Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Tinjauan Terhadap Profil Personaliti Pensyarah Universiti Penyelidikan
Personaliti individu banyak dikaitkan dengan keperibadian dan perwatakan individu. Ia menentukan kualiti individu tersebut. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil tret personaliti pensyarah yang berada di universiti penyelidikan. Kajian ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret Personaliti Big Five. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk deskriptif melibatkan seramai 645 orang pensyarah yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa pola personaliti Agreeableness mencatat skor min tertinggi bagi pensyarah iaitu sebanyak 2.94 dan sisihan piawainya 0.30. diikuti oleh pola personaliti Conscientiousness (min = 2.93), Extraversion (min = 2.91), Openness (min = 2.89) dan Neuroticism dengan catatan nilai (min = 1.07). Kajian ini amatlah signifikan dalam mengenal pasti profil tret personaliti pensyarah. Hal ini kerana ia dapat mempengaruhi kelancaran dan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui oleh para pelajar. Justeru, kajian ini dapat memberikan gambaran kepada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengatur apa jua strategi untuk menambah kualiti diri dalam setiap pensyarah sebagai usaha melahirkan para graduan yang berkualiti
Gamification as a Learning Tool for Pro-Environmental Behavior: A Systematic Review
Although games provide a certain degree of entertainment, gamification is subtly affecting the behavior of users. Teaching the public to practice pro-environmental behavior (PEB) through gamification has gained an increasing amount of attention and concern in academic circles. As a relatively new research field, a systematic literature review (SLR) on gamification as a learning tool for PEB was conducted using articles with the publication date of 2007 to the present. By reviewing 56 articles from the Web of Science, Scopus and Google Scholar databases, the following findings were made: (1) gamification elements mainly represented by reward, feedback, competition, points, goal, leaderboards, challenge, meaning are the PEB learning tools that authors displayed most concern with; (2) improving energy efficiency and reducing carbon emission were the most commonly learned PEBs via gamification; and (3) the self-determination theory, the goal framing theory, the theory of planned behavior and the Octalysis framework were the most commonly applied theories in the research field of gamification and PEB
Satu Kajian Proses Memahami Politik Baharu di Malaysia
Penerimaan rakyat terhadap suatu perkara baharu sudah semestinya memerlukan masa yang tertentu supaya mereka mampu untuk memahaminya secara mendalam. Begitu juga dengan politik baharu ini. Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan satu saluran yang diberikan kepada rakyat untuk menunaikan tanggungjawab menerusi proses mengundi dan berpeluang untuk memilih wakil rakyat. Walau bagaimanapun, politik baharu ini merupakan satu proses yang berterusan dengan langkah-langkah tertentu. Rakyat juga perlu mengetahui sedikit sebanyak maklumat berkaitan proses politik baharu tersebut. Justeru, tujuan penulisan artikel ini adalah untuk mengkaji tentang proses politik baharu ini. Kaedah yang akan digunakan dalam penulisan ini ialah kaedah kualitatif secara sepenuhnya iaitu melalui pembacaan jurnal, temu bual, bahan bercetak dan laman sesawang yang tertentu. Dapatan kajian mendapati bahawa sebelum menilai politik baharu ini, rakyat Malaysia perlu mengetahui maklumat tentang apa, bila, bagaimana, dan mengapa politik baharu ini wujud agar dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan proses politik negara. Keputusan PRU setiap lima tahun menunjukkan bahawa ilmu politik bersifat dinamik dan perubahan dapat dilakukan oleh rakyat jika mereka mengetahui maklumat penting sepenuhnya
Teaching Malaysian Islamic Legal System: A Reflection of Current Development in the Shariah Legal Practice
The legal system in Malaysia is uniquely characterised by the presence of dual legal system namely civil and Shariah. Thus, Shariah Law subject is very important to be taught and included in the Bachelor of Law programme. It prepares the student with strong understanding of Islamic Jurisprudence. Therefore, following the requirement imposed by the Malaysian Qualifications Agency (MQA), Malaysian Islamic Legal System (MILS) is a compulsory subject introduced at the Faculty of Law, Universiti Teknologi MARA. This paper examines the syllabus and assessment conducted for MILS subject in determining whether teaching and learning methodology of MILS is in line and attuned with the existing development of Shariah legal practice in the country. In order to achieve the aim of the paper, a qualitative methodology is employed by analysing relevant policy, program standards and literatures. Finding of the paper highlighted that the Islamic jurisprudence part is crucial for the students while the administration of Shariah Law part should always be updated in line with the contemporary issues and practices
The Influence of Animal Welfare Act 2015 Enforcement on The Rise of Animal Cruelty Cases in Malaysia
Animal cruelty has been on the rise in Malaysia even after the implementation of the Animal Welfare Act 2015. The Act has been gazetted in December 2015 with harsher punishments to its offenders but there are lack of enforcements and prosecutions made under the Act up until today. The Act is under the purview of the Animal Welfare Board headed by the Department of Veterinary Services Malaysia (DVS). Many Non-Governmental Organizations for Animal Rights (NGOs) has spoken out against the lack of utilizing of the Act which leads to the rampant cases of animal cruelty in recent years. This paper will analyse the enforcement and prosecution brought under the Animal Welfare Act 2015 and its effects on the rise of animal cruelty in Malaysia
Keberkesanan Sistem Akaun Digital bagi Topik Laporan Kewangan dalam kalangan Pelajar Kolej Komuniti
