Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Analisis Isu Perkahwinan dalam kalangan Pasangan Melayu di Kuching, Sarawak Sepanjang Tahun 2018-2020
Artikel ni bertujuan untuk menganalisis isu perkahwinan yang berlaku dalam kalangan pasangan Melayu Islam di Kuching Sarawak dari tahun 2018 hingga 2020. Metod kajian yang digunakan adalah analisis kandungan dari data sekunder yang diperolehi dari statistik Pengaduan Masalah Rumah tangga di Unit Khidmat Nasihat & Kaunseling di Unit Khidmat Nasihat dan Kaunseling, Jabatan Agama Islam Sarawak. Terdapat 4 tema utama diperoleh hasil dari kajian ini. Kesemua tema ini menggambarkan corak perkahwinan yang bermasalah yang berlaku dalam kalangan pasangan Melayu Islam di Kuching, Sarawak. Fokus perlu diberikan kepada proses interaksi suami isteri dalam pengurusan konflik, kemahiran berbincang menangani masalah dalam perkahwinan dan juga kepentingan menjalankan peranan serta tanggungjawab berumah tangga. Adalah disyorkan kepada pihak berkuasa untuk menganjurkan program peningkatan kemahiran perkahwinan, peranan dan tanggungjawab perkahwinan dan pengenalan kepada perundangan yang berkaitan kepada masyarakat setempat terutamanya pasangan yang baru berkahwin dan juga penumpuan kepada aspek daya tindak serta pendekatan positif menangani masalah perkahwinan semasa melakukan intervensi dalam sesi kaunseling perkahwinan kepada pasangan
Pendekatan Flipped Classroom dalam Bidang Pendidikan Sains: Analisis Bibliometrik Terhadap Dokumen Penerbitan dari Pangkalan Data SCOPUS (2010-2021)
Pendekatan Flipped Classroom kini dipraktikkan dengan meluas dalam semua peringkat pendidikan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Penyelidikan mengenainya juga semakin meningkat dan penerbitan dokumen agak ketara kenaikannya. Oleh itu, kajian analisis bibliometrik ini bertujuan untuk menganalisis secara saintifik dokumen yang diterbitkan dari pangkalan data SCOPUS berkaitan kajian pendekatan Flipped Classroom dalam bidang Pendidikan Sains dari tahun 2010 hingga 2021. Kata kunci “flipped classroom”, “inverted classroom” dan “science education” digunakan semasa pencarian dokumen berkaitan. Sebanyak 578 dokumen merupakan data akhir digunakan dalam kajian ini. Justeru, perisian VOSviewer digunakan bagi menganalisis data dan memvisualisasikan dapatan kajian. Dapatan kajian memperlihatkan trend penerbitan tahunan dan sitasi terkumpul dalam penerbitan dokumen menunjukkan peningkatan yang sangat positif dalam tempoh 11 tahun (2010-2021). Dapatan kajian juga menunjukkan United States mendominasi kajian dari segi penerbitan dokumen dan sitasi. The Universiti of Hong Kong pula merupakan organisasi yang paling banyak menerbitkan dokumen. Sementara itu, Jeons J.S. merupakan penyelidik yang paling produktif menerbitkan dokumen. Manakala Mclauhin J.E. merupakan penyelidik yang telah menerbitkan dokumen paling berpengaruh. Seterusnya, Education Sciences merupakan sumber yang paling banyak menerbitkan dokumen. Rangkaian kerjasama antarabangsa memperlihatkan United States dan China mempunyai hubungan yang sangat kuat. Manakala rangkaian kerjasama antara penyelidik serta antara organisasi mempunyai hubungan yang lemah. Selain itu, daripada analisis kata kunci mendapati fokus kajian kepada prasekolah, guru dan pemikiran komputasional masih kurang dan perlu diberikan perhatian. Kajian ini diharap dapat membantu penyelidik lain untuk lebih memahami aliran perkembangan dan jurang kajian serta dapat dijadikan sebagai sumber rujukan untuk kajian pada masa akan datang
The Application of Psychological Operation (PSYOP): A Case Study on The Siege of Sauk
Psychological Operation (PSYOP) is a strategic effort aimed at persuading and manipulating attitudes and behaviours of a target audience. The nature of Psychological Operation inhibits scientific analyses of its capabilities and effectiveness, resulting in scepticism of PSYOPs ability to influence. The current study explores the development of persuasive arguments and effectiveness of security forces’ PSYOP engagement during the Al-Maunah hostage crisis in Sauk, Perak in the year 2000. Through an in-depth interview with a member of the operation, it was identified that security forces employed multiple influence tactics in order to persuade the enemy to surrender. This included exploiting the emotional impact of music, moral appeal through family pleas, and the manipulation of environmental conditions via harassing fire. The findings suggest that factors such as the identification and exploitation of the enemy’s vulnerabilities had contributed to a successful PSYOP. Though not without its flaws, the operation effectively destabilized the enemy and paved the way for a face-to-face negotiation, resulting in the enemy surrendering with minimal casualty. The research overall provides scientific evidence on the effectiveness of PSYOP when executed with sufficient psychological knowledge. The research has implications for understanding the mechanisms of a successful tactical Psychological Operation. This sets a precedent for security forces to evaluate past and future psychological engagements, allowing for a scientifically grounded assessment of Malaysia’s PSYOP capabilities. In general, the research has important implications for developing the general theory of persuasion and contributes to the overall hypothesis of PSYOP in its effectiveness of influencing a target audience
