Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Hubungan antara Kesediaan, Pengetahuan dan Kemahiran Guru Terhadap Pengajaran Dalam Talian

    No full text
    Pengajaran dalam talian telah dilaksanakan di Malaysia. Kaedah ini menjadi satu keperluan terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19. Justeru, adalah penting untuk guru bersedia serta menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang aplikasi pengajaran dalam talian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran terhadap pengajaran dalam talian serta hubungannya dengan tahap kesediaan guru melaksanakan pengajalan dalam talian. Seramai 297 orang guru sekolah rendah di mukim Rawang dipilih sebagai responden. Data kuantitatif melalui kajian tinjauan dijalankan dan data dikumpul melalui borang soal selidik berskala Likert. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap kesediaan guru adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap kesediaan guru dengan tahap pengetahuan serta kemahiran terhadap pengajaran dalam talian. Implikasi kajian turut dibincangkan.  Kata kunci: pengajaran dalam talian, kesediaan, pengetahuan, kemahira

    Tahap Pemahaman Guru Matematik Melaksanakan Pengajaran Atas Talian

    No full text
    Penularan virus Covid-19 telah mengakibatkan jutaan manusia terkorban. Sistem pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia mengambil langkah melaksanakan pengajaran atas talian bagi mengelakkan risiko penularan virus Covid-19. Pelaksanaan pengajaran atas talian merupakan salah satu kaedah pengajaran yang memberi cabaran kepada para guru untuk dilaksanakan semasa pandemik Covid-19. Justeru, sebuah kajian tinjauan telah dilaksanakan untuk mengkaji tahap pemahaman guru matematik melaksanakan pengajaran atas talian. Seramai 187 orang guru matematik di Negeri Sembilan telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Kesemua responden yang terlibat menjawab soal selidik secara atas talian dengan menggunakan Google Forms bagi mengumpulkan data yang diperlukan dalam kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman guru dalam melaksanakan pengajaran atas talian berada pada tahap sederhana dengan min keseluruhan ialah 3.46 dan sisihan piawai 0.424. Selain itu, faktor kesediaan, penerimaan dan pengoperasian mempunyai hubungan linear yang sederhana dan signifikan ke atas pemahaman guru matematik melaksanakan pengajaran atas talian. Kesimpulannya, guru matematik menunjukkan tahap pemahaman yang sederhana dalam melaksanakan pengajaran atas talian. Namun begitu, guru matematik berusaha untuk melaksanakan kaedah pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tetap berlangsung

    Kesediaan Menggunakan e-Pembelajaran dalam Melaksanakan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Rompin Akibat Pandemik Covid-19

    No full text
    Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenal pasti keperluan latihan bagi para pensyarah di Kolej Komuniti Rompin terhadap Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) bagi perlaksanaan kursus pendek secara dalam talian berbanding kaedah konvensional iaitu pembelajaran secara bersemuka. Maklumat diambil dalam bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah secara tinjauan. Instrumen kajian menggunakan set soal selidik yang dibina menggunakan Google Form. Borang soal selidik ini mengandungi 4 soalan di bahagian A, 8 soalan di bahagian B dan 7 soalan di bahagian C. Penggunaan skala likert 5- mata diguna pakai bagi menjawab setiap soalan di bahagian B dan C. Seramai 36 pensyarah Kolej Komuniti Rompin telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan pensampelan secara rawak. Kajian ini memfokuskan kepada (1) tahap pengetahuan pensyarah tentang pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus pendek secara dalam talian serta (2) tahap kesediaan pensyarah untuk mengajar kursus pendek secara dalam talian. Data yang diperolehi dianalisis bagi mendapatkan nilai peratus dan skor min menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Secara keseluruhannya dapatan dan cadangan dari kajian ini diharap dapat membantu para pensyarah di KKRP untuk mengajar kursus pendek secara dalam talian sebagai medium pembelajaran di norma baru

    Hubungan Motivasi Diri dan Sokongan Sosial Terhadap Kesejahteraan Psikologi Pelajar Universiti

    No full text
    Motivasi diri dan sokongan sosial merupakan salah satu aspek yang perlu dijaga dan diterapkan dalam diri seseorang bagi memenuhi dan memelihara kesejahteraan psikologi diri. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap motivasi diri, sokongan sosial dan kesejahteraan psikologi pelajar serta mengkaji hubungan antara motivasi diri dan sokongan sosial terhadap kesejahteraan psikologi pelajar universiti. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang menggunakan soalan soal selidik yang dihuraikan secara deskriptif dan inferensi. Kajian ini dijalankan terhadap 252 pelajar sarjana fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dan diadaptasi dalam kajian ini adalah melibatkan Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) dan Self-Motivation Quiz University Counseling and Consulting Services, University of Minnesota, Quick-Scoring Achievement Motivation Quiz untuk mengukur tahap motivasi diri, manakala Multidimensional Scale Of Perceived Social Support (MSPSS) pula adalah untuk tahap sokongan sosial, dan Ryff’s Psychological Well-Being Scales (PWB) diukur bagi melihat tahap kesejahteraan pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiganya berada pada tahap yang tinggi antara nilaian min 5.06 hingga 5.61. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan antara motivasi diri (r=0.576, p<0.01) dan sokongan sosial (r=0.495, p<0.01) terhadap kesejahteraan psikologi pelajar universiti. Oleh yang demikian, motivasi diri dan sokongan sosial perlu diberikan perhatian dan diterapkan dalam memperoleh kesejahteraan psikologi bagi para pelajar. Hal ini kerana dengan ada kesejahteraan psikologi dalam diri, mampu membina dan membangun kehidupan yang positif

