Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
1173 research outputs found
Sort by
ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK PROGRAM LALUAN PANTAS (FAST TRACK)
Kajian ini dijalankan bagi meneliti keperluan pembangunan modul khusus Bahasa Arab untuk pelajar program laluan pantas (Fast Track SPM) yang berhadapan dengan cabaran kognitif kerana perlu menguasai dua set kandungan serentak (Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima) dalam tempoh singkat sekitar 10 hingga 11 bulan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar ini berasal daripada latar belakang sekolah tahfiz tanpa pendedahan formal terhadap matapelajaran Bahasa Arab, sekali gus menambahkan keperluan terhadap intervensi pedagogi yang bersesuaian. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap keperluan pelajar terhadap pembangunan modul pembelajaran Bahasa Arab yang bersifat praktikal, mudah difahami, serta menyokong penguasaan kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan terhadap 251 orang responden daripada lima institusi yang menawarkan program Fast Track SPM. Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan bertujuan manakala soal selidik digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis secara deskriptif dengan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Pembangunan modul ini berpandukan Model ADDIE, namun perbincangan artikel difokuskan pada fasa analisis keperluan. Dapatan menunjukkan tahap keperluan yang sangat tinggi terhadap pembangunan modul Bahasa Arab, dengan 96.0% responden (241 orang) mengesahkan kepentingan modul yang ringkas, padat dan efektif, khususnya dari aspek panduan penulisan, penguasaan kosa kata dan penjelasan jawapan yang menyeluruh. Kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan modul khusus bukan sahaja dapat menjadi intervensi pedagogi signifikan untuk membantu pelajar laluan pantas menguasai Bahasa Arab dalam jangka masa terhad, bahkan berpotensi dijadikan model rujukan bagi pembangunan modul bahasa untuk kelompok pelajar lain yang mempunyai latar belakang khas, sekali gus mengisi jurang dalam literatur sedia ada
WUDUK SEBAGAI EKOTERAPI DALAM ISLAM: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH
Pendekatan ekoterapi dalam kesihatan semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan moden, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan mental melalui interaksi dengan unsur alam semula jadi. Dalam Islam, konsep ini dapat dikaitkan dengan amalan ibadah tertentu yang melibatkan penggunaan elemen alam, seperti wuduk. Wuduk bukan sahaja berfungsi sebagai penyucian fizikal sebelum solat, tetapi juga memiliki dimensi spiritual dan psikologi yang signifikan. Kajian ini bertujuan untuk menilai wuduk sebagai bentuk ekoterapi dalam Islam dengan menganalisis hadith-hadith berkaitan berdasarkan perspektif fiqh al-hadith. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan dengan meneliti teks-teks hadith dalam kitab-kitab hadith utama serta penafsiran fuqaha’ mengenai kesan wuduk terhadap kesejahteraan spiritual dan emosi. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti unsur-unsur terapi dalam wuduk, termasuk kesan air sebagai elemen penyucian dan ketenangan, serta bagaimana wuduk berperanan dalam mengurangkan tekanan dan kemarahan berdasarkan petunjuk Nabi SAW. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wuduk memiliki ciri-ciri ekoterapi, terutamanya dalam aspek penggunaan air sebagai instrumen terapi, ketenangan spiritual dan pemulihan kesejahteraan mental. Kajian ini mencadangkan bahawa wuduk bukan sekadar ritual ibadah tetapi juga satu bentuk terapi holistik berasaskan Islam yang boleh diaplikasikan dalam konteks rawatan kesihatan mental masyarakat Muslim. Kajian lanjutan disarankan untuk menilai secara lebih mendalam hubungan antara wuduk dan kesejahteraan psikologi melalui pendekatan empirikal, seperti kajian lapangan atau eksperimen terhadap kesan psikologi wuduk dalam situasi tekanan dan kebimbangan
