Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    PERANAN ILMU BALAGHAH DALAM PENAFSIRAN AL-QURAN: KAJIAN TERHADAP AL-TIBAQ DAN AL-MUQABALAH

    Full text link
    Al-Tibaq dan al-muqbalah memainkan peranan penting dalam penafsiran al-Quran terutamanya untuk menonjolkan perbezaan, seperti kehidupan dengan kematian, kepercayaan dengan kekufuran, serta dunia dengan akhirat. Perbezaan ini mendorong pembaca untuk melakukan refleksi mendalam tentang akibat setiap pilihan, keadilan Allah SWT, dan realiti kehidupan akhirat. Namun pembelajaran al-Quran kontemporari yang memfokuskan kepada aspek bacaan dan hafalan menyebabkan pembaca sering mengabaikan aspek makna yang disampaikan oleh Allah SWT melalui alat retorik ini. Justeru, kajian ini berusaha untuk menghidupkan semula kajian balaghah dalam penafsiran al-Quran dengan: mengenal pasti aspek al-tibaq dan al-muqbalah dalam ayat-ayat al-Quran terpilih; dan menganalisis peranan al-tibaq dan al-muqbalah dalam penafsiran al-Quran. Dengan mengadaptasi reka bentuk kajian kualitatif yang berteraskan analisis kandungan dan kerangka teori al-Hashimi, kajian ini meneliti ayat-ayat al-Quran yang mempunyai unsur al-tibaq dan al-muqabalah, meneliti bagaimana alat retorik ini menyumbang kepada kesan estetika dan kedalaman makna teks al-Quran, meningkatkan daya ingatan serta menarik perhatian pembacan dan pendengarnya. Hasil kajian mendapati terdapat enam ayat al-Quran yang mengandungi unsur al-tibaq dan empat ayat yang mengandungi unsur al-muqbalah di bawah empat tema utama: kehidupan dan kematian; kepercayaan dan kekufuran; dunia dan akhirat; serta petunjuk dan kesesatan. Kajian ini menekankan keberkesanan al-tibaq dan al-muqbalah dalam memperkukuh konsep-konsep asas dalam agama Islam. Dengan membezakan di antara bimbingan dengan kesesatan, kehidupan dengan kematian, dan dunia dengan akhirat, alat retorik ini menjelaskan akibat pilihan manusia, menggesa pembaca untuk merenung secara mendalam setiap pilihan mereka di dunia ini

    KEDAH STATE MOSQUE INSTITUTIONS OF ZAKAT GOVERNMENT

    Full text link
    Zakat is a mandatory obligation for all physically fit Muslims, as it is one of the essential tenets of Islam referred to as the five pillars. Zakat is of great importance in the collective existence. This is because it can improve the overall well-being of persons who need assistance with their daily needs, education, and other relevant areas. Zakat is considered a potent method for alleviating poverty, as it guarantees that the deserving recipients receive their allocated benefits through the collection of zakat. The State Islamic Religious Council oversees the allocation and supervision of these establishments, as Islamic religious matters in Malaysia are under the purview of state authorities as outlined in the Federal Constitution. Accordingly, each state has a zakat board that is accountable for overseeing the collection of zakat. The diverse implications for the collection and allocation of zakat arise from the unique approaches adopted by different states in dealing with zakat-related issues. However, the question at hand is whether this zakat institution can effectively mitigate the poverty problem that affects some segments of the Malaysian people

    AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam usaha memperkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak di tadika swasta. Reka bentuk kajian yang dijalankan melibatkan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik dalam bentuk "google form". Soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A mengenai demografi responden, bahagian B berkaitan tahap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan guru bagi perkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak. Pemilihan responden kajian dilakukan secara sampel rawak mudah melibatkan 113 orang guru tadika swasta di daerah Petaling, Selangor. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif melibatkan nilai kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan guru tadika dalam melaksanakan pembelajaran menggunakan tunjang fizikal dan estetika adalah tinggi. Maka, untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak adalah dengan meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui bahan bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, setiap guru hendaklah memahami peranan dan tanggungjawab tersendiri kerana peranan dan tanggungjawab guru memberi impak yang besar dan mendalam kepada setiap kanak-kanak

