Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Belajar Sambil Bermain di dalam Kelas Pada Peringkat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    No full text
    Kanak-kanak menggunakan keupayaan mereka untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah menggunakan kreativiti semasa bermain dengan mainan dan, rakan sepermainan akan menggalakkan keinginan untuk mencuba perkara baru dan berbeza mengikut imaginasi mutlak mereka. Pengkaji memilih Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran warna di prasekolah tersebut. Bermain merupakan teknik pengajaran di mana pengajaran dan pembelajaran tentang warna disampaikan oleh guru melalui langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan hasil yang maksimum semasa bahan pengajaran. Bermain dipercayai dapat meningkatkan aktiviti kreatif yang memupuk imaginasi, fantasi, dan rasa ingin tahu kanak-kanak. Kajian Tindakan dan Kajian Tinjauan dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas dalam membantu murid mengenal warna di Tabika Kemas Rc Sg Manila Sandakan,dalam kaedah bermain sambil belajar ketika berada di dalam kelas . Peserta kajian terdiri daripada 10 orang Murid. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca, borang senarai semak, rekod anekdot, dan temu bual. Data yang dikumpul akan diproses dengan menggunakan perisian Microsoft Excel untuk mendapatkan kekerapan, peratus, dan min. Hasil kajian menunjukkan min sebanyak 32.0% bagi ujian pra dan meningkat kepada 94.0% pada ujian pasca. Penggunaan kaedah Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas dapat membantu kanak-kanak mengenal warna dan meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kemahiran kreativiti yang melibatkan pembelajaran dalam seni visual. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan dengan betul dan baik, murid lebih mudah menguasai kemahiran mengenal warna dan penglibatan murid dalam aktiviti kreativiti khususnya pembelajaran dalam seni visual dapat dipupuk dengan lebih baik

    Analisis Teori Relevans: Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam Novel Jalan Ke Puncak Karya Juri Durabi

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perwatakan, nilai, dan pengajaran dalam teks novel tingkatan 2 iaitu Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (2015). Perwatakan, nilai, dan pengajaran merupakan elemen dalam aspek seni bahasa yang terkandung dalam standard pembelajaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu tingkatan 2. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu analisis dokumen. Teori Relevans (TR) oleh Sperber dan Wilson (1986) digunakan untuk menganalisis perwatakan, nilai dan pengajaran bagi watak Laiman. TR melalui analisis eksplikatur memaparkan maklumat tersurat manakala melalui analisis implikatur memaparkan maklumat secara tersirat. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan perwatakan dan nilai yang positif (amanah, bertanggungjawab, kesabaran, setia kawan, ketaatan, ketabahan, kegigihan, baik hati dan bantu membantu); watak utama novel iaitu Laiman. Kesimpulannya, elemen perwatakan, nilai, dan pengajaran dapat memberikan pelbagai kesan positif dan kesedaran kepada murid dalam realiti kehidupan. Implikasinya, pengajaran yang diperoleh dapat memotivasikan murid dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba. Kajian ini boleh dijadikan rujukan guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan KOMSAS (aspek seni bahasa) bagi teks novel serta mampu mencungkil kemahiran berfikir murid

    Kreativiti Murid dalam Pembelajaran Geometri di Sekolah Rendah

    No full text
    Artikel ini membincangkan tinjauan literatur yang menumpukan kepada kreativiti murid dalam pembelajaran geometri di sekolah rendah. Perbincangan dimulakan dengan memfokuskan kepada strategi pembelajaran geometri yang mendorong ke arah perkembangan kreativiti geometri (KG) murid. Ini diikuti dengan penerangan mengenai strategi pembelajaran geometri dalam meningkatkan KG murid. Seterusnya perbincangan yang lebih terperinci dihuraikan mengenai kajian-kajian lepas tentang keberkesanan dalam intervensi dan strategi pembelajaran geometri dalam meningkatkan KG dan PG murid. Akhir sekali, kesimpulan dibuat berdasarkan penyelidikan ke atas kajian-kajian sedia ada, batasan dan isu-isu yang dikupas

