Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Pelaksanaan Pendidikan STEM: Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, Sikap, Kemahiran Pedagogi dan Penilaian guru
Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) , sikap guru dan kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi pelaksanaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru sains sekolah menengah dalam melaksanakan pendidikan STEM. Selain itu, kajian juga ingin menentukan sikap guru , tahap kemahiran pedagogi dan penilaian dalam melaksanakan pendidikan STEM. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan melalui borang soal selidik yang melibatkan 31 orang guru sains sekolah menengah yang telah menghadiri program Pembelajaran Sains secara Inkuiri di Pusat STEM Negara melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan STEM berada pada tahap yang tinggi manakala sikap guru menunjukkan hasil yang positif. Di samping itu, tahap kemahiran pedagogi dan penilaian guru sains berada pada tinggi untuk memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan baik.Implikasinya, latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu dipertingkatkan agar dapat melaksanakan pendidikan STEM dengan jayanya memandangkan guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan PPIK. Selain itu, Pusat STEM perlu terus merancang lebih banyak intervensi dan strategi pemantauan yang berkaitan untuk para guru sains sekolah menengah. Setiap aktiviti dan program yang dirancang perlu sentiasa disemak dan ditambah baik untuk pemantapan dalam pendidikan STEM
Penerokaan Nilai Agama Berasaskan Maqasid Syariah dalam Meningkatkan Kebahagiaan Keluarga
Umum mengetahui setiap perkahwinan berpotensi untuk berdepan dengan cabaran dan masalah. Isu-isu kekeluargaan seperti kes penceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak dilihat merekodkan peningkatan yang luar biasa pada tahun 2020. Kesejahteraan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan berkeluarga. Islam sendiri memberi perhatian serius terhadap aspek kebahagiaan ini. Justeru, penulisan ini bertujuan melihat cabaran krisis rumah tangga yang memberi penumpuan kepada aspek spiritual (kerohanian) berasaskan konsep Maqasid Syariah dalam meningkatkan kebahagiaan keluarga. Metod kajian ini adalah berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian skop (scoping review). Sebanyak 40 artikel telah dijumpai dan dipilih dari pangkalan data universiti seperti Online Public Access Catalog (OPAC), Proquest Central dan EBSCO-Host, bermula dari tahun 2010 hingga Disember 2022. Perbincangan perspektif maqasid syariah dalam memelihara institusi keluarga berfokus kepada lima teras prinsipnya iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan serta menjaga harta. Kajian mendapati bahawa praktis dan pengamatan nilai agama berasaskan Maqasid Syariah membawa kepada peningkatan kebahagiaan keluarga. Konklusinya, kajian ini amatlah penting sebagai panduan dan alat bantu bagi kaunselor mahupun badan-badan yang sentiasa berurusan dengan hal ehwal rumah tangga seperti Jabatan Agama Islam Negeri dalam membantu memberikan jalan penyelesaian kepada setiap individu yang memerlukan
Tahap Kecergasan Fizikal Selepas Covid-19 dalam kalangan Murid Sekolah Rendah
Pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia telah memberi impak yang signifikan kepada setiap individu. Dengan pandemik ini, penutupan sekolah telah mengehadkan pelaksanaan aktiviti fizikal bagi murid-murid di sekolah. Murid-murid terkurung di rumah kerana perintah kawalan dan perlu belajar melalui internet dengan duduk di depan komputer atau menggunakan telefon bimbit. Murid-murid telah mengamalkan gaya hidup sedentari dan tidak menjalankan aktiviti fizikal. Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kecergasan murid-murid selepas mengamalkan gaya hidup sedentari sepanjang pandemik ini melalui ujian SEGAK. Seramai 300 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4 hingga tahun 6 dari SJKC Shang Wu, Pulau Pinang telah dipilh sebagai sampel kajian. Murid-murid telah menjalani ujian SEGAK dan skor-skor bagi ujian tersebut telah dikumpulkan dan dianalisis. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun penurunan pelaksanaan aktiviti fizikal berlaku semasa pandemik, tetapi status BMI dan tahap kecergasan murid masih di tahap cergas iaitu melebihi min skor keseluruhan untuk status cergas dalam SEGAK kebangsaan m=12. Implikasi kajian ini turut memberi panduan kepada para pendidik agar dapat merancang aktiviti fizikal yang akan membawa manfaat kepada murid-murid dengan meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka
A Study on Financial Product Knowledge, Attitudes and Behaviours Among Malaysian Young Working Adults
