Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
    229 research outputs found

    Kepentingan Program Realiti Televisyen Islam Sebagai Mekanisma Dakwah Kontemporari di Malaysia: The Importance of Islamic Reality Television Programmes as A Mechanism of Contemporary Da’wah in Malaysia

    Get PDF
    Mekanisme dakwah melalui program realiti televisyen Islam merupakan salah satu usaha dakwah untuk mengaktifkan aktiviti dakwah pada era ini. Penyampaian dakwah santai menjadikan inti pati dakwah lebih menarik dan mudah diterima oleh masyarakat. Kemunculan program realiti televisyen Islam ini menyebabkan bidang dakwah diberikan nafas baharu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkembangan dakwah melalui media massa di Malaysia. Kajian ini juga membincangkan perkembangan program realiti televisyen Islam di Malaysia dan kepentingannya sebagai mekanisme dakwah kontemporari di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam untuk mencapai objektif kajian. Sepuluh informan telah ditemu bual iaitu empat peserta, empat murabbi atau pakar rujuk Islam dan dua pengamal media bagi program realiti televisyen Islam. Kajian mendapati bahawa program realiti televisyen Islam yang menggunakan pendekatan dakwah santai bermanfaat ini mampu menarik penonton untuk lebih mendekati dan menghayati Islam. Hal ini membuktikan bahawa program realiti televisyen Islam bukan sahaja memberikan sumbangan kepada usaha dakwah kontemporari malahan di Malaysia, selain memberi dimensi baharu kepada dakwah kontemporari di Malaysia. Abstract The mechanism of da’wah through Islamic reality television programmes is one of the greatest efforts initiates to spur da’wah today. The delivery method of da’wah in light and leisurely style makes the essence of the Islamic message more interesting and accessible to the public. The emergence of the Islamic reality television programmes gave the new dimension of da’wah. Therefore, this paper aims to discuss the development of da’wah through mass media in Malaysia. This paper also explores the development of Islamic reality television programmes in Malaysia and its importance as a contemporary da’wah mechanism in Malaysia. The qualitative approach was applied through in-depth interviews to achieve the research objective. Ten informants were interviewed including the four participants, four murabbi or Islamic experts and two media-practitioners of Islamic reality television programmes. The study revealed that the Islamic reality television programmes in Malaysia have applied light and leisure methodology and practical approach that could attract viewers and bring them closer to Islam. Islamic reality television programmes have contributed to religious efforts in the society and give a new dimension to contemporary da’wah in Malaysia

    Metode Pengajian Tafsir Al-Quran Institusi Pondok di Malaysia: Methods Study of Al-Quran Interpretation Pondok Institutions in Malaysia

    Get PDF
    Perkembangan pengajian Islam di Malaysia menyaksikan evolusi pengajian berteraskan kitab-kitab turath. Bermula dengan pengajian di pondok-pondok secara tradisional sehingga kewujudan pondok moden yang mempunyai silibus dan peperiksaan sebagai aspek penilaian. Pengajian pondok menekankan aspek pengajian secara talaqqi kitab sebagai metode utama dalam pengajian. Metode talaqqi kitab tidak hanya dilakukan di pondok malah peringkat universiti juga melaksana sistem tersebut seperti USIM. Pelaksanaan metode  ini di universiti membuktikan bahawa kaedah pengajian  pondok diterima dalam sistem pendidikan pada masa kini. Pengajian pondok menekankan aspek kefahaman berkenaan kitab-kitab turath dalam bidang tafsir, hadis, akhlak, akidah dan nahu. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti sumbangan institusi pondok dalam pengajian tafsir al-Quran dalam aspek kaedah pelaksaan pengajian tersebut. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kepustakaan seterusnya menggunakan dokumen sebagai instrumen kajian dan dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati institusi pondok mempunyai kaedah pengajian yang tersendiri iaitu talaqqi, tafaqquh, itqan, munazarah dan mujadalah. Kaedah ini wajar diikuti oleh pusat pendidikan pada masa kini dalam memberi pengajaran dan pembelajaran pengajian tafsir al-Quran dan dikembangkan mengikut perkembangan teknologi agar ianya lebih menarik.   Abstract The development of Islamic studies in Malaysia saw the evolution of studies based on turath books. Starting with studies in traditional huts until the existence of modern huts that have a syllabus and examinations as an aspect of assessment. The study of the hut emphasizes the aspect of study by talaqqi kitab as the main method in study. The method of talaqqi kitab is not only done in the hut but also the university level also implements the system like USIM. The implementation of this method in universities proves that the method of study of huts is accepted in the education system today. The study of pondok emphasizes the aspect of understanding regarding turath books in the field of tafsir, hadith, akhlaq, akidah and grammar. This study was conducted to examine the contribution of pondok institutions in the study of tafsir al-Quran in terms of the method of implementation of the study. This study is a qualitative study with the design of the library study then use the document as a research instrument and analyzed with an inductive approach. The results of the study found that the pondok institution has its own method of study, namely talaqqi, tafaqquh, itqan, munazarah and mujadalah. This method should be followed by the education center nowadays in providing teaching and learning of the study of tafsir al-Quran and developed according to technological developments so that it is more interesting. &nbsp

