Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    MENANGANI ISU – ISU SENSITIF BERKAITAN, AGAMA, BANGSA DAN INSTITUSI RAJA (3R) DALAM POLITIK MELALUI PENDEKATAN UNDANG-UNDANG SUATU PENILAIAN SEMULA

    Full text link
    3R berkisar tentang isu agama, bangsa dan Institusi Raja. Istilah ini dibentuk dengan mengambil huruf awalan daripada perkataan bahasa Inggeris religion, race dan royalty. Perkara yang bersangkut paut dengan agama, bangsa dan Institusi Raja (3R) adalah hal yang sangat dekat dengan rakyat dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini kita dihujani dengan pelbagai isu sensitif berkaitan 3R yang dibawakan oleh beberapa pihak tertentu bagi maksud mencapai tujuan politik mereka. Orang ramai telah menyarankan supaya peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti bagi menangani isu ini dengan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan isu-isu sensitif berkaitan 3R. Tindakan ini perlu bagi memelihara keharmonian perpaduan kaum, hak kebebasan bersuara dan beragama serta menjaga keistimewaan bangsa Melayu dan Institusi Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Beberapa perundangan seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta beberapa statut yang lain telah digubal bagi menangani isu-isu sensitif berkaitan 3R ini. Namun begitu, beberapa insiden telah berlaku kebelakangan ini dengan melihat kepada senario politik negara terutama pada setiap kali menjelang pilihanraya seolah-olah mengambarkan bahawa peruntukan undang-undang sedia ada tidak mencukupi dan kurang berjaya menangani isu 3R dengan baik dan sempurna. Dalam penulisan ini penulis akan mengetengahkan beberapa isu sensitif berkaitan 3R dan menganalisa peruntukan undang-undang yang sedia ada. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis peruntukan dan dokumen-dokumen perundangan yang relevan seperti artikel, jurnal, laporan-laporan kajian lepas dan laporan dari media sosial yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa peruntukan undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan ditambahbaik bagi menangani isu 3R ini. Di akhir kajian, penulis mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan yang sesuai yang boleh diambil bagi menangani isu yang timbul berkaitan 3 R ini

    THE EFFECT OF NURSE LED EDUCATIONAL PROGRAMME TOWARDS KNOWLEDGE, ATTITUDE AND PRACTICE OF FALL ASSESSMENT AMONG REGISTERED NURSES IN A PRIVATE ELDERLY CARE CENTRE IN KUALA LUMPUR.

    Full text link
    Background: Fall remain the most common clinical incident that cause morbidity and mortality as well as leaving victim with significant psychological impact. Fall Prevention and Precaution Measure has been implemented across all acute and home nursing centre however various literature have revealed that rate of fall is still high. Fall Prevention Bundle has been in place to prevent fall.Objective: The study aimed to inspect the effect of Fall Prevention Programme on Knowledge, Attitude and Practice in Fall Prevention is deemed important in age care.Methods: A quantitative design, quasi-experimental with pre and post comparative data, before and after the education programme will be utilized. The study will be conducted at KPJ Senior Living Care. A purposive sampling is used among Registered Nurse. Data of pre and post score be collected and analysed. A pre and post comparison of knowledge, attitude and practice of rating MFS and competency of implementation of Fall Care Plan will be investigated.Results: Analysis shown significant increase of knowledge post Fall Prevention Programme with p value of 0.001, but insignificant value of p 0.257 and 0.157 for both attitude and practice among nurses. Despite being only significant in knowledge statistically, the study has shown increase in percentage in attitude and practice among the nurses.Conclusion: The fall prevention training has shown to give positive impact on the knowledge, attitude, and practice among nurses. Continuous awareness and training are highly recommended as to ensure better understanding and ability to rate Morse Fall Scale and provide the best prevention fall

    MENILAI PENGETAHUAN, PERSEPSI, DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA KOMUNIKASI ALTERNATIF

    Full text link
    Media alternatif merujuk kepada platform media yang menyediakan rangkaian sosial dan menawarkan sudut pandangan yang berbeza dari media utama. Kehadiran media alternatif memperkayakan lagi landskap media dan membantu masyarakat dalam membuat keputusan yang lebih terinformasi. Dengan kemampuannya untuk menyampaikan maklumat terkini dengan cepat, media ini semakin diterima dalam kalangan masyarakat. Golongan muda, khususnya pelajar universiti, merupakan pengguna utama media alternatif berbanding kumpulan lain. Walaupun media alternatif menawarkan banyak kelebihan dalam meningkatkan komunikasi dan akses kepada pelbagai pandangan, pengguna harus berhati-hati agar tidak menyalahgunakan akses ini dengan cara yang tidak etika. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, persepsi, dan sikap pelajar universiti terhadap penggunaan media alternatif dalam komunikasi harian mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan sampel 258 daripada 287 populasi pelajar yang mengikuti kursus CTU554. Data selanjutnya dianalisis menggunakan SPSS 26 bagi membandingkan purata (min), menilai perbezaan jantina (ujian t), dan mengkaji perbezaan berdasarkan program yang diikuti (ujian ANOVA). Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan persepsi yang tinggi, tetapi sikap mereka berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, penggunaan media alternatif yang bijak dan beretika dapat membantu pelajar dalam membina hubungan sosial yang positif, mencapai kejayaan akademik, dan mempersiapkan diri untuk masa depan yang lebih gemilang

