Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
The Challenges of Green Sukuk Policy Implementation for Achieving Sustainable Environment
In this decade, the entire world realized that a healthy environment is needed for mitigating catastrophic issues created by the nature. Thus, the green bond was introduced in 2007, and the green Sukuk was issued in 2017. Malaysia took the pioneering role for issuing green Sukuk and issued ten green Sukuk within 2020. Furthermore, Indonesia has taken initiative for issuing five green Sukuk in 2018. Besides that, Saudi Arabia issued two green Sukuk and the United Arab Emirates also issued two green Sukuk in 2019. As the green Sukuk was issued in various sectors which created a curiosity to know, what are the policies were created, how did they apply and how do they impact on the environment. Accordingly, the study aims to find out implemented policies to mitigate challenges for issuing all green Sukuk in four nations. So, this study was conducted through case studies on green Sukuk by analysing available data from the green Sukuk issuers, ministries, published literature and others. The study found that green Sukuk issuers were implemented the same policies that applied to issue green bonds and still remain a great challenge. It is because, every nation has a different geographical atmosphere, culture, religion and human behaviours. In addition, the study also found that all of the green Sukuk-issued projects were selected to reduce air pollution. Therefore, further research is needed on policy and project creation according to the nation for controlling other factors, such as; pollution (water, land, and sound), deforestation, and others
Duta River of Life: Analisis Kandungan Twitter Selebriti Maya Karin
Keberkesanan penggunaan media massa seperti Twitter dapat mewujudkan kesedaran penjagaan sungai dalam kalangan pengikut selebriti mahupun duta sesuatu kempen mengenainya. Kajian ini dijalankan secara analisis kandungan terhadap kicau serta kicau semula yang dibuat oleh Maya Karin di Twitter dari Januari hingga 31 Julau 2019 mengenai kesedaran penjagaan sungai. Faktor-faktor kajian ini dijalankan untuk menganalisis pendekatan Maya Karin menggunakan Twitter bagi menyampaikan kesedaran penjagaan sungai, mengkaji corak kicau semula (retweet) oleh Maya Karin dan menganalisis frekuensi komen, kicau semula serta kesukaan pengikut Maya Karin tentang penjagaan sungai. Kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan Twitter yang efektif mampu memberi kesan dan kesedaran terhadap isu penjagaan sungai khususnya dalam kalangan pengikut. Selain itu, penggunaan Teori Komunikasi Dialogik telah membuktikan penggunaan Twitter adalah medium komunikasi interpersonal yang berkesan serta mendatangkan keuntungan pada yang saling berinteraksi
Penggunaan Group Whatsapp dalam Pengurusan Sahsiah dan Aktiviti Pelajar di Kolej Kediaman: Emosi, Kelakuan, Norma
Media sosial kian mendapat tempat dalam kalangan warga negara ini malah juga penduduk seantero dunia. Ia berfungsi sebagai mediaum yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang atau kumpulan manusia lain pada satu-satu masa dengan tujuan yang tertentu. Pilihan untuk memuat naik maklumat, pendapat, gambar dan bahan multimedia menjadikan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Wechat berguna dan sudah tentu memudahkan urusan perkongsian maklumat dalam kalangan ahli-ahli komuniti yang menggunakan teknologi media sosial tersebut. Justeru, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI) digunakan oleh penyelidik untuk menzahirkan gambaran aktiviti wacana di group whatsapp yang dijayakan oleh admin yang berkenaan dan ahli-ahli group whatsapp yang berkenaan. TtEKNI dapat memberikan gambaran tentang aktiviti wacana dari sudut maklumat tentang bingkai pendapat individu terutama tentang ciri-ciri pendapat dari sudut corak dan aliran, tona negatif dan positif serta istilah yang mengaitkan pihak pengurusan kolej, organisasi pelajar di kolej kediaman dan pelajar-pelajar yang menghuni kolej kediaman yang berkenaan. Model EKNI atau TtEKNI dapat merumuskan sikap, kelakuan dan kepercayaan ahli-ahli dalam lima group whatsapp terhadap mesej berkaitan sahsiah dan aktiviti pelajar dalam satu-satu perbualan di group whatsapp yang dikaji. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa, maklumat yang dikongsi dan diproses seterusnya diberikan maklumbalas oleh warga kolej kediaman Excellence (E) menerusi lima group whatsapp telah memberikan impak yang positif kepada rangka kerja pengurusan kolej kediaman ini secara keseluruhan
Review on Theories for Personal and Social Development in Educational Psychology
