Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Literasi dan Kewarganegaraan Digital: Konsep dan Strategi Implementasi dalam Pendidikan di Malaysia
Literasi dan kewarganegaraan digital tidak banyak dibincangkan dalam konteks pendidikan di Malaysia. Meskipun penggunaannya sudah meluas, namun wujud kelompangan berkaitan pemahaman serta implementasinya dalam sistem pendidikan. Kertas kerja ini menjelaskan konsep literasi dan kewarganegaraan digital serta beberapa strategi pelaksanaan literasi dan kewarganegaraan digital yang boleh dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia. Strategi yang diusulkan adalah pengukuhan penguasaan literasi digital, penerapan pendidikan kewarganegaraan digital dalam pengajaran dan pembelajaran, mempromosikan kurikulum asas etika dan standard tingkah laku dalam platform digital, memperkasakan guru daripada aspek pemahaman literasi digital dan kewarganegaraan; serta meningkatkan pemahaman ibu bapa mengenai teknologi. Kertas konsep ini memberikan implikasi kepada usaha untuk melahirkan garis panduan tingkah laku yang penting melibatkan penggunaan media digital. Garis panduan ini akan membawa kepada perubahan cara kerja dan implementasi yang lebih berhemah kepada komuniti pendidikan di Malaysia. Cadangan lanjut boleh dibuat dengan menghubungkan pemahaman literasi dan kewarganegaraan digital dengan pemboleh ubah lain seperti jati diri, kemahiran teknologi dan semangat kenegaraan
Hubungan antara Kompetensi Guru dengan Motivasi Murid Untuk Belajar dalam Norma Baharu
Dalam dunia pendidikan serba mencabar kini, masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap guru dalam bidang pendidikan walaupun dunia sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru dan motivasi belajar murid di salah sebuah sekolah di Subang Jaya di samping mengkaji pengaruh kompetensi guru terhadap motivasi belajar murid dalam norma baharu. Hasilnya harus dapat membantu guru melihat sejauh mana mereka telah mempraktikkan standard baharu untuk pengajaran di norma baharu dalam PdPR. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif deskriptif dan menggunakan reka bentuk kajian korelasi serta persampelan rawak mudah untuk memilih sampel daripada 1091 orang populasi murid di sekolah rendah. Seramai 56 orang murid terlibat dalam kajian ini. Instrumen Soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Perisian SPSS 26.0 telah digunakan untuk menganalisis data. Hipotesis kajian diuji menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan dan peratusan, serta statistik inferensi dalam bentuk pekali Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru mengikut persepsi murid (min = 3.54, SP = 0.533) dalam kalangan murid sekolah rendah di Subang Jaya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan adalah berada pada tahap yang tinggi. Begitu juga dengan tahap motivasi belajar murid (min = 3.91, SP = 0.312). Keputusan hubungan kedua-dua pemboleh ubah pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru mengikut persepsi murid (r = 0.393, p < 0.01) dengan motivasi belajar murid sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Usaha berterusan perlu dilaksanakan dalam meningkatkan kualiti guru serta motivasi belajar murid untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti walaupun tertampar dengan isu dan cabaran wabak koronavirus
Hubungan Strategi Daya Tindak dan Kesihatan Mental Terhadap Pelajar Luar Bandar dalam Menghadapi Pembelajaran Semasa Covid-19
Penularan jangkitan wabak Covid-19 telah menyebabkan perubahan dalam pendidikan berlaku secara berkala mengikut keadaan semasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengaruh strategi daya tindak dan kesihatan mental terhadap pelajar luar bandar dalam menghadapi pembelajaran semasa covid-19. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen Depression Anxiety Stress Scale (DASS) Bahasa Melayu dan Ujian Gaya Daya Tindak (UGDT). Responden kajian melibatkan 159 orang murid Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) V26. Hasil kajian menunjukkan bahawa purata tekanan murid berada pada paras normal, kebimbangan sederhana dan kemurungan ringan. Manakala tahap daya tindak mereka adalah sederhana. Korelasi menunjukkan tidak ada hubungan antara keadaan emosi dan daya tindak murid. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi input kepada guru dan ibu bapa khususnya untuk lebih cakna keadaan emosi murid untuk menghadapi peperiksaan SPM. Seterusnya dapat dicadangkan kepada guru untuk melakukan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan kestabilan emosi murid dijaga dan daya tindak berada dalam keadaan yang baik serta memahami kepentingan menjaga kesihatan mental yang baik dalam tempoh mencabar ini
Sleep Behavior Among Student Athletes