Kajian ini memfokuskan kepada impak pelaksanaan Sistem Akaun Digital (SAD) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) topik Laporan Kewangan bagi subjek Keusahawanan di salah sebuah kolej komuniti di Malaysia. SAD merupakan aplikasi pembelajaran berkomputer yang dibina khas untuk membantu pelajar menghasilkan Laporan Kewangan perniagaan yang baik. Tujuan kajian adalah untuk menentukan tahap keberkesanan SAD membantu pelajar menghasilkan Laporan Kewangan dari aspek penjimatan masa dan juga aspek kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ADDIE (Analyze, Design, Develop, Implement, Evaluate) digunakan untuk pembinaan SAD dan pendekatan kuantitatif digunakan dalam menentukan keberkesanan SAD. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan melibatkan 39 orang responden yang dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar Kursus Keusahawanan bagi program Sijil Pemprosesan Kawalan Mutu Makanan. Soal selidik kajian menggunakan skala Likert yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aspek penjimatan masa dan kelancaran sesi pengajaran PdP. Para pelajar diberikan tugasan untuk menyediakan lembaran kewangan secara manual dan ujian masa penggunaan SAD dijalankan untuk dibuat perbandingan masa. Data kajian dianalisis menggunakan perisian MS Excel bagi menjawab persoalan kajian melalui analisis deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan peratus kecenderungan penggunaan SAD adalah pada tahap tinggi. Data menunjukkan terdapat 89.7% responden bersetuju SAD menjimatkan masa dan membantu melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa SAD menjimatkan masa dan membantu melancarkan pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi kursus Keusahawanan. Oleh yang demikian, penggunaan SAD dapat meningkatkan keberkesanan PdP bagi topik Laporan Kewangan dalam kursus Keusahawanan pelajar. Aspek penjimatan masa dan kelancaran PdP boleh ditambahbaikkan dalam kajian lanjutan menggunakan metodologi kajian yang lebih baik
Sifat dan Konsumsi Budaya Melayu dalam Pelancongan Malaysia: Satu Kajian Literatur
Pelancongan-budaya di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua iaitu penawaran dan permintaan. Dalam penawaran, ianya boleh didefinisikan sebagai pelancongan yang dicirikan oleh penawaran restoran atau kedai makan, pusat-pusat tarikan pelancong dan institusi budaya, dan pembuatan dan penjualan cenderamata. Manakala permintaan pula, ianya dapat didefinisikan sebagai pelancongan yang dicirikan oleh kecenderungan untuk “keseronokan, kebudayaan, agama, melawat kawan atau saudara-mara, pengajian atau penyelidikan, dan apa-apa maksud lain yang tidak berhubungan dengan suatu pekerjaan yang mendapat saraan daripada tempat dilawati itu.” Kajian ini mengupas lebih terperinci dan mendalam tentang pelancongan budaya yang amat menitik-beratkan tentang kraf, batik, makanan, seni persembahan, seni bina, dan pesta, yang juga menjadi penting dalam penjanaan ekonomi kepada negara
Kepentingan E-Modul dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Kajian ini memfokuskan kepentingan E-Modul dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV). Cetusan idea kajian ini terhasil bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru Pendidikan Seni Visual tentang kepentingan penggunaan E-Modul dengan mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mewujudkan bilik darjah yang aktif. Penggunaan bahan bantu mengajar menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terbukti berkesan dan mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang aktif serta guru dapat merancang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan tersusun dan berkualiti. Dapatan kajian lepas mendapati kepentingan E-Modul dalam Pengajaran dan Pengajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual (PSV) iaitu: (1) meningkatkan pedagogi guru PSV; (2) menepati pembelajaran Abad Ke-21; (3) mengurangkan masalah bilik darjah; (4) panduan dan rujukan guru menyampaikan maklumat; (5) peningkatan tahap pengetahuan dan penguasaan murid. Artikel ini memberikan inspirasi dan manfaat kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual bagi memantapkan lagi penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta meningkatkan kualiti pedagogi guru seiring dengan perubahan globalisasi Abad Ke-21
Gaya Pengajaran Guru Sejarah Terhadap Minat Pembelajaran Sejarah Murid Tahun Lima di Setapak, Kuala Lumpur
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis gaya pengajaran guru Sejarah dan hubungan gaya pengajaran guru Sejarah terhadap minat pembelajaran sejarah murid tahun lima di Setapak, Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian yang telah dipilih dan digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi. Populasi kajian ini melibatkan murid-murid tahun lima di Setapak, Kuala Lumpur, manakala sampel yang terpilih adalah seramai 50 orang daripada populasi. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mengumpulkan data pula ialah soal selidik. Soal selidik yang diubah suai ini mengandungi 47 item dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Item-item tersebut menggunakan Skala Likert Lima Peringkat yang mempunyai lima jawapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran demokratik merupakan gaya pengajaran dominan yang diamalkan oleh guru Sejarah di Setapak, Kuala Lumpur. Seterusnya, dapatan kajian juga memaparkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan gaya pengajaran guru Sejarah terhadap tahap minat pembelajaran Sejarah murid tahun lima di Setapak, Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini boleh memberi implikasi kepada pihak KPM, pihak IPGM, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru Sejarah dalam meningkatkan tahap minat pembelajaran Sejarah murid
Foster Care as A Child Protection Measure in Malaysia: A Literature Review
Foster care has been practised widely in other countries as one of the alternative care options for children in need of care and protection. In general, foster care refers to a placement of a child either temporarily or permanently, in the care of a person other than a parent. However, at present, there is no specific legislation governing foster care in Malaysia, except for the limited provisions in the Child Act 2001. A review of foster care as a child protection measure in Malaysia from a legal perspective was conducted and four themes emerged, namely, (a) concept of foster care; (b) international legal framework for foster care; (c) foster care in other countries; and (d) foster care in Malaysia. Results indicate that there is a comprehensive literature on foster care from a legal perspective but small literature in the context of Malaysia since there is no specific legislation governing it. At present, foster care is administered based on the practice of the Malaysia Social Welfare Department