah among non-Muslim youths in the Klang Valley in terms of activities carried out and the involvement of this group in da'wah. This study is also important to know the level of knowledge of non-Muslim youth on the beliefs and culture practiced by the Muslim community. The results of the study clearly prove that non-Muslim youths have a basic knowledge of Islam, the perception built is also seen to tend in a positive direction besides being able to accept and engage in dakwah activities carried out in the Klang Valley
Penggunaan Kaedah Riwāyat Bi Al-Maʿna dalam Pengriwayatan Hadis-Hadis Motivasi di Malaysia: The Use of Riwāyat Bi Al-Maʿna in Narrating Motivational Hadiths in Malaysia
Nabi Muhammad SAW merupakan seorang pakar motivasi yang hebat. Penghayatan dan pengamalan terhadap tutur kata dan perbuatannya mendorong setiap individu untuk melakukan kebaikan. Justeru, ramai pemberi motivasi Islam yang menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai qudwah dalam ucapan, pengajian atau modul motivasi yang mereka sampaikan. Bertitik tolak dari itu, kaedah riw?yat al-?ad?th bi al-Ma?na sudah menjadi norma kebiasaan para penceramah motivasi yang menggunakan hadis Nabi Muhammad SAW demi untuk memudahkan sesi penyampaian mereka. Namun, para ulama menggariskan syarat-syarat yang tertentu bagi tujuan tersebut kerana khuatir akan implikasi negatif sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat tersebut. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas berkenaan perbahasan para ulama hadis berkaitan riw?yat bi al-Ma?na serta menganalisis penggunaan kaedah riw?yat bi al-Ma?na dalam pengriwayatan hadis-hadis motivasi di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah secara kualitatif dengan melakukan analisis kandungan secara tematik terhadap kajian para ulama berkaitan riw?yat bi al-Ma?na serta menganalisis hadis-hadis berkaitan motivasi dalam ceramah rancangan motivasi di Malaysia. Kajian mendapati, penggunaan kaedah riw?yat bi al-Ma?na dalam hadis wujud dan menjadi satu norma kebiasaan bagi para penceramah motivasi. Pada sudut negatifnya, terdapat kesalahan dalam hadis-hadis yang digunakan berpunca daripada ketidak patuhan mereka terhadap syarat-syarat dalam melaksanakan kaedah tersebut. Tambahan pula, para pengkaji turut menghadapi kesukaran untuk melakukan proses takhrij dan penentuan darjat hadis-hadis di Malaysia disebabkan terjemahan Bahasa Melayu yang menyukarkan para pengkaji untuk mencari teks asalnya dalam Bahasa Arab. Pengkaji berharap agar lebih banyak kajian dilakukan berkaitan aplikasi kaedah-kaedah dalam hadis terhadap realiti bagi menjamin kesucian dan keaslian kalam Nabi SAW.
Abstract
Prophet Muhammad SAW was a motivational expert. By practicing his words and actions will encourage individual to do good. For such reason, many Islamic motivators take him as a qudwah in delivering their speeches, teachings or motivation modules. From that point, the method of narrating hadith with meaning has become the norm of Islamic motivational speakers in order to facilitate their delivery sessions. However, the Islamic Scholars did outline certain conditions for that purpose, fearing the negative implications if the speakers do not comply with those conditions. Therefore, this paper will examine the discussion of hadith scholars that related to riw?yat bi al-Ma?na as well as analyse the use of the method in the narration of motivational hadiths in Malaysia. The methodology in this paper is qualitative by conducting thematic content analysis on the study of scholars related to riw?yat bi al-Ma?na as well as analysing the hadiths taken from motivational talks in Malaysia. This study found that the use of riw?yat bi al-Ma?na in hadith exists and becomes a common norm for motivational speakers. However, there are some errors in the presented hadiths due to their non-compliance with the outline conditions. Furthermore, the researchers faced such difficulties in takhrij and determining the degree of hadith due to its translation in Malay language that makes it harder to identify the original text in Arabic. They are also hoping that more studies can be done regarding the practical of hadith in reality to ensure the Prophet Muhammad SAW’s words
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dalam Kalangan Pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis): Online Teaching and Learning Towards Student of Bachelor in Al-Quran Language Studies Program, International Islamic University College Selangor (Iiucs)
Abstrak
Kertas kajian rintis ini cuba untuk mengkaji pengajaran dan pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran terhadap di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Sejak dunia dilanda pandemik COVID 19, putaran kehidupan manusia umumnya dan bidang pendidikan khususnya telah berubah hampir 360 darjah. Bidang pendidikan tidak kira di peringat rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi mengalami perubahan dari sudut pelaksanaannya. Bagi tujuan pengumpulan data, borang soal selidik dalam talian telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang pelajar Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran (ISBAQ) untuk mengkaji pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Hasil kajian mendapati 55% pelajar menegaskan pengajaran dan pembelajaran dalam talian memberi impak yang positif iaitu mudah dan cepat walau di mana berada tidak mengira masa, manakala 66% pelajar menyatakan aspek negatif pengajaran dan pembelajaran dalam talian disebabkan oleh masalah talian internet. Kesimpulannya, kajian mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam talian ini seperti menyediakan peruntukan data internet RM50 sebulan khususnya bagi pelajar di luar bandar yang mempunyai masalah capaian internet yang mana disokong oleh 91% pelajar. Diantara syor yang dikemukakan yang mendapat perhatian pelajar sebanyak 87% untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah menaiktaraf capaian internet di seluruh negara terutamanya di kawasan pedalaman.