    KONSEP KENDIRI DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI REMAJA DELINKUEN DI SEKOLAH-SEKOLAH TUNAS BAKTI, SEMENANJUNG MALAYSIA

    Full text link
    Self-concept and psychological well-being are closely intertwined because self-concept has a relationship with the psychological well-being of adolescents. This study uses the design of correlation studies through a cross-sectional design approach. In this study, 296 adolescents between the ages of 13 and 17 were selected using a stratified random sampling. The study locations involved were all Sekolah Tunas Bakti in Peninsular Malaysia. The results showed that the highest mean was 2.88, which is physical self-concept, followed by family self-concept with a mean of 2.43, while the third highest mean was personal self-concept at 2.38. Next, the social self-concept with a mean value of 2.37 followed by the moral self-concept with a mean value of 2.27 and lastly the lowest mean was the academic/employment mean of 2.17. While the results of the inference analysis using Pearson correlation analysis showed that there was a significant association of self-concept towards psychological well-being among delinquent adolescents in Peninsular Malaysia (r=0.57, k< .00). In conclusion, this study explains that self-concept that is positively related to psychological well-being in adolescents can have a positive impact in the future to the country thus helping the formation of a generation with good values and morals

    PENGGUNAAN RETORIK DALAM LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI KARYA MALIQUE

    Full text link
    Retorik merupakan bahagian daripada ilmu linguistik yang membawa maksud seni yang digunakan atau seni memakai bahasa yang indah untuk tujuan mempengaruhi minda atau pemikiran khalayak dengan menekankan beberapa aspek seperti kesopanan dan keterampilan dalam berbahasa sama ada lisanmahupun tulisan. Bidang muzik telah dipilih sebagai skop kajian untuk membuktikan keberkesanan retorik yang mampu menghubungkan antara penulis lagu dengan pendengar. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu mengenal pasti teknik retorik yang digunakan oleh Malique serta faktor penggunaannya. Kajian deskriptif ini dijalankan dengan berpandukan Teori Retorik Moden yang diasaskan oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengevaluasi isiteks baik dari segi tekstual maupun kontekstual. Pemahaman tentang teknik retorik yang kurang dalam kalangan pendengar lagu menjadikan terbatasnya mesej yang dapat diambil yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pendengar. Kajian mendapati bahawa terdapat tiga jenis retorik yang digunakan dalam penulisan lagu ini iaitu naratif, pemerian dan pemujukan. Faktor penggunaan retorik dalam lirik lagu Teman Pengganti adalah untuk memberi dimensi cerita yang mendalam dan memungkinkan pendengar untuk berhubung secara emosional dengan cerita yang disampaikan, mencipta gambaran hidup tentang cerita yang ditulis dan membangkitkan perasaan serta upaya untuk mempengaruhi pendengar agar merespon dengan cara tertentu. Konklusinya, retorik merupakan elemen penting yang membantu penulis lagu menggunakan bahasa yang berkesan untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik kepadapendengar serta dapat membantu pendengar untuk memahami lagu dengan lebih mendalam

    TRACEABILITY OF LOGISTICS IN HALAL MEAT SUPPLY CHAIN ACCORDING TO ISLAMIC LEGAL MAXIM

    Full text link
    The paper explores the intersection of Islamic jurisprudence, specifically Islamic legal maxim, with the Halal meat supply chain, emphasizing the crucial role of traceability in ensuring transparency and accountability. Halal, denoting lawful or permissible, extends beyond dietary preferences, embodying Islamic principles dictating meat production. The study addresses contemporary challenges and opportunities in Halal meat logistics. The mixing of frog meat in the fish meat section poses a challenge despite existing Halal and Haram divisions. To elucidate traceability in the Halal meat supply chain, Islamic legal maxims was explained and applicable maxims to Halal meat supply chain was identified. Qualitative research via library research methods, including scientific books, articles, and trusted websites, was employed. The study required meticulous investigation of reliable reference sources. Crucial for governments, industry players, and consumers, the research strengthens regulatory compliance, upholds Islamic principles, fosters consumer trust, and opens market expansion opportunities. It contributes to academic and practical knowledge in supply chain management, Islamic ethics, and consumer behaviour. The study investigates a traceability system in the Halal meat supply chain guided by Islamic legal maxim covering sourcing, processing, distribution, and retail. Key stakeholders and ethical considerations are central. Limitations include regional variations in Islamic legal maxim interpretation, industry-specific factors, technological constraints, and the dynamic nature of legal interpretations. This research contributes to the understanding and enhancement of the Halal meat supply chain, aligning with Islamic principles and ensuring transparency, compliance, and consumer confidence