This study was conducted to identify the sleep behavior of student athletes. The study involved 116 student athletes in Perak State Sports School as a sample study to identify sleep behavior by making comparisons based on gender, training frequency, level of involvement and age. The researcher used the Athlete Sleep Behavior Questionnaire (ASBQ) which consists of 18 items and is divided into 3 subscales namely routine factors (6 items), behavioral factors (7 items) and sports -related factors (5 items). Inferential analysis t test and One -way ANOVA were used for the purpose of data analysis. The findings of the study showed that there was no significant difference in sleep behavior between male and female student athletes of the Perak State Sports School. In addition, the findings also showed that there were no significant differences in sleep behavior based on the highest level of involvement, training frequency and age among student athletes. In summary, good sleep behavior in sports students is due to an optimal sleep time of at least 7 hours a day
Defining Student's Achievement Based on The Understanding of National Education Philosophy and Malaysia's Education Blueprint (2013 -2025)
This study aims to define students' achievement based on the National Education Philosophy and Malaysia's Education Blueprint (2013-2025) and propose a proper definition of students' achievement used for future study. This is done by extracting the meaning of students' achievement from the National Education Philosophy and Malaysia's Education Blueprint (2013-2025) and comparing it to existing studies done in Malaysia. Based on the discussion, a proper theoretical framework will be proposed as a definition for student achievement in Malaysia for future researchers in the field of education. This will provide fundamental knowledge and direction for researchers and practitioners to further contribute to the thin knowledge base concerning Malaysia's education field's future improvement
Scoping Review: Barrier to The Knowledge, Attitude and Practice on Dengue Prevention
Dengue fever is a vector-borne endemic disease that affects over 30 million Malaysians. Preventing the elimination of Aedes breeding sites is a necessary precautionary measure to strengthen the knowledge, attitudes and practices of the community. The aim of this study is to identify barriers to the knowledge, attitudes and practices of dengue prevention in the community through the study of selected articles published between 2010 and 2018. The present paper carried out a scoping review of available literature using Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-analysis (PRISMA) guidelines. The title and abstract of each study were screened and relevant studies were further assessed for eligibility. A total of 1352 related articles were selected for this scoping review. Of these, 349 articles were found to be in line with the study objectives and 25 articles related to dengue prevention knowledge, attitudes and practices were discussed in this study. Conclusions and Recommendations: This review suggests that factors interfering with dengue prevention behaviours are divided into two factors, namely, the internal factors that encompass attitudes and perceptions of dengue prevention behaviours, and the environmental factors such as weather, drainage systems, buildings designed with unreachable rain gutters and also poor drainage and piping system have found to be the Aedes habitats. Therefore, interventions are normally performed to prevent an incident to re-instil positive attitudes and perceptions among the community members should be strengthened through appropriate and ongoing community programs such as COMBI and Search & Destroy campaign organized by Ministry of Health Malaysia
Kempen Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Rintis Berkenaan Impak Penggunaan Papan Tanda Sebagai Medium Komunikasi
Penggunaan papan tanda sebagai medium penyampaian maklumat sudah tidak asing lagi di negara ini. Kempen-kempen kesihatan di negara ini turut tidak ketinggalan menggunakan platform ini sebagai salah satu agen penyebarluasan informasi kepada masyarakat. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menilai impak penggunaan papan tanda sebagai medium promosi Kempen Penyalahgunaan Dadah. Reka bentuk kajian keratan rentas kuantitatif digunakan bagi kajian ini. Sejumlah 50 orang responden yang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 29 tahun telah direkrut sebagai sampel kajian dari kawasan negeri Pulau Pinang. Hasil kajian rintis ini menunjukkan bahawa penggunaan papan tanda sebagai medium promosi bahaya penyalahgunaan dadah mempunyai keberkesanan kepada golongan belia. Penambahbaikan dari segi kreativiti persembahan kandungan dalam papan tanda boleh terus dijalankan bagi meningkatkan impak medium ini kepada masyarakat
Ikatan Keibubapaan dan Perapatan Rakan Sebaya Terhadap Kesejahteraan Psikologi Belia Felda Chini, Pahang
