Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Pembinaan dan Pelaksanaan Kit Pengajaran untuk Meningkatkan Kemahiran Penambahan dan Penolakan Nombor Integer Murid Tingkatan 1
Nombor integer merupakan suatu topik baharu bagi murid peralihan daripada sekolah rendah kepada tingkatan 1. Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah kit pengajaran bagi meningkatkan kemahiran murid tingkatan 1 menjalankan operasi tambah dan tolak menggunakan nombor integer dengan mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme dan strategi pengajaran deduktif. Kajian ini adalah kajian Reka Bentuk Pembangunan (DDR) yang melibatkan fasa analisis, perancangan dan pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah murid tingkatan 1 dan guru matematik sekolah menengah rendah. Data telah dikutip dengan menggunakan soalan temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan data temu bual dan set soalan penilaian untuk mendapatkan data skor penilaian murid. Data temu bual yang diperoleh dianalisis secara bertema manakala skor penilaian murid dianalisis secara statistik deskriptif dengan mengambil kira peratusan dan frekuensi skor tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan topik integer sukar iaitu topik baharu, kurang pemahaman, kekeliruan simbol dan persekitaran pembelajaran. Tambahan itu, kajian mendapati 88.47% murid mencatatkan peningkatan skor penilaian setelah menggunakan kit pengajaran dalam proses pembelajaran topik integer. Kajian ini mencadangkan penggunaan teori atau strategi pengajaran yang lain serta membuat perbandingan dengan teori behaviorisme dan strategi deduktif yang digunakan dalam kajian ini
Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Kemampuan Pemilikan Rumah dalam kalangan Isi Rumah Bandar M40 di Pulau Pinang
Pemilikan rumah merupakan elemen penting dalam memastikan keperluan setiap individu dan keluarga terhadap tempat tinggal dipenuhi untuk menjamin kesejahteraan mereka. Namun, kemampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan isi rumah bandar M40 di Pulau Pinang adalah sederhana di mana masih terdapat segelintir yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan memiliki rumah dalam kalangan isi rumah bandar M40 di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana pengkaji menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur. Seramai 20 orang ketua isi rumah M40 bandar telah ditemu bual. Kaedah analisis tematik digunakan untuk menganalisis data kualitatif bagi mencapai objektif kajian. Melalui kajian ini, cabaran sebenar yang dihadapi oleh isi rumah bandar M40 dapat dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan bahawa kos perumahan dan kriteria rumah merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan isi rumah bandar M40 di Pulau Pinang. Selain itu terdapat juga beberapa faktor mempengaruhi lain seperti pendapatan, simpanan dan pinjaman perumahan. Hasil kajian ini diharap dapat membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menggubal dasar perumahan khususnya dasar rumah mampu milik yang lebih komprehensif pada masa hadapan
Aktor dan ‘Actorness’ Dalam Amalan Paradiplomasi Global: Suatu Sorotan Literatur
Amalan diplomasi konvensional berperanan sebagai instrumen asas hubungan antarabangsa khususnya pada abad ke-20 dan bertanggungjawab dalam mencorakkan komunikasi geopolitik. Abad ke-21 pula memperlihatkan bagaimana perubahan struktur politik-ekonomi global yang dijana oleh faktor globalisasi telah mula memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat termasuk aktor negara dan sub-negara. Ia mendorong pemerkasaan jaringan antarabangsa melalui aktiviti atau amalan ‘paradiplomasi’. Kajian yang berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan pendekatan sorotan literatur sebagai metod kajian. Dapatan kajian melalui sorotan kajian lepas menunjukkan terdapat lima (5) aktor paradiplomasi utama iaitu entiti sub-nasional (negeri/wilayah), entiti wilayah autonomi/semi-autonomi, entiti perbandaran, Syarikat Multi-nasional (MNC) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kerjasama ekonomi dan pengurusan sempadan dihujahkan sebagai antara pertimbangan utama paradiplomasi selain beberapa pertimbangan domestik dan luaran lain. Selain itu kajian turut melihat nilai ‘actorness’ sebagai penanda aras kepada sejauh mana aktor sub-nasional mampu melaksanakan aktiviti paradiplomasi dengan lebih meluas dan efektif
Coach Leadership Behaviour and Athlete Mental Health: A Literature Review
