Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Peranan Leksis dalam Mengukuhkan Pemahaman Konsep Awal Matematik

    No full text
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan konsep awal Matematik dalam kalangan guru prasekolah dan menghuraikan peranan leksis sebagai pengukuhan pemahaman konsep awal Matematik berdasarkan Teori Prosodi Semantik. Sebagai tumpuan dan fokus kajian, penyelidik menganalisis terminologi dan kemahiran prosedur bagi topik padan, kumpul asing, dan banding. Kajian ini melibatkan 8 orang guru sebagai responden dengan melibatkan 4 lokasi kajian terpilih, iaitu Pusat PERMATA Anak Negara Besout 1, Pusat PERMATA Anak Negara Teluk Intan, Pusat PERMATA Anak Negara Bercham dan Pusat PERMATA Anak Negara Sg. Siput. Hasil kajian mendapati bahawa PdPc guru yang bertindak sebagai fasilitator sentiasa menyediakan peluang untuk kanak-kanak menjelaskan, mempertahankan, membuat kesimpulan, meramalkan, dan menyesuaikan cara mereka mengetahui konsep awal Matematik berkaitan topik padan, kumpul, asing dan banding. Bagi memantapkan pengajaran awal Matematik menggunakan kaedah bahasa, kajian ini mengetengahkan pendekatan korpus yang menyediakan kolokasi kata yang jelas berkaitan konsep padan, kumpul, asing dan banding serta membina Kit Leksikal awal Matematik yang dapat membantu pedagogi guru-guru PERMATA Anak Negara berteraskan kaedah Prosodi Semantik. Impaknya instrumen ini dapat membantu guru-guru PERMATA Anak Negara memahamkan kanak-kanak berkaitan konsep awal Matematik dengan lebih jelas

    Berom Exocentric Compounds: A Structural and Semantic Analysis of the N-V Compounds

    No full text
    In this study, we examine exocentric compounds in Berom; a minority Niger-Congo language that is spoken in parts of central Nigeria and describe the structural and semantic properties of N-V compounds. Basically, the study is designed to achieve three aims: to contribute to the documentation of Berom, to provide the structural classification of exocentric compounds in the language and to provide the semantics of N-V compounds. Contrary to the nominalization process in defining the lexical class of compounds in languages, we show that in Berom compounding, the verbal and adjectival compounds are also attested. Based on a data set of 200 compound words that were previously drawn from Bere Naha (a newsletter publication in Berom), we propose three categories of exocentric compounds in Berom: Nominal Compounds [NC] and Verbal Compounds [VC] and Adjectival compounds and present the structure of each category by showing the class of their constituents. We show that Berom, N-V compounds have a nominal classification that are interpreted as agentive or locative nouns. We conclude that the meaning of Berom N-V compounds may not be solely determined by the sheer interpretation of the constituents of the compound.  &nbsp

    A Systematic Literature Review of Structural Quality Policy Implementation in Public Preschools

    No full text
    The benefits of quality early childhood experiences are indisputable as more studies have demonstrated the positive results of high-quality early childhood care and education (ECCE) on child outcomes. These benefits have recently spurred many countries to prioritise preschool programmes in their national plans and pursue a quality preschool agenda. This systematic literature review (SLR) aimed to analyse the worldwide practice of policy implementation regarding public preschool structural quality and examine the related challenges. This paper was based solely on SLR, where the literature was examined via the Scopus and Web of Science databases and Google Scholar. The review adopted PRISMA Statement (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) and thematic analysis was employed to analyse the relevant research papers. The SLR revealed that varying service quality was the main theme of global public preschool policy implementation. In many countries in the included articles, the preschool education programmes were conducted by multiple agencies, which resulted in varied quality of the service provided. In this study, the analysis revealed five main themes: wide-ranging policy aims, combined public and private funding, complex governance and management systems with mixed national and state involvement, persistent fragmented structural and organisational aspects between ECCE and primary schooling, and varied ECCE service regulation and quality assurance. Thus, future research is necessary to bridge the knowledge gap to examine policy implementation of structural quality, specifically in individual country settings

    Hubungan antara Amalan Kepimpinan Invitational Pengarah Kolej dengan Komitmen Organisasi Pensyarah Matrikulasi

    No full text
    Kajian ini adalah berkaitan amalan kepimpinan invitational dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan invitational pengarah kolej matrikulasi dan komitmen organisasi yang wujud dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Di samping itu, kajian ini turut ingin melihat perbezaan amalan kepimpinan invitational dan komitmen organisasi berdasarkan jantina para pensyarah matrikulasi. Akhir sekali, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej matrikulasi dengan komitmen organisasi pensyarah Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 24.0. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas 338 orang pensyarah matrikulasi di seluruh negara. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan invitational para pengarah kolej matrikulasi berada pada tahap yang tinggi manakala komitmen organisasi pensyarah pula berada pada tahap yang sangat tinggi. Analisis inferensi kajian ini mendedahkan bahawa tiada sebarang perbezaan yang signifikan antara pensyarah lelaki dan perempuan bagi pemboleh ubah amalan kepimpinan invitational dan komitmen organisasi. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang kuat di antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan

    Online Learning Satisfaction Among Tertiary Learners in Malaysia and Thailand: Recommendations for Post COVID-19

    No full text
    The COVID-19 pandemic, which began in early 2020, has exponentially changed how education is delivered to higher education students in Malaysia and Thailand. The current teaching and learning routine, which relied heavily on face-to-face interaction between educators and learners, as well as blended education to some level, was disrupted when the world was attacked by the COVID-19 pandemic. The pandemic's disruptions forced higher education (HE) to continue their teaching and learning activities through an emergency remote learning/online learning system. The new teaching and learning mechanism has influenced how tertiary students learn. This quantitative study was conducted among a group of tertiary level undergraduates to determine their satisfaction with online learning. According to the data, the majority of undergraduate students prefer hybrid or blended education over online education. This implies that post-COVID teaching mode adjustments are required. Future changes, such as a focus on blended form teaching, must be considered

    Isu Sekuriti Makanan dan Perlaksanaan Dasar Pembangunan Sektor Pertanian di Borneo Utara (1881-1963)

    No full text
    Pada awal kedatangan kuasa Barat ke Borneo Utara, masalah berkaitan dengan sekuriti makanan bukanlah isu yang menjadi keutamaan kepada penjajah. Hal ini kerana motif utama kehadiran mereka adalah untuk memonopoli sumber ekonomi dan memperoleh keuntungan daripada hasil bumi yang terdapat di Borneo Utara. Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa yang panjang kebergantungan penjajah terhadap tanaman makanan import dari negara luar telah menyebabkan berlakunya krisis makanan yang meruncing di Borneo Utara terutamanya apabila penjajah menghadapi krisis pengeluaran hasil tanaman makanan dari negara pengeluar dan hasil domestik pula terjejas kerana pelbagai faktor, misalnya, bencana alam, belalang, penyebaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk dan lain-lain. Situasi tersebut telah menjejaskan pengeluaran hasil pertanian dan sekali gus mempengaruhi pengedaran bekalan makanan dalam kalangan penduduk. Akibatnya, pihak penjajah telah membangunkan semula sektor pertanian berasaskan makanan di Borneo Utara dengan menjadikan aspek sekuriti makanan sebagai perkara utama yang perlu ditangani oleh penjajah walaupun masih mengekalkan agenda utama mereka untuk memonopoli sumber ekonomi yang terdapat di Borneo Utara. Oleh itu, berdasarkan penggunaan sumber primer dan sumber kedua, makalah ini akan menjelaskan usaha penjajah dalam menangani isu sekuriti makanan, khususnya berkaitan ketersediaan makanan, melalui dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kolonial dalam sektor pertanian. Perkara ini akan mencakupi aspek perancangan, perolehan, dan pengedaran makanan di Borneo Utara semasa era penjajahan

    Analisis Model Rasch Penilaian Akhir Bahasa Arab Kolej Vokasional

    No full text
    Kajian ini bertujuan menganalisis item Penilaian Akhir kursus bahasa Arab Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia di enam buah Kolej Vokasional di Negeri Perak. Analisis item melibatkan ujian bertulis kertas penilaian akhir sesi pengajian 2020 melalui penglibatan 244 orang responden bagi kertas ELA3312 dan 245 orang responden bagi kertas ELA4322. Analisis deskriptif model Rasch daripada perisian Winstep 3.71.0.1 digunakan bagi menilai statistik item melalui analisis unidimensi ujian, kesesuaian item, polariti item, indeks pemisahan dan kebolehpercayaan item dan pelajar serta analisis bias DIF item dalam menentukan kesesuaian item yang dilibatkan sebagai ujian akhir. Analisis ini bertujuan bagi mengesahkan kualiti item penilaian yang dilibatkan dari sudut statistik sekali gus mengesan kesesuaian item tersebut untuk digunakan atau diubahsuai berdasarkan standard kandungan sekali gus mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Dapatan menunjukkan sebahagian besar item adalah memenuhi keperluan pengukuran model Rasch. Item-item adalah sesuai digunakan semula sebagai item ujian atau dilibatkan sebagai item bank soalan bahasa Arab. Nisbah kesukaran item juga adalah bersesuaian dengan konstruk pembelajaran kursus bahasa Arab Kolej Vokasional. Melalui dapatan yang diperoleh diharapkan dapat membantu pengkaji merungkap penghasilan item yang lebih baik sekaligus meningkatkan kualiti pentaksiran dan penilaian bahasa Arab di Kolej Vokasional

    Persepsi Pelajar Pintar dan Berbakat Terhadap Penggunaan Filem dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Subjek Sejarah

