Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Literatur
Research study is an academic methods applied in real world in solving problems associated with the society. The research process in achieving objectives of study will have a complete framework including methodology. Methodology can be defined as method used to collec and compile data through effective procedures in resulting the study problems. Methodology is divided into three stages, namely the planning process, application process, and analysis process. This literature review of methodology framework prioritizes on the planning process that involve with research study design, which can be divided into an experimental and non-experimental. Experimental methods can be categorized into real-experimental studies and quasi-experimental studies. Meanwhile, non- experimental can be divided into experimental survey, field studies, case studies, action studies and historical studies. Mostly experimental methods are used in pure science and non-experimental methods used in social sciences. However, both methods are still relevant to be applied into certain areas of study in order to achieve the objectives and hypothesis. Therefore, the methodology are compulsory to be designed and applied properly, precisely and accurately so that the process of collecting data in the period of before, during and after collection will not involve with ant errors, mistakes and carelessness that may affect the research study
ESL Pre-university Learners’ Writing Apprehension Levels in Argumentative Writing
Writing ability is essential in second language (L2) learners’ educational and professional life. However, experiencing writing apprehension can inhibit the L2 learners’ confidence (Daly, 1975). The objective of this study was to investigate the writing apprehension levels of ESL pre-university learners in writing argumentative composition. 320 pre-university learners from a local institution participated in the study. Two instruments were employed in the study. The first was the Second Language Writing Anxiety Inventory (SLWAI) and the other one was the Analytic Scale of Argumentative Writing (ASAW). The findings revealed a moderate level of writing apprehension among the pre-university learners in argumentative writing. Among the three Second Language Writing Apprehension (SLWA) dimensions, avoidance behaviour obtained the highest mean score. As writing is one of the important components tested in Malaysian University English Test (MUET), the findings of the present study may become a platform for instructors to develop a better understanding about SLWA. Hence, it may throw light on what educators can do to help these L2 learners cope with or eliminate writing apprehension as it hampers the writing quality
Aliran Fabian dalam Gerakan Politik di Malaysia (1952-1970): Suatu Tinjauan Awal daripada Perspektif Sejarah
Fabian Society merupakan satu bentuk kumpulan aliran pemikiran yang diasaskan oleh sekelompok intelektual dan pelajar-pelajar di London School of Economics (LSE), United Kingdom pada akhir abad ke-19. Aliran Fabian ini merupakan sebahagian manifestasi baru ideologi sosialis di United Kingdom semasa itu melalui peranan Parti Buruh. Selepas perang dunia kedua, pengaruh aliran tersebut mula berkembang luas di Tanah Melayu melalui pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan tinggi di sana. Perkembangan tersebut telah membawa bentuk idealisme politik baru berdasarkan orientasi sosial- demokrat yang mementingkan perjuangan kelas dan isu sivil di Tanah Melayu. