Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Reviews on the Job Interview Approaches in Malaysia Context
The job interview has become a popular topic for research among scholars and is a common format employed by any stake holders, recruitment agencies, companies and institutions. It is also called an assessment to select a suitable candidate for hiring. A common instrument used for the job interview is standard interview questions or semi-structured interview questions internally or locally with the set of common objective. There were several studies conducted by scholars on employment interviews. It was found that three common areas of interest are explored in this paper: (1) comprehending what standardised interviews envisage, (2) investigating how interview concepts can be evaluated, and (3) categorise the candidate and interview components that may impact the interview procedure. It was further found that there are also three equally important factors that require moderate research focus to be incorporated: (1) constructing a general standard and value for the interview format or standard interview questions for fresh graduates and behavioural interview questions for senior positions, (2) focus on the best attributes or personal traits, and (3) reliable explanations, classification and quantification of candidate characteristics and employability skills. It is hope that these approaches can be utilized and contributes in the field of job interviews, especially in Malaysia context which prepare the young generations
Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal
Hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menyediakan pendidikan kepada semua warganegara tanpa mengira latar belakang. Namun begitu, masalah dalam pendidikan khususnya keciciran pelajar kerap berlaku dan semakin membimbangkan di semua peringkat pengajian. Sehubungan dengan itu, kertas konsep ini bertujuan memperincikan beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang berlakunya keciciran dalam pendidikan. Faktor disebabkan oleh sosioekonomi keluarga, personaliti pelajar dan faktor luaran seperti budaya dan persekitaran, pengaruh rakan sebaya serta cara pengajaran guru telah dikenal pasti sebagai antara punca keciciran pelajar. Oleh itu, langkah- langkah mengatasi berlakunya keciciran turut diperincikan berdasarkan kajian lepas. Justeru, pelbagai langkah telah diambil oleh semua pihak terutamanya guru, sekolah, kementerian mahupun kerajaan dalam membendung penularan masalah ini. Antaranya adalah tingkatkan kesedaran ibu bapa, motivasi dan minat pelajar serta mempelbagaikan gaya pengajaran untuk menarik minat pelajar supaya tidak tercicir
The Impacts of Additional Automotive Tax to Selected Car Manufacturers in Metro Manila
The implementation of the Tax Reform for Acceleration and Inclusion Law (TRAIN) caused several adjustments across various industries including the automobile business. This study was conducted to determine the total unit sales of automobiles of selected car manufacturers in Metro Manila a year before and after implementing the TRAIN law; identify the effect of change in retail price on the total sales; and determine the impact of competition to the total sales The study employed a descriptive research design. A total of twenty-five purposively chosen key respondents were included in the study. Five high-ranking management members from each brand with local manufacturing operations in the Philippines namely, Toyota, Mitsubishi, Foton, Honda, and Nissan were the respondents. The data was collected through the use of online survey questionnaires and were analyzed using descriptive statistics (mean, standard deviation, etc.), frequencies, and percentage. There was a significant effect on the automotive industry in the Philippines brought by the implementation of the TRAIN law. It was found out that the total unit sales of the five selected car manufacturers have decreased during the year of implementation of the additional automotive tax compared to their sales prior to the year of its actual implementation. These car manufacturers have also adjusted their retail price necessitated by the TRAIN law, which also affected their total sales. Competition between the leading car manufacturers in the country was also taken into account. It was found out that there was a high level of competition among car companies
Hubungan Efikasi Kendiri dengan Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Menengah