    HUBUNGAN TAHAP KEKERAPAN PENGGUNAAN PERANTI TEKNOLOGI DIGITAL DI KALANGAN KANAK-KANAK DENGAN DEMOGRAFI IBU BAPA

    Full text link
    Penularan gelombang penggunaan peranti teknologi digital bermula dalam kehidupan awal kanak-kanak dilihat sebagai suatu norma kebiasaan pada zaman kini. Penggunaan peralatan ini dalam rutin harian kanak-kanak menjadi suatu kebiasaan dan menjadi trend kini ibu bapa memperkenalkan penggunaannya bermula sejak awal usia pertumbuhan mereka. Justeru, kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital di kalangan kanak -kanak berusia dua hingga enam tahun dengan demografi ibu bapa. Objektif dalam kajian ini ialah mengkaji hubungan tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak dengan umur ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan umur kanak-kanak. Kajian ini dijalankan ke atas 225 orang ibu bapa melalui persampelan rawak mudah yang mempunyai anak yang berumur antara dua hingga enam tahun di sekitar negeri Melaka. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Dapatan kajian mendapati tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak mempunyai hubungan yang signifikan dengan umur dan pekerjaan ibu bapa serta umur kanak-kanak. Hal ini membuktikan kepada kajian bahawa kehidupan ibu bapa kini mempunyai kaitan rapat dengan kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan usaha kawalan penggunaan peranti teknologi digital terhadap kanak-kanak berlaku dalam keadaan yang terkawal dan seimbang

    THE ROLE OF MANDATORY PARENTING EDUCATION IN MITIGATING THE IMPACT OF DIVORCE ON MUSLIMS' CHILDREN

    Full text link
    Parental divorce poses significant risks for children that warrant concern, such as hostile conflict, the quality of parent-child relationship and the ability of parents to function effectively. Evidence-based interventions that strengthen parenting skills such as the mandatory parenting program for divorcing parents have been shown to have a positive impact on the divorced families worldwide. The possibility of Malaysia to implement similar regulation has yet to be explored. Given the rise in Muslim divorce cases, the likelihood of poor parent-child relationships following a divorce, and the fathers' noncompliance with child support orders, this study emphasizes the feasibility to create a regulatory framework for positive parenting education among divorcing parents in Malaysia. Past studies in the academic database have been examined with determined keywords. Results showed that supportive legal mechanisms that advocate for a mandatory parenting program for divorcing parents have been implemented mostly in the United States, The People’s Republic of China, Singapore and Australia. Such evidence-based programs can be divided into three broad categories which are child-focused programs, child and parent focused programs, and parent-focused programs. In most cases these programs are intended to improve outcomes for the children. Thus, the evidenced-based intervention in the form of regulatory framework for positive parenting education will contribute to support the parental divorce process when divorce is inevitable. On the other hand, it can educate the public about functional co-parenting post-divorce as the most effective ways to safeguard children’s wellbeing

    COMPARATIVE STUDY OF ISLAMIC BANKING SUPERVISION REGULATION IN INDONESIA AND MALAYSIA

    Full text link
    This study compares the supervisory regulations of Islamic banks in Indonesia and Malaysia, which are supervised by the Financial Services Authority (OJK) and Bank Negara Malaysia (BNM) respectively. Despite the importance of Islamic banking to the economies of both countries, the supervisory techniques used by OJK and BNM are very different. This study utilizes a comparative research approach to examine the similarities and differences between the supervisory regulations imposed by the two institutions. The findings show that OJK in Indonesia prioritizes institutional development and Shariah compliance with a focus on risk management, whereas BNM in Malaysia integrates Shariah principles with financial risk management in a more holistic way and supports Islamic financial product innovation. In regulatory effectiveness research, BNM's strategy is more effective in promoting Islamic banking growth and stability compared to OJK, which continues to face issues in regulatory harmonization and product innovation. These findings shed light on how to improve the quality of Islamic banking supervision in both countries, as well as the implications for policy development