    Penerapan Bahasa Arab dalam Kurikulum Kanak-Kanak di Malaysia: Application of Arabic Language in The Curriculum Children in Malaysia

    Get PDF
    Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa utama di dunia dan diiktiraf dalam sistem pendidikan di Malaysia. Namun bahasa ini masih kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa kedua yang lain seperti Bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan sebagainya. Bahkan, ia seakan-akan dilihat hanya relevan kepada mereka yang beragama Islam semata-mata. Kajian ini memberikan tumpuan kepada penerapan Bahasa Arab dalam kurikulum kanak-kanak di Malaysia dengan dua objektif kajian yang utama. Pertama ialah meneliti faktor-faktor yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak. Kedua ialah cabaran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kualitatif yang berasaskan instrumen pengumpulan data melalui metode kepustakaan yang berdasarkan sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati walau pun terdapat pelbagai masalah dan cabaran untuk menerapkan Bahasa Arab dalam kurikulum kanak-kanak di Malaysia, namun banyak faktor lain yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bahasa ini wujud seperti saranan dan dasar kerajaan terhadap Bahasa Arab, sesi pembelajaran yang berkesan melalui Sistem Pendidikan J-QAF atau Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain dan kemampuan guru itu sendiri.    Arabic is one of the major languages ??in the world and is recognized in the education system in Malaysia. However, this language still receives less attention when compared to other second languages ??such as English, Chinese, Tamil and others. In fact, it seems to be seen as relevant only to those who are Muslims alone. This study focuses on the application of Arabic in the curriculum of children in Malaysia with two main research objectives. The first is to examine the factors that promote the teaching and learning of Arabic among children. The second is the challenge of teaching and learning Arabic among children. This study is a qualitative study based on data collection instruments through library methods based on primary and secondary sources. The results of the study found that although there are various problems and challenges to implement Arabic in children's curriculum in Malaysia, but many other factors that encourage the teaching and learning of this language exist such as government recommendations and policies on Arabic, effective learning sessions through the J-QAF Education System or ‘Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain’ and the ability of the teacher himself

    Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Hukum: Kajian dalam Fiqh Ibadah: The Effect of Weather and Climate Tto Islamic Law: A Study on Fiqh Ibadah

    Get PDF
    Kehidupan manusia di atas muka bumi ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh cuaca dan iklim. Ini kerana cuaca dan iklim mempunyai kesan terhadap sumber makanan, kegiatan seharian, gaya hidup dan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, orang Islam sentiasa dibebani dengan perintah syarak dalam kehidupan mereka khususnya ibadah yang telah ditentukan dan nilaian hukum pada setiap satu aktiviti harian. Kajian ini bertujuan membuktikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap hukum syarak khususnya ibadah dalam kehidupan seorang Muslim. Untuk mengenalpasti kewujudan pengaruh tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data dan maklumat diperolehi daripada dokumen yang mengandungi perbincangan konsep iklim dan cuaca serta pengaruhnya dalam kehidupan manusia. Dokumen berkaitan perbincangan hukum oleh para ulama khususnya pelaksanaan ibadah dan beberapa asas penting dalam ilmu usul al-fiqh juga menjadi rujukan penting dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kehidupan manusia sangat terkesan dengan keadaan cuaca dan iklim. Cuaca dan iklim juga mempunyai pengaruh dan kesan terhadap hukum dan pelaksanaan ibadah mereka sehinggakan para ulama meraikan keadaan cuaca dan iklim dalam membincangkan soal hukum. Human life in this world is mostly effectted by weather and climate, since they give direct impact to their food sources, daily activities, lifestyle, and health. At the same time, Muslim is subjected to the obligations from the Lawgiver, who should perform ibadah in their daily life and every deed is subjected to evaluation according to shariah. The purpose of this study is to prove the effect of weather and climate on Islamic Law particularly the worship in Muslim life. To identify the existence of this influence, a qualitative methodology with case study design was used. Data and information were collected from documents that contain the discussion of weather and climate concept and their impact to human life. The documents that contain the discussion of Islamic Law by Muslim scholars and principles in Islamic Jurisprudence are also became important references in this study. The research finding showed that human life is really effectted by weather and climate. Weather and climate do affect the rules of worship and its implementation, so that the scholars concern about them in Islamic Law discussion

