Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    THE EFFECT OF TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP STYLE AND WORKING SATISFACTION ON INTENT TO STAY AMONG MANUFACTURING COMPANIES IN MALAYSIA

    Full text link
    This study aimed to explore the impact of transformational leadership style, job satisfaction, and intention to stay among employees in manufacturing companies in Malaysia. Conducted as a non-experimental, quantitative, and explanatory study, it focused on individuals aged 21 and above who were employed in Malaysian manufacturing companies at the time of the survey. The primary research question addressed was: To what extent do transformational leadership and job satisfaction impact employees' intention to stay with their companies? Data were collected through a survey that measured the independent variable, transformational leadership style, using adapted the Global Transformational Leadership Scale (GTL), and the dependent variables, job satisfaction and intention to stay, using the adapted Job Satisfaction Survey (JSS) and adapted the Organizational Commitment Questionnaire, respectively. The findings revealed that both transformational leadership and job satisfaction significantly and positively influence employees' intention to stay, highlighting the importance of leadership style and job satisfaction in fostering employee retention within the Malaysian manufacturing sector.

    MORAL RATIONALIZATION AND CYBERLOAFING: A CONCEPTUAL INTEGRATION OF NEUTRALIZATION THEORY AND THE THEORY OF PLANNED BEHAVIOUR

    Full text link
    The growing integration of digital technology into organizational life has blurred the boundaries between work and personal activity, giving rise to a persistent phenomenon known as cyberloafing, which describes as employee’s use of the internet for non-work-related purposes during working hours. Although cyberloafing has been examined through behavioural and stress-based frameworks, existing studies often overlook the moral reasoning processes that enable employees to rationalize such deviant acts. This paper addresses this theoretical gap by proposing a conceptual integration of the Theory of Planned Behaviour (TPB) and Neutralization Theory, offering a holistic explanation of moral rationalization in cyberloafing behaviour. Drawing from the TPB, this study explains how attitudes, subjective norms, and perceived behavioural control shape employee’s intentions toward cyberloafing. To extend this model, Neutralization Theory specifically the Metaphor of the Ledger mechanism is introduced to account for how employees justify deviance through moral self-licensing, perceiving prior positive contributions as credits that offset minor behaviour. By integrating these two frameworks, the proposed model elucidates how cognitive justification interacts with attitudinal and normative components to predict digital deviance. The conceptual synthesis contributes to the literature by reframing cyberloafing as a morally rationalized behaviour rather than a purely reactive or opportunistic act. It advances theoretical understanding of workplace deviance in digitally connected contexts and offers practical implications for managers seeking to design ethical, trust-based digital environments. The paper concludes with a series of theoretical propositions and directions for empirical testing across diverse cultural and occupational settings. This integrative perspective lays the groundwork for future research on moral cognition, digital ethics, and behavioural control in the evolving digital workspace

    TINJAUAN AWAL PRA PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-15 PENGUNDI DI KAWASAN PARLIMEN TAMPIN.

    Full text link
    Tinjauan ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi awal pra pilihan raya umum ke-15 masyarakat di kawasan P.133 Parlimen Tampin. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dan melibatkan seramai 500 orang responden dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam kawasan Parlimen Tampin. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini menggunakan satu set borang soal selidik yang mempunyai sepuluh item bagi mendapatkan data yang jitu dan tepat. Hasil tinjauan menunjukkan, pandangan responden terhadap personaliti dan prestasi ahli parlimen Tampin adalah berada pada tahap sederhana iaitu masing-masing 46.4% dan 44.6%. Seterusnya, Barisan Nasional (BN) adalah merupakan parti pilihan kebanyakan responden dalam PRU-15 iaitu 52.0%. Kebanyakan pengundi mengambil berat soal latar belakang pendidikan calon di kawasan mereka iaitu 65.4%. Seterusnya, keputusan juga mendapati pandangan responden terhadap prestasi Pakatan Harapan (PH) yang menduduki kerusi Parlimen Tampin adalah berada pada tahap sederhana iaitu 44.2%. Dapatan kajian ini dijangka boleh menjadi ramalan awal keputusan PRU ke-15 bagi Parlimen Tampin memandangkan tinjauan dijalankan dalam suasana khabar angin Parlimen hampir dibubarkan. Perbandingan antara dapatan tinjauan awal ini dengan keputusan sebenar PRU-15 kawasan Tampin boleh dilakukan setelah selesai PRU-15. 

    ANALISIS LINGUISTIK FORENSIK DALAM AKTIVITI ‘LOVE SCAM’. (FORENSIC LINGUISTIC ANALYSIS IN LOVE SCAM ACTIVITY.)

