Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    KEUPAYAAN INSTRUMEN AL-MUZARRA’AH MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF KATEGORI PERTANIAN DI LOKASI TIDAK STRATEGIK

    Full text link
    Pembangunan yang dilaksanakan terhadap tanah wakaf kategori tanah pertanian yang berada di lokasi kedudukan yang tidak strategik merupakan cabaran besar bagi membangunkan tanah wakaf di kawasan itu memandangkan ianya jika dilihat dari sudut luarannya tidak menampakkan pembangunan yang boleh dilakukan secara komersial dan meluas. Pada tahun 2023, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah melaporkan bahawa terdapat 3,018 lot bersamaan 2,415 hektar tanah wakaf yang belum dapat dimanfaatkan yang mana salah satu faktornya ialah kedudukan lokasi tanah yang tidak strategik. Keadaan ini, jika dibiarkan tanpa dibangunkan akan menyebabkan tanah wakaf tidak dapat memberikan apa-apa faedah sedangkan salah satu prinsip-prinsip asas wakaf ialah memberikan manfaat untuk orang lain. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan tentang keupayaan instrumen al-Muzara’ah membangunkan tanah wakaf kategori tanah pertanian yang berada di kedudukan lokasi yang tidak strategik. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Pengumpulan data menggunakan dua kaedah iaitu data primer dan data skunder yang diperolehi menerusi temubual, menganalisis dokumen dengan mengkaji pelbagai rujukan daripada artikel, jurnal, tesis, buku, majalah, kertas seminar, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, Enakmen wakaf negeri, dan laman-laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Hasil kajian mendapati bahawa instrumen al-Muzarra’ah mampu membangunkan tanah wakaf kategori tanah pertanian yang berada di kedudukan lokasi yang tidak strategik. Jika instrumen ini dilaksanakan, pembangunan wakaf dapat dilestarikan supaya manfaat wakaf itu dapat dioptimumkan oleh masyarakat sejagat dan dapat membantu ekonomi negara masa kini

    FAKTOR PERAMAL YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

    Full text link
    Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar kini semakin membimbangkan dan telah menjadi suatu topik penting diperbincangkan. Isu ini memerlukan perhatian yang serius. Kajian ini menganalisis faktor peramal yang mempengaruhi kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti. Menggunakan kaedah tinjauan ke atas pelajar seramai 330 daripada pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Soalan survey diedarkan secara atas talian menggunakan Google Form sekitar bulan Julai sehingga Ogos 2023. Data dapatan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mendapati tekanan akademik adalah faktor penting ke atas memberi kesan kepada kesihatan mental pelajar (min=3.58). Diikuti dengan faktor teknologi (min=3.29), keseimbangan Emosi (min=2.86), perubahan hidup (min=2.69), keseimbangan Hidup (min=2.61), keadaan keluarga (min=2.38) dan perubahan Sosial dan hubungan (min=2.28). Implikasi kajian ini penting untuk pelajar, tenaga pengajar, dan juga universiti dalam merancang dan merangka intervensi atau perancangan sistematik yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan mental pelajar. Implikasi kajian ini penting dalam mempromosi serta menggalakkan kefahaman serta pengetahuan berkaitan kesejahteraan mental pelajar

    ISLAMIC FINANCIAL WISDOM: EXAMINING HIBAH AWARENESS IN ISLAMIC WEALTH MANAGEMENT AMONG MUSLIM COMMUNITIES

    Full text link
    Nowadays, the existence of unclaimed property upon the owner’s death is keep increasing. Hibah is one of estate management planning in Islam, which is not widely practiced by Muslims in this country. Most of Malaysian Muslims do not understand the concept of hibah because of inadequate knowledge plus they do not really expose with the implementation of hibah. Moreover, they are facing difficulties to whom they should refer to manage their property due to the lack of exposure of hibah practice. This research paper aims to explore the level of hibah awareness as an alternative mechanism in Islamic wealth management among Muslim residents in Seremban, Negeri Sembilan. Hence, this study carries out the objective to ascertain the awareness of hibah as an alternative mechanism in Islamic wealth management among Muslim residents in Seremban, Negeri Sembilan. This study used quantitative method with a self-administered questionnaire. Data were collected from 110 respondents of Seremban residents in Negeri Sembilan state. The result shows that most of the respondents have a very excellent and strong awareness of hibah as one of wealth management mechanisms. It is believed that the educational background of the respondents might influence the positive findings

    PEMBANGUNAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK PROGRAM LALUAN PANTAS: TINJAUAN LITERATUR DALAM KONTEKS MALAYSIA

    Full text link
    Kertas kerja ini bertujuan mengemukakan tinjauan awal berkaitan teori dan model pedagogi dan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dengan memberi penumpuan kepada kajian lepas berkaitan kerangka dan keperluan pembinaan modul bahasa Arab. Kertas kerja ini mengemukakan teori-teori pedagogi dan pendekatan serta keperluan modul dan buku bahasa Arab terdahulu serta mengenal pasti modul bahasa Arab sedia ada. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kepustakaan. Data kajian lepas dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik. Oleh yang demikian, kajian ini tertumpu kepada tinjauan awal keperluan dan kerangka pembinaan modul bahasa Arab dengan tujuan untuk meningkatkan kemampuan dan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar program laluan pantas. Modul bahasa Arab yang hendak dibina seharusnya mesra dengan penutur bukan jati dan sesuai digunakan bagi pelajar sekolah menengah khususnya pelajar yang berada pada program laluan pantas. Justeru, hasil kajian ini dijangka akan menjadi panduan dan rujukan dalam membina sebuah modul bahasa Arab yang lebih praktikal untuk digunakan oleh para pelajar program laluan pantas memandangkan belum ada lagi modul khusus untuk kegunaan para pelajar ini. Modul bahasa Arab program laluan pantas diharapkan dapat membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan serta membantu meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekaligus dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif, interaktif dan menyeluruh

    HUBUNGAN MOTIVASI DAN KESEDIAAN E-PEMBELAJARAN TERHADAP PENGGUNAAN DELIMA 2.0 DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

    Full text link
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan motivasi dan kesediaan e-pembelajaran terhadap penggunaan DELIMa 2.0 dalam kalangan murid tahun enam sekolah rendah di daerah Tawau, Sabah. DELIMa, adalah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong pembelajaran maya, tetapi masih kurang digunakan secara meluas. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan DELIMa 2.0 adalah tinggi (min=3.79), tanpa perbezaan signifikan berdasarkan jantina atau tempoh penggunaan. Analisis korelasi Pearson mendedahkan hubungan positif yang kuat antara motivasi murid dengan penggunaan DELIMa 2.0 (r=0.781, p<0.001), manakala hubungan antara kesediaan e-pembelajaran dengan penggunaan DELIMa 2.0 adalah lemah tetapi signifikan (r=0.495, p<0.001). Dapatan ini menekankan kepentingan motivasi murid dan penyediaan kemudahan e-pembelajaran dalam meningkatkan penggunaan DELIMa 2.0. Kajian ini memberi implikasi kepada keperluan meningkatkan motivasi dan kesediaan e-pembelajaran murid untuk memaksimumkan penggunaan platform tersebut, serta memberi input kepada pihak berkepentingan untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pembelajaran digital melalui pengukuhan motivasi dan persekitaran e-pembelajaran yang kondusif

