Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Tahap Motivasi Pemain Bola Tampar dalam Melaksanakan Latihan Kendiri
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap motivasi pemain bola tampar dalam melaksanakan latihan kendiri. Seramai 65 orang pemain bola tampar yang terdiri daripada 27 orang lelaki dan 38 orang perempuan. Kesemua sampel kajian ini merupakan pemain bola tampar Kelantan dalam Daerah Kota Bharu Utara yang mana pernah mewakili sekolah untuk ke peringkat MSSD Kota Bharu 2020/2021. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ) yang terbahagi kepada dua subskala iaitu subskala tugasan (7 item) dan subskala ego (6 item). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi pemain bola tampar lelaki dan perempuan dalam melaksanakan latihan kendiri bagi dalam Daerah Kota Bharu Utara yang pernah mewakili sekolah ke peringkat MSSD Kota Bharu 2020/2021. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa tahap motivasi pemain bola tampar lelaki dan perempuan tidak mempengaruhi latihan kendiri yang dilaksanakan oleh kedua-dua kumpulan pemain tersebut
Professional Development Programme Effectiveness: Kota Belud Primary School English Teachers’ Voice into Perspective
This research is conducted in order to identify teachers’ perception on the effectiveness of the ongoing Professional Development Programme among the primary school English teachers in Kota Belud, Sabah. This non-experimental research applies survey method and a few sampling techniques in order to obtain the right size of the sample. The data is gathered using a set of questionnaires that has been adopted and are administered to 30 teachers in public primary schools. The data collected is then analysed using descriptive statistics using SPSS. The finding shows that there is no significant difference on the teachers’ perception regarding professional development programme effectiveness based on their gender and teaching experience. The implication and suggestion for further research are also discussed
Kerangka Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tambahan
Artikel konseptual ini membincangkan tentang pendekatan yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik Tambahan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Teknik Pembelajaran Kolaboratif (TPK) adalah dua pendekatan pembelajaran yang dicadangkan kerana terbukti dapat meningkatkan KBAT. Berdasarkan kepada tinjauan literatur, didapati pengintegrasian PBM-TPK dalam PdP Matematik Tambahan dapat memupuk KBAT pelajar. Pemupukan KBAT didukung oleh prinsip-prinsip asas dalam teori pembelajaran konstruktivisme sosial, model pembelajaran berasaskan masalah dan Teknik Pembelajaran Kolaboratif. Oleh itu, artikel konseptual ini mencadangkan kerangka konsep PBM-TPK bagi memupuk KBAT dalam PdP Matematik Tambahan di sekolah menengah sesuai dengan senario dan keperluan terkini sistem pendidikan di Malaysia
Tingkah Laku Tidur Di Kalangan Atlet Sekolah di Daerah Miri, Sarawak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perkaitan antara tingkah laku tidur atlet berdasarkan jantina atlet bandar dan luar bandar. Seramai 72 atlet dipilih yang terdiri daripada 37 atlet lelaki dan 35 atlet perempuan. Kesemua sampel terdiri daripada atlet Daerah Miri yang mewakili sekolah hingga peringkat Kebangsaan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan Borang Athlete Sleep Behaviour Questionaire (ASBQ) yang diformatkan dalam bentuk google form. ASBQ mempunyai 18 item yang terbahagi kepada 3 subskala iaitu, faktor rutin atau persekitaran 6 item, faktor tingkah laku 7 item dan faktor yang berkaitan dengan sukan 5 item. Semua maklumat yang diperoleh akan disusun dan dianalisis sesuai dengan prosedur yang ditetapkan. Data diproses menggunakan perisian program Statistical Packages For the Social Science (SPSS) untuk menghasilkan keputusan analisis yang mendalam. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tingkah laku tidur atlet berdasarkan jantina atlet bandar dan luar bandar yang mewakili sekolah hingga peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa jantina, kawasan dan tahap penglibatan atlet tidak mempengaruhi tingkah laku tidur atlet
Rasch Analysis for Thinking Levels of Sustainability Thinking Skills Instrument Among Secondary School Students
An Instrument of sustainability thinking was developed to measure students’ level towards sustainability thinking. Instrument of Sustainability Thinking Skills (STSI) was developed to measure the level of sustainability thinking towards STEM and non-STEM education among secondary school students. STSI consisted of 51 items measuring the four constructs of curiosity towards sustainability, namely sustainability thinking, green technology in sustainability, sustainable behavior (environmental value) and sustainable behavior (general ecological behavior). A total of 471 form 4 students aged 16 to 17 years enrolled in six urban and non-urban schools in Malaysia, were involved as research sample Rasch Measurement Model was applied to determine the validity and reliability of STSI. The results of the validity analysis found that the polarity of the items through the PTMEA-CORR values showed that all 51 items were >0.00 (+). Through item fit analysis, all items were retained because items meet the requirements of the range in MNSQ outfit, ZSTD outfit and PTMEA-CORR. Results also showed that STSI has an excellent item reliability and moderate high item separation value of 0.99 and 7.53 respectively. STSI also has a high person reliability and person separation value of 0.98 and 5.72 respectively. In conclusion, STSI has good validity and high reliability in measuring curiosity towards STEM Education among form 4 students in secondary schools
Framing COVID-19 and the Movement Control Order: Between Social Responsibility and Editorial Ideology
