Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Hubungan Diantara Kebimbangan dan Pencapaian Prestasi Sukan Golf di Akademi Golf Sabah
Kebimbangan merupakan emosi yang normal bagi setiap manusia. Tahap kebimbangan setiap orang adalah berbeza. Dalam konteks kajian ini, kebimbangan dibahagikan kepada tiga subdimensi iaitu kebimbangan somatik, kebimbangan kognitif dan keyakinan diri. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan kebimbangan dan pencapaian prestasi sukan golf di Akademi Golf Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang atlet golf yang bernaung di bawah Akademi Golf Sabah. Mereka terdiri daripada 33 orang lelaki dan 27 orang perempuan. Sampel yang dipilih berumur di antara 16 dan 19 tahun serta mempunyai handikap 00 sehingga 24, iaitu kelayakan untuk menyertai sesuatu pertandingan golf. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan ialah model Competitive State Anxiety Inventory (CSAI-2). Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian penerokaan atau Exploratory Design. Borang soal selidik tersebut diberikan kepada responden sehari sebelum masa pertandingan. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai digunakan untuk kajian ini. Dapatan kajian bagi subdimensi kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri adalah seperti berikut; skor bagi kognitif ialah (M=3.48; SP=1.31), somatik (M=3.04; SP=1.35) dan keyakinan diri (M=3.54; SP=1.25). Kesimpulannya, hubungan kebimbangan dan pencapaian prestasi sukan golf setiap responden adalah konsisten.  
Kekuatan Mental dan Kecederaan Pemain Bola Sepak Malaysia Bertaraf Profesional
Kecederaan merupakan satu cabaran kepada para atlet dan kecederaan yang dialami mampu memberi kesan serta punca kepada pengakhiran kerjaya dalam sukan. Faktor kekuatan mental merupakan perkara yang membantu pemain bola sepak dalam mengharungi sesi pemulihan untuk pulih dari kecederaan dan kembali ke prestasi sebenar. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kekuatan mental dan kecederaan pemain bola sepak profesional untuk mengukur kekuatan mental pemain bola ini, penggunaan soal selidik Mental Toughness Questionaire (MTQ48) yang telah diubah suai dalam kajian ini yang terdiri daripada empat konstruk iaitu keyakinan diri, kawalan diri, cabaran dan komitmen yang dibina oleh Clough et al. (2002). Seramai 30 orang pemain bola sepak profesional yang mengalami kecederaan dijadikan sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati faktor kekuatan mental pemain bola sepak semasa mengalami kecederaan menerusi nilai min yang tertinggi adalah komitmen (M = 4.08). Seterusnya, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekuatan mental pemain bola sepak semasa kecederaan berdasarkan pengalaman pemain. Antara lain, hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan antara tahap kecederaan dan kekuatan mental pemain bola sepak semasa mengalami kecederaan. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan antara kekerapan mengalami kecederaan dan kekuatan mental pemain bola sepak semasa mengalami kecederaan. Kajian ini dapat membantu pasukan bola sepak Malaysia terutama jurulatih pasukan dan ahli perubatan untuk memahami kepentingan kekuatan mental pemain bola sepak dan boleh dijadikan rujukan kepada pasukan amatur. Kajian juga boleh dijalankan kepada sukan yang berbeza atau kajian terhadap pemain bola sepak amatur atau pemain bola sepak yang bermain di liga sosial
Halangan Utama Guru Pendidikan Khas Menjalankan Pengajaran Dalam Talian Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti halangan utama yang dihadapi dalam kalangan Guru Pendidikan Khas (GPK) sepanjang menjalankan pengajaran dalam talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Lahad Datu. Seramai 54 orang GPK yang mengajar di sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi di Lahad Datu telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian iaitu soal selidik telah disebarkan secara atas talian dalam bentuk “Google Form” dan data dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26.0. Dapatan kajian mendapati halangan utama yang dihadapi oleh guru adalah sikap pelajar ketika mengikuti sesi pembelajaran dalam talian dengan perolehan data sebanyak 37 peratus bersamaan dengan 20 orang guru (37%), diikuti oleh ketiadaan rangkaian telefon sebanyak (33.3%) 18 orang guru. Kesimpulannya pihak yang berkaitan haruslah meneliti halangan yang dihadapi dalam kalangan Guru Pendidikan Khas di Lahad Datu dan mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi agar sistem pendidikan pada masa PKP dapat di ditambah baik selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat
Effect of Prior International Experience on Cultural Intelligence Level and Cross-Cultural Adjustment Among Temporary Project Team
