Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Strategi Pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua: Sebuah Kajian Literatur Sistematik
Strategi pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua merupakan isu yang sering mendapat tempat dalam dunia pendidikan hasil daripada peningkatan pelajar yang mempelajari matematik dalam bahasa Inggeris. Guru memainkan peranan yang penting dalam menyokong pembelajaran murid yang mempelajari matematik dalam bahasa yang bukan bahasa pertama mereka. Kajian literatur secara sistematik mengenai strategi pengajaran guru dalam kelas dwibahasa masih berkurangan. Oleh itu, kajian Ini telah menjalankan tinjauan literatur yang sistematik tentang strategi-strategi pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kajian ini telah menggunakan dua pangkalan data iaitu Scopus dan Web of Science untuk pemilihan artikel. Item Pelaporan Pilihan untuk Ulasan Sistematik dan Meta-Analisis (PRISMA) telah digunakan sebagai garis panduan untuk memastikan kajian ini dijalankan secara sistematik. Sebanyak 22 artikel yang berkaitan dengan strategi pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua telah dipilih dalam kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat pelbagai strategi pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Strategi pengajaran yang menjadi kebiasaan dalam pengajaran guru ialah penukaran kod, terjemahan bahasa dan penggunaan alat bantu mengajar. Terdapat juga strategi pengajaran lainnya iaitu kaedah pengajaran perbendaharaan kata, pengubahsuaian tugas yang bersesuaian dengan budaya murid dan pelaksanaan tugasan secara berkumpulan
Kekangan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Empat SJKT
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang amat membimbangkan guru subjek Bahasa Melayu di sekolah Tamil. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap tahap penguasaan murid sekolah Tamil Tahun Empat dalam kemahiran membina ayat serta membincangkan kekangan yang dihadapi dari persepsi guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat bahasa Melayu di sekolah Tamil. Responden kajian terdiri daripada 119 orang guru sekolah Tamil yang mengajar Tahun Empat di seluruh negeri Perak. Bagi analisis dokumen pula seramai 20 orang murid daripada empat buah sekolah Tamil di Kinta Utara dilibatkan sebagai sampel kajian. Analisis dokumen yang dijalankan telah menyokong dapatan soal selidik. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dan dapatan data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS Versi 22.0 untuk mencari min dan peratusan. Melalui penganalisisan data, didapati bahawa murid sekolah Tamil menghadapi masalah untuk membina ayat tanpa kesalahan tatabahasa serta lemah dalam penguasaan bahasa. Selain itu, dapatan kajian analisis dokumen menunjukkan terdapat lapan aspek masalah penulisan yang sering dilakukan oleh murid sekolah Tamil terutama kesalahan tatabahasa menunjukkan memang wujud beberapa kekangan dari persepsi guru semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat. Kajian ini mencadangkan guru-guru supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran serta meningkatkan pengetahuan guru ke arah mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat dengan kreatif dan berkualiti agar prestasi kemahiran menulis murid SJKT dapat ditingkatkan pada masa akan datang
Theater Education: A Need Analysis of Pedagogical Content Knowledge (PCK) at Malaysian Arts School
This writing is a needs analysis study to draft Pedagogical Content Knowledge (PCK) acting in implementing the teaching of Theater Arts coaches of Malaysian Arts School (SSeM). The background of the study is externally related to the existing acting content knowledge and effective acting skills in implementing the teacher's teaching and directly is the practice of acting in the form of noble values and discipline. This study was conducted specifically to identify the PCK focusing in field of acting knowledge by the coaches and explore the acting skills and practices in the implementation of teaching. Next, exploration the practice in teacher teaching in the value of morals and discipline. The design used in this study is a qualitative and case study strategy. The scope of the study is on the selection of coaches at Malaysian Arts School and purposive sampling. The study's findings are to analyze the knowledge and skills of acting in the implementation of the teaching of Theater Arts. The need analysis of the study will survey to create a guidelines model of Pedagogical Content Knowledge of Theater Arts, especially in acting. The importance of research to improve the teaching profession in the Malaysian education system, especially in the production of Performing Arts Education teachers, that can be applied by every teacher and prospective teacher specialization or non-specialization in the application of new curriculum and used as a guiding model framework by the Malaysian Ministry of Education (MOE) or the Department of Higher Education (MOHE)
Analysing the Rural B40 Society in the Microcredit Programmes of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
