Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    ANCAMAN TERHADAP KEKUASAAN POLITIK MUGHAL DI INDIA ERA AWRANGZIB: SATU PENELITIAN SEJARAH

    Full text link
    Setiap pemimpin semestinya menghadapi pelbagai ancaman yang boleh menggugat kekuasaan dan dominasi politiknya. Hal yang sama juga dihadapi oleh Awrangzib semasa beliau menerajui Kerajaan Mughal daripada tahun 1658 hingga 1707. Pelbagai wilayah yang bernaung di bawah Kerajaan Mughal ketika itu sering kali menimbulkan kekusutan sehingga mengancam penguasaan politik Awrangzib di India. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, kajian ini bertujuan untuk meneliti ancaman yang terpaksa dihadapi oleh Awrangzib, khususnya yang datang daripada pelbagai wilayah ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian sejarah dan analisis kandungan dalam proses mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan Mughal di Delhi sentiasa mewujudkan ancaman kepada hegemoni politik Mughal, antaranya wilayah timur India, Deccan dan Punjab. Hal ini disebabkan wujudnya penentangan daripada golongan seperti golongan Ahom, Maratha dan Sikh serta kerajaan-kerajaan kecil seperti Bijapur dan Golkonda yang menolak penguasaan Kerajaan Mughal dan berusaha mewujudkan pemerintahan autonomi sendiri. Akibat daripada gejala berkenaan, Awrangzib terpaksa mengambil tindakan tegas melalui ketenteraan bagi mengatasi ancaman yang berlaku sekaligus memastikan kelestarian Kerajaan Mughal

    IDEOLOGI MODEN, ISLAM KONTEMPORARI DAN PAN-ISLAMISME

    Full text link
    Ideologi moden merupakan fahaman yang cuba menyongsangkan pemikiran umat Islam daripada landasan akidah yang sebenar. Ia juga dikenali sebagai ghazw al-fikr atau serangan pemikiran yang membawa doktrin acuan Barat melalui proses westernization. Kemunculan tokoh gerakan dakwah Islamiyyah seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad ‘Abduh, Rashid Rida dan Yusuf al-Qaradawi ternyata membawa misi penting dalam menangkis segala propaganda Barat yang diserap dalam ideologi moden tersebut. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan dan kesan ideologi moden, membahas gerakan dalam melestarikan dakwah Islamiyyah serta menganalisis cabaran yang dihadapi umat Islam era globalisasi. Reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif melalui pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan. Kaedah dokumentasi digunakan sebagai kaedah pengumpulan data manakala metode induktif dan deduktif pula diaplikasikan bagi tujuan penganalisisan data. Hasil kajian membuktikan bahawa ideologi moden ini sudah lama disebarkan oleh puak Barat dan ia jelas mendatangkan kemudaratan terhadap pegangan akidah seseorang Muslim. Walaupun begitu, gerakan dakwah Islam kontemporari yang diterajui oleh empat tokoh mujaddid di atas, pada abad ke-19M hingga abad ke-21M telah menggambarkan bahawa Islam memerangi apa jua bentuk falsafah pemikiran yang terpesong dari ajaran tauhid. Justeru, penulisan ini amat signifikan dalam merealisasikan model ummah bertaqwa era moden serta terhindar daripada cengkaman ideologi Barat yang merosakkan iman

    UNSUR JAWA DALAM SYAIR CENDAWAN PUTIH ADANYA

    Full text link
    Kajian ini membincangkan Syair Cendawan Putih Adanya dalam bentuk teks yang bercetak dalam tulisan jawi yang bertulis tangan tersimpan di Perpustakaan Tun Sri Lanang di Koleksi Asia Tenggara, bernombor PL 5178.2 C4 S9. Naskhah ini turut ditemukan di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara. Terdapat empat versi berbeza ditemukan terhadap naskhah ini. Teks -teks naskhah ini terdapat di Universiti Malaya (PL 5117.1), Universiti Sains Malaysia (PL 5117.2.C3.1950m), di Universiti Brunei Darusalam (PL5132 S936) dan di Murdoch University Australia (899.22319 C 3951). Kajian ini ditumpukan khusus ke atas sejarah atau latar belakang teks. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan filologi. Penekunan dari sudut kodikologi dilakukan untuk membantu pencarian dalam usaha menemukan sejarah naskhah. Walaupun syair ini tersenarai dalam katalog koleksi Melayu namun rincian berhubung teks ini tidak dihuraikan. Sebaliknya hanya menyatakan bahawa naskhah ini diterbitkan di Singapura oleh Syarikat Sulaiman Masri tanpa dituliskan tahunnya dengan tepat. Justeru, berlandaskan ilmu filologi dalam penekunan aspek kodikologi pengkajian ke atas naskahah dilakukan dari sudut bentuk tulisan, ukuran naskah, umur nashkah. Hasil kajian menemukan sejarah naskhah ini dari aspek keadaan naskhah, bentuk naskhah, seni hias naskhah serta pengarang dan penyalin naskhah ini. Kajian dapat menjelaskan bahawa teks syair ini dikarang oleh orang Melayu biarpun isian teks bercirikan kejawaan. Kajian ini dapat memberi sumbangan untuk menambahkayakan lagi khazanah karya kesusasteraan dan membantu mengetengahkan kepada khalayak untuk menjadi sebahagian daripada bahan bacaan. Secara tidak langsung satu usaha untuk melestarikan warisan budaya bangsa