Pandemics pose significant global risks. If the aftermath of a large-scale health crisis is not carefully contained, it can be catastrophic. In times like this, the media plays an important role in educating the public and upholding social order by covering news that is both insightful and positive. This study examines media coverage of the COVID-19 health crisis in Malaysia during the country's Minimal Control Order (MCO) period using a framing theory perspective. According to the results of a content analysis of The Star Online (N=870) and Malaysiakini Bahasa (N=870), issues concerning the technical implementation of the Movemenet Control Order (MCO) and the economy dominated the news. Despite the parallels in the topics covered, the study also discovered that when it came to framing the news, The Star was more optimistic about how the crisis is progressing than Malaysiakini, suggesting that even during a pandemic, local newspapers couldn't wander too far from their political and ideological positions
Relationship Between Sports' Club Website Quality and Users' Satisfaction
Today, with the growth of internet usage, sports users can easily interact with other fans or sports organisations. As a result, the website's quality has improved over time. However, there was a dearth evidence demonstrating the website quality related to users' satisfaction. Therefore, the study aimed to identify the most preferred factor of the quality of websites among the website users, identify the most preferred factor of user satisfaction towards the quality of websites, and investigate the relationship between the sports club website's quality and users' satisfaction. Two hundred forty-eight respondents (78.2% were male) from Melaka United Soccer Association fans were involved. The results showed a complementary relationship (C.R.) was the most preferred factor for quality websites and trust was the primary factor of users' satisfaction. Furthermore, there was a relationship between the usefulness of information to users' satisfaction (inertia, trust and satisfaction), ease of use to trust and satisfaction, and a relationship between entertainment and inertia. The results from the research will become a guide to the website administrator to improve the quality, which will increase user satisfaction
Tahap Pengetahuan, Penerimaan, Kesediaan dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza
Pengajaran terbeza merupakan pendekatan pedagogi yang diamalkan dalam institusi pendidikan dalam menggalas masalah keterbezaan murid dari segi kognitif, kecerdasan pelbagai, minat dan gaya pembelajaran murid. Pengajaran terbeza memberi impak positif kepada tahap pencapaian murid yang berkeperluan khas dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaanya secara berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan pengajaran Guru Pemulihan Khas (GPK) terhadap pelaksanaan pengajaran terbeza di kelas pemulihan. Kajian kuantitatif deskriptif ini melibatkan seramai 190 orang GPK sekolah rendah dari tujuh buah daerah di Negeri Sembilan. Satu kajian rintis juga dijalankan terhadap 30 orang guru yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 40 item soal selidik menunjukkan nilai yang tinggi iatu Alpha Cronbach= α= .960. Data min, kekerapan dan peratusan juga diukur berdasarkan pengukuran skala likert dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Data kajian menunjukkan keempat empat aspek yang diukur terhadap GPK masing-masing mencatatkan nilai skor min keseluruhan yang sangat tinggi iaitu tahap pengetahuan (M=4.32, SP =0 .406), tahap penerimaan guru (M=4.56, SP= 0.414), tahap kesediaan guru (M=4.09, SP= 0.511) dan amalan pengajaran guru (M=4.14, SP= 0.470). Walaupun keempat empat aspek yang dikaji min keseluruhannya tinggi, namun GPK masih menujukkan minat dan kesediaan untuk meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri kursus, bengkel jika diberi peluang. Tambahan pula, GPK juga menghadapi pelbagai kekangan dalam melaksanakan pengajaran terbeza di kelas pemulihan seperti kekurangan sumber dan bahan mengajar serta masalah pengurusan masa
Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru-guru Sains Sekolah Menengah terhadap Strategi Pembelajaran Berasaskan Otak dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru Sains sekolah menengah terhadap strategi Pembelajaran Berasaskan Otak (PBO) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian melibatkan 100 orang guru Sains dari beberapa sekolah di daerah Kuala Langat, Selangor. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang responden bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Hasil kajian rintis menunjukkan item yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi MANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian komputer program Statistical Package for the Social Science (SPSS) 26.0. Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru mengenai PBO adalah tinggi manakala tahap kesediaan guru mengaplikasikan strategi PBO dalam PdPc adalah rendah. Analisis inferensi menunjukkan secara keseluruhannya tempoh pengalaman mengajar adalah tidak signifikan terhadap pemboleh ubah bersandar dalam kajian dengan nilai F=1.637 dan sig 0.139, p> 0.05. Jantina juga adalah tidak signifikan terhadap tahap pengetahuan PBO dan tahap kesediaan mengaplikasikan PBO dalam PdPc terhadap pemboleh ubah bersandar dalam kajian dengan nilai F= 1.195 dan sig 0.307, p>0.05. Oleh itu, kajian ini adalah diharapkan dapat membantu guru-guru mempelbagaikan strategi yang berkesan bagi meningkatkan motivasi dan kefahaman murid
Penilaian Instrumen Kualiti Hidup Perumahan Awam Bagi Miskin Bandar Menggunakan Kaedah Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan sesuatu instrumen kajian itu adalah penting bagi memastikan kesesuaian dan kejelasan item dalam instrumen tersebut. Kesahan kandungan kajian ini dibuat menggunakan kaedah penilaian panel pakar menggunakan borang penilaian yang telah disediakan oleh pengkaji. Sebanyak enam orang panel pakar telah dipilih daripada tiga kategori latar belakang berbeza iaitu akademik, jawatan dan pengalaman. Pengukuran kesahan kandungan dibuat menggunakan dua pengukuran iaitu kesahan kandungan bagi setiap item (I-CVI) dan Kesahan kandungan bagi skala keseluruhan (S-CVI/Ave). Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen kajian mempunyai skor kesahan kandungan yang tinggi dengan mencapai skor I-CVI di antara 0.833-1.00 dan juga skor S-CVI/Ave di antara 0.96-1.00. Oleh yang tersebut, dapat disimpulkan bahawa instrumen kajian yang dibentuk mempunyai kesahan kandungan yang baik. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan awalan dalam perbincangan khususnya yang melibatkan perumahan awam bagi miskin bandar agar perumahan awam yang lebih kondusif dan baik dapat disediakan kepada golongan sasar