Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Pengiklanan dan Penjualan Lot Lidi dari Perspektif Undang-Undang Jenayah
Lot lidi ialah sebidang tanah pertanian di bawah 5 ekar geran yang sah dan dibahagikan kepada beberapa petak tertentu yang lebih kecil. Plot ini dipasarkan untuk dijual tanpa surat hak milik individu, yang telah menimbulkan kebimbangan undang-undang yang ketara. Isu teras berkisar tentang hak pemilikan, kerana urus niaga ini tidak diiktiraf di bawah Kanun Tanah Negara. Persoalan kajian utama berkaitan sama ada transaksi ini merupakan penipuan jenayah di bawah undang-undang Malaysia. Pertubuhan Kemanusiaan Komuniti Antarabangsa Malaysia dan Pertubuhan Prihatin Jenayah Komuniti Malaysia telah melaporkan penjualan lot lidi sebagai potensi kesalahan jenayah. Walau bagaimanapun, literatur sedia ada tidak mengkategorikan kes lidi secara khusus dalam konteks penipuan jenayah. Metodologi kajian adalah analisis kandungan kualitatif menggunakan sumber perundangan dan iklan penawaran. Matlamatnya adalah untuk menilai sama ada kenyataan yang dibuat semasa pengiklanan, tawaran membeli dan menjual serta perjanjian jualan boleh dikategorikan sebagai kenyataan palsu di bawah kesalahan jenayah penipuan. Penemuan penyelidikan mencadangkan pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan terhadap pengiklanan lot lidi yang secara terang-terangan melanggar undang-undang. Penjual yang mendorong pembeli menandatangani perjanjian pembelian lot lidi boleh boleh dituduh atas jenayah penipuan dan pemalsuan dokumen jika ia melibatkan salah nyata, penyembunyian fakta atau penyamaran.
 
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Murid Kurang Upaya Intelektual dalam Program Pendidikan Inklusif di Sarawak
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kurang Upaya Intelek (KUI) boleh mendapat lebih banyak manfaat dalam konteks sekolah apabila mereka dibenarkan belajar mengikut gaya pembelajaran pilihan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami keperluan Guru Sekolah Menengah di Sarawak bagi menangani kepelbagaian gaya pembelajaran dalam aspek Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi MBPK KUI. Pendekatan kualitatif dipilih bagi melaksanakan kajian, dan temu bual separa berstruktur telah dilaksanakan terhadap 10 orang guru PPI di sekolah menengah kebangsaan di Sarawak, Malaysia. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan guru tidak menyedari keperluan gaya pembelajaran yang berbeza bagi murid mereka, dan kepentingan untuk menampung kepelbagaian gaya pembelajaran untuk memastikan semua murid dapat mengembangkan potensi pembelajaran. Guru juga tidak menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran untuk menampung kepelbagaian gaya pembelajaran murid. Maka, hanya murid tertentu sahaja yang boleh mendapat manfaat daripada pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan kepentingan untuk menampung keperluan gaya pembelajaran yang pelbagai dengan penggunaan berbagai strategi pengajaran
Perubahan dan Kehilangan Bunyi Arab Dalam Beberapa Bahasa Pilihan: Satu Kajian Etimologi Bunyi Arab
Bahasa merupakan medium perhubungan yang sangat penting di dunia. Pelbagai bidang pengajian, sama ada profesional ataupun tidak, perlu menggunakan bahasa untuk berhubung sesama masyarakat dan komuniti di sekeliling mereka dalam pelbagai bidang. Bahasa juga merupakan aset penting kepada sesebuah komuniti bagi membangunkan masyarakat yang bertamadun serta mempunyai peradaban yang tinggi. Bahasa mengalami pelbagai proses perkembangan sejak ribuan tahun dahulu dan menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa Arab ialah salah satu bahasa yang banyak mempengaruhi perkembangan bahasa di dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengupas perkataan beberapa bahasa dunia yang dipercayai berasaskan perkataan daripada bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif dengan melihat perubahan dan kehilangan bunyi fonem-fonem Arab tertentu. Kajian ini menumpukan asal dan bunyi perkataan ataupun penggunaan bahasa dalam bahasa-bahasa yang bakal dikaji dan kaitannya dengan Bahasa Arab. Kajian ini juga akan melihat sekiranya wujud persamaan, perubahan atau kehilangan bunyi antara perkataan yang digunakan oleh penutur asli bahasa yang dikaji dengan Bahasa Arab. Bahasa-bahasa yang dikaji ialah bahasa Melayu, bahasa China dan bahasa Inggeris, dan pemilihan bahasa-bahasa adalah berdasarkan bilangan penutur dan juga bahasa ibunda penulis. Tumpuan kajian adalah terhadap perkataan yang mengandungi makna sosial dan tidak berdasarkan pengaruh agama Islam serta mempunyai sebutan dan bunyi yang bersamaan atau hampir, dan juga mempunyai perubahan atau kehilangan bunyi fonem-fonem Arab tetapi masih mempunyai persamaan makna dalam bahasa Arab. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak perkataan dalam bahasa-bahasa dunia yang berasaskan perkataan Arab tetapi kebanyakannya telah mengalami perubahan dari segi sebutan Arabnya setelah melalui proses perubahan bunyi (fonetik) asal dalam bahasa tersebut