Globalisation is no longer a new phenomenon in recent years. Many businesses employ eligible expatriates to work in their organisations, including the construction sector. The ability of an expatriate to adapt effectively across cultures is commonly referred to as cultural intelligence (CQ) and cross-cultural adjustment (CCA). Both are cited as essential factors for expatriate performance in the international workplace. Nevertheless, the interrelationship between the CQ of the international construction project team and CCA has mostly been ignored. Hence, this study intended to explore the correlation between CQ and CCA levels among construction expatriates and further investigated the effect of prior international experience on their CQ and CCA level. Spearman rank correlation and Mann-Whitney U test were conducted on the 191 responses accepted. The results revealed their CQ has positively and significantly correlated with CCA, i.e. general, work and interaction, particularly in motivational CQ. Moreover, expatriates' prior international experience in the study domain could lead expatriates to a lower CQ and a lower adjustment level. Respondents with prior international work experience had a higher CQ level. However, the longer the period of previous international work experience, the weaker the cognitive CQ and behavioural CQ. This study can contribute to the predictors affecting the outcome of international assignments that can be employed to select the right applicants to fit into a multicultural project team in the construction industry
Gaya Keibubapaan dan Tahap Ketagihan dalam kalangan Remaja di Daerah Mersing
Dalam dunia serba moden pada hari ini, pelbagai kemajuan dan ciptaan teknologi telah berjaya dihasilkan. Peralatan teknologi canggih seperti telefon bimbit, komputer, tablet, dan capaian internet banyak membantu proses kehidupan manusia. Namun begitu, jika manusia menyalahgunakan kemudahan teknologi ini pasti akan membawa kepada kemudaratan. Kesan negatif penggunaan gajet yang berlebihan adalah boleh menyebabkan seseorang individu terlibat dengan masalah ketagihan gajet. Lantaran itu, peranan dan corak keibubapaan sangat memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak terlibat dengan gejala ketagihan gajet. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan gajet dalam kalangan remaja dan juga bagi mengenal pasti tahap ketagihan gajet berdasarkan gaya keibubapaan yang diamalkan. Reka bentuk bagi kajian ini ialah kajian tinjauan yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Manakala bagi instrumen kajian pula, kajian ini menggunakan borang soal selidik. Kajian ini telah melibatkan seramai 444 remaja sekolah menengah di daerah Mersing yang dipilih menggunakan kaedah kluster sampling. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa remaja di daerah Mersing mempunyai tahap ketagihan gajet pada tahap berat. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati gaya keibubapaan yang di amalkan oleh ibu bapa mempunyai kaitan dalam menentukan tahap ketagihan gajet dalam kalangan remaja. Berdasarkan hasil dapatan ini, jelas menunjukkan bahawa gaya keibubapaan memainkan peranan penting membimbing golongan remaja agar tidak terlibat dengan masalah ketagihan gajet
Kebolehpasaran Modal Insan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Isu dan Strategi
Modal insan adalah wadah terpenting ke arah pembangunan lestari sesebuah negara. Sesebuah negara sukar untuk mencapai kemajuan tanpa modal insan yang unggul, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang berpendidikan tinggi juga diakui mempunyai hubungan yang positif dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Justeru, pelaburan dalam pendidikan tinggi merupakan antara fokus utama inisiatif pembangunan di Malaysia. Perkembangan pesat sektor pendidikan tinggi dan peningkatan bilangan siswazah memberi suatu petunjuk yang baik kepada negara. Namun, apa yang turut membimbangkan adalah kadar pengangguran siswazah juga turut meningkat. Pengangguran dalam kalangan lepasan pendidikan tinggi sering dikaitkan dengan faktor kebolehpasaran modal insan dalam dunia pekerjaan. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan isu dan strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran modal insan lepasan institusi pengajian tinggi di Malaysia
Music Teachers’ Perceptions of the Authenticity Issues Towards World Music Teaching in China
The purpose of this study is to investigate Chinese primary and secondary school music teachers' perceptions towards “authenticity”-related issues in world music teaching. Using a qualitative methodology, the researchers conducted in-depth semi-structured interviews with nine primary and secondary school music teachers in different provinces of China. The results show that the teachers have different views on whether “authenticity” is often emphasized in the teaching of world music, whether world music in textbooks is represented authentically, whether absolute “authenticity” could be achieved in the teaching of world music, and the role of culture bearers in the transmission of music culture in the classroom. On the whole, to ensure that music teachers can objectively treat authenticity in world music teaching, the teachers should be clear about the purpose of world music teaching and transcend the dilemma of the authentic/inauthentic dichotomy
