Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Penilaian Reka Bentuk Aplikasi Mudah Alih Mahir Nama Untuk Guru Prasekolah
M-Pembelajaran merupakan pembelajaran secara bebas tanpa terhad kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku. Ia menjadikan pembelajaran mudah alih salah satu medium dalam meningkatkan aktiviti pedagogi. Penggunaan tablet oleh kanak-kanak di rumah dikaitkan secara positif dengan pengetahuan tentang bunyi huruf dan kebolehan menulis nama. Kemahiran menulis nama sendiri dengan betul merupakan perkara yang amat penting dalam diri setiap kanak-kanak. Guru perlu merangka strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis nama kanak-kanak prasekolah ini. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menilai reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama bagi elemen kemahiran menulis nama sendiri di kalangan kanak-kanak prasekolah. Penilaian reka bentuk ini dilaksanakan terhadap guru prasekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang dibina bagi memenuhi objektif keseluruhan kajian. Borang soal selidik dianalisis menggunakan program SPSS untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana rendah, sederhana tinggi dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian reka bentuk daripada segi unsur paparan antara muka, unsur kandungan, unsur ciri-ciri multimedia dan unsur kebolehgunaan yang tinggi dengan min skor semua aspek yang dinilai melebihi 4.0. Hasil kajian bagi aplikasi mudah alih Mahir Nama mengikut persepsi guru prasekolah menunjukkan guru bersetuju aplikasi ini boleh digunakan untuk kanak-kanak prasekolah serta dilaksanakan di kelas prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
The Effects of Hedonic and Utilitarian Values on Consumer Intention to Return to Ethnic Restaurants
Ethnic restaurants play a crucial role in introducing non-ethnic clients to ethnic foods. Understanding the physical and psychological aspects that influence customer satisfaction and revisiting intention would benefit restaurateurs and contribute to the promotion of a nation's culinary history. This study examines the relationship between dining atmospherics, hedonic and utilitarian values on customer satisfaction and revisits intention in the ethnic fine dining restaurant context. 215 respondents were surveyed at 15 ethnic fine-dining establishments in Kuala Lumpur. The analysis found that restaurant ambiance and hedonic values are substantial predictors of customer satisfaction and propensity to return. Surprisingly, this is not true of utilitarian values. This paper presents implications, limitations, and suggestions for future research
Sifat dan Tingkah Laku Politik Pengundi Undi-18 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Pulau Pinang
Pindaan umur mengundi dalam kalangan pengundi di Malaysia dari 21 ke 18 tahun pasti akan memberi kesan kepada corak pengundian di Malaysia khususnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Kesedaran politik dalam kalangan pengundi muda khususnya Undi-18 dilihat agak tinggi. Kesediaan mereka untuk keluar mengundi memperlihatkan yang mereka seakan tidak sabar untuk sama terlibat dalam membuat keputusan bagi masa depan negara. Kepekaan ahli dan pemimpin politik perlu sentiasa ada terhadap golongan Undi-18 ini bagi memastikan sesebuah parti politik itu untuk terus kekal relevan. Parti-parti politik perlu memikirkan dan mencari jalan bagi meremajakan parti mereka agar dapat memikat hati golongan Undi-18 ini. Kajian ini telah berjaya mengumpul data bagi memperlihatkan sifat dan tingkah laku politik pengundi Undi-18 di institusi pengajian tinggi swasta
Perlaksanaan dan Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) dalam kalangan Guru Sekolah Rendah Semasa Pandemik Covid-19
Walaupun Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah menjadi satu trend pembelajaran semasa pandemik COVID-19, namun pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru sekolah rendah bagi menjayakan PdPR. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan dan cabaran PdPR semasa pandemik COVID-19 daripada perspektif guru sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan telah melibatkan seramai 113 orang guru sekolah rendah sebagai peserta kajian. Data telah dikumpul menggunakan borang soal selidik dalam bentuk Google Form. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru untuk melaksanakan PdPR adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan guru menghadapi kekangan dalam menjayakan PdPR. Kekangan ini berpunca daripada guru dan murid daripada pelbagai aspek. Hasil kajian ini secara tidak langsung menunjukkan kesediaan ibu bapa merupakan satu daripada faktor utama dalam menentukan kejayaan PdPR. Oleh itu, interaksi dan usaha kolaboratif antara guru, ibu bapa dan pentadbir sekolah perlu ditingkatkan bagi membantu kejayaan PdPR
Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Mod Teradun dalam Konteks Sekolah di Malaysia
Revolusi Industri 4.0 dan pandemik Covid-19 telah menyebabkan berlakunya perkembangan yang mendadak dalam penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia. Justeru, pembelajaran berasaskan projek mod teradun merupakan suatu pendekatan yang berpotensi untuk memenuhi keperluan industri pada masa akan datang. Kajian ini membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun. Hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas, cabaran guru yang perlu diatasi dapat dilihat dalam tiga aspek, iaitu a) kemahiran teknologi, b) pengetahuan kandungan dan pedagogi, serta c) sikap dan efikasi kendiri guru dalam melaksana pendekatan ini. Cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah peningkatan profesionalisme guru melalui kursus dan latihan dalam teknologi dan amalan pedagogi. Peranan kepimpinan sekolah dalam menyediakan sokongan, kemudahan dan kewangan akan membantu guru dari segi motivasi untuk mempertingkatkan amalan pengajaran yang berkesan dan bermakna
Implementation of Virtual Teaching During The COVID-19 Pandemic: Challenges and Recommendation
Virtual learning is implemented in various countries as solution to make education functional during the Covid-19 pandemic. However, there a lot of challenges that faced by the teachers. Suddenly change of teaching method make the task a lot difficult for teachers to adapt. The purpose of this study is to learn teachers' challenges in implementing virtual teaching they faced and the technology they used during the COVID-19 pandemic era. This study used a qualitative library research design, and all the data were collected using the World Wide Web. The first and the most important findings about teachers' challenges in implementing virtual teaching using technology are lack of skills, time management, and the negative attitude of teachers. The findings reveal that, most of the teachers are not prepared for virtual teaching as they are not being well trained to do the job. It can be certainly suggested that teachers are not comfortable with the abrupt changes from traditional teaching methods to technology-based teaching methods
Kesediaan Guru dan Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Matematik Abad Ke-21 di Sekolah Rendah: Sebuah Tinjauan Literatur
Pendidikan abad ke-21, merupakan satu revolusi baru dalam dunia pendidikan yang menyediakan murid dari segi ilmu pengetahuan agar dapat berhadapan dengan cabaran serta menyumbang kepada kemajuan negara. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menyarankan kurikulum perlu memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad-21 seperti kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, pemikiran kritis, dan komunikasi untuk membolehkan pelajar bersaing di peringkat global. Pelbagai garis panduan ditetapkan bagi membantu guru matematik untuk mempersiapkan dirinya dengan kefahaman dan pengetahuan yang mendalam terhadap pelaksanaan pendidikan abad ke-21 ini. Namun, dapatan kajian menyatakan ramai guru masih pada peringkat sederhana dari segi kesediaan. Hal ini kerana, guru berhadapan dengan cabaran dalam mengintegrasikan pelbagai elemen abad ke-21 dalam rancangan pelajaran serta diterapkan melalui proses pengajaran matematik. Selain itu, guru matematik perlu menguasai TMK kerana revolusi masa depan akan menggantikan pembelajaran bilik darjah dengan alam maya. Namun, penguasaan dan pelaksanaan TMK dalam pelajaran matematik masih di tahap rendah atas faktor kemudahan pelaksanaan serta kekangan masa. Seterusnya, tahap kreativiti guru masih di peringkat sederhana tinggi dan perlu ditingkatkan bagi memastikan murid dapat menguasai pengetahuan sepenuhnya dengan berkesan. Oleh itu, guru matematik seharusnya mengambil inisiatif sendiri dalam usaha meningkatkan profesionalisme sejajar dengan peredaran masa. Justeru, kertas ini membincangkan literature berkaitan dengan kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan pengajaran matematik abad ke-21 dan hubungan di antaranya. Diharapkan pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini berguna kepada ahli pendidik dalam usaha mereka untuk memahami hubungan aspek kesediaan guru dan keberkesanan pengajaran dilaksanakan