Educational psychology encompasses all branches of psychology concerned with education, including the social, emotional, and cognitive aspects of learning. In this paper, a review of existing works related to educational psychology for higher education institutions provides insight into the topic. The paper is divided into several sections of the review. A general understanding and introduction of the context of educational psychology in higher education are elaborated in this review. The paper also discusses and reviews personal and social development and focuses on motivation and emotional stability for personal and social development. The relative theory that underpins educational psychology is presented, which includes the Behaviorism Theory for personal development, Social Cognitive Theory for social development and The Goal-Setting Theory for motivation and emotional stability. The implications for lecturers in enhancing personal and social development with a focus on motivation and emotional stability are highlighted and discussed in this paper
Cozy Politics on Environmental and Financial Performance: Evidence from Oil and Gas companies
This is a conceptual paper of a future study based on the review of literatures related to environmental and firm performance. Political connections have been identified as a source of competitive advantage and a tool for resolving corporate environment and financial issues in various studies. Because the environment is extremely unpredictable, organisations go to great lengths to guarantee pollution is under control. As a result, several actions are being carried out to keep stakeholders satisfied and investors confident. However, more cost on environment will cause firm financial instability. Having politicians on the board aids company success and allows it to surpass other competitors. The objective of this study is to examine for imminent research whether political connections able moderate the relationship between environmental and firm financial performance among oil and gas companies extracted via Global Fortune 500 Companies. The paper went on to analyse the issues, concept and objectives for the forthcoming study through several literatures of various discipline. The result of this future research may provide information to companies on how political connections can assist companies in order to maintain environment and financial stake simultaneously. It will also be valuable to policy-makers to promote green environment and excellent corporate return. Given that many oil and gas companies have clear link to political ties, the environment and financial performance would prosper. This study is significant in that it suggests that political connections are associated with improved environmental performance and financial performance
Warisan Budaya Melayu Dalam Novel ‘Kasyaf Ain’
Novel adalah karya sastera berbentuk prosa yang menonjolkan persoalan kompleks tentang sesebuah masyarakat. Antara persoalan penting yang turut ditonjolkan dalam novel adalah mengenai nilai warisan budaya sesebuah masyarakat termasuklah budaya Melayu dengan tujuan untuk mendidik masyarakat agar lebih mendalami lagi tentang nilai warisan budaya Melayu di samping memberikan kesedaran tentang kepentingan mencintai dan menghargai warisan budaya Melayu. Pendedahan mengenai warisan budaya Melayu yang digambarkan melalui novel akan menjadi lebih menarik dan jelas serta memanusiakan pembacanya. Novel Melayu ‘Kasyaf Ain’, hasil tulisan novelis Malaysia iaitu Ramlee Awang Mursyid, turut memaparkan nilai warisan budaya masyarakat Melayu. Novel ini dipilih sebagai bahan kajian kerana ada memaparkan tentang gaya bahasa dan tradisi masyarakat Melayu sebagai sebahagian daripada warisan budaya Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan warisan budaya Melayu dalam novel ‘Kasyaf Ain’. Kaedah kajian adalah berbentuk analisis kandungan yang melihat novel ‘Kasyaf Ain’ dan bahan-bahan kajian lepas yang berkaitan dengan novel dan kajian tentang warisan budaya Melayu. Warisan budaya Melayu ini dianalisis melalui setiap bab dalam novel tersebut bagi memperlihatkan secara jelas tentang warisan budaya Melayu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa novel ‘Kasyaf Ain’ banyak mengandungi unsur warisan budaya Melayu yang dapat dijadikan sebagai ilmu pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat umumnya, dan generasi muda khususnya. Penonjolan unsur warisan budaya ini dapat dilihat daripada segi bahasa, dialek, tataadab, institusi kekeluargaan dan tingkah laku sosial lantas boleh dianggap sebagai medium intelektual dan praktikal masyarakat Melayu
