Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
How Do Teachers Implement the Policy of ICT Education for Older Adults? A Study on Policy Implementation in China
As information and communication technology (ICT) becomes more prevalent in daily life, the digital gap between the older and younger groups is increasingly huge. ICT education policy for older adults has been issued in China since 2021 to face that challenge. While previous research mainly focuses on the policymakers and older adults, the teachers, regarded as the core implementer at the street level, need to be more concerned. This research uses qualitative research methods to understand the complexity of the implementation process and identify the influence factors in the view of teachers. It found that the number of faculties and suitable teaching equipment is generally ignored. Besides, the awareness of caring for older adults is the most potent factor in achieving the policy. Along with that, the efforts of learning institutions have a positive impact on teachers belief in policy. Recommendations are also threefold: firstly, learning institutions should deliver and express policies, even if they are available online. Secondly, the features of ICT education should consider the faculties and suitable equipment. Finally, cultivating an age-friendly environment is crucial for ICT education and the aging society
The Relationships Between Family, Financial Reason, Self-Esteem, and Career Decision Making Among Undergraduates in Jigawa State, Nigeria
The study assesses the relationship between career decision-making and family, financial reasons, and self-esteem among undergraduates in Jigawa state, Nigeria using a quantitative correlational research design of the 1,200 undergraduates from Sule Lamido University and Federal University Dutse who made up the population of the study, 373 undergraduates were randomly sampled for the study. Instruments used are: Factors influencing undergraduate students' career decision-making questionnaire and a career decision-making self-efficacy short-form questionnaire. Structural Equation Modelling (SEM) by using Smart Partial Least Squares (Smart-PLS3) was used to analyse the data in line with the hypotheses. The results show that family and financial reasons are positively significant in career decision making among undergraduates. Decisions about family and career (t = 4.300), (β= 0.225), and (P=0.000). With (t = 2.047), (β =0.102), and (P=0.041), the second most significant paths are financial reasons and career decision making. Thus, schools, government agencies, and non-profit organisations should provide scholarships to deserving students so that they can follow their chosen occupations. Students should be exposed to job information and coaching by the school administration in order to assist them in choosing good and realistic career choices. To help minimise the influence of stakeholders on students' career aspirations, school leaders should engage with the counselling unit in schools to provide career workshops for students and parents
Tahap Penguasaan Bahasa Melayu dengan Pencapaian Prestasi Mata Pelajaran Perniagaan Murid Bukan Melayu
Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara penguasaan bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi bagi mata pelajaran Perniagaan dalam kalangan murid bukan Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai enam orang guru berpengalaman telah dipilih sebagai responden kajian. Pilihan dibuat berdasarkan pengalaman mereka mengajar di sekolah yang memiliki murid pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara penguasaan bahasa Melayu murid dengan pencapaian prestasi mata pelajaran Perniagaan mereka. Kelemahan penguasaan kemahiran membaca, menulis serta bertutur dalam kalangan murid bukan Melayu yang berasal daripada sekolah vernakular memberi impak terhadap pencapaian prestasi akademik mereka. Justeru, melalui kajian ini, pihak yang bertanggungjawab dapat mengenal pasti solusi bagi membendung masalah penguasaan bahasa Melayu yang dihadapi oleh murid bukan Melayu. Ini kerana penguasaan bahasa Melayu amat penting bagi mereka untuk mendapat prestasi yang baik dalam mata pelajaran Perniagaan
Keberkesanan Think-Pair-Share Terhadap Motivasi dan Penglibatan Murid dalam Penguasaan Penulisan Bahasa Malaysia Sekolah SJK(C)