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan meneliti secara objektif-deskriptif pengaruh aliran Fabian dalam perkembangan politik di Malaysia sepanjang tahun 1952 sehingga 1970. Dengan menggunakan pendekatan reconstructionist sejarah, analisis perbincangan dikembangkan berdasarkan penggunaan sumber pertama sebagai asas hujah. Dapatan kajian mendapati pengaruh aliran Fabian berkembang di Tanah Melayu melalui peranan golongan intelektual-progresif aliran sosialis sepanjang tempoh kajian. Perkembangan ini tidak hanya melibatkan gerakan buruh dan parti-parti politik aliran kiri seperti Malayan Democratic Union (MDU) dan Parti Buruh Malaya, tetapi turut mempengaruhi gerakan pelajar di universiti melalui Kelab Sosialis Universiti Malaya di Singapura sekitar tahun 1950-an dan pertubuhan-pertubuhan pelajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1960-an. Malahan, pada masa yang sama golongan progresif Fabian ini menyerap masuk dalam kelompok aliran konservatif-kanan melalui penglibatan mereka secara langsung dalam UMNO dan rejim Perikatan semasa itu. Secara langsung ini dapat membuktikan satu sisi yang berbeza tentang peranan aliran sosialis melalui golongan Fabian dalam perkembangan politik dan demokrasi di Malaysia
Masalah dalam Logistik ATM dan Kesan Ke Atas Dasar Pertahanan Negara Malaysia
Pembangunan logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membabitkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dibangunkan semenjak tahun 1957 lagi. Semenjak tahun 1990-an, ATM telah melalui proses pemodenan yang pesat dan dilihat memiliki keupayaan yang kukuh dalam aspek logistik. Pembangunan DPN telah melibatkan pembangunan aspek logistik ATM. Pembelian kelengkapan pertahanan seperti kapal perang termoden di AT pada tahun 1990-an, kapal selam Scorpene, pesawat pejuang yang diguna pakai oleh negara maju seperti MiG-29, FA/18 Hornet dan Sukhoi 30MKM, kereta kebal tempur daripada Poland dan sebagainya dengan pakej pemindahan teknologi adalah usaha untuk memastikan prinsip pertahanan self-reliance ATM dapat dicapai. Proses ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah yang besar dalam menyediakan kelengkapan logistik yang moden agar ia dapat digunakan secara maksimum oleh angkatan pertahanannya. Malah pembangunan pertahanan dan ketenteraan ATM turut dilihat berkembang seiring dengan perkembangan teknologi, dasar pertahanan, doktrin kelengkapan logistik semasa dunia. Namun pembangunan logistik telah menimbulkan persoalan mengenai kemampuan logistic dan ATM itu sendiri akibat timbulkan pelbagai kes kemalangan dan isu yang membabitkan ATM
Program Rawatan dan Pemulihan Dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Dadah, Kuala Lumpur
Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan aktiviti program rawatan dan pemulihan dadah di sebuah Pusat Rawatan di Kuala Lumpur berdasarkan kajian awal. Pusat rawatan dan pemulihan ini menggunakan model psiko-sosio-bio-spiritual dalam proses pemulihan mereka. Pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, serta temubual peribadi ke atas responden yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan dadah di pusat tersebut. Kaunselor yang mengendalikan program turut ditemubual untuk mendapat maklumat yang jelas tentang program rawatan dan pemulihan yang dijalankan. Penemuan kajian awal menunjukkan bahawa pendekatan rawatan dan pemulihan menggunakan Therapeutic Community telah berjaya membantu pelatih dalam proses pemulihan dadah terutamanya dalam aspek pembentukan semula tingkah laku dan kemahiran hidup vokasional. Oleh itu, hasil kajian ini dapat digunakan bagi menyokong program pemulihan dadah alternatif kepada rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang sedia ada di negara ini
Representasi Kepercayaan Popular Menerusi Filem Seram Tempatan