    Kesedaran Pendidikan Keusahawanan Terhadap Kerjaya Kanak-Kanak di Masa Hadapan: Satu Tinjauan Literatur

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran dalam memupuk keusahawanan pada peringkat awal kanak-kanak melalui pendidikan keusahawanan. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti kesan pendidikan keusahawanan terhadap kanak-kanak dalam jangka masa panjang dan jangan masa pendek, mengenal pasti cara untuk menarik minat kanak-kanak dalam mempelajari ilmu keusahawanan dan mengenal pasti kepentingan pendidikan keusahawanan terhadap aspek pekerjaan. Penyelidikan menunjukkan bahawa pendidikan keusahawan pada peringkat awal kanak-kanak merupakan persediaan buat mereka bagi menghadapi alam pekerjaan pada masa hadapan kelak. Oleh itu, pengkaji mendapati pendidikan keusahawanan amat membantu dalam perkembangan kreativiti dalam diri kanak-kanak yang mana selaras dengan ciri-ciri seorang usahawan berjaya iaitu kreatif dan berinovasi

    Rhetoric among Prominent Politicians Excerpts from Yar’adua and Rimi’s Speeches

    No full text
    This article attempts to investigate how politicians used their rhetoric to influence their audiences by examining the specific types of speech rhetoric. Though they employ various of rhetorical speeches when delivering their manifestos. It thus seeks to assess the effectiveness of Speech Act Theory as a framework for analysing the speeches of Alhaji Umar Musa Yar Adua and Alhaji Abubakar Rimi in order to gain a better understanding of their political purposes. The significant events, conflicts, and challenges that the Nigerian people face while their politicians are in office are thought to have a significant impact on the types of speech acts produced in their speeches to make their points clear. This article employs a linguistic taxonomy of rhetorical speech acts based on Aristotle's theory of rhetoric. It provides a method for categorizing speech acts in order to reveal the linguistic and political premise of two well-known politicians' speeches, which stand in for significant events in Nigerians' lives. The findings of the analysis show that socio-political events in the country have a significant impact on the types of speech acts delivered by these two politicians. This is also resulting in their speeches with varying goals of encouraging voters to cast their votes on them for them to win elections

    Penerapan Teori Konstruktivisme Bagi Menangani Miskonsepsi Pengetahuan Konseptual Pecahan Dalam Murid Tahun Tiga

    No full text
    Konsep awal pecahan mesti dikuasai sebelum dilanjutkan kepada kemahiran lain dalam topik pecahan bagi mata pelajaran Matematik. Kajian lepas telah menunjukkan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran Matematik, tetapi hanya berfokuskan murid yang bermasalah dalam pembelajaran topik pecahan secara umum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan penerapan teori konstruktivisme bagi menangani miskonsepsi pengetahuan konseptual pecahan dalam murid tahun tiga. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) telah melibatkan seramai 15 orang murid tahun tiga sebagai peserta kajian melalui pensampelan bertujuan. Data telah dikumpul melalui analisis dokumen dan ujian pra. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid mengalami miskonsepsi pengetahuan konsep awal pecahan. Dapatan kajian juga memaparkan perwakilan visual memainkan peranan yang dominan dalam menjayakan pembelajaran konsep awal pecahan melalui penerapan teori konstruktivisme. Asas dapatan kajian ini telah menyumbang kepada pembangunan Kit PESE yang menekankan teori Gestalt dan aktiviti hands-on dalam pembelajaran konsep awal pecahan untuk dilaksanakan pada fasa lanjutan kajian DDR

    Face-to-Face versus Online Agricultural Courses: An Analysis of Preferences, Challenges, and Non-Adaptability