ANALYSIS OF FACTORS INFLUENCING STUDENTS CONSUMPTIVE BEHAVIOR IN STKIP NASIONAL
This study examines the influence of economic literacy (X1), pocket money (X2), lifestyle (X3), consumer taste (X4), and peers (X5) on the consumptive behavior of STKIP Nasional students. A total sampling technique was applied, involving 399 students (45% of the total population). Data were collected using a Likert-scale questionnaire and analyzed through normality and homogeneity tests, followed by hypothesis testing. The findings indicate that economic literacy, pocket money, lifestyle, consumer taste, and peers each have a significant partial effect on students’ consumptive behavior. Lifestyle shows the strongest influence, followed by economic literacy, consumer taste, pocket money, and peers. Simultaneously, all five variables have a positive and significant effect on consumptive behavior, with an F-count value of 34.44 exceeding the F-table value of 2.24. The coefficient of determination reveals that 62.8% of students’ consumptive behavior is explained by these variables, while 38.2% is influenced by other factors not included in this study. In conclusion, economic literacy, pocket money, lifestyle, consumer taste, and peers are key determinants of students’ consumptive behavior. This study provides important insights for students and the wider community in promoting more controlled and rational consumption practice
STRATEGI DAYA TINDAK OLEH WARGA EMAS SEMASA MENGHADAPI WABAK COVID-19
COVID-19 yang terjadi telah menjejaskan gaya hidup rakyat Malaysia pada tahun 2020 dan warga emas juga tidak terkecuali daripada menerima impaknya. Virus ini telah mengancam rutin aktiviti harian semua individu. Kajian ini bertujuan meneroka strategi yang digunakan oleh warga emas di Seputeh, Kuala Lumpur semasa pandemik COVID -19 dengan menemubual sepuluh (10) warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan analisis bertema untuk meneroka pengalaman berkaitan strategi daya tindak yang digunakan oleh warga emas. Berdasarkan temu bual, didapati terdapat lapan strategi digunakan oleh warga emas semasa pandemik; (1) Pengurusan Persekitaran dan Aktiviti Rutin; (2) Adaptasi Hubungan Sosial dan Penggunaan Teknologi; (3) Pengukuhan Langkah Keselamatan dan Perkhidmatan Kesihatan dan (4) Kawalan Perbelanjaan Secara Berhemah. Selain itu, sokongan komuniti dan perkhidmatan kesihatan atas talian didapati memainkan peranan penting dalam membantu warga emas menghadapi tempoh yang mencabar ini. Kajian ini menyimpulkan bahawa keupayaan adaptasi dan ketahanan warga emas, ditambah dengan sokongan yang sesuai, adalah kritikal dalam konteks strategi daya tindak semasa menangani cabaran wabak COVID-19. Dapatan kajian ini berupaya menyumbang kepada pembentukan dasar dan intervensi yang lebih berkesan untuk menyokong strategi daya tindak dalam populasi warga emas semasa krisis kesihatan awam
THE RELATIONSHIP BETWEEN KNOWLEDGE AND INTENTION TO OWN TAKAFUL AMONG RESIDENTS OF THE MELAKA TENGAH DISTRICT
