Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Kemahiran dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat bagi Sekolah Rendah: Sorotan Literatur Bersistematik

    No full text
    Kajian sorotan sistematik literatur ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid sekolah rendah. Bagi tujuan dapatan data, dua pangkalan data iaitu SCOPUS dan Wed of Science (WOS) digunakan. Kedua-dua pangkalan data digunakan untuk mencari artikel berkaitan tajuk kajian dari tahun 2018 hingga 2022. Model PRISMA digunakan bagi tujuan penapisan artikel dalam kajian ini. Model Interaktif Miles & Huberman pula digunakan bagi tujuan menganalisis data. Hasil carian daripada 2 pangkalan data, hanya 26 artikel memenuhi kriteria kajian dan termasuk dalam analisis kajian ini. Kajian ini mengandungi tiga persoalan kajian iaitu mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh murid bagi menjawab soalan penyelesaian masalah berayat, mengenal pasti kaedah-kaedah yang terkandung di bawah penaakulan kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik berayat dan mengenal pasti kesan dan tahap penggunaan kaedah-kaedah dalam meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Sebanyak 6 buah negara terlibat dalam kajian tinjauan literatur bersistematik ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga golongan sampel iaitu guru, murid perdana dan murid keperluan khas, tetapi majoritinya melibatkan murid perdana. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran yang diperlukan untuk menjawab soalan penyelesaian masalah matematik berbeza mengikut tahap kognitif dan latar belakang kajian

    Efikasi Kendiri dan Sikap Guru Matematik terhadap Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    No full text
    Efikasi kendiri dan sikap guru merupakan penyumbang kepada pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Justeru, kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah dijalankan ke atas 127 orang guru Matematik di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Langat. Borang soal selidik berskala Likert 4 poin telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0 bagi statistik inferensi yang melibatkan analisis korelasi Pearson dan regresi linear berganda. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan sikap guru Matematik terhadap pengintegrasian TMK dalam PdPc. Di samping itu, efikasi kendiri menjadi peramal terbesar kepada faktor guru Matematik mengintegrasikan TMK dalam PdPc. Kesimpulannya, sekiranya tahap efikasi kendiri guru adalah tinggi disertai dengan sikap yang positif, maka guru Matematik mampu mengintegrasikan TMK dalam proses PdPc dengan berkesan. Selain itu, mereka boleh menambah baik pengurusan kelas semasa mengintegrasikan TMK. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian yang serius terhadap dua faktor ini untuk memastikan guru Matematik mengintegrasikan TMK dalam PdPc selari dengan aspirasi negara dalam PAK 21 dan IR 4.0

    Konsep Penuaan Aktif di Malaysia: Satu Penelitian Awal

    No full text
    Penuaan aktif adalah satu proses dimana mengoptimumkan peluang dalam mengakses kepada kesihatan, penglibatan diri dan keselamatan bagi meningkatkan kualiti hidup warga emas Penuaan aktif berlaku dalam seseorang individu atau sekumpulan penduduk yang menunjukkan potensi mereka dalam fizikal, sosial dan kesejahteraan mental. Mereka masih berupaya untuk melibatkan diri dalam komuniti setempat mengikut keperluan, keinginan, dan kepakaran mereka. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui aspek-aspek yang mempengaruhi penuaan aktif dalam kalangan warga emas akibat daripada peningkatan populasi warga emas dalam konteks Malaysia. Kajian ini meneliti sebanyak 12 buah artikel yang telah dipilih daripada pangkalan data Scopus, Science Direct, Google Scholar dan Academia yang diterbitkan antara tahun 2010 hingga 2021. Sorotan kajian berdasarkan ciri-ciri inclusion dan exclusion yang berpandukan skop kajian yang telah ditetapkan. Kajian ini terdapat tiga tema utama iaitu: (1) aspek yang mempengaruhi penuaan aktif; (2) perancangan polisi dan dasar kerajaan dalam mencapai penuaan aktif untuk mencapai kesejahteraan hidup dan; (3) cabaran dalam pencapaian penuaan aktif. Kesimpulannya, tinjauan bahan literatur ini dapat dijadikan bahan rujukan empirikal kepada perancang polisi dan penyelidik akan datang. Ini dapat membuka mata pihak berkepentingan dengan konsep penuaan aktif bagi membantu warga emas mengekalkan keaktifan mereka

    Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi Maklumat serta Komunikasi Guru Terhadap Prestasi Subjek Perniagaan Murid Sekolah Menengah

    No full text
    Kajian ini dilaksanakan untuk melihat pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) guru terhadap prestasi subjek perniagaan murid sekolah menengah. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan pelajar tingkatan 4 sekolah menengah yang terletak di daerah Sepang. Seramai 265 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Perniagaan telah dipilih sebagai sampel kajian. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa guru menunjukkan kesediaan TMK yang tinggi bagi aspek pengetahuan dan kemahiran. Seterusnya, hasil analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi pengetahuan dan kemahiran TMK guru dengan pencapaian akademik pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak yang berkaitan dalam usaha mencipta kecemerlangan kualiti pendidikan bagi pelajar sekolah

    The Efficacy of “POL: PLL & PLR” Method to Enhance Pre-University Students’ Understanding of Buffer Solution

    No full text
    The purpose of this classroom research was to see whether the method of Portfolio of Learning (POL): Pre-Lesson Learning & Post-Lesson Reflection (PLL & PLR) could enhance understanding of a chemistry concept, i.e., buffer solution, amongst pre-university students from a local institution located in the Federal Territory of Labuan, Malaysia. The sample was amongst the researcher’s tutorial group students; thirty-four (34) students in total. Initial observation showed that the students were struggling to grasp even the most basic chemistry concepts due to their poor learning strategies/skills. Therefore, this had served as the impetus for this research to be conducted. The group of students was equally divided into two (2) groups; the control group (CG) & the experimental group (EG). The T-Test analysis of the collected data showed a significant difference between the CG’s mean score and the EG’s mean score; t = 4.211, p =0.000216 (p < 0.001). Therefore, the study successfully validated the effectiveness of the proposed method of learning for enhancing the level of understanding of buffer solutions

    Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pembelajaran Abad ke-21 Guru Matematik Sekolah Menengah menggunakan Model Pengukuran Rasch

    No full text
    Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) merupakan antara fenomena pendidikan paling popular di Malaysia pada hari ini. Bagi menempuh era pembelajaran abad ke-21, guru matematik perlu mencari pendekatan baharu agar generasi Z mampu menghadapi cabaran Revolusi Industri ke-4 di samping teguh dengan nilai dan ciri kerohanian serta mampu mengekalkan identiti nasional. Instrumen yang sering diguna pakai untuk mengukur pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 guru adalah 21st Century Teaching and Learning Survey (21CTLS). Instrumen ini telah diguna pakai secara piawai di kebanyakan negara di seluruh dunia. Bagaimanapun, penyelidikan berkaitan PAK21 guru matematik sekolah menengah masih terhad. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengadaptasi instrumen 21CTLS mengikut konteks kajian dan seterusnya menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen PAK21 yang ditadbir ke atas 100 orang guru matematik sekolah menengah di negeri Sabah. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen PAK21 ditentukan menggunakan Model Pengukuran Rasch melalui perisian Winstep. Dari sudut kebolehpercayaan, indeks kebolehpercayaan item menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.93 manakala indeks kebolehpercayaan responden adalah 0.88. Kesahan kandungan dan konstruk menunjukkan instrumen PAK21 adalah sesuai dalam mengukur PAK21 guru matematik sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen PAK21 mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 guru matematik sekolah menengah

    Keberkesanan Kaedah Flipped Classroom Terhadap Amalan Pemikiran Aras Tinggi Murid Bagi Mata Pelajaran Sejarah

    No full text
    Pada abad ke-21 ini, teknologi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Perkembangan teknologi yang semakin pesat telah menjadikan kaedah pengajaran konvensional yang berpusatkan guru sudah menjadi tidak relevan dengan peredaran semasa. Lantaran itu, pendekatan flipped classroom yang merupakan kaedah pengajaran “membalik” kaedah pengajaran tradisional telah diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam fasa pertama PPPM 2015-2025. Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pengajaran flipped classroom dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid bagi mata pelajaran Sejarah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik. Seramai 72 orang murid dari sebuah sekolah rendah di daerah Bintulu, Sarawak telah dipilih sebagai sampel kajian. Data telah dianalisis secara deskriptif dan ujian t juga dijalankan. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dengan kata lain, kaedah pengajaran flipped classroom telah berjaya meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Selain itu, keputusan ujian t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap KBAT dalam kalangan murid dari segi jantina. Secara umumnya, kajian ini telah memberi kesedaran kepada guru-guru Sejarah sekolah rendah tentang keberkesanan kaedah pengajaran flipped classroom

