Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Tahap Pengetahuan dan Persepsi Guru Terhadap Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran Matematik Sekolah Rendah
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mengalami perubahan yang ketara sejak beberapa dekad yang lepas. Perubahan ini turut mempengaruhi pengaplikasiannya dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Pelbagai kaedah pengajaran dan strategi pengajaran yang dikaitkan dengan TMK ini turut diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pengaplikasian TMK dalam pengajaran Matematik membawa pelbagai faedah kepada murid. Guru matematik yang memahami kepentingan pengaplikasian TMK ini akan menggunakan TMK dalam pengajaran mereka. Persepsi dan pengetahuan seorang guru mengenai TMK juga akan memberi impak dalam pengaplikasian TMK dalam pengajaran mereka. Pandangan pengkaji lepas mengenai aspek demografi seperti jantina dan pengalaman mengajar turut diambil kira dan dibincangkan dalam artikel ini
Kualiti Perkhidmatan dan Kemudahan Sukan bagi Program Pembangunan Atlet Berprestasi Tinggi di Majlis Sukan Negeri
Perkhidmatan dan kemudahan sukan memainkan peranan penting dalam menggalakkan aktiviti fizikal dan penyertaan sukan pada masa lapang. Kemudahan sukan yang lengkap untuk kegunaan atlet dalam persediaan menghadapi kejohanan akan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti kualiti perkhidmatan dan kemudahan sukan yang sediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi program pembangunan sukan prestasi tinggi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 211 responden yang terdiri dari atlet, jurulatih dan pentadbir sukan yang dipilih secara persampelan rawak. Data dari instrumen SERVQUAL (service quality) dan tahap kepuasan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan menunjukkan skor min kualiti respon adalah tinggi bagi ketiga-tiga kategori responden iaitu atlet (M=3.82), jurulatih (M=3.45) dan pentadbir sukan (M=3.43). Keputusan analisis ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan terhadap kualiti perkhidmatan kemudahan sukan berdasarkan tiga kategori responden tersebut F (2, 208) = 7.438; p<.05. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu jurulatih dan pentadbir sukan membangunkan program pembangunan atlet yang lebih berkesan dengan menyediakan kemudahan dan teknologi sukan moden bawah pentadbiran sendiri bagi memastikan atlet mencapai prestasi cemerlang pada masa hadapan
Accelerating SDG 11 Achievements During Covid-19 Crisis: Protecting Children Living in Slums’ Rights
Rapid urbanization in metropolitan areas resulted in a mounting number of slum dwellers such as street children, insufficient basic infrastructures, and services. Hence, the world pledges 'sustainable cities and communities' under the Sustainable Development Goals 2030, which aims to make cities and human settlements inclusive, safe, resilient, and sustainable for everyone. The objective becomes explicitly vital due to the spread of COVID-19, as over 90 per cent cases are befallen in urban areas. Slum neighborhoods areas are constituted as the most at-risk urban locations which recorded the highest numbers of infectious cases. Hence, this article summarizes SDG 11, focusing on Target 11.1 and Target 11.5 to guarantee access to adequate, safe, affordable housing and essential services for all humans and upgrading slums. Both targets aim to significantly reduce the number of deaths and people affected by direct economic loss due to disasters. The primary purposes of this paper are to explain the challenges faced by the children living in slums in exercising their human rights, particularly during the pandemic epoch and legal analysis on the Convention on the Rights of Child (CRC). This writing is socio-legal research using a qualitative approach. This paper infers that the survival of the children living in slums, particularly during this turbulent Coronavirus spread, SDG 11 is among the significant goals that need to be executed urgently. Thus, the paper proposes the world to adhere to the aspirations of SDG 11 to protect vulnerable groups, including children living in slums during this challenging period
Tahap Pemikiran Reka Bentuk dan Keusahawanan Sosial dalam kalangan Pelajar Universiti Awam
Pemikiran reka bentuk adalah proses yang digunakan oleh pereka untuk mencari jalan keluar bagi permasalahan yang kompleks, menerokai peluang baru atau tidak pasti, dan mencipta produk baru untuk penggunaan umum. Sektor pembuatan dan bidang kejuruteraan merupakan sektor yang sering mengaplikasikan pendekatan ini. Sejajar dengan perkembangan teknologi dunia, penerapan elemen pemikiran reka bentuk semakin meluas dan mendapat tempat dalam sektor lain. Namun, kesedaran berkenaan pengetahuan dan teknik penggunaannya dalam golongan muda masih rendah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh pemikiran reka bentuk ke atas keusahawanan sosial dalam kalangan pelajar universiti awam. Seramai 384 orang pelajar telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah kajian ini menggunakan kajian tinjauan dan instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data dalam kajian ini diuji dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawaian. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis taburan pelajar. Data dianalisis melalui perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 25. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemikiran reka bentuk terhadap keusahawanan sosial pelajar universiti awam berada pada tahap yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk tahap pemikiran reka bentuk dalam kalangan pelajar universiti awam berdasarkan jantina. Implikasi dalam kajian ini mencadangkan agar konsep pemikiran reka perlu diteruskan penggunaannya dalam aspek keusahawanan. Dengan penerapan elemen yang bersistematik dalam proses pembangunan keusahawanan sosial, ia mampu memberi sumbangan kepada daya keberhasilan produk dan nilai sosial masyarakat yang tinggi untuk masa depan
Impression Management Tactics in Job Interviews among Fresh graduates in Malaysia: A Case Study in a Workplace