This study aims to examine the relationship between knowledge and the intention to own Takaful among residents in the Melaka Tengah district. The main objective of the study is to identify whether there is a relationship between knowledge and the intention to own Takaful among the residents. Respondents consist of 100 residents of Melaka Tengah. This study was conducted in residential areas and business centre in the Melaka Tengah district only. Data analysis was conducted using the IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 27.0. The results of this study show a significant relationship between knowledge and the intention to own Takaful (r = 0.316, p = 0.001). The findings of this study can provide significant contributions to the government, society, and existing Takaful companies. Keywords : Knowledge & Intention to Own Takafu
PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN DAKWAH ISLAMIYAH MENERUSI SEJARAH NABI MUSA A.S. DALAM AL QURAN
Nabi Musa A.S. adalah merupakan salah satu dari rasul Ulul Azmi yang diutus ke muka bumi ini sebagai pilihan Tuhan. Oleh kerana memikul tanggunjawab berat dan mendapat ujian dari segala perjalanan kehidupannya maka sudah pasti sejarahnya akan menjadi tumpuan para pengkaji al-Quran dan sentuhan ayatnya boleh dijadikan sebagai rujukan dan pedoman dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat, hal ini dapat ditadabburkan menerusi sejarahnya dalam al-Quran. Episode kisahnya disebut dalam al-Quran dengan nama 'Musa' sahaja dalam 136 ayat pada 34 surah yang berasingan, penyebutan sejarahnya dalam kitab suci al Quran sebagai inspirasi pendidikan dakwah islam masa kini. Di mana sejarahnya bermula dari kelahirannya kemudian ditempatkan di dalam istana Fir`aun hingga diutus untuk menyelamatkan kaum bani Israil dari penindasan dan kekejaman firaun, kemudian membawa bani Israil keluar dari Mesir bersama dengan saudaranya Nabi Harun A.S., diuji dengan umatnya kemudian menghancurkan patung anak lembu (al cIjl) sehingga kepada menerima kitab Taurah di bukit Tur Sina yang semuanya itu patut dijadikan kriteria dalam pendidikan dakwah pada zaman ini. Dalam kertas kerja ini akan merungkai nilai-nilai pendidikan dakwah Islam menerusi penyebutan kisah Nabi Musa a.s. dalam al Quran
ANALISIS MAKSUD ISTILAH AL-HIND DALAM KITAB MU‘JAM AL-BULDAN OLEH YAQUT AL-HAMAWI: KAJIAN TERHADAP HURUF AL-SIN HINGGA AL-SAD
al-Hind merupakan istilah Arab yang merujuk kepada nama tempat yang sering disebut dalam teks Arab. Sebagaimana banyak penulisan kontemporari yang membincangkan tentang keistimewaan al-Hind berdasarkan teks Arab sebagai kehebatan yang dicapai oleh Tamadun India dengan merujuk istilah tersebut semata-mata boleh menimbulkan salah faham. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengemukakan maksud istilah al-Hind dengan memberi fokus kepada bahagian huruf al-Sin hingga al-Sad berdasarkan kitab Mu‘jam al-Buldan oleh Yaqut al-Hamawi. Pengumpulan data dilakukan dengan menjalankan kajian kepustakaan dengan menggunakan sumber induk iaitu kitab Mu‘jam al-Buldan serta sumber-sumber lain yang berkaitan untuk perbahasan secara komprehensif. Kajian bermula dengan mengeluarkan nama-nama lokasi yang diklasifikasikan terletak dalam rantau al-Hind daripada senarai bahagian al-Sin hingga al-Sad dan diikuti dengan mengumpul maklumat latar belakang bagi setiap lokasi. Seterusnya, pendekatan analisis kandungan dipilih bagi mengolah data yang dikumpul. Hasilnya, kajian ini dapat mengenalpasti 10 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 7 daripadanya terletak di Asia Selatan, 3 di Semenanjung Tanah Melayu dan 1 di Indo-China. Analisis maksud al-Hind atau penamaan rantau India pada masyarakat Arab dahulu kala didapati meliputi Asia Selatan, Kepulauan Melayu dan Indo-China. Sehubungan dengan itu, kajian berpandangan bahawa adalah tidak wajar menganggap mana-mana karakteristik al-Hind dalam kitab klasik Arab hanya merujuk kepada Subbenua India tanpa penelitian terlebih dahulu. Walhal, maklumat terperinci boleh didapati dalam kitab-kitab klasik Arab yang ternyata sangat berguna untuk mendapat gambaran yang holistik tentang istilah tersebut