The purpose of this study was to investigate the relationship of coach leadership behaviour and athlete mental health among Selangor individual sport athlete. Adopting a quantitative survey questionnaire, 93 SUKMA individual sport athletes will participate in this study to identify their perception coach leadership behaviour and determine their mental health symptoms of the four major mental disorders: Anxiety Disorder, Depression, Suicidality and Substance Abuse. By this, the study will find the whether those athletes experiencing any mental health symptom that influence by one of the coach leadership behaviour. Leadership Scale of Sports (40) items are used to find the coach leadership behaviour perceived by the Selangor individual sport athlete and Symptom Assessment Measure-Adult (11) items used to find the mental health symptom
Financial Literacy and Retirement Planning Behaviour Among Working Single Women in Private Sector
A lack of financial knowledge causes many to make poor financial decisions, which may result in irrational financial choices and jeopardize their retirement plans. Studies have shown that one in three Malaysians consider themselves to have "low financial knowledge." Furthermore, one in ten people believe that they are financially undisciplined. Studies have shown that 35 percent of men are more financially literate compared to 30 percent of women globally. With the increment level of financial literacy among women, it will be able to minimize the socio-economic gap and inequality that still exists and in addition to achieve the sustainable development goal 2030. This article aims to explore the causes of financial literacy towards retirement planning behaviour among working single women, using theory of planned behavior and OECD’s elements of financial literacy as a bases of discussion. This study applied a qualitative approach through 5 interview sessions with working single women. Data were collected through semi-structured interviews and were then interpreted using thematic analysis. The findings of this study revealed that the elements of financial future, debt free motivation, financial shocks and financial socialization agent describe the causes that contributed to the financial literacy behavior towards retirement planning among working single women
Anthropometric, Power, and Configuration of The Volleyball Game Between Sarawak and Penang Players
This ex post facto research design was conducted to investigate the anthropometric aspects of power and small-sided volleyball game play configuration between Sarawak and Penang volleyball players. The performance of both teams was evaluated through the differences of height, power of leg muscles and skills execution (serve, digging and spiking) in 4 vs 4 volleyball game play. The sample of this research consists of volleyball player from both teams with 15 to 21 years old. The result indicated there was no significant differences between both teams players in term of height, t (30) = 1.696, p= 0.100. However, there was a significant difference in leg power (vertical jump) between the players from the two states, t (30) = 2.916, p = 0.007. Regarding skills execution, no significant differences were found in service skill in the 4 on 4 game play between both states t (30) = 0.808, p = 0.426. The same applied to digging skill in volleyball game play, t (30) = -0.486, p = 0.630 and spiking skill in volleyball game, t (30) = 1.623, p = 0.115. Moreover, tactical decision-making for opening and closing the space also showed no significant differences between the players from Sarawak and Penang, t (30) = 0.877, p = 0.387; t (30) = 0.939, p = 0.355. In conclusion, this finding proved that the development of volleyball game training between the two states are almost similar. It is suggested that volleyball player should focus on technical and tactical concurrently development in game play
Penilaian Proses Program Ko-Kurikulum Berkredit Universiti Malaysia Sabah
Penilaian proses dalam Model CIPP berfokuskan kepada ruang lingkup perancangan dan suatu proses tertentu yang diaplikasikan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Tujuan kajian adalah untuk membuat penilaian proses Program Ko-Kurikulum Berkredit di Universiti Malaysia Sabah yang dikendalikan oleh Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar sejak tahun 2002. Justeru, penilaian proses untuk program ini wajar dilaksanakan berdasarkan matlamat mengapa sesuatu penilaian itu dibuat. Pendekatan Penilaian Proses adalah berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan Produk yang berfokuskan kepada penilaian proses sahaja. Kajian kualitatif menggunakan pensampelan bertujuan dan temu bual berstruktur ke atas sembilan informan kajian iaitu pelajar-pelajar yang mengambil kursus ko-kurikulum berkredit. Implikasi kajian mendapati kursus-kursus ko-kurikulum berkredit di Universiti Malaysia Sabah wajar diteruskan penawarannya dengan mengambilkira penambahbaikan seperti yang dicadangkan