    Strategi Mahasiswa Kuis dalam Pembelajaran Konstruktif Secara Online Bagi Kursus Ilm Takhrij Al-Hadith: The Strategy of Kuis Students on Constructive Learning Using Online for Ilm Takhrij Al-Hadith Course

    Get PDF
    Abstrak Kursus ilm takhrij al-hadith amat menekankan pengetahuan dari aspek teori dan amali. Kajian ini menganalisa tentang strategi pembelajaran konstruktif dalam kalangan mahasiswa secara online bagi kursus ilm takhrij al-hadith. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang dijalankan melalui kaedah kuantitatif. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21 dan dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil kajian diharapkan dapat memberi informasi berguna kepada pensyarah khususnya dan respon balas kepada mahasiswa KUIS umumnya tentang strategi yang paling berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran bagi mendepani revolusi industri 4.0. Perubahan metode dalam pembelajaran dan pengajaran ketika dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19 turut mengajak semua untuk lebih memaknai bahawa teritori antara guru dan murid tidak boleh dipisahkan dan pemerkasaan ilmu tetap berlangsung bagi memastikan nilai ilmu terpelihara dan hasrat melahirkan generasi berpengetahuan tinggi benar-benar tercapai. Kata kunci Strategi pembelajaran, konstruktif, online, ilm takhrij al-hadith. Abstract Ilm takhrij al-hadith course emphasizes knowledge from theoretical and practical aspects. This study analyzes the constructive learning strategies among students online for the course ilm takhrij al-hadith. This study is a field study conducted through quantitative methods. The data obtained from the questionnaire were analyzed using SPSS software version 21 and elaborated using descriptive statistical methods. The results of the study are expected to provide useful information to lecturers in particular and feedback to KUIS students in general on the most effective strategies in learning and teaching to face the industrial revolution 4.0. The change in methods in learning and teaching when the world is facing the COVID-19 pandemic also invites everyone to better understand that the territory between teachers and students is inseparable and the empowerment of knowledge remains to ensure the value of knowledge is preserved and the desire to produce a generation of highly educated is achieved. &nbsp

    Faktor Penglibatan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja: Satu Sorotan Literatur Sistematik: Involvement Factors in Delinquent Behavior among Adolescents: A Systematic Literature Review

    Get PDF
    Tingkah laku delinkuen yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini menjadi antara isu yang sangat serius serta membimbangkan pelbagai pihak dan golongan masyarakat. Golongan remaja adalah golongan yang berisiko tinggi terdedah dan terpengaruh dalam tingkah laku delinkuen iaitu sama ada kategori salah laku berat ataupun ringan. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2019 mencatatkan sebanyak 4833 orang remaja terlibat dengan jenayah mengikut jenis kes dan jantina. Pelbagai faktor dikenalpasti menyumbang kepada penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku delinkuen ini. Justeru itu, artikel ini mengemukakan satu tinjauan literatur sistematik berkaitan faktor-faktor penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku delinkuen. Metodologi kajian menggunakan kaedah sorotan literatur bersistematik yang disusun hasil himpunan artikel jurnal berkaitan kajian topik.  Hasil dapatan mendapati ibu bapa dan keluarga adalah faktor dominan yang mempengaruhi penglibatan remaja dalam tingkah laku delinkuen diikuti dengan faktor rakan sebaya, guru, sekolah dan persekitaran. Keprihatinan dan kerjasama semua pihak penting bagi membendung penglibatan remaja dalam tingkah laku delinkuen ini. Delinquent behavior that occurs among adolescents today has become one of the most serious issues and worries various parties and sections of society. Adolescents are those who are at high risk of being exposed and influenced in delinquent behavior, which is either a category of serious or mild misconduct. Statistics from the Department of Social Welfare in 2019 recorded a total of 4833 teenagers involved in crime by case type and gender. Various factors have been identified to contribute to the involvement of adolescents in delinquent behavior. Therefore, this article presents a systematic literature review related to the factors of adolescent involvement in delinquent behavior. The research methodology uses a systematic literature review method that is compiled from a collection of journal articles related to the topic study.  The findings found that parents and family were the dominant factors influencing the involvement of adolescents in delinquent behavior followed by peer, teacher, school and environmental factors. The concern and cooperation of all parties is important to curb the involvement of adolescents in this delinquent behavior