    INTEGRATION OF DIGITAL TECHNOLOGY IN ZAKAT MANAGEMENT: FROM ACCOUNTABILITY TO MUZZAKI LOYALTY THROUGH TRUST

    Full text link
    The numerous issues occurring within zakat institutions and the lack of trust from muzzaki in giving their zakat directly to zakat managers have led to repeated receipt of zakat by mustahik. Therefore, this research aims to examine the influence of the variables of accountability and digital technology on the loyalty of muzzaki, with trust as a moderating variable. This research was conducted at a Zakat institution in Indonesia called the Indonesian Zakat Initiative (IZI) North Sumatra, with a total of 150 respondents. The data was processed using Smart PLS 3.0. The research results indicate that the accountability variable does not affect loyalty, the digital technology variable does affect loyalty, the accountability variable moderated by the trust variable does not affect loyalty, and the digital technology variable moderated by the trust variable does not affect loyalty. The implications of this research are an increase in more transparent and accountable zakat practices, which not only enhance the trust and satisfaction of the muzzaki but also strengthen the overall foundation of Islamic finance

    PENULISAN WASIAT SEBAGAI MEKANISME PENYELESAIAN HARTA PUSAKA TERTUNGGAK

    Full text link
    Di Malaysia, sehingga kini lebih 70 ribu kes pembahagian harta pusaka yang tertunggak telah dilaporkan dengan mencatat negeri Kedah dan negeri Selangor masing-masing mempunyai jumlah tertinggi. Dilaporkan bahawa perbalahan ahli keluarga merupakan salah satu sebab berlakunya harta pusaka tertunggak ini. Penyelesaian harta pusaka ini dibelenggu oleh pelbagai faktor sehingga menyebabkan ianya tidak dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin. Keadaan ini tidak sepatutnya dipandang remeh oleh semua pihak bahkan ia perlu dikaji dan diselesaikan. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berlakunya pusaka tertunggak dan turut mencadangkan alternatif penyelesaian bagi permasalahan ini. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Data diperolehi melalui kaedah menganalisis dokumen seperti artikel, jurnal, tesis, buku, majalah, kertas seminar, kertas prosiding, laporan akhbar, dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri bagi mendapatkan maklumat kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wujud faktor-faktor dalaman dan luaran terhadap pembahagian harta pusaka tertunggak ini dan terdapat beberapa cadangan mekanisme bagi menyelesaikan permasalahan ini

    TEORI HAK CIPTA DAN PERTIMBANGAN KEPENTINGAN UMUM (AL-MASALIH AL-MURSALAH): ANALISIS TERHADAP MODEL ‘PUBLIC JOINT-AUTHORSHIP’

    Full text link
    Kepentingan umum menjadi pertimbangan utama dalam usaha mencapai keseimbangan antara perlindungan hak cipta dan akses orang awam terhadap karya-karya berhakcipta. Ketidakseimbangan telah mendesak cendiakawan undang-undang hak cipta bagi mencadangkan teori alternatif, termasuklah model ‘Public Joint-Authorship’. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis kesesuaian model alternatif tersebut dengan Islam menggunakan kaedah pertimbangan kepentingan umum (al-Masalih al-Mursalah). Hasil kajian mendapati bahawa model ini mampu mencapai kepentingan umum menurut Islam, walaupun dengan beberapa perbezaan terutama dari sudut kerangka epistemologi

    PENGURANGAN PEKERJA ASING BERKEMAHIRAN RENDAH MELALUI INSTRUMEN PERUNDANGAN PERCUKAIAN: SEJAUHMANA KEBERKESANANNYA?

    Full text link
    Penggunaan undang-undang percukaian sebagai instrumen kawalan proses tolak-tarik migrasi semakin menjadi pilihan terutama dalam era globalisasi dan kebangkitan syarikat multinasional kini. Di Malaysia, masalah lambakan pekerja asing berkemahiran rendah sudah ditahap yang sangat membimbangkan apabila ia mula mengherot ekonomi negara dan memaparkan identiti ekonomi berproduktiviti rendah di mata pelabur-pelabur dalam dan luar negara. Masalah ini cuba dikawal dengan pelbagai usaha termasuklah dengan menggunakan instrumen perundangan percukaian. Namun, sejauhmanakah keberkesanannya? Kertas ini bertujuan untuk menjawab persoalan tersebut melalui pendekatan sosio-perundangan dengan mengambil kira faktor ekonomi dalam pembentukan undang-undang. Kertas ini mendapati bahawa perundangan percukaian sedia-ada telah tidak digunakan secara strategik dan kerajaan masih bersikap toleran dengan kedua-dua pekerja asing berkemahiran rendah serta majikan yang menggaji mereka

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