    PROBLEM AND SOLUTIONS FOR ACCEPTING A SINGLE GLOBAL ISLAMIC CALENDAR

    Full text link
    The Global Islamic Calendar functions to realize the unity of the Ummah with a globally unique calendar and minimize differences between countries in the implementation of worship based on determining the beginning of the Hijriyah month. The fact is that Islamic civilization is almost 1.5 millennia old and to this day does not yet have an accurate, unifying calendar system. In realizing a Single Global Islamic Calendar, Saudi Arabia has a dominant factor because it is the center of Islamic Worship including the place where Wukuf is carried out on Arafah. Therefore, this research will describe problem and solutions for accepting a single global islamic calendar. This research method uses qualitative and quantitative methods with a systems thinking approach. The results of this research provide an approach, argumentation, and solution with a new criterion, namely Neo KHGT Turkey 2016 so that the acceptance of a single global Hijriyah calendar for Saudi Arabia and the world can be realized

    DISCUSSION OF THE PROVISIONS ON THE SETTLEMENT OF DISPUTES UNDER THE LAW OF THE SEA CONVENTION (UNCLOS) 1982

    Full text link
    This research explores the provisions on the settlement of disputes under The Law of The Sea Convention 1982 (UNCLOS). The authors will elaborate and discuss about the provisions on the settlement of disputes where it will be intended to discuss in this research. Before the discussion of the main issues are made, as for the introduction of this research, the authors will explain the historical background of The Law of The Sea and the history of the establishment of The United Nations Convention on The Law of The Sea (UNCLOS) 1982. The description starts from Part I UNCLOS 1958, and Part II UNCLOS 1960, and finally Part III UNCLOS 1982, where all of these have contributed to the existence and the need of the provisions on the settlement of disputes under Part XV (UNCLOS) 1982. The objectives of this research are firstly; to describe the history of The Law of The Sea and the establishment of The United Nations Convention on The Law of The Sea (UNCLOS) 1982, secondly to elaborate further about the provisions on the settlement of disputes under The Law of The Sea Convention 1982 (UNCLOS), and thirdly to discuss the leading cases that adopted the provisions on the settlement of disputes

    PANDANGAN MUFTI TANPA WARTA DALAM ISU KONSERT KUMPULAN COLDPLAY ADALAH PANDANGAN PERIBADI ATAU FATWA SATU ANALISIS

    Full text link
    Baru-baru ini Malaysia telah dilanda kontroversi ekoran kehadiran kumpulan penyanyi Coldplay yang telah menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia yang beragama Islam. Hal ini kerana kumpulan ini seringkali mempromosi anasir LGBT pada kebanyakan konsert mereka. Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah menasihati masyarakat Malaysia terutamanya penganut beragama Islam supaya tidak menyokong konsert tersebut kerana agenda kumpulan ini bertentangan dengan nilai murni dan uruf masyarakat di negara ini terutamnya orang Islam. Kajian ini membincangkan tentang konsep institusi fatwa yang terdapat di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Akta 505 yang digunapakai di Wilayah Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri yang terpilih. Selain itu, kajian ini turut mengkaji peranan serta fungsi institusi fatwa serta melihat sejauhmana fatwa yang telah dikeluarkan dapat digunapakai oleh masyarakat. Metod yang digunakan ialah analisis kandungan yang dikumpul melalui akta, enakmen, fatwa dan kajian kepustakaan selain menganalisa artikel dan jurnal kajian yang sedia ada. Kajian mendapati bahawa pandangan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan hanyalah sekadar pandangan peribadi semata-mata kerana ia tidak diwartakan seperti yang diperuntukkan dalam Akta, Enakmen atau Ordinan

    BALANCING FAITH AND GAMING: EXPLORING ZAKAT, IN-GAME PURCHASES AND ETHICAL CONSIDERATIONS

    Full text link
    This study explores the intricate connection between Zakat, in-game transactions and the related ethical issues in the realm of Islamic law specifically in the contemporary digital age. This study reassesses traditional religious commitments in response to the rising issues presented by the gaming industry. This study employs a dual methodological approach. First, it relies on intensive library research. This action serves as the basis for gathering a wide range of scholarly materials, historical texts and contemporary publications. This methodology guarantees a comprehensive comprehension of the established tenets of Islamic jurisprudence, their historical backdrop and their pertinence to contemporary matters. This study employs a comprehensive investigation guided by Islamic jurisprudence. The ethical framework devised by Imam Shafi'e, which prioritises factors such as purpose, benefit and the greater good is employed to evaluate the ethical ramifications of in-game transactions. This entails analysing the parallels between them and gambling as well as the possibility of manipulating players. The research also employs talfiq, a flexible approach that enables the harmonisation of different jurisprudential viewpoints. It is important to consider whether virtual assets should be included in Zakat calculations as this allows for a detailed and thorough examination. This study highlights the significance of well defined concepts in Islamic law and the advancement of financial literacy within the gaming community. Furthermore, it emphasises the necessity for ongoing academic dialogues in order to establish a connection between religious convictions and gaming behaviours. The primary objective of this research is to promote the concepts of Zakat while advocating for ethical gaming practises. Its objective is to ensure the continued relevance and efficacy of Islamic traditions in solving modern difficulties in the digital age. This comprehensive approach intends to make a substantial contribution to the discussion on combining religious obligations with digital consumption

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