Penyelesaian Terhadap Isu Perpecahan dalam kalangan Umat Islam Berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
Al-Quran dan sunah mengandungi beberapa saranan umum sebagai panduan umat Islam untuk mengekalkan perpaduan. Artikel ini menerangkan beberapa saranan al-Quran dan sunah secara ringkas sekiranya dipraktikkan dalam kehidupan dapat menjaga kesatuan umat Islam yang menonjolkan sikap toleransi dalam perbezaan pendapat. Metodologi kajian yang digunakan ialah melalui pendekatan kajian kualitatif dengan memilih kaedah analisis kandungan daripada sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian menunjukkan beberapa saranan al-Quran yang menggariskan beberapa konsep penting untuk kesatuan umat yang boleh disemai dan dicapai walaupun wujud perbezaan pandangan. Perkara paling penting ialah saranan-saranan yang ingin dipraktikkan mestilah bertunjangkan keimanan yang hakiki. Perpecahan dalam kalangan umat Islam mesti diselesaikan untuk mengelakkan krisis yang lebih besar yang akan merugikan umat Islam itu sendiri jika dibiarkan tanpa usaha-usaha ke arah penyatuan ummah. Kesimpulannya, permasalahan dan isu perpecahan umat Islam boleh diselesaikan dengan petunjuk al-Quran dan sunah jika wujud kefahaman dan penghayatan dengan bersungguh-sungguh dalam segala aspek kehidupan
Identifying the Determinants of Students’ Classroom Engagement
Classroom engagement is well thought out to be amid the better forecasters of education, yet there is a rising apprehension that there is no compromise on the intangible groundwork. A developmental theory for higher education. This research aimed at identifying relationship between factors such as self-efficacy, partners in learning, transformative learning, pedagogies, and student’s overall classroom engagement. Data has been collected from Management and Science University (MSU) students by utilizing online survey questionnaire and a total of 110 students have responded. A proper standardised statistical method was used for data analysis. The results revealed that all factors except transformative learning showed significant positive relationships with the classroom engagement, which indicates that students’ ultimate academic achievement via classroom engagement is mostly determined by several factors particularly, their self-efficacy, whom they partner in learning, and pedagogies. The findings were deliberated in the light of previous studies and relevant theories. Lastly, some recommendations to all stakeholders including future researchers and limitation of the study are discussed
Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Bimbingan Integrasi Psikospiritual Islam (MBi-PsI) terhadap Remaja Mangsa Buli Siber
Modul Bimbingan Integrasi Psikospiritual Islam (MBI-PsI) dibina untuk pencegahan buli siber bagi meningkatkan penghargaan kendiri, efikasi kendiri dan daya tindak. Modul Bimbingan Integrasi Psikospiritual Islam mengandungi 10 sub modul berasaskan pendekatan Terapi Kognitif Tingkah laku (TKT) oleh Aaron Beck dan diintegrasikan dengan Model Psikospiritual oleh al-Ghazali. Kesahan kandungan modul diukur dengan mendapatkan kesahan pakar daripada sembilan pakar berlatarbelakangkan psikologi dan kaunseling, pembinaan modul dan keagamaan. Seramai 35 orang remaja tingkatan dua yang bercirikan mangsa buli siber dipilih untuk mengikuti kelompok bimbingan menggunakan Modul Bimbingan Integrasi Psikospiritual Islam (MBi-PsI) selama lima minggu berturut-turut. Dapatan kajian menunjukkan Modul Bimbingan Integrasi Psikospiritual Islam mempunyai nilai indeks kesahan kandungan yang tinggi iaitu .90. Manakala nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha adalah .95. Kesimpulannya Modul Bimbingan Integrasi Psikospiritual Islam merupakan sumbangan baharu kepada pengamal bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Modul ini juga boleh digunakan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah dan fasilitator sebagai alternatif intervensi pencegahan buli siber di sekolah
Strategi dan Penyesuaian Kaedah Sara Hidup Dalam Kalangan Komuniti Bumiputera Pinggir Bandar
Pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada rebakan pembandaran terhadap kawasan pinggir bandar. Ketepuan pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada penerokaan dan pembukaan kawasan pinggir. Perubahan ekonomi di kawasan pinggir bandar dapat dilihat dengan jelas melalui perluasan kuasa pasar, pelaburan syarikat besar dan campur tangan pemerintah. Walaubagaimanapun, komuniti di pinggir bandar ini dilihat mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan segala bentuk perubahan yang berlaku. Peningkatan harga barangan dan kos sara hidup memaksa komuniti pinggir bandar ini untuk mengubah bentuk aktiviti ekonomi dan sara hidup mereka agar dapat bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengukur perubahan aktiviti ekonomi yang berlaku serta mengenal pasti strategi dan penyesuaian sara hidup yang dilakukan oleh komuniti pinggir bandar Daerah Bau. Reka bentuk kajian ini adalah melalui pedekatan survei melalui borang soal selidik yang diedarkan. Dapatan daripada soal selidik juga disokong melalui beberapa siri temubual bersama orang sumber. Kajian ini melibatkan responden seramai 381 orang yang terdiri daripada komuniti bumiputera pinggir bandar di Daerah Bau yang berusia 18 tahun keatas dan dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data seterusnya diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati terdapat perubahan aktiviti ekonomi sara hidup yang ketara antara generasi pertama dan kedua KIR di kawasan pinggir bandar Daerah Bau hasil daripada pembangunan dan perubahan yang berlaku di kawasan tersebut. Kajian juga mendapati terdapat lima strategi dan penyesuaian kaedah sara hidup yang dipersetujui oleh responden yang dilihat berupaya untuk menambah baik pendapatan dan taraf hidup mereka
Cabaran Kerajaan Menguruskan Pesara dan Pelabur Antarabangsa: Cadangan Penambahbaikan Dasar dalam Program Malaysia Rumah Keduaku
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan percikan kontroversi antarabangsa yang melibatkan warga asing ketika wabak COVID-19 melanda. Dikritik kerana diskriminasi dan prejudis terhadap warga asing, kerajaan Malaysia juga berjuang dengan ketidaktentuan politik dalaman semasa krisis ini. Tidak adil kepada warga asing yang berdokumen, kebanyakan mereka menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) sebagai pelabur dan pesara yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu dasar berkaitan Program MM2H dengan menggabungkan perspektif akademik dan pelaku dasar yang terlibat dalam program ini. Analisis kualitatif menunjukkan tiga isu dasar yang mempengaruhi reputasi Program MM2H. Oleh itu, tiga cadangan praktikal dikemukakan berkaitan dengan struktur program, penentuan pemilik utama MM2H, dan memperkasakan Pusat MM2H. Selain itu, kajian ini menambah nilai kepada kajian yang sedia ada dengan memberi fokus kepada pendekatan pemindahan dasar untuk menilai kemajuan dasar dan mengenal pasti kelemahan dasar yang harus diperbaiki. Sejak 20 tahun Program MM2H diperkenalkan, dasar ini tidak pernah dikaji semula. Maka, kajian analisis dasar ini merupakan antara kajian perintis yang dijalankan untuk menambahbaikkan Program MM2H secara komprehensif
Research on Intelligent Management Solutions for Sustainable, Low-Carbon Future Smart Cities and Industrial Parks in China
China is a developed country promoting intelligent services, which can increase the country's sustainability appropriately. This is done by using innovative technologies to reduce the carbon footprints in the country. The technical innovations have helped maintain low-carbon for the country's future development. Intelligent technologies in the country help manage renewable energy by making environmental transformation easier (Darda et al., 2019). This research article will help find different management solutions for sustainable low-carbon for future smart cities and industrial parks in China. Moreover, this article will help find an in-depth review of China's policies to manage the future of the industrial parks. 
Kesihatan Mental dan Prestasi Akademik Pelajar International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) Sewaktu Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap prestasi akademik dalam kalangan pelajar diploma International Baccalaureate (IB) di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Tunku Kurshiah College (TKC) dan Kolej MARA Banting (KMB) sewaktu pandemik Covid-19. Isu tentang kesihatan mental bukanlah isu yang baharu bahkan telah lama dibincangkan oleh ramai pengkaji. Disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19, pelbagai konflik serta masalah yang wujud dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga menyebabkan tahap kesihatan mental masyarakat semakin membimbangkan khususnya dalam kalangan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif melalui soal selidik yang diedarkan menggunakan Google Form. Kaedah persampelan rawak bersistematik telah digunakan untuk mendapatkan 115 orang pelajar diploma International Baccalaureate sebagai sampel kajian. Bagi mengukur tahap kesihatan mental pelajar, analisis item General Health Questionnaire (GHQ-12) telah digunakan manakala keputusan prestasi akademik pelajar pula berdasarkan poin keseluruhan peperiksaan semester satu bagi pelajar tahun pertama dan keputusan semester ketiga bagi pelajar tahun kedua. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar diploma International Baccalaureate mengalami tahap kesihatan mental yang sederhana sewaktu pandemik Covid-19. Hasil kajian juga membuktikan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental dan prestasi pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pelbagai pihak untuk mengatasi masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar khususnya pelajar prauniversiti yang bakal berhadapan dengan suasana pembelajaran yang mencabar