    Full text link
    Gejala ‘Love Scam’ semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Zulkufli Ismail dan Azmi Aziz (2019) menjelaskan bahawa ancaman jenayah cinta siber merupakan masalah pandemik dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Fenomena ini berlaku kerana kepesatan teknologi tanpa sempadan yang membolehkan perhubungan secara atas talian tanpa sempadan merentasi dunia. Oleh itu, kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti ujaran penjenayah siber dalam aktiviti Love Scam yang berlaku di Malaysia. Kemudian, membincangkan tujuan ujaran dari aspek psikolinguistik penjenayah siber dalam aktiviti Love Scam. Seterusnya, mencadangkan langkah bagi mengelakkan daripada penipuan Love Scam di laman sosial. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Relavens untuk membincangkan ujaran berbentuk jenayah daripada data kajian. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah temubual dengan individu yang pernah dihubungi oleh penjenayah siber untuk tujuan Love Scam. Oleh yang demikian, subjek kajian memberikan sebanyak lima hasil ujaran daripada penjenayah siber Love Scam sebagai data kajian ini. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa penjenayah siber Love Scam cenderung menggunakan pangkal ucapan memberi salam dan mengucapkan ‘Hai’ kepada perempuan yang dikenal pasti adalah rakyat Malaysia. Malah, penjenayah siber Love Scam tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan cenderung menggunakan penterjemahan elektronik untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Selanjutnya, tujuan utama penjenayah siber Love Scam menjalankan aktiviti ini untuk mendapatkan kepercayaan melalui percintaan. Hal ini demikian kerana, kepercayaan penting bagi mendapatkan wang yang perlu dipindahkan ke akaun bank palsu. Adalah diharapnkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada kaum wanita di Malaysia untuk lebih berhati-hati dengan sapaan daripada seseorang yang tidak dikenali. Malah, kajian ini dapat memberikan ruang bagi melaksanakan kajian akan datang untuk mengelakkan jenayah siber melibatkan Love Scam di seluruh dunia dapat dibanteras

    PENGARUH FAKTOR SOSIAL DAN AGAMA TERHADAP PENINGKATAN KADAR PERCERAIAN: PERANAN INSTITUSI SOSIAL DALAM MENYOKONG PERKAHWINAN

    Full text link
    Isu penceraian yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia saban tahun semakin meningkat. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan statistik kes perceraian di Malaysia. Kesan peningkatan perceraian ini boleh menyumbang kepada permasalahan sosial yang lain. Dapatan kajian ini dapat membantu mengurangkan kes penceraian yang berlaku di Malaysia. Kajian ini meneliti pengaruh faktor sosial dan agama terhadap peningkatan kadar perceraian dalam kalangan masyarakat Islam serta menilai peranan institusi sosial dalam menyokong kestabilan perkahwinan. Kajian menggunakan kaedah analisis literatur untuk memahami faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian dan bagaimana institusi seperti badan keagamaan, pusat kaunseling, dan organisasi masyarakat dapat memainkan peranan dalam menurunkan kadar perceraian. Kajian mendapati bahawa kekurangan pengetahuan agama, perubahan nilai sosial, dan kurangnya sokongan institusi menyumbang kepada krisis perkahwinan. Implikasi daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada dasar sosial dan strategi penyelidikan yang lebih komprehensif dalam menangani isu perceraian dalam kalangan orang Islam

    MEMPERKASA BELIA JOHOR: INTEGRASI TEKNOLOGI, PEMBANGUNAN SOSIAL, DAN PELUANG EKONOMI UNTUK MASA DEPAN YANG BERDAYA SAING

    Full text link
    Artikel ini mengkaji inisiatif dan kemudahan untuk memperkasa belia di Johor, Malaysia, serta peranan penting mereka dalam pembangunan negara. Penekanan terhadap peralihan generasi muda dalam konteks sosial dan teknologi, artikel ini mengulas bagaimana belia Johor menghadapi cabaran serta peluang yang tersedia. Pertumbuhan pesat belia di Johor, dengan jumlah yang meningkat kepada 1,156,500 pada tahun 2022, menunjukkan keberkesanan program pembangunan belia. Pertubuhan belia di Johor, seperti Hab Belia Antarabangsa dan Dewan Muda Johor, memainkan peranan penting dalam menyediakan platform untuk pengembangan bakat dan kemahiran. Artikel ini juga menyoroti usaha untuk membina identiti belia Johor yang berdaya saing, produktif, dan sihat, dengan tumpuan kepada integrasi teknologi, kesedaran sosial, dan peluang ekonomi. Melalui inisiatif seperti hackathon sosial dan startup sosial berteknologi, belia Johor digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Keseluruhannya, artikel ini menunjukkan betapa pentingnya strategi pembangunan yang holistik dan inklusif untuk memajukan generasi muda Johor ke arah masa depan yang lebih cerah

    SERTU DALAM INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA: CABARAN DAN SOLUSI