The term microcredit finance refers to the provision of access to various financial services such as credit, savings, micro insurance, remittances as well as leasing to the poor or the low-income households. The purpose is to allow them to grow and support their small-sized businesses and eventually increase their level of income and standard of living. This study is about the methods of developing a framework for rural community that is categorised as B40 society to elevate their household income from the perspective of AIM members or formally called Sahabat. AIM provides small scale financial services and trainings to the poor and hard core poor households to improve their socio-economic conditions. Thus, the objective of this study is to assess the economic level and needs of Sahabat of AIM who are categorized as B40 rural society and to propose a sustainable microcredit conceptual framework for them. One major finding is that, majority of the respondents has quite high range of monthly expenditure and their monthly income is insufficient to cover their expenses. Even though majority of the respondents used the loans for business purposes, but there are still some respondents who used the loans for purposes other than business such as for food supply, health as well as education purposes. While majority of the respondents had received trainings from AIM, they realized that the programme held were still inadequate and the diversity of programme and trainings should be increased in accordance with the challenges they are facing today
Penulisan Alasan Penghakiman dan Prosedur di Mahkamah Syariah Berpandukan Hadis: Analisis Pemakaian dan Pengecualian
Fakta kes, keterangan dari pihak-pihak, rujukan nas al-Quran dan Hadis serta pendapat fuqaha’ merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Syarie sebelum sesuatu alasan penghakiman dibuat. Pemakaian Hadis merupakan antara sumber terpenting di dalam penghakiman kes Syariah dan turut menjadi asas bagi prosedur di Mahkamah Syariah yang terangkum di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor dan negeri-negeri lain. Hal ini dikuatkan lagi dengan keputusan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kertas ini membincangkan pemakaian dan pengecualian Hadis di dalam alasan penghakiman dan prosedur dengan menggunakan kaedah empirical study menerusi peruntukan seksyen dan kes-kes yang diputuskan. Hasil kajian ini mendapati ada beberapa peruntukan seksyen dan kes-kes yang mengguna pakai dan mengecualikan prinsip Hadis ini. Bagi pengecualian, kertas kajian ini menghuraikan rasional bagi pengecualian pemakaian Hadis tersebut
Kompetensi Sosial Emosi dan Pendidikan : Kajian Tinjauan Sistematik
Kompetensi sosial emosi adalah penting untuk perkembangan positif dan secara signifikan dapat meramalkan pencapaian pendidikan dan pekerjaan, kesihatan dan kesejahteraan. Kajian-kajian lepas mendapati bahawa pembelajaran sosial emosi memberi pengaruh kepada perkembangan dan penyesuaian sikap ke arah yang positif, peningkatan kejayaan akademik dalam kalangan pelajar dan juga pencegahan masalah tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru dan pemimpin sekolah amat berperanan dalam memberi penekanan kepada aspek tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melakukan tinjauan secara sistematik terhadap impak kompetensi sosial emosi kepada tiga golongan iaitu pelajar, guru dan pemimpin sekolah. Melalui enjin carian pangkalan Scopus dan Web of Science, sebanyak 16 artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih. Limitasi pada kajian yang dipilih hanya terhad kepada penyelidik yang menerbitkan jurnal peer reviewed mengenai kompetensi sosial emosi di luar negara. Analisis menunjukkan bahawa kompetensi sosial emosi memberikan impak positif dalam menjayakan pencapaian akademik untuk pelajar dan memberikan impak kesejahteraan kerja guru dan pemimpin sekolah
Perbezaan Jantina dan Pengalaman Emosi Permainan Online Sewaktu Pandemik
Tempoh pandemik telah menyebabkan semua individu sosial bertanggungjawab memutuskan rantaian virus Covid-19. Hal ini telah memaksa individu untuk beraktiviti pada ruang lingkup persekitaran yang selamat seperti di rumah kediaman. Di antara aktiviti sosial yang masih diteruskan adalah permainan online. Kecanggihan internet dan perkembangan teknologi permainan online telah menyebabkan ramai individu tertarik dengan aktiviti ini sewaktu pandemik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengalaman emosi menerusi tiga dimensi permainan online yang terdiri daripada sewaktu permainan, kehadiran sosial dan selepas permainan serta memberi fokus kepada peranan jantina dalam menentukan perbezaan pengalaman emosi permainan online. Soal selidik yang digunakan adalah Game Experience Questionnaire (GEQ) yang mempunyai 48 item. Responden terdiri daripada 185 orang belia yang berusia di antara 20-29 tahun yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Analisis min digunakan untuk mengukur tahap dimensi-dimensi permainan online dan Ujian Mann Whitney digunakan untuk analisis kesan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pengalaman emosi permainan online berdasarkan jantina bagi dua dimensi permainan online iaitu sewaktu permainan dan dimensi kehadiran sosial. Sementara dimensi selepas permainan online tidak menunjukkan perbezaan. Implikasi kajian ini dapat memberikan maklumat yang berguna untuk pembinaan modul dan program kesedaran. Perkaitannya dengan pemboleh ubah psikologi dan kontekstual pada kajian yang akan datang adalah digalakkan