Kemahiran yang dimiliki murid untuk mengatur pembelajarannya dengan sistematik dan berkesan bagi mencapai matlamat utama pembelajarannya merupakan antara pembelajaran regulasi kendiri. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengenal pasti hubungan efikasi kendiri dengan pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah menengah. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang murid dari sekolah menengah di Bintulu, Sarawak. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan efikasi kendiri dengan pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah menengah. Pelajar yang memiliki efikasi kendiri yang tinggi mampu untuk mencapai tahap akademik yang baik dalam pembelajaran. Kolerasi Pearson r digunakan untuk menganalisis data kajian. Keputusan pekali Kolerasi Pearson r menunjukkan bahawa terdapat kolerasi yang signifikan antara efikasi kendiri dengan pembelajaran regulasi kendiri murid ( r = 70 dan p = .000 sig < .01). Terdapat kolerasi di antara dua variabel, kolerasi yang signifikan adalah : p < .01. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan penyelidikan perintis dalam melonjakkan lagi keyakinan diri pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di Malaysia dan menghasilkan generasi murid yang cekal dalam menghadapi cabaran globalisasi ilmu tanpa mengenal erti berputus asa demi kecemerlangan diri
Kesediaan Murid Generasi-Z di SMK Badin Tuaran dalam Pembelajaran Teradun Bahasa Melayu dalam Era Covid-19
Krisis Pandemik COVID-19 telah mencetuskan suatu norma baharu terhadap gaya pembelajaran konvensional. Keadaan ini telah mendesak suatu gaya pembelajaran yang dirasakan sesuai iaitu Pembelajaran Teradun. Pembelajaran Teradun merupakan penerapan gabungan teknologi e-pembelajaran dengan pembelajaran bersemuka yang dikenali sebagai Pembelajaran Teradun. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan murid Generasi-Z (Gen-Z) SMK Badin Tuaran dalam Pembelajaran Teradun bahasa Melayu. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini melalui edaran instrumen soal selidik atas talian dengan lima Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alfa Cronbach (α) 0.795. Seramai 126 orang responden yang terdiri daripada murid Tingkatan 4 SMK Badin Tuaran, Sabah terlibat sebagai responden kajian. Data dianalisis menggunakan program SPSS 27.0 dengan menumpukan kepada analisis statistik deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan murid dalam pembelajaran bahasa Melayu di Internet berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.46. Manakala tahap kesediaan murid bagi Pembelajaran Teradun bahasa Melayu pula berada pada tahap tinggi (M=3.82). Keadaan ini menjelaskan bahawa kajian berkaitan Pembelajaran Teradun perlu lebih giat dijalankan pada masa akan datang kerana gaya pembelajaran ini dapat mengisi ruang kelompangan dalam kekangan pembelajaran bersemuka semasa krisis dan juga bencana
Penerokaan Aspek Altruisme dan Latar belakang Terpilih dalam Kalangan Mahasiswa
Tingkah laku yang mementingkan kebajikan individu lain, atau dikenali sebagai altruisme menggambarkan nilai pengorbanan kepada pihak lain. Dalam altruisme, bantuan diberikan tanpa mengambil kira sama ada individu yang memerlukan bantuan adalah ahli keluarga, rakan, jiran mahupun orang asing. Memandangkan tindakan altruisme melangkaui jenis-jenis hubungan dalam kehidupan, maka adalah penting untuk meneroka aspek berkenaan dalam diri golongan muda agar nilai dapat difahami dengan meluas. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai altruisme dan latar belakang yang berbeza dalam golongan muda, iaitu mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Kajian kuantitatif ini merupakan correlational-study melalui pendekatan kaji selidik. Data kajian ini diperolehi daripada 386 orang pelajar. Tingkah laku altruisme diukur melalui Self-Report Altruism Scale (SRA) dan latar belakang terpilih yang dikaji adalah jantina, jenis program pengajian serta struktur keluarga. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa nilai atruisme adalah berbeza bagi mahasiswa lelaki dan perempuan. Menariknya, mahasiswa lelaki dalam kajian ini dilaporkan mempunyai nilai altruisme lebih tinggi berbanding dengan mahasiswa perempuan. Sementara itu, jenis program pengajian mahasiswa dan struktur keluarga tidak berkaitan dengan nilai altruisme mahasiswa. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa aspek latar belakang iaitu jantina mahasiswa mempunyai potensi untuk diperkukuhkan dalam program-program berbentuk kebajikan. Kajian akan datang adalah dicadangkan agar pengumpulan data dapat diperluaskan kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi di negeri lain serta latar belakang yang berlainan
Blended Learning to Learn Presentation Skills Among English Second Language (ESL) Learners
This study attempts to explore and understand how the collaborative blended learning environment affects students’ presentation performance. It also intends to examine students’ perceptions of this learning environment. 25 ESL students participated in this study. This study lasted for 14-weeks and involved students participating in the conventional class and group discussion delivered both face to face in the classroom and online mode via ifolio to collaboratively develop their presentation skills. Data collected were analysed qualitatively and quantitatively using the thematic and content analysis methods. The study concluded that integrating collaborative blended learning presentation skills activities in an ESL classroom enhanced students’ positive feeling towards presentations, decreased their communication apprehension and improved their presentation performance. The study implied that in order to create an ideal learning environment that helps students improve their presentation skills, collaborative blended learning presentation skills activities need to be integrated into learning and teaching. With the emergence of rapid technology, blended learning has become a useful teaching and learning approach for teachers and ESL learners, especially in learning presentation skills. However, most English courses are still practising teachers centred, thus, neglecting the important element of integrating technology with face-to-face learning activities in learning presentation skills