The job interview is a viable assessment platform for interviewers to determine the viable prospective graduate for job hiring. During such critical meeting point, the fate of fresh graduates is decided by representatives of an organisation on the suitability of an interviewee for the job. Yet many fresh graduates struggle at such entry level gatekeeping to the professional workplace in view of inability to impress the interviewer. Therefore, the purpose of this study is to investigate whether impression management tactics are portrayed by the fresh graduates during job interviews. They were 15 interviewees who participated in the present study. The job interview data from an organisation was analysed qualitatively using impression management tactics (IMTs) theories. The findings show that the interviewees were poor impression management tactics; interviewees indicated lack of self-presentation and exemplification as positive indicators in securing a job. Hence, impression management tactics are essential in job interviews
Online Learning Engagement Among Music Education Students: A Case Study of Zhengzhou Normal University, China
Due to the outbreak of the COVID-19, online teaching and learning with the integration of "Internet + Smart" technology has emerged as significant ways for higher education at home and abroad. In the context of the epidemic, online teaching has become one of “the new normal”. The essay is aimed at exploring the factors in music education undergraduates’ online learning engagement in blended learning and consequently improving their online learning engagement. A survey of the learning engagement of undergraduate music education students who conducted online learning in 2020 at Zhengzhou Normal University in Henan Province, China. It is found that college students, during the epidemic, had a moderate to high level of learning engagement, a high level of behavioral engagement, and a low level of cognitive engagement. The level of learning engagement varies with gender, grade, place of residence or equipment. Among those factors, student individual factors are more remarkable, compared with external ones. Motivation has enormous explanatory power, so triggering and maintaining motivation is a crucial way to improve students' engagement in online learning. Based on the findings of the study, the author provides suggestions as to how to improve the online learning engagement of music education undergraduates
Damages Caused by Natural Disasters and the Number of Natural Calamities’ Effect on Philippine Government’s Spending on Disaster Management
This study examines the relationship between the damages caused by natural disasters and the Philippine government's spending on disaster management and healthcare, especially that despite the country's exposure to natural disasters, the Philippine government significantly decreased its disaster funds for the 2020 national budget. Several studies have concluded that most of the local government units in the Philippines were evaluated as only 'partially prepared' when it comes to disaster preparedness. As part of the Pacific Ring of Fire, an average of 7.5 typhoons and increased exposure to earthquakes are experienced in the Philippines annually, which should make public spending on disaster management and healthcare a national priority. Results show that disaster management expenditure and economic losses are positively related, while no relationship exists between disaster management expenditure, and deaths and exposure. Meanwhile, healthcare spending and deaths are negatively related, healthcare spending and economic damages are positively related, and healthcare spending and exposure have no relationship
The Biopsychosocial and Spiritual Perspective on the Readiness to Quit Smoking: A Comprehensive Review
Smoking cessation is a major public health goal today as smoking has threatened the safety, health, and lives of millions of people in the global community. Therefore, the purpose of this study is to identify the role of biopsychosocial and spiritual factors towards the readiness to quit smoking and smoking cessation. The results of the study found that smoking behaviour adversely affects not only the biological aspects but also the psychological, social, and spiritual aspects. Apart from that, this study also found that the biological, psychological, social, and spiritual aspects also play an important role in determining the motivation of smokers to quit smoking holistically. Therefore, research and empirical evidence on the biopsychosocial and spiritual aspects are needed to help healthcare teams to identify the barriers and motivating factors to quit smoking
Keberkesanan Peta Pemikiran (i-THINK) Terhadap Mata Pelajaran Sejarah dalam kalangan Pelajar Tingkatan 2
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta pemikiran dalam mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta pemikiran (i-THINK) . Seterusnya, kajian ini menentukan tahap pengetahuan sejarah bagi kumpulan kawalan dan rawatan, dan sejauh mana perbezaan pengetahuan sejarah menggunakan peta pemikiran berdasarkan jantina. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Nerus, Terengganu. Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar. Teknik peta pemikiran dipilih sebagai pemboleh ubah tidak bersandar manakala pencapaian Sejarah sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan satu set soalan untuk ujian pra dan pasca. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca antara jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep adalah pada tahap sederhana positif. Secara keseluruhannya, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah
Stres Akademik dan Strategi Daya Tindak dalam kalangan Pelajar: Satu Kajian Sistematik
Kajian lepas telah mendedahkan kadar peratusan faktor stress akademik dalam pelajar semakin tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar pelajar yang mengetahui akan strategi daya tindak yang berkesan dalam menangani tahap stres akademik yang dialami. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melakukan tinjauan secara sistematik terhadap tahap stres akademik yang dialami oleh pelajar sekolah menengah di samping mengenal pasti strategi daya tindak stres akademik yang digunakan. Melalui enjin carian pangkalan data Science Direct dan Google Scholar, sebanyak 15 buah artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mengalami stres akademik pada tahap yang sederhana. Dalam pada itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa strategi daya tindak yang digunakan juga dipengaruhi oleh tahap stres akademik yang dialami sama ada strategi tersebut berbentuk positif mahupun negatif