    No full text
    Penggunaan filem dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan salah satu alternatif yang digunakan oleh para pendidik bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Sejarah. Ia merangkumi elemen penting seperti semangat patriotisme serta nilai-nilai murni yang dapat disampaikan kepada pelajar dengan kaedah santai dan menyeronokkan berbanding kaedah konservatif. Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan utama telah dikenal pasti antaranya tahap persepsi pelajar pintar dan berbakat (PB) terhadap keberkesanan filem dalam PdPc, perbezaan min bagi konstruk keberkesanan filem dalam PdPc, dan tahap kefahaman pelajar PB terhadap keberkesanan filem dalam PdPc subjek Sejarah. Oleh yang demikian, bagi menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan filem dalam PdPc bagi subjek Sejarah, seramai 84 orang pelajar PB dari Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM telah dipilih secara bertujuan bagi memenuhi keperluan kajian ini. Kesemua responden terdiri daripada pelajar Tahap 1 yang berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun. Instrumen skala likert digunakan bagi menilai item-item yang dijadikan kayu ukur terhadap persepsi pelajar PB antaranya konstruk sikap, motivasi, kemudahan akses dan kemahiran pemikiran Sejarah (KPS). Perisian SPSS V 2.0 digunakan bagi menganalisis data-data tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan filem dalam PdPc telah memberikan kesan yang memberangsangkan kepada pelajar PB untuk mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, inisiatif ini turut memberi galakan kepada pengkarya filem untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem yang bergenre Sejarah kerana ia secara langsung dapat menyumbang dalam PdPc yang lebih kreatif. Kajian lanjutan berkaitan filem dalam PdPc subjek Sejarah juga harus dijalankan agar ianya dapat dimanfaatkan oleh para guru, pengkaji serta pengkarya seni tanah air pada masa akan datang

    Penyelidikan dan Pembangunan Ekosistem Halal dalam Meningkatkan Daya Saing Industri Halal Malaysia

    No full text
    Pelan Induk Industri Halal 2030 melaporkan pasaran global dan domestik produk halal menunjukkan trend positif di antara tahun 2018 hingga 2030. Perkembangan positif ini akan merancakkan pembangunan ekosistem halal di Malaysia yang selanjutnya akan mewujudkan peluang pelaburan, perdagangan, dan pekerjaan dalam industri halal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal dapat meningkatkan daya saing industri Halal Malaysia. Temu bual dengan pihak yang bertanggungjawab daripada Bahagian Hab Halal JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dijalankan bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu ini. Hasil kajian mendapati Bahagian Hab Halal JAKIM telah membuat kolaborasi penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal dengan pihak universiti dan organisasi swasta yang dapat meningkatkan kualiti pensijilan halal. Bahagian Hab Halal JAKIM juga telah membina makmal analisis yang dapat menjalankan penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal. Manakala, HDC memainkan peranan dengan menganjurkan seminar iaitu World Halal Research bagi meningkatkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal dengan pelbagai pemain industri halal. Penyelidikan dan pembangunan ekosistem halal yang telah diusahakan oleh kedua-dua organisasi ini dapat membantu meningkatkan daya saing industri Halal Malaysia

    Antara Kerjaya dan Tanggungjawab: Cabaran menguruskan Ibu Bapa ketika Pandemik COVID-19 di Johor, Malaysia.

    No full text
    Fenomena penuaan dalam kalangan penduduk merupakan satu cabaran yang dihadapi oleh setiap negara terutamanya dalam aspek menyediakan keperluan dan kebajikan warga emas. Namun dalam masa yang sama, penularan virus Covid-19 yang melanda negara kita telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat. Apabila keadaan ini berlaku, anggota yang terlibat sebagai ‘frontliner’ akan menerima tugas yang mencabar dalam membanteras penularan wabak tersebut. Salah satu badan beruniform yang terlibat adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Situasi ini menyebabkan tugas anggota polis semakin bertambah sehingga mereka berada di dalam dilema di antara menjalankan tugas dan kewajipan dalam menguruskan keperluan ibu bapa. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak untuk memilih sampel responden. Sampel kajian yang dipilih merupakan anggota polis lelaki yang menjawat pelbagai dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya yang terdiri daripada 80 orang responden. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ialah borang soal selidik untuk memperoleh data kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada responden melalui pautan yang disediakan dalam aplikasi Google Form dan data tersebut direkodkan di dalam format Microsoft Excel dan seterusnya di analisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS) versi 27.0. Hasil kajian mendapati, kesukaran untuk menguruskan ibu bapa telah mencetuskan kebimbangan bagi pihak responden dan juga ibu bapa. Pelbagai cabaran dihadapi oleh responden akibat kekangan dari segi masa kerana tuntutan tugas yang bertambah sewaktu penularan Covid-19. Bagi menyelesaikan isu pengabaian warga emas, anak-anak haruslah merancang kaedah terbaik dari aspek penjagaan ibu bapa mereka agar kebajikan warga emas terus dijaga

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