    KAEDAH PENGAJARAN BERKESAN: ANTARA KEPERLUAN PELAJAR DENGAN KEPELBAGAIAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN

    Full text link
    Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) watak utama adalah berpaksikan kepada seorang guru. Guru bertindak sebagai tenaga pengajar, pengasuh, pengurus juga berperanan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penelitian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi pengajaran pendidikan semasa yang dapat diguna pakai oleh guru sebagai persediaan untuk memilih strategi yang bersesuaian dengan sub topik pengajaran. Peranan guru sebagai pendidik memerlukan proses belajar yang aktif dan menyenangkan. Secara keseluruhannya, kepelbagai strategi pengajaran, perancangan awal dan persiapan guru dapat memberi gambaran yang mudah dalam membantu pelajar memahami proses pembela

    KNOWLEDGE, ATTITUDE AND PRACTICE TOWARD EPILEPSY AMONG MOTHER WITH EPILEPSY CHILDREN IN PAEDIATRIC CLINIC, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

    Full text link
    Aims: This study investigates the knowledge, attitudes, and practices of mothers caring for children with epilepsy, aiming to explore how these elements influence the care provided. Background: The relationship among mother with Epilepsy Children but the knowledge, attitude and practise care remains the necessary knowledge to effectively manage epilepsy, prevent complications, and improve the overall quality of life for their children, in Paediatric Clinic, Hospital Universiti Sains Malaysia. Design. The cross-sectional study involved 135 mothers who completed a comprehensive questionnaire. Results: The majority of mothers (56.5%) demonstrate a strong understanding of epilepsy and engage in good seizure management practices (60.0%), their attitudes towards the condition are predominantly neutral (84.4%). Additionally, no significant correlation was found between maternal knowledge and educational level (p > 0.05). Conclusions: These is a need for targeted educational interventions to improve attitudes and further support the effective management of epilepsy in children

    A REVIEW OF KNOWLEDGE AND ATTITUDES TOWARDS SUICIDE AMONG STUDENTS

    Full text link
    Suicide is a critical public health issue defined as a self-inflicted death with the intent to die. It represents the most severe consequence of mental health disorders, including major depression. The complexity of suicide involves a range of social, psychological, and physical factors, with increased risks associated with substance abuse, feelings of isolation, and a perception of being a burden. Globally, suicide is a significant cause of death, especially among young adults, with over 800,000 deaths annually. Despite its prevalence, understanding and predicting suicidal behaviour remains challenging. This article reviews the prevalence, knowledge and attitudes toward suicide, focusing on their relationship with socio-demographic factors among students and the correlation between knowledge and attitudes toward suicide among students. Findings from previous studies indicate that while knowledge of suicide varies, attitudes are often shaped by cultural and social influences, with a notable impact on socio-demographic variables such as gender and parental education. This study aims to contribute to the understanding of suicide with the aim of improving prevention strategies

    PERLAKSANAAN MAQASID SYARIAH DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS - SDG) DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MELAKA

    Full text link
    Zakat dijelaskan di dalam Al-Quran secara umum dan tidak secara terperinci. Walau bagaimanapun dalam aspek agihan zakat, Al-Quran menyatakan dengan jelas zakat perlu diagihkan kepada lapan asnaf. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang digunakan bagi memastikan pengurusan agihan zakat berjalan dengan lancar termasuk agihan zakat yang efisien. Bagi memastikan kelangsungan institusi zakat pada masa kini, pendekatan maqasid syariah dan Matlamat Pembangunan Mampan - Sustainable Development Goal (SDG) dilihat pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan. Justeru itu, objektif kajian ini akan membincangkan secara umum konsep maqasid syariah dan SDG. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah dan SDG boleh dijadikan asas atau panduan kepada institusi zakat. Kajian ini mendapati bahawa secara umumnya skim pengagihan zakat yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mematuhi maqasid syariah dan selari dengan SDG. Skim bantuan yang disediakan oleh MAIM telah mencapai tujuh (7) sasaran pembangunan SDGs iaitu SDG 1, 2, 3, 4, 8, 11 dan 17. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan melakukan semakan dan penelitian terhadap pengurusan zakat di negeri-negeri di Malaysia termasuk skim agihan zakat berdasarkan pendekatan maqasid syariah dan SDG

    PENGLIBATAN KETENTERAAN SALJUQ ERA ALP ARSLAN (1063-1072) DALAM PERANG MANZIKERT (1071)