    Full text link
    Sertu dalam Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020 merupakan salah satu sub-komponen yang perlu diwujudkan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi syarikat yang memohon persijilan halal Malaysia. Justeru itu, pengamal industri dalam setiap skim persijilan halal Malaysia akan merujuk kepada garis panduan sertu yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai panduan bagi melaksanakan proses sertu dalam industri. Namun, terdapat kelompongan yang menjadi persoalan bagi pihak industri dalam melaksanakan proses sertu jika berlaku percampuran dengan najis mughallazah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu yang timbul dalam industri halal di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan data melalui analisis dokumen dan temu bual semi-struktur ke atas responden yang terdiri daripada wakil industri dan pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri. Hasil kajian dirumuskan kepada lapan kategori isu. Kajian ini turut mencadangkan solusi yang dapat dijadikan sebagai rujukan oleh pihak berkuasa berwibawa agar tindakan seterusnya dapat dilaksanakan bagi memudahkan pihak perkhidmatan sertu dan masyarakat umum untuk mengamalkan proses sertu

    INSTITUSI WAKAF PEMACU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

    Full text link
    Ibadat wakaf memainkan peranan peranan penting dalam memenuhi kemaslahatan masyarakat muslim dari pelbagai bidang. Ia mencakupi perihal individu dan sosial, material dan kerohanian, serta dunia dan akhirat. Wakaf itu sendiri bersifat autonomi, mampan, fleksibel dan berkesinambungan membuktikan ia mampu membantu sesebuah pentadbiran Islam bagi mencapai pembangunan sosioekonomi untuk generasi masa kini dan akan datang. Jika ditelusuri dari sudut sejarah Islam hingga kini, sistem wakaf telah memaparkan pelbagai peringkat pembangunan yang merangkumi semua sektor sosioekonomi iaitu pendidikan, kebudayaan, penjagaan kesihatan, perumahan, makanan dan minuman, infrastruktur serta banyak lagi. Hal ini membuktikan bahawa sistem wakaf ini mempunyai potensi yang tinggi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Penulisan ini bertujuan bagi mengkaji dan menjelaskan fungsi dan fleksibiliti wakaf serta keupayaannya untuk mencapai kemajuan seiring dengan SDG. Seterusnya mengkaji cabaran dan penyelesaian serta membentangkan satu cadangan dasar yang praktikal. Secara kesimpulannya, wakaf dapat berfungsi sebagai satu instrumen penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan di Malaysia seperti pembangunan komuniti mampan, pengurangan kemiskinan, pendidikan berkualiti, dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, penting untuk menggalakkan dan memantapkan lagi pelaksanaan wakaf di Malaysia dalam konteks SDG bagi memperkukuhkan kelestarian dan kesejahteraan negara

    MODERATION IN ISLAMIC EDUCATION IN LIGHT OF THE PROPHET’S HADITH

    Full text link
    Islam is a moderate religion, and its moderation is proven by examining its beliefs, principles, scientific foundations, morals, worship, laws, and rulings represented in an educational process in all aspects of social life through the Prophetic Hadith. Moderation and moderation of the educational process consisting of the following three main elements: Moderation of educational belief; Moderation of worship and rituals; Moderation of morals in the educational process: One of the applications of the educational process in Islam is its moderation and moderation in morals; how to deal with morals and modify their concept among people; For example, the morality of justice, which Islam calls for, includes giving all those who have rights their rights. The morality of patience in Islam comes in the middle between indifference and negligence, and between quick anger and lack of self-control. The morality of generosity comes between extravagance and waste, and between withholding and miserliness. The morality of tolerance comes between the extremes of losing rights and oppressing oneself and allowing others to attack it, and between oppression, transgression and injustice

    KEBERANGKALIAN RIBA DI DALAM E-WALLET: SATU ANALISA AWAL

    Full text link
    Pendigital kaedah pembayaran telah menunjukkan peningkatannya di kalangan rakyat Malaysia khususnya ketika pandemic Covid-19 sedang melanda dunia. E-wallet adalah antara aplikasi pembayaran digital yang mesra pengguna dan mudah diakses sama ada oleh pengguna mahupun benefisiari yang lain. Aplikasi yang melibatkan beberapa pihak seperti pengguna, penjual atau peniaga juga terdedah kepada praktis riba yang berpotensi menjadikan akad tersebut rosak. Kertas ini bertujuan untuk memberikan satu analisa awal mengenai keberangkali berlakunya riba di dalam aplikasi yang makin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Hasilnya aplikasi e-wallet ini tidak bebas dari berlakunya riba kerana akad qard yang mendasari deposit yang diletakkan oleh user ke dalam akaun e-wallet. Keterikatan penyedia perkhidmatan e-wallet kepada kepatuhan Syariah juga boleh menjadi ruang untuk berlakunya riba sekiranya dana-dana tersebut disimpan di dalam akaun konvensional. Cadangan penggunaan akad wadi’ah dan bay’ istijrar di lihat dapat mengurang potensi riba di dalam aplikasi ini

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