Motivasi merupakan elemen penting dalam mendorong dan mempengaruhi cara seseorang untuk bertindak bagi mencapai sesuatu yang dimatlamatkan. Dalam perkembangan bahasa, aspek motivasi memainkan penting bagi mempengaruhi kesungguhan murid belajar sesuatu bahasa terutamanya bahasa kedua kerana sikap yang positif untuk mempelajari bahasa kedua terbentuk daripada motivasi yang tinggi. Namun, penguasaan mata pelajaran ini menjadi kekangan terutamanya murid bukan penutur natif kerana mereka kurang bermotivasi untuk meningkatkan kemahiran khususnya kemahiran penulisan dalam mata pelajaran ini. Justeru, kajian tindakan ini bertujuan melihat keberkesanan strategi think-pair-share, salah satu pembelajaran koperatif bagi meningkatkan motivasi dan penglibatan murid dalam penguasaan penulisan Bahasa Malaysia. Bagi mencapai objektif yang digariskan, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) untuk mengumpul data. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang murid Tahun 3 dari sebuah SJK(C) di Ipoh. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, soal selidik serta borang pemerhatian. Data diperoleh telah dianalisis secara secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan strategi ini berkesan dalam meningkatkan penguasaan penulisan murid bukan penutur natif dalam penulisan Bahasa Malaysia dengan peningkatan markah penulisan dalam ujian pra dan pasca. Hasil dapatan kajian turut membuktikan motivasi murid bukan penutur natif dalam penulisan selepas intervensi adalah tinggi (M=4.20, SD= 0.76) dan penglibatan murid dalam penulisan turut tinggi (M = 4.07 dan SD = 0.64). Hasil kajian ini membuktikan strategi think-pair-share yang bercirikan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi dan penglibatan murid bukan penutur natif dalam penguasaan penulisan mata pelajaran Bahasa Malaysia
Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran bilik darjah merupakan satu proses yang mengukur perkembangan murid secara berterusan. Pentaksiran bilik darjah juga dikatakan sebagai satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi mencapai matlamat KSSR guru memainkan peranan yang penting. Jadi dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah yang berkesan sikap guru dianggap penting kerana ia membantu meningkatkan pembelajaran murid secara holistik. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneroka sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik persampelan bertujuan digunakan dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur. Seramai sembilan (9) orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah di Daerah Manjung, Perak dipilih sebagai responden kajian. Protokol temu bual yang digunakan dalam kajian ini berasaskan Teori taksonomi Bloom (Bloom, 1956) (3 dimensi – kognitif, afektif, tingkah laku) dan Model Kurt Lewin untuk meneroka sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Data yang diperoleh dianalisis secara manual menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Keseluruhan kajian menekankan bahawa sikap guru yang positif dapat melahirkan murid yang berkebolehan
Towards Gender Equality in The Cambodian Labor Market – Gender Gaps Prevent Females from Stable Income Generation
Cambodia has enjoyed a decade of macroeconomic stability and growth and is increasingly integrating with the region. Nevertheless, a few topics remain challenging as Cambodia strives for middle-income status by 2030. One of these is gender disparity in the labor market. While Cambodia has one of the highest female labor market participation rates in Asia, most women still face horizontal and vertical gender inequality. Such gender disparities in the labor market negatively affect the macroeconomic efficiencies of developing countries as well as stable income generation of females. As the social development of modern civilizations is based highly on gender equality, gender stereotypes are likely to prevent Cambodia from transforming into a society of equal opportunity. While a previous World Bank quantitative research report provided statistical insights into gender-related inequality in Cambodia (Gavalyugova & Cunningham 2019), many constraints underlying gender inequality in the labor market remained largely unclear. In order to develop new programs concentrating on increasing female involvement in the labor market, it is necessary to investigate the problems and challenges women face when entering the labor market in Cambodia. To contribute to filling this knowledge gap, this study collected and analyzed qualitative data. Qualitative focus group discussions and key informant interviews were held to gain a deeper understanding of mechanisms underlying gender disparities in the Cambodian labor market
Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Pelajar Universiti Utara Malaysia: Satu Tinjauan Pembelajaran Dalam Talian
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji kesan pandemik Covid-19 terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) khususnya berhubung pembelajaran dalam talian. Kajian ini melibatkan tiga aspek, iaitu sikap pelajar, persekitaran belajar dan keadaan belajar dalam talian. Seramai 100 pelajar ijazah sarjana muda yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah borang kaji selidik Google Form digunakan dan diedarkan secara dalam talian kepada setiap responden. Analisis statistik deskriptif diaplikasikan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa dari aspek sikap pelajar, kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk menguruskan masa belajar dengan baik. Manakala, dari aspek persekitaran belajar, kebanyakan pelajar menghadapi gangguan untuk fokus dalam pembelajaran disebabkan oleh tugasan di rumah. Dari aspek keadaan belajar dalam talian, kebanyakan pelajar didapati tertekan dengan tugasan yang diberikan secara dalam talian. Kajian ini dirujuk penting khususnya kepada pihak universiti supaya melaksanakan strategi yang holistik dalam membantu para pelajar mendepani kelangsungan pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik
Pengurusan Sisa Makanan oleh Pengusaha Restoran: Kajian Kes di Kota Kinabalu, Sabah
Perkembangan industri restoran di Malaysia pada masa ini sangat mempengaruhi penjanaan sisa makanan atau sisa organik. Jika penghasilan sisa makanan ini semakin meningkat dan tidak diurus dengan menggunakan kaedah yang baik ia akan menyebabkan sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sampah semakin meningkat. Selain itu, kerajaan juga harus mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengurus sisa-sisa berkenaan. Oleh itu, dalam kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah sisa makanan yang dihasilkan dalam industri restoran dan mengetahui bagaimana pihak pengurusan restoran mengendalikan sisa makanan yang terdapat di restoran mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengendalian sisa makanan yang lakukan kebanyakan restoran masih tidak menggunakan kaedah yang betul. Pihak pengurusan restoran masih mengurus sisa makanan mereka dengan memberi sisa tersebut kepada individu yang datang untuk meminta sisa tersebut atau pekerja restoran itu sendiri yang akan mengambil sisa makanan tersebut. Sisa makanan yang diambil ini kebanyakannya hanya untuk diberi makan kepada haiwan ternakan atau haiwan peliharaan. Bagi menyelesaikan masalah sisa makan yang dihasilkan kaedah pengkomposan merupakan salah satu kaedah yang paling terbaik dan mudah dilakukan oleh masyarakat di negara kita. Kaedah pengkomposan ini merupakan proses biodegradable di mana bahan organik diuraikan oleh mikroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil daripada proses ini akan menghasilkan baja organik yang lebih mesra alam dan sangat mendatangkan manfaat dalam aktiviti pertanian
Transformasi dari ‘Negeri’ ke ‘Wilayah’: Satu Perbincangan Awal
Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia semasa berucap dalam Majlis Makan Tengah Hari Bersama Kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak pada 02 April 2021 telah mengumumkan panggilan untuk Sarawak dan Sabah yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta. Pengumuman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari para pemimpin tempatan, pihak media dan netizen apabila mereka mula membincangkan dan berdebat tentang istilah berkenaan. Sebilangan didapati bersetuju dan tidak kurang pula yang menentang. Ada juga antara pihak berkenaan menganggap apa yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri itu sebagai suatu sandiwara atau lakonan sahaja yang bertujuan politik kerana menurut mereka perubahan panggilan kepada wilayah bakal merendahkan taraf Sabah dan Sarawak menjadikannya sama seperti wilayah yang ada di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa penggunaan istilah wilayah tidak wajar memandangkan ianya bertentangan dengan hakikat bahawa ketika Malaysia ditubuhkan pada 1963, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan yang sama sebagai rakan sekutu. Keadaan ini menjadi gambaran awal tentang wujudnya pelbagai isu dalam usaha mengubah panggilan Sabah dan Sarawak dari negeri ke wilayah yang mana hal ini seringkali dikaitkan dengan status serta hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Berdasarkan aplikasi pendekatan kualitatif maka kertas kerja ini mengetengahkan perbincangan awal tentang aspirasi Perdana Menteri untuk mengubah nama panggilan Sabah dan Sarawak dari negeri ke wilayah. Adalah diharapkan dengan membaca kertas kerja ini maka para pembaca dapat memahami hubungkait diantara spirasi tersebut dengan status serta hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia
Hubungan Antara Efikasi Kendiri Dengan Tahap Pencapaian Akademik Mahasiswa Semasa Proses Pembelajaran Atas Talian
Efikasi kendiri merupakan elemen penting yang dapat mempengaruhi tahap pencapaian akademik mahasiswa terutama semasa proses pembelajaran atas talian di musim Covid-19. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti hubungan efikasi kendiri dengan tahap pencapaian akademik mahasiswa di Jabatan Pengajian Islam Unisel semasa proses pembelajaran bersemuka dan atas talian berdasarkan kepada grade point average (GPA) yang diperoleh daripada semester lepas. Untuk mengetahui hubungan antara efikasi kendiri dan tahap pencapaian akademik memerlukan kaedah kuantitatif. Oleh itu, 30 mahasiswa telah dipilih daripada Jabatan Pengajian Islam Unisel bagi menjawab soal selidik dengan menggunakan aplikasi google form yang dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Hasil dapatan menunjukkan terdapat korelasi positif antara efikasi kendiri dengan tahap pencapaian akademik mahasiswa apabila nilai p=0.041 yang diperoleh kurang daripada nilai signifikan 0.05. Walau bagaimanapun, nilai korelasi Pearson r=0.375, menunjukkan hubungan antara efikasi kendiri dan tahap pencapaian akademik adalah hubungan positif yang lemah. Namun demikian, ia berpengaruh serta memberi kesan bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri sekali gus meningkatkan tahap pencapaian akademik mahasiswa