NARATIF KOMUNITI CINA TERHADAP PERKAHWINAN CAMPUR: ADAPTASI BAHASA DAN BUDAYA DI TERENGGANU
Kajian ini meneliti fenomena perkahwinan campur antara komuniti Cina dan Melayu di Terengganu, dengan memberi tumpuan kepada proses adaptasi budaya dan agama dalam kalangan pasangan Cina yang memeluk agama Islam. Proses ini melibatkan pelbagai cabaran yang diharungi oleh mualaf seperti perbezaan adat resam, amalan agama, bahasa, dan gaya hidup. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes iaitu melibatkan enam peserta dari komuniti Cina yang telah berkahwin dengan komuniti Melayu di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui analisis naratif, kejayaan integrasi budaya informan dapat dilihat melalui penggunaan loghat Terengganu, penerimaan adat Melayu-Islam, dan sokongan sosial, walaupun pasangan Cina Muslim ini berdepan dengan cabaran stereotaip serta dilema budaya. Biarpun begitu, kerjasama antara NGO yang berkaitan seperti PERKIM dan MACMA juga penting dalam mempromosikan keharmonian beragama dan sosial dalam kalangan pasangan yang berkahwin campur ini
FENOMENA PEMERDAGANGAN WANITA DI MALAYSIA
Pemerdagangan wanita bagi tujuan eksploitasi seksual merupakan senario serius yang melanda dunia secara global. Sangat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila sejarah telah meunjukkan bahawa pemerdagangan wanita telah berada di rantau Asia Tenggara berkurun lamanya. Di Malaysia, pemerdagangan wanita atas tujuan eskploitasi seksual telah lama berlaku semenjak zaman sebelum kemerdekaan dan sehingga kini, jenayah pemerdagangan masih lagi berlaku. Pemerdagangan wanita dilihat sebagai satu bentuk jenayah tercancang yang menakutkan serta turut melibatkan jaringan global yang sangat luas yang memberi ancaman terhadap keselamatan insan di Malaysia. Data dikumpul melalui analisis kepustakaan menggunakan enjin pencarian seperti Google Scholar dan Elsevier. Kaedah snowball atau bebola salji turut digunakan dengan menganalisis senarai rujukan daripada artikel-artikel yang diperoleh bagi mendapatkan artikel yang lebih banyak sebagai rujukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena eksploitasi pemerdagangan wanita untuk mengenal pasti punca pemerdagangan wanita di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu kerajaan dalam menangani jenayah pemerdagangan wanita bagi menjaga hak dan keselamatan mangsa seterusnya dapat meningkatkan keselamatan negara
PSIKOLOGI DAKWAH SEBAGAI INTERVENSI PEMERKASAAN ELEMEN TADAYYUN GOLONGAN RENTAN
Psikologi dakwah memainkan peranan penting dalam memperkasakan elemen tadayyun golongan rentan. Golongan rentan sering menghadapi cabaran sosial, ekonomi, dan emosi akibat kekurangan yang dialami. Pendekatan ini menggabungkan prinsip-prinsip psikologi dan dakwah Islam untuk membantu individu membina daya tahan, meningkatkan kesejahteraan spiritual dan mengintegrasikan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian. Kertas kerja ini, menggunakan kaedah analisis dokumen, meneroka pelbagai strategi psikologi dakwah dalam memperkasakan tadayyun golongan rentan. Hasil analisis menunjukkan bahawa psikologi dakwah, melalui teknik tazkiyah al-nafs (pembersihan jiwa), dorongan dan motivasi dapat memperkukuhkan keyakinan diri dan meningkatkan penghayatan tadayyun kelompok rentan. Dapatan ini meneguhkan bahawa psikologi dakwah berpotensi memperkasakan elemen tadayyun golongan rentan melalui model yang menggabungkan aspek spiritual dan strategi daya tindak psikologi yang berkesan. Ini sekaligus menyediakan panduan praktikal kepada pendakwah, kaunselor, dan profesional lain dalam menyantuni golongan rentan