    Sejarah Kejururawatan dari Perspektif Islam: Satu Kajian Perpustakan: History of Nursing from an Islamic Perspective: A Library Study

    Get PDF
    Kerjaya kejururawatan adalah kerjaya yang mulia yang diibaratkan sebagai nadi dalam dunia perubatan. Tanpa kewujudan dan peranan jururawat di dunia, khususnya di hospital, maka lumpuhlah sistem kesihatan. Sejarah kejururawatan banyak dipengaruhi oleh falsafah Barat dan amat sukar dilihat roh Islam dalam aspek berkenaan. Oleh itu, objektif kajian ini akan mengisi kelompongan tersebut dengan penerokaan elemen kejururawatan dalam sejarah Islam. Kajian perpustakaan digunakan bagi mendapatkan informasi dengan pendekatan analisa kandungan secara deskriptif, analitik dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa elemen kejururawatan seperti membantu aktiviti harian pesakit dan mengurangkan kesengsaraan pesakit telah lama diamalkan sejak zaman kenabian lagi, meskipun mereka tidak digelar sebagai jururawat pada masa tersebut. Ramai tokoh kejururawatan Muslim muncul ketika zaman Nabi Muhammad diangkat sebagai Rasul. Rufaidah Saad al-Aslami merupakan tokoh kejururawatan Muslim yang banyak membuat pembaharuan dalam perawatan pesakit sehinggakan dunia Barat turut mengambil inspirasi dan iktibar daripada perjalanan karier beliau. Maka, dapatan kajian ini diharap mampu membuka mata masyarakat bahawa sejarah Islam telah banyak menyumbang dalam evolusi kejururawatan sejak zaman dahulu sehingga zaman moden ini. Dengan penerapan sejarah Islam dalam kejururawatan, jururawat Muslim akan lebih yakin dan menghargai amalan kejururawatan sebagai wasilah mencari redha Allah. The nursing career is a glorious career that is likened to the lifeblood of the medical world. Without the existence and role of nurses in the world, especially in hospitals, then the health system is paralyzed. The history of nursing is heavily influenced by Western philosophy and it is very difficult to see the spirit of Islam in that aspect. Therefore, the objective of this study will be to fill the void with an exploration of the elements of nursing in Islamic history. Library research is used to obtain information with a descriptive, analytical and thematic content analysis approach. The results of the study found that elements of nursing such as helping patients ’daily activities and reducing patients’ suffering have long been practiced since prophetic times, even though they were not called nurses at the time. Many Muslim nursing figures emerged during the time of the Prophet Muhammad as a Messenger. Rufaidah Saad al-Aslami is a Muslim nursing figure who has made many innovations in patient care so that the Western world has also taken inspiration and lessons from her career journey. Therefore, the findings of this study are expected to open the eyes of society that the history of Islam has contributed a lot in the evolution of nursing from ancient times to modern times. With the application of Islamic history in nursing, Muslim nurses will be more confident and appreciate the practice of nursing as a wasilah to seek the pleasure of Allah

    Understanding of Pragmatism and Islamic Perspective: A Case Study of University Kuala Lumpur Students: Pemahaman Falsafah Pragmatisme dan Islamik Perspektif: Satu Kajian ke atas Pelajar Universiti Kuala Lumpur