Kata kunci
Pengajaran dan pembelajaran dalam talian, institusi pengajian tinggi, peruntukan data internet, penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan menaiktaraf capaian internet.
Abstract
This pilot study paper attempts to study online teaching and learning towards students of the Bachelor of Al-Quran Language Studies program on at the International Islamic University College Selangor (IIUCS). Since the world was hit by the COVID 19 pandemic, the cycle of human life in general and the field of education in particular has changed almost 360 degrees. The field of education, whether in primary, secondary or tertiary institutions, has undergone changes in terms of its implementation. For the purpose of data collection, online questionnaire forms were randomly distributed to 30 students of Bachelor of Quranic Language Studies (ISBAQ) to identify the online teaching and learning. The results of the study found that 55% of students stressed that online teaching and learning has a positive impact that is easy and fast no matter where they are regardless of time, while 66% of students stated the negative aspects of online teaching and learning due to internet line problems. In conclusion, the study proposes several steps to overcome the problems faced by students during the online teaching and learning period such as providing internet data allocation of RM50 per month, especially for rural students who have internet access problems which is supported by 91% of students. Among the recommendations made that get the attention of students of 87% for the improvement of online teaching and learning is to upgrade internet access throughout the country, especially in rural areas
Pelaksanaan Amalan Sunat dan Hubungannya dengan Kecemerlangan Sahsiah Pelajar Tahfiz di Selangor: The Performance of Sunnah Practice and Its Relationship with Personality Excellence of Tahfiz Students
Sahsiah yang baik menggambarkan kemenjadian pelajar tahfiz. Kecemerlangan pelajar tahfiz bukan hanya dilihat pada kecemerlangan akademik dan hafazan sahaja, tetapi kecemerlangan sahsiah juga diberi keutamaan. Pelajar tahfiz yang cemerlang sahsiah mampu melakukan amalan-amalan sunat tanpa disuruh dan dipaksa. Amalan-amalan sunat seperti melakukan solat sunat, berpuasa sunat, membaca al-Quran, berzikir dan berselawat adalah antara amalan yang mempengaruhi pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Walau bagaimanapun, belum ada kajian khusus yang meneliti tentang pelaksanaan amalan sunat dalam kalangan pelajar tahfiz. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan sunat dan hubungannya dengan kecemerlangan sahsiah pelajar tahfiz. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pensampelan rawak berstrata terhadap pelajar tahfiz. Kaedah pengumpulan data adalah melalui teknik perbincangan kumpulan berfokus (FGD) terhadap 64 orang pelajar tahfiz berumur antara 13 hingga 21 tahun. Seterusnya, maklumat perbincangan kumpulan berfokus tersebut dianalisis dan satu set soal selidik dibina, disahkan oleh pakar, diuji rintis, ditambahbaik dan kemudiannya diedarkan kepada 618 orang pelajar tahfiz (PITAS) di Selangor. Data kajian utama dianalisis secara deskriptif dan inferens. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan sunat pelajar tahfiz adalah pada tahap sederhana dan terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan amalan sunat dan kecemerlangan sahsiah pelajar tahfiz. Oleh yang demikian, amalan sunat yang telah dipupuk dalam diri pelajar tahfiz perlu dipantau secara berterusan dan dilaksanakan secara konsisten. Ia adalah untuk mendidik pelajar tahfiz bahawa amalan sunat yang dilakukan bukan hanya sekadar mematuhi peraturan maahad tetapi perlu lahir dari dalam diri pelajar tahfiz itu sendiri.