Kesejahteraan psikologi adalah elemen penting yang mempengaruhi tingkah laku golongan belia. Golongan belia di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sering terdedah dengan pelbagai isu membabitkan tingkah laku berisiko seperti penyalahgunaan bahan terlarang, merompak, mencuri, merempit, merokok di bawah umur dan salah laku seksual. Justeru keperluan untuk mencari penyebab dan jalan penyelesaian bagi isu ini adalah perlu dilaksanakan. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti tahap ikatan ibu, ikatan bapa, perapatan rakan sebaya dan kesejahteraan psikologi belia awal di FELDA Chini, Pahang. Kajian ini juga akan turut menguji hubungan antara konstruk ikatan ibu, ikatan bapa dan perapatan rakan sebaya dengan kesejahteraan psikologi belia awal. Reka bentuk kajian ialah tinjauan kaedah kuantitatif. Kajian ini melibatkan 232 golongan belia awal FELDA Chini secara persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA) dan Psychological Well Being (SPWB). Kesejahteraan psikologi belia awal ialah pada tahap sederhana (min=4.90). Korelasi (r) ikatan ibu, ikatan bapa, perapatan rakan sebaya dengan kesejahteraan psikologi belia awal masing-masing berada pada tahap korelasi yang rendah iaitu 0.174, 0.232 dan 0.220. Keseluruhannya, kajian ini membawa gambaran bahawa kesejahteraan psikologi belia dapat ditingkatkan dengan lebih baik seandainya ibu bapa memberikan perhatian dan lebih cakna kepada perkembangan belia. Hasilnya, belia dapat memahami tujuan hidup dan mempunyai perkembangan kendiri yang terjamin
“How” and “What” Service Quality Influence Passenger’s Satisfaction in Grab, Ride-hailing Service, Malaysia
This research integrated the SERVQUAL model into European perspective of two-dimensional service quality concept focusing on “how” and “what” service quality influence the passenger satisfaction in Grab, ride-hailing services in Malaysia. A second-order model approach was developed to conceptualize the functional quality “how” dimension and outcome quality “what” dimension. Functional quality dimension is measured by the first-orders construct of assurance, empathy, responsiveness and reliability, while the Outcome quality dimension is measured by tangible, waiting time and valence. A non-probability judgmental sampling method via questionnaire was conducted and collect from 242 Grab-ride healing passenger in Malaysia. Partial least squares structural equation modelling (PLS-SEM) and Statistical Programmers for Social Science software (SPSS) were employed for data analysis. From the PLS-SEM measurement model analysis, all the construct reliability and validity are met and the structural model shows a substantial explanatory power and predictive accuracy for this study. The results show all the hypotheses were supported. Therefore, it validated the European perspective of understanding “how” and “what” service quality on passenger satisfaction in Grab, ride-hailing service in Malaysia. It further confirmed the service quality in ride-hailing service is multi-dimensional which both of the functional and outcome quality brings significant influence on passenger satisfaction. The model and result provide practical guideline and theoretical insight for service providers and researchers to understand how service should be delivered and what service outcome that passenger expected for future quality and strategy improvement in order to sustain and for long term success
Lessons from Covid-19 Pandemic: Students’ Remote Learning Preferences in Malaysia
The unexpectedly disruptive period is currently being reinforced with improved ideas and approaches to meet the needs of the pupils. With pandemic tiredness and digital exhaustion being highlighted, a better understanding of students' learning preferences must be updated regularly during unprecedented times. This mixed-method study seeks to identify and explore students’ preferences based on their remote learning experiences in a public university in Malaysia. An online survey was used to gather the data for the analysis to identify the students’ preferences over the platform used, assessment types, and schedule preferences. In addition, the students’ suggestions were gathered to get more insights from their perspectives. The results revealed students preferred Google Meet, WhatsApp Messenger, and Google Classroom as the medium for delivery. On the other hand, the students favoured shorter time spent and early time slots for online class scheduling. They also preferred quizzes as the most preferred type of assessment. Lastly, students suggested considering various factors to conduct successful remote learning namely empathy from the lecturer, student engagement, students’ readiness, students’ accessibility, content delivery, flexibility, and motivation. Conclusively, the implication of this study will contribute to the body of the literature on remote learning during a pandemic. Moreover, educators in tertiary education could utilise the students’ preferences as feedback to enhance their teaching and learning delivery during remote learning. This study was limited by the absence of lecturers’ preferences and suggestions. Future studies that investigate other perspectives could create a common ground between educators and learners