    Get PDF
    This paper discusses the ideology of pragmatism. The research was conducted at one of the UniKL branch institutes, the British Malaysian Institute in Gombak. The British Malaysian Institute majorly offers engineering courses with expertise in electrical, electronics and medical electronic engineering. This study aims at analysing the UniKL students’ understanding of pragmatism ideology and how their understanding shapes their thinking and action. This article highlighted some features of pragmatism by referring to the one of the famous pioneers of pragmatism, Williams James.  A set of questionnaire was instrumented for collecting data from the respondents on their thought regarding the ideology of pragmatism. This ideology has changed the lifestyle of people especially for Muslim. This is because people believe that this ideology is more practical in solving problems consequently some of this ideology is not suitable for Muslim. The result of this study revealed that respondents did not have much understanding about this ideology due to lack of Islamic principal. Therefore, it is suggested that learning institutions need to instil better understanding of pragmatism ideology among students and responsible for educators to educate students properly in order to protect their faith especially among the Muslim students. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar terhadap satu ideologi pragmatisme dan ciri-cirinya dalam kalangan para pelajar yang berlatar belakangkan bidang kejuruteraan di Universiti Kuala Lumpur (British Malaysian Institute), Gombak. Kajian ini membincangkan kefahaman dan tindakan pelajar terhadap ideologi pragmatisme ini yang diperkenalkan oleh pengasasnya iaitu Williams James. Soalan kaji selidik diedarkan kepada sejumlah responden dalam usaha memperolehi data kajian. Ideologi ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seseorang muslim yang mempercayai ia dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan malah ia sebenarnya tidak bersesuian kepada umat Islam. Hasil kajian mendapati bahawa responden menyedari akan ideologi ini. Walaubagaimanapun, kajian juga menekankan bahawa guru-guru perlu meletakkan keutamaan dalam perkara tersebut dan memastikan para pelajar memahami ideologi tersebut supaya mereka dapat memelihara kepercayaan atau keimanan  sebagai seorang Islam

    Cabaran Membentuk Akhlak Remaja Melalui Persekitaran Sosial dan Perkembangan Teknologi: Challenges of Adolescent Morality Through The Social Environment and Technology Development

    Get PDF
    Remaja merupakan aset penting dalam sebuah negara malah remaja dilihat sebagai aset yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Remaja yang mempunyai jati diri dan akhlak yang baik dilihat memberi keuntungan kepada pembinaan generasi akan datang serta penentu kestabilan negara pada masa hadapan. Membentuk remaja memerlukan ketekunan dan garis panduan yang tepat dalam aspek pendidikan. Kaedah pendidikan yang tepat akan menjadikan remaja dibentuk dengan akhlak yang mulia serta mampu membentuk jati diri yang bertepatan dengan nilai-nilai akhlak Islam. Aspek yang lebih utama dalam pendidikan tidak hanya fokus kepada nilai gred dalam peperiksaan sahaja, malah lebih utama adalah melihat kepada nilai akhlak terpuji dalam diri remaja agar tidak terlibat dengan masalah sosial. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis cabaran persekitaran sosial dan perkembangan teknologi dalam membentuk akhlak remaja pada masa kini.  Kaedah pengumpulan data menggunakan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati cabaran utama dalam membentuk akhlak remaja ialah aspek  tauladan, pemerhatian dan peniruan, kelaziman dan kebiasaan, ganjaran dan denda serta nasihat. Termasuk juga cabaran yang besar ialah pekembangan teknologi khususnya penggunaan media sosial yang tidak dapat dikawal dan sukar membezakan antara perkara yang baik dan buruk kesan media sosial. Hasil kajian ini dilihat memberi impak kepada pihak ibu bapa, guru, masyarakat dalam membentuk akhlak remaja dengan fokus kepada cabaran bagi memaksima kepelbagaian teknik dan pendekatan dalam pendidikan supaya memberi kesan terhadap diri remaja. Adolescents are an important asset in a country and even teenagers are seen as an asset that will lead the country in the future. Adolescents who have a good identity and morals are seen to benefit the construction of future generations as well as the determinants of the country's stability in the future. Forming adolescents requires perseverance and proper guidelines in the educational aspect. The right method of education will make the youth formed with noble morals and able to form an identity that coincides with the values ??of Islamic morality. The more important aspect in education is not only to focus on the value of grades in exams only, but more importantly to look at the admirable moral values ??in adolescents so as not to get involved in social problems. This study aims to analyze the challenges of the social environment and technological developments in shaping the morals of adolescents today. This study uses a qualitative methodological approach. The research instrument used was a document and analyzed with an inductive approach. The results of the study found that the main challenges in shaping the morals of adolescents are the aspects of role models, observations and imitations, habits and habits, rewards and fines as well as advice. Also included is the big challenge is the development of technology especially the use of social media which is uncontrollable and difficult to distinguish between the good and bad things of social media. The results of this study are seen to have an impact on parents, teachers, society in shaping the morals of adolescents by focusing on challenges to maximize the variety of techniques and approaches in education to affect adolescents