A good personality portrays a well-developed tahfiz student. The excellence of tahfiz students is viewed not only on academic and memorisation excellence but also on personality excellence. Tahfiz students with excellent personality are able to perform the sunnah practice without being told and forced. Sunnah practice, such as performing sunnah prayers and sunnah fasting, and reciting al-Quran, dhikr, and salawat, are among the practice influencing tahfiz students’ personality formation. However, there is yet a specific study examining the performance of sunnah practice among tahfiz students. Therefore, this study aims to identify the performance level of sunnah practice and its relationship with the personality excellence of tahfiz students. This study is a quantitative study using a survey study design through stratified random sampling of tahfiz students. The data collection method was through the focus group discussion (FGD) technique on 64 tahfiz students aged between 13 to 21 years. Subsequently, the FGD information was analysed. A set of questionnaires was constructed, validated by experts, pilot tested, enhanced, and distributed to 618 tahfiz students (PITAS) in Selangor. The primary study data were analysed descriptively and inferentially. The results of the study found that the level of sunnah practice of tahfiz students is at a moderate level, and there is a significant relationship between the performance of sunnah practice and the personality excellence of tahfiz students. Thus, the sunnah practice instilled in tahfiz students should be monitored continuously and performed consistently. It is to educate tahfiz students that the sunnah practice is not just to comply with the maahad rules but should come from within the tahfiz students themselves.
 
Sumbangan Intelektual Ibn Majid (1432m-1507m) dalam Geografi Pelayaran di Pesisiran Afrika Timur: Kajian Terhadap Karya-Karyanya Terpilih: The Intelectual Contribution of Ibn Majid (1432m-1507m) in The Geography of Navigation on The Coast of East Africa: A Study of His Selected Works
Ibn Majid adalah seorang tokoh pelayar muslim terkenal di perairan Lautan Hindi pada abad ke-15M. Nama beliau ialah Ahmad bin Majid bin Muhammad ?Amr bin Fadl bin Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husin bin Abi Ma?laq al-Sa?adi bin Abi al-Rakayib al-Najdi dan berasal dari Julfar (kini Ra’s al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu). Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan intelektual Ibn Majid dalam geografi pelayaran berdasarkan catatan beliau. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan manuskrip yang dijilidkan oleh Ibrahim Khuri mengandungi karya-karya Ibn Majid iaitu Kitab Al-Fawa’id fi Usul ‘Ilm Al-Bahr wa al-Qawa?id, Hawiyah al-Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar, Urjuzah al-Sufaliyyah, Urjuzah al-Sab?iyyah dan Urjuzah al-Mu?arribah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Hasil kajian ini menunjukkan sumbangan intelektual Ibn Majid dalam mencatat panduan lengkap bagi pelayaran di sekitar pesisiran Afrika Timur dengan mengemukakan teori laluan dan laluan alternatif serta panduan pelayaran berbentuk ciri fizikal. Teori geografi yang dicatatkan oleh Ibn Majid ini menjamin keselamatan dan keamanan di dalam pelayaran sehingga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
Ibn Majid was a well-known Muslim navigator in the Indian Ocean during the 15th century AD. His name was Ahmad bin Majid bin Muhammad ?Amr bin Fadl bin Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husin bin Abi Ma?laq al-Sa?adi bin Abi al-Rakayib al-Najdi and was originally from Julfar (now known as Ra's al-Khaimah, United Arab Emirates). The purpose of this study was to analyse the intellectual contributions of Ibn Majid to geography of navigation through his works. The works of Ibn Majid that were referred to in this study are Kitab Al-Fawa’id fi Usul ‘Ilm Al-Bahr wa al-Qawa?id, Hawiyah al-Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar, Urjuzah al-Sufaliyyah, Urjuzah al-Sab?iyyah and Urjuzah al-Mu?arribah. This study is a qualitative research within using the historical study and content analysis as the research design. The result of this study shows that the intellectual contributions of Ibn Majid on complete guidelines recorded for coast of East Africa navigation by presenting the theory of routes and alternative routes as well as navigation guides by using physical features. The theory of geography recorded by Ibn Majid guarantees safety and security in the navigation until it reaches the destination safely
?????? ??????? ?? ????? 19 ?? ????? ????? ??????? Principles of Dealing With Covid-19 in The Perspective of Al-Sunnah Al-Nabawiyah
??? ??? ??????? ?? ???? ????? ?????? ??????? ?? ????? 19 ?????? ?? ????? ????? ???????? ???? ?? ??????? ????????? ??????? ???????? ??? ??? ?? ??? ????? ???? ??? ????? ?? ??? ???? ??? ?????? ?? ??? ??????? ???? ??????? ?????? ??? ??????? ???? ??????? ???? ??????? ???????? ???????? ?? ??? ?????? ??????? ?? ????? ??????? ????? ????? ??????? ?? ???????? ?????? ????????. ??? ????? ??? ??????? ??????? ??? ??????? ???????? ?? ?????? ??????? ????? ????? ??????? ?? ??????? ???????? ?? ???? ??????? ??????? ?????? ??????? ???. ????? ????? ??? ???? ????????? ??????? ?? ??? ???????? ??????? ???? ???? ????? ?? ???? ???? ????????. ??? ????? ??????????? ????? ??? ?????? ??? ??????? ???????? ????? ???? ???? ????? ??? ???? ???? ???? ?? ???????.