    Hubungan Antara Penglibatan Aktiviti Fizikal Dengan BMI Dalam Kalangan Murid Perempuan Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19

    No full text
    Penglibatan aktiviti fizikal secara aktif mendorong untuk mendapatkan BMI yang ideal dan dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik terutamanya murid sekolah di kawasan luar bandar semasa pandemik COVID-19. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dan Indeks Jisim Badan (BMI) murid perempuan sekolah menengah luar bandar di daerah Meradong, Sarawak semasa pandemik COVID-19. Populasi kajian melibatkan murid perempuan yang berusia 16 hingga 19 tahun di daerah Meradong. Seramai 372 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah bentuk kajian tinjauan silang-rentas melalui borang soal selidik Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) versi 2. Dapatan kajian menunjukkan TPA murid perempuan adalah pada tahap aktif (min =304.25 minit/minggu; 1604.57 kcal). Bagi aktiviti fizikal MPA pada tahap aktif (min = 207.36 minit/minggu) manakala aktiviti fizikal VPA pada tahap tidak aktif (min = 96.89 minit/minggu). Bagi tahap BMI menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid berada dalam kategori normal iaitu 70.2% dengan nilai min = 22.14 kgm-2. Hasil ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tahap penglibatan aktiviti fizikal tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap BMI dalam kalangan murid perempuan iaitu r = 0.001; p > 0.05 = 0.982. Penglibatan aktiviti fizikal bagi murid perempuan ini tidak memberikan kesan kepada nilai tahap BMI mereka semasa musim pandemik COVID-19, namun mereka perlu kekal aktif bagi menjaga tahap kesihatan yang optimu

    Autoritarianisme Perbandingan: China dan Malaysia dalam Politik Covid-19

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi yang diguna pakai oleh dua negara autoritarian yang berbeza dari segi prinsipnya iaitu China dan Malaysia semasa berhadapan dengan pandemik global Covid-19. Ia dihujahkan bahawa sistem asas politik dan kerajaan di dalam sesuatu negara itu adalah pemangkin utama yang signifikan di dalam langkah untuk membendung wabak Covid-19. Diistilahkan sebagai negara yang mempraktikkan sistem autoritarianisme berskala penuh, China dilihat lebih terkehadapan dan sistematik berbanding negara-negara maju yang lain dalam usaha untuk mengekang pandemik tersebut daripada merebak sepenuhnya. Meskipun terdapat beberapa kekangan utama dalam konteks antarabangsa seperti kritikan dan perkelahian dingin yang melibatkan kuasa besar dan organisasi antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) namun pentadbiran Xi Jinping berupaya mengubah naratif pandemik Covid-19 di negara sosialis itu. Manakala rejim bersifat semi-autoritarian seperti Malaysia pula dilihat masih lagi terperangkap dan bergelut dengan politik dalaman dan pada akhirnya mengakibatkan negara tersebut menyaksikan penularan wabak itu dalam bentuk gelombang ketiga. Kajian ini juga berhujah bahawa sistem politik rejim autoritarian berskala penuh dilihat lebih menekankan perincian yang tertentu terutama sekali apabila kuasa politik itu dipusatkan sepenuhnya maka perubahan dasar dapat direalisasikan dalam jangka waktu yang singkat dan rejim hybrid atau semi-autoritarian pula lebih terikat dengan desentralisasi kuasa yang pada akhirnya akan menjadikan taburan kuasa politik itu lebih berkecamuk dan konflik dalaman yang tidak dapat dielakkan

    Students’ Perception of Social Presence in Facebook

    No full text
    Acquiring social presence promotes the degree of salience between two people using communication medium and development of interpersonal relationship. Nonetheless, research on social presence elements in social network system, such as Facebook, normally focuses on Facebook as general; considerably less is known about the relation between specific activities in Facebook towards the five dimensions in social presence: social respect, social sharing, social identity, open mind, and intimacy. Hence, this study uncovered students’ perception of online social presence with relation to their experience, average time spent per day and activities done in Facebook by utilizing the questionnaire adapted from the study by Sung and Mayer (2012). The respondents of this study were a group of students who have similar experience of participating in academic discussion in Facebook on computer subject. Two-ways communication in Facebook, as in chatting, commenting, and sending message correlated positively with all dimensions in social presence. Those Facebook usages are also most frequently used by students, along with several other activities that signify students’ interests to acknowledge themselves with any update or news from the society they choose as Facebook friends. Students might have regularly encountered with social presence instances through their vast experience on using Facebook with major usage of more than 2 years and minimum average of 1 hour per day. Hence, that could justify the high social presence the respondents believe they have perceived. These findings suggest that Facebook can be considered as a promising platform to utilize social presence to the most if the availability of its various tools and activities that support social interaction are put into the best practice to nurture student’s social presence in online learning