Validating Reading Comprehension Assessment Under the GDINA Model
Cognitive diagnosis models (CDMs) are latent variable models mainly developed to assess students’ specific strengths and weaknesses in a set of skills or attributes within a particular domain. In this study, the reading comprehension assessment is diagnostically designed, constructed, and developed from the very first step. The predetermined attributes or sub-skills are explicitly defined in the construction phase as they should align with the instructional goals. Using R package CDM, the Generalized-DINA model (GDINA) was applied to the reading comprehension assessment. A total of 900 Year 4 primary students from the Eastern District of Pulau Pinang national and vernacular schools sat for this assessment. Through the cognitive analysis, the study is expected to provide detailed diagnostic feedback on students’ strengths and weaknesses in the underlying skills identified in the reading comprehension assessment. Such detailed information can help teachers in classroom teaching, designing remedial courses, and developing material according to the student's needs
Isu dan Cabaran Hak Kesihatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia
Penyelidikan tentang undang-undang yang berkaitan perlindungan dan jagaan kesihatan Orang Asal (OA) adalah satu bidang yang kritikal dalam kalangan masyarakat di Malaysia. OA merupakan kaum minoriti dan rentan yang tinggal di Semenanjung Malaysia dan berdepan dengan isu kemiskinan berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Terdapat satu akta khusus kepada OA iaitu Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) iaitu merupakan satu perundangan bertulis untuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Akta 134 ini digubal untuk mengawal Orang Asli, memelihara kepentingan dan hak asasi mereka. Namun begitu, tiada peruntukkan perundangan yang khusus dalam memberikan perlindungan dan pengiktirafan mengenai hak kesihatan yang menyeluruh kepada mereka. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan insiden seperti kes kematian 14 Orang Asli daripada suku kaum Batek yang direkodkan disebabkan oleh masalah kesihatan pada tahun 2019. Kes kematian yang berlaku tersebut telah membuka mata ramai pihak bahawa tahap penjagaan kesihatan OA masih lagi berada tahap yang lemah. Justeru itu, penulisan ini akan menerangkan kedudukan undang-undang berkaitan hak kesihatan Orang Asli di Malaysia yang meliputi Perlembagaan Persekutuan, Akta 134, instrumen antarabangsa dan deklarasi yang spesifik terhadap Orang Asli. Penulisan ini juga akan menganalisis isu dan cabaran hak kesihatan Orang Asli dalam kajian-kajian lalu. Penulisan ini merumuskan bahawa terdapat pelbagai isu berkaitan kesihatan Orang Asli yang meliputi empat aspek utama iaitu masalah kesihatan, isu pengetahuan hak kesihatan, kesejahteraan hidup dan juga isu kemiskinan. Kesimpulannya, penulisan ini adalah sangat penting bagi menyokong pengiktirafan hak kesihatan Orang Asli dan juga hak asasi mereka
Penggunaan Halangan dalam Meningkatkan Teknik Lompat Jauh Murid Tahun Lima
Kajian ini dijalankan untuk membantu guru dalam meningkatkan teknik dan kuasa lonjakan lompat jauh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid tahun 5 di Sk Taman Desaminium dengan menggunakan latihan pliometrik iaitu 'Penggunaan Kotak Pelbagai Ketinggian'. Seramai lima orang murid lelaki yang terlibat. Kajian ini telah menggunakan tiga jenis kaedah iaitu pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian lompat jauh berdiri. Latihan pliometrik iaitu 'Penggunaan Kotak Pelbagai Ketinggian' dijalankan kepada peserta kajian untuk meningkatkan teknik dan kuasa lonjakan lompat jauh. Kesimpulannya, guru dapat membantu meningkatkan teknik lompat jauh dan kuasa lonjakan kaki dalam kalangan murid dengan menggunakan latihan pliometrik 'Penggunaan Kotak Pelbagai Ketinggian'. Kelebihan kajian ini adalah dapat menjimatkan kos kerana menggunakan kotak, kon dan marker sahaja. Manakala, kelemahan kajian ini ialah halangan ataupun kotak yang disediakan hanya lima halangan sahaja. Pada kajian akan datang, pengkaji bercadang untuk memperbanyakkan lagi kotak pelbagai ketinggian bagi meningkatkan minat murid