This study, in explaining the importance of the principles of dealing with Covid 19, is considered a model from the perspective of the Sunnah of the Prophet, which lies in extracting the prophetic directions to confront the concern of people, whether Muslim or non-Muslim around the world, from this epidemic, and these principles vary between general guidelines and sensory, moral and faith measures. Existing in hadith books and their explanations in separate chapters, and a statement that preceded it and distinguished it from international health organizations. One of the objectives of this study is to introduce the epidemics mentioned in the hadith of the Prophet, and to explain the principles of dealing with prevention and protection through his authentic hadiths and how to apply them. The research is based on the method of extrapolation and tracing in hadith books and their explanations, especially with regard to the book of medicine and diseases. And from the results of the research, people around the world have resorted to prophetic directives and instructions that the Prophet SAW urged in his hadiths
Konsep Kewangan Islam dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia Semasa Pandemik Covid-19: The Concept of Islamic Finance in Economic of Malaysia Development during the Pandemic of Covid-19
Sistem ekonomi Islam memberi kebebebasan kepada semua manusia dalam mencari dan menilai harta megikut kemampuan. Pemilik harta tidak boleh mengabaikan hak milik orang lain dan kepentingan sosial. Berbanding sistem ekonomi konvensional, lebih mementingkan kepentingan individu secara mutlak. Dalam sistem ini, pembahagian harta tidak dikongsi dengan orang lain. Ia menyebabkan wujud jurang yang besar dalam kalangan orang yang kaya dan yang miskin. Bagi mengurangkan jurang ini, sistem kewangan yang baik dan adil perlu dilaksanakan dalam menguruskan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan urusniaga kewangan, terutamanya untuk menguruskan dana daripada unit lebihan (surplus) kepada unit kurangan (deficit). Tambahan pula penularan wabak COVID-19 yand sedang melanda sekarang ini memerlukan kepada strategi dan perancangan kewangan yang baik bagi mempertahankan ekonomi sesebuah negara Perlaksanaan sistem kewangan Islam yang dibangunkan bebas daripada riba, aktiviti pelaburan yang berasaskan perkongsian risiko dan keuntungan, zakat dan sedekah sebagai mekanisme untuk mencapai keadiaan sosial dan kebajikan masyarakat dalam golongan yang daif dalam aspek pendidikan, kerjaya dan latihan, kesihatan, kebudayaan dan subsidi dapat membantu meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
The Islamic economic system gives freedom to all human beings in finding and valuing property according to their ability. Property owners must not neglect the property rights of others and social interests. Compared to the conventional economic system, it is more concerned with the interests of the individual in absolute terms. In this system, the division of property is not shared with others. Consequently, it creates a huge gap between the rich and the poor. To reduce this gap, a good and fair financial system needs to be implemented in managing economic activities related to financial transactions, especially to manage funds from surplus units (surplus) to deficit units (deficit). In addition, the current COVID-19 epidemic requires good financial strategies and planning to defend a country's economy. The implementation of an Islamic financial system developed free from usury, investment activities based on risk and profit sharing, zakat and sadaqah as a mechanism to achieve social conditions and social welfare among the poor in the aspects of education, career and training, health, culture and subsidies
Historical Methods in Interfaith Studies: A Comparison from an Islamic-Western Perspective: Metode Pensejarahan dalam Kajian Antara Agama: Satu Perbandingan dari Sudut Islam-Barat
Interfaith studies is one of the areas of Islamic knowledge that is increasingly gaining public attention. However, in terms of methodology, it is still less known to many. Therefore, this research will discuss one of the methods in interfaith studies which is historiography discussed by scholars who are more focused on comparison from an Islamic-Western perspective. The research methodology is qualitative which refers to the past studies such as articles and books on the issues discussed and is divided into two aspects specifically Islam and the West. The results of the study found that the discussion on the method of historiography according to the Islamic-Western mold is different and to some extent the difference can cause their understanding of the existence of other religions to differ.
Kajian antara agama merupakan salah satu bidang ilmu Islam yang semakin mendapat perhatian ramai. Namun dari sudut metodologinya masih kurang dikenali ramai. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan salah satu metode dalam kajian antara agama iaitu pensejarahan yang dibincangkan oleh para sarjana yang lebih menumpukan kepada perbandingan dari kaca mata Islam-Barat. Metodologi kajian adalah bersifat kualitatif yang merujuk kepada kajian-kajian lepas seperti artikel-artikel dan buku-buku mengenai isu yang dibincangkan dan dibahagikan kepada dua aspek iaitu Islam dan Barat. Hasil kajian mendapati bahawa perbincangan mengenai metode pensejarahan mengikut acuan Islam-Barat adalah berbeza dan sedikit sebanyak perbezaan ini boleh menyebabkan kefahaman mereka tentang wujudnya agama lain juga berbeza