    Full text link
    Bertitik tolak daripada kenyataan Schloemer yang menegaskan bahawa Perang Manzikert pada tahun 1071 merupakan peperangan hebat di antara tentera Islam di bawah pimpinan Alp Arslan bertempur dengan tentera Byzantine di bawah pimpinan Maharaja Romanus IV. Kelicikan Alp Arslan memanipulasi strategi pihak lawan menyebabkan tentera Byzantine yang mempunyai ramai tentera dan peralatan mencukupi tewas kepada tentera Islam. Justeru, strategi dan kelicikan Alp Arslan serta tentera Islam menjadi kunci utama kepada kemenangan Kerajaan Saljuq. Berdasarkan kenyataan tersebut, penulisan ini bertujuan untuk mengamati latar belakang Kerajaan Saljuq pada abad ke-11M, mengkaji sejarah politik dan ketenteraan Saljuq era Alp Arslan sebagai pemerintah Kerajaan Saljuq yang masyhur serta menganalisis penglibatan ketenteraan Saljuq pada zaman pemerintahan Alp Arslan khususnya dalam Perang Manzikert. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, maklumat kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang relevan. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman bersesuaian dengan metode sejarah. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Alp Arslan menyedari yang angkatan tentera Saljuq di bawah kepimpinannya tidak berupaya untuk mendepani kekuatan tentera Byzantine yang hampir mencecah nisbah 3:1. Oleh yang demikian, beliau memerintahkan agar angkatan tentera berkudanya untuk mengunakan taktik hit and run memandankang jumlah anggota tentera musuh yang begitu ramai namun pergerakan mereka adalah perlahan kerana faktor peralatan perang yang juga banyak

    PEMBIAYAAN MIKRO DALAM KALANGAN USAHAWAN ASNAF ZAKAT: KAJIAN KES DI MAIDAM, TERENGGANU

    Full text link
    This paper aims to examine the distribution of zakat in the form of micro-credit financing from zakat funds that can be implemented by the Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). The current distribution method is more "one-off". However, it is often misused, or the funds provided lack responsibility from the recipients. Therefore, the distribution of zakat in the form of micro-financing provides shared responsibility to ensure that the distributed funds do not incur losses. The question is, what will happen if the annual zakat collection amount is affected in the future, while the number of asnaf (eligible zakat recipients) continues to increase? Moreover, the provision of working capital in the form of micro-credit currently offered is said not to be free from elements of usury (riba). Data was collected from informants through semi-structured interviews with zakat practitioners and analyzed using content analysis. Findings from primary and secondary data indicate that there are views that allow zakat distribution to be given in the form of micro-credit financing for business capital or additional capital to expand businesses among asnaf entrepreneurs. Suitable contracts to be used include qardu hasan, mudarabah, musyarakah mutanaqisah, and ijara. In addition, reviews on the definition of micro-credit financing, the law of micro-credit financing from zakat funds, and the practice of micro-credit financing from zakat funds in other countries can be used as models to be applied in zakat institutions in Malaysia

    RETORIK BAHASA PEMUJUKAN DALAM UJARAN UNTUK PERNIAGAAN BERASASKAN FABRIK BATIK DI PASAR PAYANG, TERENGGANU

    Full text link
    Terengganu merupakan negeri yang mempunyai keunikan tersendiri dalam penghasilan fabrik yang berkualiti. Hasilan batik yang cantik, unik serta mempunyai nilai kualiti yang baik menyebabkan batik Terengganu begitu sinonim dengan aktiviti perniagaan batik di Pasar Payang. Oleh yang demikian, kajian ini mengenal pasti retorik bahasa yang diaplikasikan oleh peniaga fabrik batik di Pasar Payang. Selanjutnya, kajian membincangkan jenis produk batik yang dijual di Pasar Payang dan perbezaan ujaran untuk tiga jenis produk batik yang utama. Selepas itu, menjelaskan retorik pemujukan bagi jualan kain batik basahan sebagai produk sampingan di gerai jualan. Selain itu, kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kepustakaan dalam menganalisis data kajian ini. Seterusnya, kajian ini mengaplikasikan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown 1993 bagi membincangkan dapatan kajian dengan lebih mendalam. Keputusan kajian memperlihatkan bahawa retorik pemujukan mengaplikasikan keupayaan kognitif, penguasaan bahasa setempat, pemahaman sosial dan aspek psikologi manusia. Hal ini kerana, pemujukan begitu penting bagi menarik hati pelanggan untuk membeli produk fabrik batik yang dijual dalam pelbagai corak, rekaan yang menarik. Malah, persaingan antara peniaga memerlukan usaha untuk melariskan jualan agar tidak berlaku simpanan stok yang banyak kerana boleh merugikan peniaga. Kemudian, cara pemujukan jualan batik sutera daripada fabrik crepe serta jacquard juga cotton. Manakala, bagi kain batik basahan menunjukkan strategi komunikasi verbal untuk jualan yang tidak memberangsangkan seperti rekaan batik sutera untuk kain pasang. Adalah diharapkan pelaksanaan kajian ini dapat memberikan kebaikan kepada penyelidik daripada bidang yang berkaitan untuk menjalankan kajian lanjutan di masa akan datan

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