    Potensi Penggunaan Media Sosial Terhadap Kemahiran Komunikasi Interpersonal Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG)

    No full text
    Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti trend penggunaan media sosial dan kemahiran komunikasi interpersonal guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta menentukan hubungan penggunaan media sosial terhadap kemahiran komunikasi interpersonal. Sejumlah 279 orang guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh telah terlibat dalam kajian ini melalui teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik kajian ini diadaptasikan daripada Social Networking Sites Usage & Needs Scale (SNSUN) dan Interpersonal Communication Competence Scale (ICCS). Data telah dianalisis secara deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) dan inferensi (Ujian Korelasi Spearman Rho). Hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti guru pelatih IPG mempunyai lebih daripada empat akaun media sosial dan aktif dalam mengakses media sosial. Aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook merupakan tiga aplikasi media sosial yang sering digunakan oleh guru pelatih IPG. Hasil kajian ini turut menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi interpersonal guru pelatih berada pada tahap yang sederhana tinggi (M=3.56). Analisis korelasi menunjukkan bahawa tidak wujudnya hubungan antara masa penggunaan media sosial dengan kemahiran komunikasi interpersonal [rs (277)=0.057, p>0.01, N=279]. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masa penggunaan media sosial tidak berperanan dalam mempengaruhi kemahiran komunikasi interpersonal guru pelatih. Justeru, punca-punca lain yang mempengaruhi kemahiran komunikasi interpersonal guru pelatih penting dikenal pasti pada kajian yang selanjutnya agar penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal guru pelatih dapat dipertingkatkan kepada tahap yang optimum

    Pendekatan Sosio Emosi Guru dalam PdP bagi Membantu Murid GALUS B40 Tahun 6

    No full text
    Pendekatan sosio emosi merupakan elemen yang perlu dilaksanakan dalam proses (PdP) pengajaran dan pembelajaran dan amat perlu bagi membimbing pengurusan emosi serta membentuk tingkah laku positif murid-murid. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan amalan guru berkenaan dengan pendekatan sosio emosi dalam PdP di sekolah bagi membimbing murid Gagal Lulus (GALUS). Objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti korelasi antara kefahaman dan amalan pendekatan sosio emosi guru dalam PdP dengan jangkaan impak kepada murid GALUS tahun 6 di sekolah daerah Julau. Kajian ini dilaksanakan di semua sekolah rendah daerah Julau dan melibatkan seramai 205 orang responden yang terdiri daripada guru-guru. Analisis peratusan, nilai min, sisihan piawai dan nilai ‘r’ korelasi Pearson telah dijalankan untuk menjawab objektif kajian menggunakan Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru berkenaan dengan pendekatan sosio emosi adalah pada tahap tinggi (M=3.99, SP=0.72). Tahap amalan pendekatan sosio emosi semasa PdP guru juga pada tahap tinggi (M=3.89, SP=0.65). Hasil ujian kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif (r=0.85, p=0.00) pemboleh ubah tahap kefahaman dan amalan pendekatan sosio emosi guru dalam PdP dan jangkaan impak kepada murid GALUS. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru-guru untuk memfokuskan pendekatan sosio emosi dalam PdP serta membantu murid-murid untuk menguruskan emosi bagi menghadapi suasana pembelajaran. Bahkan, kajian ini diharapkan memberi kesedaran kepada semua pendidik agar melaksanakan pendekatan sosio emosi bagi membantu murid yang mempunyai prestasi akademik yang tidak konsisten

    Pendayagunaan Rubrik Pemarkahan Pentaksiran Berterusan Amali Bagi Program Diploma Perakaunan di Kolej Vokasional: Masihkah Relevan?

    No full text
    Kertas konsep ini membincangkan penggunaan rubrik pemarkahan amali dalam Pentaksiran Berterusan (PB) amali program Diploma Perakaunan di Kolej Vokasional Malaysia. Penggunaan rubrik pemarkahan digunakan oleh pensyarah untuk mengukur tahap pencapaian dalam pentaksiran berterusan yang dilaksanakan oleh pelajar. Pertimbangan yang adil dan telus oleh pensyarah menjadi sandaran kepada penggunaan rubrik untuk menilai pelajar. Selain itu, rubrik permarkahan juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan pentaksiran kendiri sebelum pentaksiran sebenar oleh pelajar. Kajian lepas banyak membincangkan penggunaan rubrik dalam konteks sebagai alat pengukuran dalam pentaksiran yang subjektif. Implikasi, cabaran dan strategi turut dibincangkan dan dikenal pasti untuk memastikan keberkesanan penggunaannya. Perbincangan kertas konsep ini dapat menggalakkan kajian lanjut bagi terhadap penghasilan rubrik yang lebih mendalam dan holistik dalam pentaksiran dan pembelajaran terutama dalam konteks kursus perakaunan di Kolej Vokasional

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