The Level of Arabic Language Anxiety based on Student’s Academic Background in Learning Arabic Language
This research aims to investigate the level of language anxiety among Arabic as a Foreign Language students at Universiti Teknologi Mara (UiTM), focusing on the following variables: the level of anxiety for the students in general and the differences in anxiety levels between students with an academic background in learning Arabic Language and students with no prior experience learning Arabic Language. The study sample includes 149 students, including 73 from the Faculty of Business and Management, 38 from the Faculty of Health Sciences, and 38 from the Faculty of Accountancy. They were given a questionnaire on the phenomenon of language anxiety, the Modified Foreign Language Classroom Anxiety Scale (MFLCAS), which was then analysed using SPSS IBM Statistics. The findings indicate that the average level of language anxiety among students is moderate. In addition, students with no academic background in the Arabic Language have a higher level of language anxiety than those with an academic background in the Arabic Language
Kewajipan Suntikan Vaksin dan Isu Hak Asasi Manusia
Perlindungan imunisasi merangkumi program vaksinasi yang penting untuk mencegah penyebaran penyakit dalam kalangan masyarakat atau mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah. Walau bagaimanapun, kes penyakit berjangkit, seperti COVID-19 telah meningkat secara mendadak di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Peningkatan ini, antara lain, disebabkan oleh pengabaian tatacara pengendalian piawai atau pergerakan kumpulan tertentu yang tidak mempercayai keberkesanan vaksin. Dalam isu pemberian vaksin, terdapat tiga isu yang perlu diteliti. Pertama, adakah vaksin berkesan dalam melindungi badan seseorang individu? Kedua, adakah vaksin diwajibkan untuk setiap individu di dalam negara? Ketiga, adakah terdapat pampasan tertentu sekiranya individu yang di vaksin mengalami kecederaan kesan suntikan vaksin tersebut? Penulisan ini membincangkan dan menganalisis isu-isu dan kerangka kerja sedia ada tentang pemberian vaksin di Malaysia. Selain itu, penulisan ini juga menganalisis rujukan amalan dan pelaksanaan program imunisasi kepada masyarakat di Amerika Syarikat. Selanjutnya, penulisan ini menyoroti isu-isu tentang vaksinasi sama ada wujud pelanggaran kebebasan dan hak asasi manusia yang termaktub dalam instrumen perundangan. Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis dokumen dan instrumen perundangan di Malaysia dan antarabangsa yang berkaitan dengan konteks suntikan vaksin dan isu hak asasi manusia. Penulisan ini mendapati bahawa isu berkaitan suntikan vaksin wajar diberikan perhatian penuh dan penyelesaian terbaik adalah suatu yang menjadi kemestian. Dapatan daripada penulisan ini penting untuk memberikan panduan kepada pembuat dasar dan penggubal undang-undang bagi melihat keperluan pembaharuan undang-undang yang menjamin hak asasi dalam konteks pemberian vaksin di Malaysia
Penggunaan Pembaris L bagi Membantu Murid dalam Memperbetulkan Arah Penulisan Jawi
Kajian ini dijalankan untuk memperbetulkan arah penulisan jawi dengan menggunakan intervensi pembaris L. Kajian ini menggunakan pendekatan integrasi pembelajaran menggunakan Teori Rangkaian Motor Pembelajaran Levine (2003) dan kaedah cybergogy. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk secara deskriptif dan kuantitatif. Instrumen kajian pertama adalah berbentuk borang soal selidik diberikan melalui google form sebelum dan selepas penggunaan intervensi pembaris L dijalankan. Borang soal selidik dibina dengan menggunakan skala likert 5. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS 25.0 untuk melihat nilai kekerapan, peratus dan min. Instrumen kajian kedua adalah berbentuk pemerhatian dan disemak menggunakan borang senarai semak dan dianalisis berdasarkan hasil kerja murid yang telah dimuat naik ke laman Padlet. Sampel kajian berjumlah 15 orang murid berumur 8 tahun yang mempunyai masalah untuk menulis jawi dipilih. Dapatan kajian menunjukkan nilai interpretasi yang rendah dengan nilai purata min 1.77. Setelah intervensi pembaris L diperkenalkan, nilai purata min adalah sebanyak 4.19. Strategi pengajaran berbentuk cybergogy berjaya meningkatkan kemahiran menulis murid dari aspek arah penulisan jawi. Dapatan kajian juga menunjukkan nilai keberhasilan yang tinggi melalui pemerhatian apabila semua 15 peserta kajian mampu menulis 4 huruf jawi berpandukan tutorial seterusnya memuat naik ke laman Padlet. Justeru, pembaris L dilihat mampu membantu murid dalam memperbetulkan arah penulisan jawi