    Exploring the Malaysian Law on Halal Imported Products: Menerokai Undang-Undang Malaysia Berkenaan Pengimportan Produk Halal

    Get PDF
    At the end of 2020, Malaysia was slapped with the issue of imported frozen meat from countries not certified halal by Foreign Halal Certification Bodies (FHCB) recognised by the Department of Islamic Development of Malaysia (JAKIM). Regrettably, that was not the first time of such an incidence as there were many cases before that involving misleading halal logos. Indeed, many laws were introduced by the government and JAKIM has taken numerous steps to curtail such an issue from recurring. However, there are still cases reported on the misused of halal logos. Therefore, the first objective of this study is to explore the Malaysian laws, guidelines, and procedures on halal certification for foreign halal logos. In addition to that, the awareness of foreign recognised halal logos is important as a self-protection mechanism to avoid purchasing products with misleading halal logos. Thus, the second objective of this study is to assess the awareness level among consumers toward foreign halal logos attached to imported products marketed in Malaysia. This study is social legal research using content analysis to achieve the first objective and the quantitative method adopted was the descriptive analysis using the Statistical Package for Social Science (SPSS) to achieve the second objective. This study found that the existing laws on the foreign halal logo are comprehensive, but they need to be supported with stringent implementation and enforcement. Also, there is a high level of awareness among respondents toward halal food products but there is less awareness concerning foreign halal logos. Thus, there should be an active awareness campaign regarding foreign halal logos to Malaysians so that self-protection could be enhanced to avoid misleading foreign halal logos. Pada akhir tahun 2020, Malaysia dikejutkan dengan isu daging beku yang diimport dari negara-negara yang tidak diperakui halal oleh Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malangnya, kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia kerana terdapat banyak kes sebelum ini yang melibatkan logo halal yang mengelirukan. Kerajaan telah banyak memperkenalkan undang-undang berkenaan halal dan perlbagai langkah telah diambil oleh pihak JAKIM untuk membendung masalah tersebut dari berulang. Walau bagaimanapun, masih terdapat kes yang dilaporkan mengenai penyalahgunaan logo halal. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah untuk menerokai undang-undang, garis panduan, dan prosedur yang sedia ada di Malaysia berkenaan pensijilan halal luar negara. Selain itu, kesedaran mengenai logo halal yang diakui oleh negara luar adalah penting sebagai mekanisme perlindungan diri untuk mengelakkan pembelian produk dengan logo halal yang mengelirukan. Oleh itu, objektif kedua kajian ini adalah untuk menilai tahap kesedaran pengguna terhadap logo halal luar negara yang terdapat pada produk import yang dipasarkan di Malaysia. Kajian ini adalah penyelidikan undang-undang sosial yang menggunakan analisis kandungan untuk mencapai objektif pertama dan kaedah kuantitatif yang menggunakan analisis deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mencapai objektif kedua. Kajian ini mendapati bahawa undang-undang yang ada pada logo halal asing adalah komprehensif, tetapi memerlukan sokongan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang ketat. Juga, terdapat tahap kesedaran yang tinggi di kalangan responden terhadap produk makanan halal tetapi kurang kesedaran mengenai logo halal luar negara. Oleh itu, haruslah ada kempen kesedaran yang aktif mengenai logo halal luar negara kepada rakyat Malaysia agar perlindungan diri dapat ditingkatkan bagi mengelakkan kekeliruan terhadap logo halal luar negara

    203

    full texts

    229

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Pengajian Islam
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