    INDIKATOR PENGURUSAN PERUBAHAN DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    Full text link
    Kajian in bertujuan untuk menentukan tahap indikator pengurusan perubahan serta meneroka apakah indikator implementasi pengurusan perubahan dalam konteks pemerkasaan Pejabat Pendidikan Daerah Di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan secara berturutan (explanatory sequential design). Seramai 103 orang Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) dari seluruh Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian dan tujuh orang peserta kajian temu bual. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 2.2. Manakala kajian kualitatif menggunakan temu bual separa berstruktur melibatkan seramai seramai tujuh orang iaitu lima orang Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) dan dua orang Pengurus Program. Informan dipilih menggunakan pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo 11 bagi membina tema-tema yang dikaji. Dapatan menunjukkan bahawa tahap proses pemerkasaan di Pejabat pendidikan Daerah secara keseluruhannya berada pada tahap yang sangat tinggi dengan skor min 4.70. Dapatan tema bagi indikator implementasi pengurusan perubahan dalam konteks memperkasa PPD adalah merangkumi enam tema utama iaitu peranan dan tanggungjawab (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengurus Program, SIP+ dan SISC+), dialog prestasi, pengurusan peruntukan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI), dashboard serta Penarafan Kecemerlangan PPD. Kajian ini penting kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan semua pegawai termasuk SIPartners+ dan SISC+ kerana indikator merupakan intervensi awal bagi mengesan sebarang isu atau masalah yang wujud sepanjang pelaksanaan program perubahan. Maka, melalui indikator perubahan ini boleh dijadikan panduan untuk memastikan perubahan yang berlaku mengikut perancangan dan matlamat DTP

    KONSEP PEMELIHARAAN BERASASKAN KELUARGA TERHADAP KANAK-KANAK TIDAK TERKAWAL DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

    Full text link
    Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dalam suasana berkasih-sayang dalam sesebuah institusi keluarga. Perkara ini menjamin kanak-kanak untuk menikmati keselamatan, pendidikan serta sumber makanan yang berkhasiat. Namun, kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam menjalankan tanggungjawab terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan kanak-kanak berdepan dengan risiko cenderung kepada jenayah moral atau aktiviti tidak sihat. Statistik kes kanak-kanak tidak terkawal yang melibatkan kanak-kanak berusia 10 sehingga 18 tahun menunjukkan pola yang hampir sekata iaitu 100 sehingga 200 kes setahun dicatatkan daripada tahun 2019 sehingga 2022. Justeru artikel ini akan melakukan penilaian syariah terhadap konsep pemeliharaan berasaskan keluarga dalam pengendalian kanak-kanak tidak terkawal di Malaysia, dalam usaha menyokong peruntukan sedia ada. Bagi mencapai objektif kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan menerusi kaedah kepustakaan yang berasaskan metod analisis litaretur dan kaedah lapangan yang berasaskan metod temubual. Kajian ini merujuk sumber-sumber primer seperti Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan prosedur-prosedur yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sumber-sumber sekunder seperti data-data perpustakaan. Data-data ini kemudian dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Temubual bersama pegawai JKM membantu dalam mendapatkan maklumat semasa serta memberikan gambaran sebenar pengendalian kanak-kanak tidak terkawal. Hasil kajian mendapati bahawa konsep pemeliharaan berasaskan keluarga terhadap pengendalian kanak-kanak tidak terkawal mempunyai nilai-nilai Islam. Hasil ini juga boleh menjadi rujukan dan landasan dalam memperkasakan garis panduan berdasarkan syariah kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta pengendali-pengendali kes kanak-kanak tidak terkawal di bawah KPWKM sendiri seperti pegawai akhlak dan pengetua di asrama akhlak. 

    THE VALUE OF ETHICAL EDUCATION IN THE STORY OF THE PROPHET MUSA AS. WITH THE FIR'AUN AND ITS CHARACTERISTICS, AND THE RELEVANCE IN INDONESIA