Perpindahan Ibu Negara Indonesia Ke Kalimantan Timur dan Kesan Kepada Keselamatan Malaysia Timur
Isu persempadanan menjadi faktor yang boleh mengancam kedaulatan sesebuah negara kerana ia memberi impak dari sudut tradisional dan bukan tradisional. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan perpindahan ibu negara Indonesia kepada keselamatan Malaysia Timur. Ini kerana rancangan perpindahan ini melibatkan peningkatan pembangunan yang besar serta menyeluruh. Objektif kajian ini adalah Untuk mengenal pasti ancaman keselamatan yang wujud di sempadan Sarawak- Kalimantan dan mengkaji kesan perpindahan ibu negara Indonesia kepada keselamatan nasional Malaysia Timur dan Kajian ini mengguna pakai metod kualitatif di mana sebahagian data dikumpulkan melalui data sekunder yang diperoleh melalui kajian perpustakaan. Ini termasuk buku ilmiah, artikel jurnal, laporan-laporan sulit yang dilepaskan (public domain) serta dasar-dasar keselamatan dan pertahanan sesebuah kerajaan. Manakala data-data primer diperolehi melalui temu bual bersemuka dengan pakar bidang serta pegawai yang terlibat secara langsung berkaitan topik kajian dari Malaysia dan Indonesia. Kesimpulan kajian ini adalah, terdapat ancaman tradisional dan bukan tradisional di persempadanan Malaysia-Indonesia. Perpindahan ibu negara Indonesia telah memberikan kesan dari sudut politik, ekonomi dan keselamatan kepada Malaysia Timur. Kerajaan Malaysia perlu menambah anggota keselamatan untuk bersiap siaga di sepanjang persempadanan selain mengadakan hubungan diplomatik yang lebih erat dengan negara Indonesia bagi mengeratkan kerjasama di masa hadapan
Cabaran dan Keperluan Praktis Kerja Sosial dalam Membantu Sistem Perundangan Malaysia
Pekerja sosial memainkan peranan antara masyarakat dan menjadi pengantara dengan perundangan dan menyelesaikan isu-isu yang rumit seperti kes penderaan, pertikaian kawalan kehakiman, penderaan pasangan, penceraian, penetapan keadilan juvana dan jenayah kalangan remaja. Akta profesional kerja sosial dibuat berdasarkan masalah konkrit yang berlaku dalam masyarakat. Kerjasama antara pekerja sosial dan pengamal undang-undang meletakkan proses undang-undang lebih mudah dan lancar diselesaikan mengikut masa dan jadual ditetapkan. Piawaian etika dan perundangan memerlukan disiplin dan pekerja sosial perlu dapat membezakan dan menghayati profesion mereka untuk menyelesaikan masalah pelanggan dengan produktif, mengikut undang-undang dan beretika. Penulisan ini merupakan sebuah kertas konsep yang membincangkan cabaran dan keperluan praktis kerja sosial dalam membantu sistem perundangan Malaysia. Kertas konsep ini membincangkan tentang peranan amalan kerja sosial dalam perundangan, kepentingan undang-undang dalam praktis kerja sosial, kerjasama badan guaman dan kerja sosial di malaysia dan sebagainya. Keseluruhan kertas konsep ini memberi gambaran tentang cabaran yang dihadapi dalam praktis kerja sosial dan keperluan dalam mempertingkatkan sistem perundangan sedia ada
Language Learning Engagement Among Malaysian Undergraduates During MCO 1.0
The Covid-19 pandemic has changed the education practice in Malaysia. Online mode has become the new teaching and learning norm in Malaysia. This study applied the L2 language learning engagement to investigate the language engagement and motivation among the undergraduates in online language learning during the pandemic. The study was conducted in one of the local universities, the University of Malaysia Sabah as the research site. A survey by using questionnaire and interview session were administered to collect data for the study. The research sample of the study comprised of 42 respondents and five interviewees and they were the second-year undergraduates. The research findings of the study showed i) the synchronised online classroom learning is the main platform for the undergraduates to practise their listening skill; ii) all the undergraduates practised their speaking skill in language learning through online mode; iii) the reading material for the undergraduate students to practise their reading skill is related to the language lessons and preparation of course work and iv) the undergraduates write in the language they learnt when preparing for their course work and texting their language lecturers. The study also highlighted the telcos played the most importance role in making the online teaching and learning successful