Kepercayaan masyarakat Melayu pada dasarnya berpusat kepada amalan tradisi yang diwarisi. Namun, setelah kedatangan sistem beragama di Nusantara, agama juga kemudiannya turut menjadi salah satu asas kepercayaan masyarakat Melayu. Berlaku suatu pertembungan di antara amalan kebudayaan tradisional dan amalan agama dalam masyarakat Melayu. Ini mewujudkan bentuk kepercayaan ketiga yang dikenali sebagai kepercayaan popular. Idea asal ini adalah daripada Mohd Taib Osman (1989) dalam membina model konseptual sistem kepercayaan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mengamalkan ritual-ritual berdasarkan kepada kepercayaan popular berkenaan. Malah wujud semacam kecelaruan dalam kalangan masyarakat Melayu dalam menanggapi amalan-amalan kepercayaan popular ini sebagai amalan-amalan agama. Kajian ini melihat bagaimana kepercayaan popular ini direpresentasikan menerusi filem-filem bergenre seram tempatan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama (1957-1967), fasa kedua (1980-1990) dan fasa ketiga (2001-2011). Selain daripada itu, transformasi representasi kepercayaan popular menerusi filem-filem seram tempatan menerusi tiga fasa ini juga dikenal pasti
Pengaruh Amalan Kepimpinan Berstruktur, Efikasi Guru dan Norma-Norma Budaya Terhadap Keprihatinan Guru Sekolah Kebangsaan di Sarawak
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti pengaruh amalan kepimpinan berstruktur, efikasi guru dan norma-norma budaya terhadap keprihatinan tugas guru. Kajian ini bersifat kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 420 orang guru iaitu ketua-ketua panitia. Kajian ini menggunakan soal selidik Orientasi Kepimpinan yang diadaptasi Lokman et al., (2011) daripada (Bolman & Deal, 1999), Efikasi Guru (Meng Tian, 2008), School Culture Triage (Phillips, G. 1993) dan Seven Stages of Concern (Hall et al., 1977). Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 15 dan AMOS Versi 21. Analisis data dilaksanakan secara deskriptif dan analisis inferens iaitu Ujian-t, korelasi Pearson, regresi berganda Stepwise dan analisis laluan untuk menguji hipotesis kajian pada nilai signifikan p<.05. Hasil kajian mendapati keseluruhan tahap variabel dan dimensi adalah tinggi. Dalam kepimpinan berstruktur bagi dimensi keutamaannya adalah sumber manusia diikuti struktural, simbolik dan politik. Terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi setiap variabel kajian berdasarkan lokasi sekolah. Keputusan korelasi (r) adalah signifikan dan positif dalam kepimpinan berstruktur (r=.459), efikasi guru (r=.710), norma-norma budaya (r=.593) dengan keprihatinan tugas guru. Ujian regresi linear mendapati kesemua variabel kajian adalah faktor-faktor yang mempengaruhi, ini merangkumi dimensi-dimensi seperti efikasi interpersonal dan kerjasama, efikasi pengajaran dan penyelidik, kepimpinan politik, keyakinan diri, kepimpinan simbolik dan efikasi budaya sekolah adalah pengaruh bagi keprihatinan guru. Analisis laluan mendapati norma-norma budaya bukan mediator bagi perhubungan antara variabel kajian. Secara keseluruhan amalan kepimpinan guru besar lebih cenderung kepada sumber manusia, namun strategi politik dan simbolik mempengaruhi keprihatinan guru dalam tugas terutamanya lebih kepada Prihatin Impak. Akhirnya, variabel dan dimensi kajian ini harus diberi perhatian dalam mengukuhkan penerimaan guru dalam sebarang pembangunan pendidikan di sekolah
Penyalahgunaan Penyeliaan dan Penyimpangan Tingkah Laku: Kesan Pengantara Ketakterlibatan Moral
Pengantara ketakterlibatan moral jarang digunakan sebagai mekanisme dalam menentukan hubungan antara penyalahgunaan penyeliaan dan penyimpangan tingkah laku. Menggabungkan Teori Ketakterlibatan Moral, Teori Pertukaran Sosial dan dapatan kajian lepas, terhasilnya model yang menunjukkan penyalahgunaan penyeliaan akan meningkatkan ketakterlibatan moral seseorang individu dan seterusnya meningkatkan kebarangkalian penglibatan individu terhadap tingkah laku menyimpang yang secara langsung memberi kesan kepada individu atau organisasi atau kedua-duanya. Model ini menunjukkan bagaimana integrasi yang diperolehi dari sorotan literatur antara pemboleh ubah iaitu penyalahgunaaan penyeliaan, ketakterlibatan moral dan penyimpangan tingkah laku berupaya meneroka dan memberikan pemahaman terhadap tingkah laku menyimpang individu dalam organisasi. Pemahaman ini akan membantu organisasi menjalankan intervensi menangani isu penyimpangan tingkah laku dalam organisasi