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam Meningkatkan Kemahiran Literasi Sains dan Pencapaian Murid menerusi Persekitaran Pembelajaran dalam Talian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran berasaskan inkuiri melalui model 5E terhadap kemahiran literasi Sains dan pencapaian murid menerusi persekitaran pembelajaran dalam talian iaitu aplikasi Google Classroom. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu kajian pra-eksperimental satu kumpulan pra dan pasca-ujian. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang murid Tahun 6 yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan manakala proses pengumpulan data pula mengambil masa selama empat minggu. Data kajian diperoleh melalui instrumen seperti borang soal selidik, borang senarai semak dan ujian pra dan pasca pencapaian Sains yang merangkumi topik Daya Geseran. Data kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis inferensi melibatkan Ujian Wilcoxon Signed Rank menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan murid adalah berada pada tahap yang memuaskan di mana majoriti pelajar bersetuju bahawa pembelajaran dalam talian memberi manfaat kepada mereka. Dapatan kajian juga mendapati kemahiran literasi Sains murid adalah memberangsangkan di mana hampir kesemua murid mempunyai kemahiran literasi Sains yang memuaskan setelah melalui persekitaran pembelajaran berasaskan inkuiri menerusi aplikasi Google Classroom. Akhir sekali, dapatan kajian mendapati bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan diantara markah purata pra dan pasca ujian dalam pencapaian Sains murid. Kesimpulannya, melalui kajian ini, pengkaji mendapati pembelajaran berasaskan inkuiri melalui model 5E dapat meningkatkan kemahiran dan pencapaian literasi Sains pelajar melalui persekitaran pembelajaran dalam talian iaitu aplikasi Google Classroom
Hubungan Antara Aktiviti Fizikal dan Indeks Jisim Badan Murid Lelaki Luar Bandar
Aktiviti fizikal dan kecergasan merupakan perkara yang perlu diambil berat dalam kehidupan seharian bagi menjamin kesihatan tubuh badan serta mendapat Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal dan indeks jisim badan (BMI) murid lelaki sekolah menengah di luar bandar. Populasi kajian terdiri daripada (390) pelajar lelaki tingkatan 5 di daerah Tampin. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang diubahsuai daripada Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) oleh World Health Organization (WHO). Kajian ini mendapati bahawa murid-murid lelaki di daerah Tampin adalah tidak aktif dalam aktiviti fizikal walaupun memiliki bacaan BMI normal. Kesannya, mereka cenderung untuk memiliki risiko kesihatan yang rendah
Pembinaan dan Pengesahan Soal Selidik Proses Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Soal Selidik Proses Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru, bagi menilai proses pelaksanaan STEM dari perspektif guru sebagai pelaksana di Sekolah Menengah. Berdasarkan penerokaan literatur, konstruk dan item yang dikenal pasti menyumbang kepada proses pelaksanaan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran guru berjaya dibangunkan. Soal Selidik Proses Pelaksanaan STEM telah melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen melibatkan 13 orang pakar. Manakala, kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen telah disemak menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 25.0. Seramai 825 orang guru sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Muatan faktor bagi setiap item berada pada julat 0.522 hingga 0.888, manakala keputusan analisis kebolehpercayaan adalah a=0.957. Keputusan kesahan dan kebolehpercayaan yang dijalankan mengesahkan soal selidik ini sesuai digunakan dalam kajian sebenar
Pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku dalam Menangani Sifat Kebergantungan Remaja
Remaja yang sedang berkembang pastinya memerlukan bimbingan dan didikan daripada keluarga untuk meneruskan kehidupan dan mendepani cabaran dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain. Apabila remaja ini tidak mendapat bimbingan dan didikan daripada keluarga, mereka mula mencari seseorang yang lain yang dirasakan dapat membantu dan menenangkan diri mereka ketika berhadapan masalah terutamanya apabila berlakunya masalah dalam keluarga. Namun, jika hal ini berterusan, remaja akan menjadi terlalu bergantung kepada rakan tersebut sehingga menimbulkan rasa kecewa jika tindak balas yang diharapkan tidak berlaku. Situasi ini berlaku terhadap klien di dalam kajian ini. Hal ini terjadi apabila pemikiran tidak rasional mula muncul dalam diri klien tersebut. Oleh itu, pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) digunakan untuk membantu klien tersebut untuk berfikir secara rasional dan tidak lagi melukakan emosi sendiri. Pendekatan ini didapati dapat membantu seseorang supaya berfikir secara rasional dan mendapat kegembiraan dalam hidup. Konklusinya, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pendekatan REBT dapat membantu klien dalam menangani isu kebergantungan terhadap rakan sebaya. Dapatan daripada kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak berkaitan seperti kaunselor, pihak sekolah, ibu bapa, dan individu yang terlibat dalam isu yang hampir sam