Model of Blockchain Technology in Malaysian Accounting Education Learning Context: A Theoretical Paper
In order to ensure that accounting graduates are well-prepared to meet the expectations of the job market, the educators play a crucial role in universities by making significant contributions in the implementation of the accounting curriculum. This concept paper focuses on the model that shows the impact of institutional pressures on Malaysian accounting education learning context (teaching methods, accounting syllabus and accounting lecturers’ knowledge) in teaching blockchain technology and the influences toward accounting graduates’ technological competency in blockchain technology adoption. This theoretical paper was written solely using data gathered via library research methods, conducted by examining prior research to support the discussion throughout this study. As a result, it is believed that there is connection between institutional pressure which encompasses three dimensions (coercive, mimetic, normative) that offer a comprehensive perspective for examining its influence on the learning environment of accounting education, and eventually could also affects the adoption of blockchain. This model can be a guideline that may enhance future practices and strategies in accounting curriculum by integrating emerging technologies, specifically blockchain technology
Comparative Analysis of Political Participation in Chinese and Western Democratic Theories
Political participation is the core of modern democratic politics and the standard and measure of political development, an enduring classic issue in political science, and plays an important role in national governance. On the basis of reviewing the views on political participation in Chinese and western democratic theories, this paper will make a comparative analysis of the connotation of political participation in Chinese and western democratic theories by using literature research and comparative analysis, and explore the essential characteristics and similarities and differences of political participation in Chinese and western democratic theories. Finally, future trends of political participation theory research in China and the West is prospected, with a view to providing reference for further study of political participation theory
Systematic Literature Review on the Social and Economic Impacts of Palm Oil Certification on Smallholders
Enhancing smallholder compliance to palm oil certification standards helps in achieving the global sustainability agenda. Oil palm smallholders are one of the vital parts of the global certified sustainable palm oil (CSPO) supply chain. However, little is known about on the importance of palm oil certification for the social and economic development of smallholders. This present study aims to systematically review the social and economic benefits received by smallholders in implementing palm oil certification. The review was conducted in accordance with the published standard, namely the PRISMA statement (Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses). The articles of this study were chosen from two major databases, namely Scopus and Web of Science (WoS). The results show that smallholders gained both immediate and long-term social (livelihood, social network and agricultural practices) and economic (financial management, income, price and production) benefits through palm oil certification. If these benefits can be extended to all smallholders, it will help to boost the participation of smallholders in certification. The current progress, impacts and challenges faced by oil palm smallholders in palm oil certification implementation were discussed comprehensively. Future research and suggestions on the contributions of oil palm smallholders in successful certification were summarised. This eventually leading to achieving Sustainable Development Goals (SDGs) for benefits of the whole supply chain of Malaysian palm oil industry
An Exploratory Study on Students’ Electricity Consumption in RCE Gombak For Sustainable Communities
Rising energy demand in Malaysia has become an increasing concern. Malaysia uses more energy to produce a unit of GDP over time; when more energy is needed to create an output of similar value, this impacts the overall cost of production and may contribute to increased environmental degradation. In line with SDG 11: Sustainable Cities and Communities and SDG 12: Responsible Consumption and Production, this study aims to understand the electricity consumption of students and their knowledge of energy efficiency. The study was conducted at Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak in the year 2022. A questionnaire was distributed to the students containing questions about basic knowledge of climate change and energy efficiency. The survey also contained questions to gauge the students’ electricity consumption behaviour. Some of the questions were formulated based on Malaysia’s National Energy Efficiency Action Plan 2016-2025. The purpose is to discover to what extent secondary school students are aware of government initiatives to reduce energy consumption