Plant-base Meat as Future Alternative: A Study of Malaysian Consumers Purchase Intention
A large scales livestock production will lead to the greenhouse effect and gas emissions. Excessive greenhouse gas emissions and changes in climate are believed to be the main contributor to several serious global threats and global warming. However, recent fake halal meat cases in Malaysia had cause doubt among Malaysian consumers in purchasing meat products. As an option, plant-base meat may offer as a safer alternative for both meat and Halal demand. Plant-based meat is an alternative for conventional meat in terms of texture, taste, and appearance. Thus, this research intended to measure consumer purchase intention for plant-based meat products under the attribute of attitude, subjective norm, perceived behavioral control, product knowledge, and environmental concern. Total of 155 respondents participated in this survey and the questionnaire are widely distributed using the application of Google Form during Covid-19 Movement control Order (MCO). The correlation results portray consumer purchase intention on plant-based meat products is significant and correlated towards attitude, subjective norms, perceive behavioral control, product knowledge and environmental concern
A Study on Barriers to Women’s Career Advancement in Private Sector Companies in Malaysia
The research was motivated by the desire to ascertain the progress Malaysia has made in achieving the 17 Sustainable Development Goals in ensuring equal rights for women. This includes ensuring women have equal opportunity to gain top management positions in organizations. The purpose of this research is to identify the barriers in women’s career advancement in private sector companies in Malaysia and the path by which gender stereotypes, family responsibilities, organizational cultures, and glass ceiling affect women’s career advancement. A total of 130 women employees from various private sector companies constitutes the sample. This research disclosed that gender stereotypes, family responsibilities, organizational cultures, and glass ceiling are significantly and positively related to women’s career advancement in Malaysian private sector companies
Penerokaan Sumber Dalaman Mangsa Banjir Bagi Pemerkasaan Komuniti dalam Pengurusan Bencana Banjir di Malaysia
Penglibatan komuniti mangsa bencana banjir dalam pengurusan bencana sebenarnya akan membantu mereka untuk lebih berdaya tahan (resilien) serta mengurangkan risiko kepada isu tekanan psikologikal yang membimbangkan. Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah meneroka sumber dalaman mangsa banjir yang mempengaruhi mereka kepada pemerkasaan komuniti dalam pengurusan bencana banjir di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian kes pelbagai digunakan sebagai reka bentuk kajian. Ia melibatkan empat lokasi kajian iaitu negeri Kedah (Zon Utara), Selangor (Zon Tengah), Johor (Zon Selatan) dan Pahang (Zon Pantai Timur). Manakala teknik pensampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan dengan kriteria inklusif seperti; (i) Berumur 18 tahun dan ke atas (ii) Mempunyai pengalaman terlibat sebagai mangsa banjir (melebihi tiga peristiwa banjir yang berbeza) (iii) Warganegara Malaysia. Seterusnya, kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah perbincangan kumpulan berfokus dengan menggunakan protokol panduan soalan separa berstruktur. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati terdapat tujuh tema utama bagi sumber dalaman iaitu tindakan kendiri berdasarkan pengetahuan, persediaan kendiri berdasarkan pengalaman, penyertaan kendiri dalam membantu ahli komuniti, keupayaan menyelesaikan masalah, bantuan kendiri tanpa mengharapkan bantuan luar, persiapan mental dan tema terakhir adalah elemen spiritual dan kekuatan rohani sebagai sumber kekuatan. Kajian ini dilihat sebagai pemangkin ke arah penambahbaikan Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara dan boleh digunakan untuk merangka program kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti untuk berhadapan dengan bencana banjir di Malaysia