The purpose of this study is to assess the level of financial products knowledge and its relation with financial attitude and behaviour among young working adults in Malaysia. A self-administered and structured online survey method was applied involving a total of 384 respondents using the non-probability convenience sampling technique. Data was evaluated and analysed using Statistical Package for the Social Science (SPSS v.28) software. The findings show that most respondents possessed good level of financial products knowledge particularly on questions pertaining to savings and insurance products, whilst questions on credit card were deemed to be slightly difficult. Apart from that, most respondents perceived to have good attitude on having life insurance for family protection, and also think that they are able to control current and future financial situation. From the perspective of financial behaviour, most respondents perceived to compare prices before buying, prepare a budget for spending and track their spending pattern. However, maintaining an adequate financial records and doing regular savings were the least behaviours that they would practice
30 Years (1991 – 2021) Publication Trends on Disability and Higher Education Learning: A Bibliometric Review
Research focusing on disability in higher education is gradually receiving the attention from scholars around the world; however, the endeavor still scarce. This study was designed to identify issues which students with disabilities in higher education faced using the bibliometric review. Using Scopus database, 1865 publications on disability in higher education were disseminated between 1991 and 2021, from the perspective of publication trends, research areas, prolific source, most cited documents, co-authorship concerning authors, institutions and countries, and keywords co-occurrence. The review found an escalation of publications from 122 in 2015 to 160 publications in 2020. It can be construed that the disability in higher education draws a variety of research areas. United States scholars contributed 43.89% of the overall publications, leading another 89 countries. Authors’ keywords of “students with disabilities”, “higher education”, “learning institutions”, and “special students” have substantially impacted the online search for information. This bibliometric study offers a comprehensive and in-depth glance on the subject under study, which could assist academia and industry players
Output Pengujian Modul Minda Keusahawanan: Kajian Ke Atas 9 Peserta Gelandangan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit
Modul Minda Keusahawanan yang telah dibina melibatkan sembilan modul yang telah disampaikan kepada gelandangan bekas banduan. Tujuan pembinaan modul keusahawanan ini adalah bagi memperkenalkan bidang keusahawanan kepada gelandangan bekas banduan agar dapat dijadikan sebagai salah satu bidang untuk diceburi. Seramai sembilan orang peserta yang terdiri daripada gelandangan bekas banduan dan tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang stabil telah dikenal pasti menggunakan kaedah teknik persampelan bertujuan dan bola salji. Modul ini telah dijalankan di Pusat Komuniti Pembelajaran Chow Kit, Kuala Lumpur selama tiga hari. Objektif utama bengkel adalah untuk meneroka penerimaan dan kefahaman peserta terhadap modul. Di samping itu, kajian ini turut menyelami pandangan para peserta tentang cabaran yang dihadapi untuk menceburi bidang keusahawanan. Hasil kajian mendapati penerimaan dan kefahaman yang sangat positif terhadap modul ini. Namun demikian, wujud cabaran yang perlu ditempuhi oleh gelandangan bekas banduan yang berminat menceburi dunia keusahawanan. Hasil terakhir kajian ini telah membawa kepada pembinaan model output pengujian dan penilaian Modul Minda Keusahawanan khusus untuk gelandangan bekas banduan. Model output ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang input, proses dan output keseluruhan kajian ini. Kajian ini signifikan dalam membentuk minat dan kefahaman dalam kalangan gelandangan bekas banduan untuk berusaha menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dalam menjadi insan produktif sekaligus membantu ekonomi mereka dan negara
Tahap Sikap Pengajaran, Kemahiran dan Pengetahuan Terhadap Kendiri Pengajaran
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap sikap pengajaran, pengetahuan pengajaran dan kemahiran pengajaran terhadap kendiri pengajaran guru sekolah menengah di negeri Sabah. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif, menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif melibatkan seramai 150 guru sekolah menengah di negeri Sabah sebagai responden. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif (min, peratus dan kekerapan). Implikasi daripada kajian ini, mencadangkan bahawa kendiri pengajaran guru sekolah menengah perlu sentiasa dipertingkatkan dan ditambah baik dan perlu mengambil kira faktor sikap, pengetahuan dan kemahiran yang memberi kesan secara tidak langsung terhadap kendiri guru sekolah menengah di negeri Sabah
Kesan Senario Politik Ke Atas Tingkah Laku dan Niat Pengundi PRN Johor 2022