Memperkasakan Keusahawanan Luar Bandar Melalui Pendidikan ICT: Cabaran dan Potensi di Kubang Pasu, Kedah
mengubah dan meningkatkan taraf hidup sesebuah komuniti khususnya di luar bandar. Malah, keusahawanan yang berteraskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sentiasa menjadi antara topik perbincangan pelbagai peringkat sektor yang terlibat dalam pemerkasaan dan intervensi keusahawanan. Penyediaan pendidikan secara berterusan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan memperkenalkan elemen pendidikan berasaskan ICT misalnya melalui perniagaan digital bertujuan untuk menggalakkan peluang ekonomi dalam kalangan usahawan luar bandar. Bagaimanapun, masih ada isu kekurangan pengetahuan dan capaian yang mengekang potensi pelaksanaan perniagaan digital khasnya di luar bandar. Situasi ini menyumbang kepada timbulnya isu dan cabaran dalam kalangan usahawan untuk mengaplikasikan perniagaan digital khususnya di luar bandar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran usahawan luar bandar mengaplikasikan perniagaan digital dalam kalangan peniaga kecil. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan memilih sampel kajian seramai 158 usahawan kecil luar bandar dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah berdasarkan senarai ahli dari pelbagai Kumpulan Peniaga Kubang Pasu. Hasil kajian mendapati terdapat isu dan cabaran yang dihadapi oleh responden dalam mengaplikasikan perniagaan digital dalam kalangan mereka. Antaranya kemahiran digital terhad, kurang penglibatan dalam latihan mengenai pemasaran digital atau e-dagang, tiada kemampuan melabur dalam teknologi digital, dan kurang menerima sebarang sokongan teknologi digital dari mana-mana organisasi. Sehubungan itu, adalah amat relevan dan signifikan kajian ini dijalankan bagi mengetahui cabaran dan isu berkaitan agar kelebihan pendidikan berteraskan ICT melalui aplikasi perniagaan digital dapat dioptimumkan dalam kalangan usahawan luar bandar
Tahap Kepekaan Pelajar Terhadap Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PDP)
Penyelidikan ini adalah mengenai tahap tumpuan pelajar terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di Kolej iCOOP. Kajian ini adalah untuk melihat kecekapan sistem pengajaran dan pembelajaran ke arah kejayaan pelajar dan sama ada ia memberi impak yang baik kepada pencapaian pelajar menjelang akhir pengajian mereka. Kajian dijalankan dengan melakukan tinjauan melalui persampelan mudah dalam kalangan 26 pelajar di Kolej iCOOP. Saiz persampelan adalah kecil kerana saiz pelajar yang kecil di kolej. Data dikumpul melalui soal selidik yang sah, mengenai maklumat demografi dan soalan tentang sistem pengajaran dan pembelajaran. Keputusan menunjukkan bahawa program diploma yang dipilih pelajar, program orientasi dan kemudahan di kolej mempunyai korelasi positif dengan tahap tumpuan pelajar terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi dalam jurusan yang mereka pilih menyebabkan pelajar yang belajar dalam bidang tersebut mengalami sikap yang lebih positif dan minat yang lebih tinggi. Pelajar harus diberi peluang untuk memilih jurusan mereka sendiri berdasarkan minat mereka. Oleh itu, sebelum memasuki institusi pengajian tinggi, sesi kaunseling adalah bermanfaat untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang kebanyakan jurusan, ini boleh disediakan melalui sekolah, media sosial, dan keluarga
Pendidikan Sebagai Faktor Pemilihan Pekerjaan dalam kalangan Remaja Orang Asli
Masyarakat orang asli tidak terkecuali dalam agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuklah dalam sektor pendidikan. Sesungguhnya pendidikan penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti marginal tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran untuk merealisasikannya, antaranya ialah, ada kalangan anak-anak orang asli gagal untuk memajukan diri dari sudut pendidikan yang menjadikan mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pemilihan pekerjaan dalam kalangan remaja orang asli daripada sudut pendidikan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian diperoleh melalui instrument soal selidik yang diedarkan kepada 281 responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan remaja Orang Asli di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada kecenderungan remaja Orang Asli memilih pekerjaan, iaitu bekerja mengikut kelulusan, bekerja kerana mencari wang untuk menyambung pelajaran dan bekerja kerana pengajian sudah tamat. Implikasi kajian ini adalah menjadi gambaran awal bahawa faktor kesedaran pendidikan menjadi pemangkin kepada kebolehpasaran kerja remaja Orang Asli dalam bidang yang diminati