    Full text link
    The focus of this article is to reveal the image of Fir’aun expressed in the texts of the Qur'an. The research approach used is historical. Based on the research results, the following conclusions were found: First, the Fir’auns according to the Qur'an were rulers who in carrying out their government used an oppressive system and this oppression was supported by their superiors. Second, the mission carried out by Moses was the liberation of the Children of Israel from the shackles of oppression and slavery. The Bani Israel as the Mustadh'afin (weak) people in this story need to be addressed in the contemporary context because the term Mustadh'afin was not only found during the time of the Fir’auns but has always existed in every level of society, so concrete steps are needed to escape the grip of the oppressors. Third, the story of Fir’aun cannot be understood like we read texts in history, because in it many moral ideas must be raised amidst the decay of an oppressive system

    USAHA MENGEKANG KEMARAAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM): USAHA TERSURAT DAN TERSIRAT BRITISH DI TANAH MELAYU

    Full text link
    Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu telah menyebabkan pelaksanaan darurat pada (1948-1960). Keganasan PKM bukan sahaja meragut nyawa manusia tetapi bertujuan melumpuhkan ekomoni British di Tanah Melayu dengan merosakkan kemudahan dan memusnahkan ladang-ladang yang dimiliki oleh Bristish. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kemunculan PKM di Tanah Melayu semasa pemerintahan British. Kemudian, meneliti usaha British dalam mengekang kemaraan PKM semasa darurat. Seterusnya, menghuraikan aspek tersurat dan tersirat British dalam mengekang kemaraan PKM di Tanah Melayu. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa PKM mula bermaharajalela di Tanah Melayu selama 14 hari apabila Jepun meletakkan senjata dan tempoh masa kembalinya British di Tanah Melayu. Selanjutnya, British melaksanakan pelbagai cara untuk mengekang kemaraan PKM dengan menguatkuasakan undang-undang darurat, pelaksanaan pasukan keselamatan, pendaftaran kad pengenalan, Rancangan Bringgs, tawaran pengampunan, bulan penduduk menentang komunis, perang saraf, perintang berkurung dan Rundingan Baling. Walau bagaimanapun, usaha yang dilaksanakan secara tersirat bertujuan mengekang dan membanteras PKM dilihat melindungi penduduk di Tanah Melayu tetapi sebaliknya British mempunyai tujuan lain. Hal ini demikian kerana, British masih dengan agenda utama pelaksanaan imperislisme di Tanah Melayu dalam aspek ekonomi mereka. Hakikatnya, British melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melindungi kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka di Tanah Melayu, Malah, setiap yang kemajuan, perlindungan yang dilaksanakan di Tanah Melayu adalah bagi keagungan British yang dilihat sebagai pemula tamadun manusia yang moden melibatkan agama dan kemajuan bangsa. Adalah diharapkan kajian ini dapat diaplikasikan sebagai rujukan, panduan dan iktibar kepada generasi di negara ini

    PSYCHOMETRIC EVALUATION: EXPLORATORY AND CONFIRMATORY FACTOR ANALYSIS OF THE MALAY VERSION OF THE STUDENT STRESS INVENTORY (SSI) FOR UNIVERSITY STUDENTS

    Full text link
    Stress as a common experience amongst university students, can significantly affect academic performance despite often being seen as an integral part of personal growth. To gain a deeper understanding of this issue, this study seeks to devise and validate a tool based on the General Adaptation Syndrome (GAS) and Environment Stress Theory (EST), named the Student Stress Inventory (SSI). This tool is designed to assess the frequency or level of stress among university students. A preliminary cross-sectional study was conducted where 169 responses were collected and subjected to an Exploratory Factor Analysis (EFA) using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The EFA results recommended the exclusion of four (4) items from the construct. Subsequently, for the primary data collection, the researcher collected 366 responses. These were then subjected to Confirmatory Factor Analysis (CFA) using Analysis of Moment Structures (AMOS). The CFA results showed that the SSI meets the requisite criteria, validating its efficacy in gauging student stress in university settings. The SSI serves as a crucial instrument to identify stress and pressure that could potentially impact students' academic performance. It provides a platform for relevant stakeholders to identify significant stress levels, thereby enabling them to take necessary measures to mitigate these stressors and cultivate a more supportive learning environment within the university

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