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis reaksi pengundi Johor sebelum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Johor 2022. Senario politik Johor sekali lagi diuji apabila Barisan Nasional mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Johor setelah mendapati bahawa dengan jumlah kerusi yang kecil sukar bagi mereka untuk melaksanakan dasar dan program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Johor. Dalam masa yang sama PRN kali ini menguji undi 18 tahun yang didaftarkan secara automatik. Ini menjadi satu peluang dan cabaran kepada parti yang bertanding. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana senario politik semasa yang dilihat agak chaotic dengan pelbagai isu yang disebarkan dalam media sosial mempengaruhi niat dan tingkah laku pengundi. Beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini tidak melihat elemen chaos sebagai salah satu faktor yang mampu mempengaruhi niat dan tingkah laku pengundi. Chaos berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara sama ada berbentuk ekonomi, politik dan sosial. Dalam kajian ini senario politik semasa digunakan sebagai pemboleh ubah utama political chaos dalam melihat sejauh mana elemen ini akan menjadi penentu kepada tingkah laku pengundian. Kajian ini memilih kaedah tinjauan secara bersemuka dan atas talian dengan menggunakan persampelan rawak mudah ke atas pengundi berumur 18 hingga 40 tahun. Sebanyak 400 soal selidik diedarkan dan 384 dikembalikan. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 26 dengan menggunakan analisa deskriptif dan perbezaan min untuk mengukur dan menganalisis keputusan. Hasil kajian mendapati bahawa senario politik mempunyai impak besar ke atas diri pengundi di mana media sosial menjadi sumber maklumat utama mereka walaupun mereka menyedari bahawa maklumat tersebut adalah sebahagian daripada strategi kempen parti yang bertanding. Dari segi niat mengundi faktor kestabilan politik mempengaruhi pengundi selain daripada faktor calon, manifesto, rakan sebaya, keluarga dan lain-lain
Identifying Strategies Used by Students to Manage their Emotions during Online Learning
The coronavirus disease outbreak has disrupted the global economy on an unprecedented scale and speed and forced universities worldwide to abruptly adopt online teaching and learning. Although the concept of online learning is not new and that some universities possess the infrastructure to embrace online learning, many universities across the globe especially those in rural areas were largely unprepared to adapt to the new situation. Due to lack of preparation and many still being accustomed to traditional learning practices, the transition to online learning has taken an emotional toll not only on academics but also on their students. The present study aimed to understand the strategies students use to manage their emotions when engaged in online learning. Utilising a qualitative research method, we recruited 20 undergraduate students studying at a public university in Malaysia using the purposive sampling technique. Data were collected through semi-structured interviews conducted online. Thematic analysis revealed that some students experience fear, anger, and sorrow during online learning. These ‘difficult’ emotions can force the students to develop feelings of alienation and isolation and thus feel emotionally disconnected from their coursemates and lecturers. This is particularly due to the absence of in-person interactions compared to conventional face-to-face lectures. Furthermore, we found that the lack of verbal and non-verbal cues can cause students to lose motivation in learning. The findings of this study are expected to help academics and universities understand ways students cope with online learning and the need for their peers to help improve the students’ emotions
Pelaksanaan Dasar Sifar Penolakan, Bersediakah Guru Sekolah Pendidikan Khas?
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Dasar Sifar Penolakan secara menyeluruh pada tahun 2019 sebagai satu inisiatif dalam mewujudkan peluang dan kesamarataan dalam pendidikan khususnya bagi golongan kanak-kanak berkeperluan khas. Pelaksanaan dasar ini menerima reaksi yang pelbagai terutamanya dari kalangan guru-guru sekolah dalam arus perdana termasuklah guru-guru pendidikan khas. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan di Daerah Penampang, Sabah untuk mengetahui tahap kesediaan dalam kalangan guru sekolah pendidikan khas (SPK). Tahap kesediaan ini merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian tinjauan secara deskriptif dijalankan ke atas 30 orang guru SPK yang dipilih secara persampelan bertujuan, Data tahap kesediaan guru SPK diperoleh dengan menggunakan soal selidik di mana min, frekuensi dan peratus dianalisis untuk mendapatkan dapatan kajian. Untuk menguji hipotesis kajian analisis inferensi dengan ujian ANOVA satu hala dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru SPK berada pada tahap yang tinggi dengan nilai purata min bagi kedua-dua aspek adalah 3.74. Tahap kesediaan dari aspek sikap pula berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai purata min sebanyak 2.98. Manakala analisis ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru SPK terhadap pelaksanaan Dasar Sifar Penolakan berdasarkan bilangan tahun mengajar. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan guru khusus dari aspek kesediaan dalam mendepani pelaksanaan Dasar Sifar Penolakan