    No full text
    Short-term agricultural courses equip participants with marketable knowledge through an amalgamation of theoretical lectures and hands-on workshops. As time has progressed, many courses have transitioned heavily away from traditional classroom settings and into digital mediums. A survey was conducted at Convocation Expo during the Agricultural Clinic session at the UPM Bintulu Sarawak Campus. About 156 surveys were evaluated, and the results showed that, despite the potential challenges and lack of adaptability, our participants preferred online agriculture courses over face-to-face learning. Many respondents (34.88%) agreed they would not sign up for an online farming course because they didn't believe in the outcomes (34.88%), the fees were too high (30.23%), the learning platform was inefficient (16.28%), and there was a lack of relevance to current agricultural practices (16.28%). Moreover, the lack of hands-on sessions (61.54%), a preoccupation with marketing strategies (11.54%), and a lack of familiarity with the internet's functionalities (11.54%) were all cited as reasons for the inadaptability and impracticality of online learning. Nearly half (47.44%) of respondents indicated a preference for free face-to-face training, but just 37.18% would be willing to do so (provided the fee was less than RM100). The proliferation of online classes across several platforms has made education more accessible than ever before, so long as the recorded sessions are archived online. However, without the appropriate information or the referral to professional experts, their agricultural operations would continue to be plagued by technical difficulties

    Legal Issues Relating to the Relationship Between the Landlord and Tenant in Malaysia

    No full text
    It is crucial to safeguard the interests of tenants and landlords in their tenancy agreements to achieve the concept of justice and equality.  Malaysia has not yet had a specific law to govern the relationship between tenants and landlords whereby the rights and obligations of both parties are stipulated inside their tenancy agreement.  Suppose there is a breach in the contracts.  In that case, the jurisdiction to settle such disputes will be referred to the relevant laws in Malaysia, such as the National Land Code (Revised 2020) (Act 828), Contracts Act 1950, Specific Relief Act 1950, and Distress Act 1951.  Even so, such legislation remains vague in resolving specific issues about the entrance of parties into a tenancy agreement which will be further discussed in this study.  Further discussed are the rights and obligations of both parties based on their contractual agreement and, subsequently, the proposed solutions.  A comparative study is made with Australia and New Zealand on the legal issues relating to the relationship between the landlord and tenant.  The findings from this study portray a need to adopt a single statute to govern the relationship between tenants and landlords in Malaysia, namely the Residential Tenancies Act

    The Effectiveness of Using Herb in Traditional Malay Medicine and Healthcare in Central Zone Community, Selangor

    No full text
    The use of herbs for medicinal purposes is essential. Herbal treatment had a positive impact on human life. Some people are too skeptical and lack confidence in the effectiveness of using herbs for treatment purposes. This situation occurs because the advancement of medical technology and modern medicine is more forward than traditional medicine. Herb-based treatment is still not able to provide traditional medicinal services that are conducive and comprehensive in terms of function, nutrients and comprehensive potential. The focus of this study is to expand knowledge by examining the effectiveness of herbs and treatment in human health care based on the 'Theory of Planned Behaviour' approach. The purpose of the study was to identify the types of herbs, analyze the response to the effectiveness of the use of herbs in health care based on traditional Malay medicinal methods. This research done based on qualitative and quantitative methods including literature review, library research, questionnaires and interviews. The results showed that traditional Malay medicine is a complete herbal treatment method and has strong fundamental values and is necessary in the science of medicine. Studies have also found the effectiveness of herbs in treating various types of physical and spiritual ailments. The findings proved that the use of various herbal plants is still relevant to treat diseases, contributing in the field of medical science just like existing modern medicine, especially in the issue of health care and a prosperous human life

    Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Perisian Terhadap Penguasaan Geometri dalam kalangan Murid Tahun Enam: Sebuah Tinjauan Literatur

    No full text
    Artikel ini membincangkan tinjauan literatur yang menumpukan kepada keberkesanan perisian Geometer's Sketchpad (GSP) dan GeoGebra dalam proses pengajaran topik geometri, mengkaji kepentingannya di dalam kelas dan sejauh mana ia akan menyumbang kepada pengajaran yang berkesan serta peningkatan pencapaian murid dalam topik geometri. Maka, kertas ini disimpulkan dengan implikasi dan perbincangan terhadap penggunaan perisian GSP dan GeoGebra dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Diharapkan pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini berguna kepada ahli pendidik untuk memahami keberkesanan penggunaan Geometer's Sketchpad dan GeoGebra dalam kalangan murid sekolah rendah

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