    Hubungan Sikap dan Tingkah Laku Keusahawanan Terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam kalangan Pelajar

    No full text
    Keusahawanan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Bidang keusahawanan merupakan pilihan kerjaya yang digemari oleh generasi muda khususnya di negara maju. Terdapat segelintir graduan Malaysia menganggap keusahawanan sebagai pilihan kedua atau terakhir mereka. Penyelidikan ini bertujuan untuk menguji hubungan antara sikap keusahawanan dengan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dalam talian, dan data dianalisis menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 26.0 dan teknik statistik deskriptif dan inferensi. Sampel kajian ini terdiri daripada 336 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Borang soal selidik adalah sebagai instrumen kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan antara sikap dan tingkah laku pelajar terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan adalah sederhana tinggi. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia secara amnya digalakkan memilih kerjaya keusahawanan selepas tamat pengajian. Analisis regresi bagi sikap dan tingkah laku terdapat hubungan yang signifikan ialah 0.502 dan 0.063, bermaksud kadar hubungan dua pemboleh ubah tersebut adalah tinggi. Nilai p bagi pemboleh ubah adalah kurang daripada tahap signifikan (p<0.001), data sampel memberikan bukti yang cukup untuk menolak hipotesis.  Implikasi hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa para pendidik merancang dan menjalankan program pembelajaran keusahawanan dalam kalangan pelajar bagi merangsang minat mereka dalam bidang keusahawanan dan menjadikan kerjaya keusahawanan sebagai pilihan utama mereka pada masa akan datang

    Isu dan Cadangan Terhadap Penilaian Pembentangan Komunikasi dalam Kalangan Pelajar TVET: Suatu Pemerhatian Awal

    No full text
    Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang penting dalam menyampaikan idea di alam pekerjaan. Salah satu kemahiran komunikasi yang utama ialah pembentangan di mana graduan mesti bijak menyampaikan idea secara sistematik. Namun begitu, tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan pembentangan komunikasi dalam kalangan pelajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Terdapat isu utama yang diutarakan dalam kertas konsep ini ialah isu kawalan gemuruh dan masalah keyakinan diri sehingga membawa kepada tekanan diri. Kertas konsep ini unik kerana aspek lontaran suara, dan keterampilan diri harus dibentuk dalam keyakinan diri pelajar. Kajian ini mencadangkan agar penilaian menerusi rubrik menekankan kepada aspek yang lebih pelbagai tetapi memfokuskan kriteria penting dalam pembentangan. Kertas ini perlu diberikan perhatian supaya masyarakat berubah kepada aspek keyakinan yang lebih baik dalam penyampaian maklumat. Bagi bidang TVET, kemahiran komunikasi ini menjadi satu ciri yang menonjol dan tidak dipandang sebagai pelajar kelas kedua. Cadangan penyelesaian ini boleh dikembangkan melalui usaha giat pihak institusi untuk meningkatkan lagi kredibiliti pelajar berteraskan TVET melalui semakan semula kriteria pada rubrik penilaian pembentangan komunikasi

    Strongman Rule and Democracy: Translating the Success of Professional Bodies into Democratic Reform in Africa

    No full text
    This paper looks at the rise of strongman rule around the world and in Africa in particular and shows how this is affecting democracy and democratic institutions. The paper explains the implication of strongman rule on democracy by showcasing its rise in different parts of the world in the contemporary time exacerbated by the tenure of the former president of the United States, Donald Trump. Using the qualitative method of text analysis, it examines what has been said by leaders of goodwill and scholars on the need to protect democracy from the onslaught of strongman rule. It talks about the takeover of the democratic space and digital media space by agents of the strongmen and advocated for a quick response in order to save democracy and democratic institutions. Finally, it calls for the adoption of the ethical practices of professional bodies in Africa in reforming democracy in the continent

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