Penilaian Input dan Reaksi Program Latihan dalam Perkhidmatan oleh Jemaah Nazir Kepada Nazir Sekolah
Kajian penilaian ini menggunakan Model Penilaian CIRO yang diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menilai program Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) di Jemaah Nazir (Warr et al., 1979). Kajian ini memfokuskan dua tahap penilaian sahaja iaitu input dan reaksi yang melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif. Responden kajian tinjauan terdiri daripada 175 Nazir Sekolah yang pernah mengikuti program LDP yang dianjurkan oleh pihak JN dari tahun 2018 hingga 2021. Borang soal selidik dengan skala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen yang mempunyai nilai kesahan 1.00 dan nilai kebolehpercayaan berdasarkan Cronbach’s Alpha antara 0.839 hingga 0.988 bagi semua komponen dalam penilaian. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Statistics versi 25 untuk menentukan frekuensi, peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan penilaian input (lokasi, kemudahan, penceramah, modul latihan dan kaedah pelaksanaan) dan reaksi (pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran) terhadap program LDP secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian mencadangkan aspek penambahbaikan bagi meningkatkan kompetensi kerja seperti penggunaan model penilaian lain yang bersesuaian selain model penilaian CIRO bagi menilai program LDP. Kajian ini melaporkan penilaian input dan reaksi bagi menilai kompetensi kerja Nazir Sekolah. Kajian selanjutnya boleh diperluaskan dengan menilai konstruk atau dimensi lain bagi menilai kompetensi kerja yang bersesuaian
Social Media Political Information Use and Voting Behavior of the Malaysian Youth
The Malaysian lawmakers approved a legal amendment to lower the voting age from 21 to 18 years old on July 16, 2019. The new policy had empowered the very first batch of the 18 year-olds to cast their vote in the Johor state election which was held on March 12, 2022. Political analysts generally believe that what’s up in the near future would be the General Election 15 (GE15). For the first time ever Malaysians witnessed the transfer of power in the national political landscape since independence, politicians and big data analysts generally hailed the 2018 GE14 a ‘social media election’, given that social media had been used extensively by both the ruling and Opposition coalitions as major campaigning battleground, especially in their efforts to reach and sway the wired young voters. By employing an online self-administered survey questionnaire with 217 Malaysian first-time voters at a local university who rely heavily on social media for political information, this paper aims to learn how do these wired youth make use of social media platforms to learn about politics and observe voting. Findings of the current study suggest that social media political information use does not prompt the wired youth to be more likely to vote, but instead, distracts them from performing voters’ duty. On the contrary, voting behavior is more likely to be predicted by political variables such as party affiliation and political interest. Subsequently, research implications for practice and directions for future studies were discussed
Perubahan Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli Selepas Penempatan Semula di Kampung Pertak dan Gerachi Jaya, Selangor
Penempatan semula penduduk Orang Asli di Kampung Pertak telah berlaku sejak tahun 2001 oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk memberi laluan kepada projek pembinaan empangan di Hulu Selangor. Kertas kajian ini bertujuan untuk membahaskan perubahan sosioekonomi Orang Asli di Kampung Pertak dan Kampung Gerachi Jaya selepas sepuluh tahun penempatan semula. Kajian soal selidik melibatkan seramai 60 responden dengan pecahan 32 responden dari Kampung Pertak dan 28 responden dari Kampung Gerachi Jaya. Di samping itu, kaedah pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur juga dijalankan untuk mendapat maklumat berkenaan dengan kajian. Hasil kajian mendapati kedua-dua kampung ini telah dilengkapi dengan prasarana seperti tadika dan klinik. Sebahagian penduduk Kampung Gerachi Jaya mempunyai masalah dari segi sosial dan ekonomi kerana lokasi kawasan penempatan baru berada di atas bukit, oleh itu kebanyakan pekerjaan yang boleh dijalankan oleh penduduk Kampung Pertak tidak dapat dilakukan oleh mereka. Jarak antara kampung ini dengan pekan juga berjauhan, justeru interaksi antara penduduk dengan masyarakat lain berkurang, maka mereka berasa terpencil. Pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan teliti tentang keperluan Orang Asli selepas penempatan semula di samping memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka