Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Tahap Pengintegrasian STEM dalam Meningkatkan Kesedaran Murid Terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengintegrasian pengetahuan, kemahiran, dan nilai STEM dilaksanakan dalam mata pelajaran Sains untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 300 orang murid tingkatan empat di dua buah sekolah di daerah Serian, Sarawak. Data kajian ini dianalisis melalui program The Statistical Packages for the Social Sciences versi 26.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui adalah tinggi. Terdapat hubungan yang sederhana positif dan signifikan antara tahap pengintegrasian STEM dan tahap kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui. Implikasi kajian ialah bagi mengukuhkan kesedaran murid terhadap tenaga boleh diperbaharui, maka tahap pengintegrasian STEM turut perlu dipertingkatkan untuk membentuk pendidikan tenaga yang lebih efektif dan bermakna kepada bakal pelapis bidang tenaga di Malaysia

    Perbicaraan Mengikut Undang-Undang Adat dalam Perkahwinan Komuniti Orang Asli Semai di Pos Bersih, Perak

    No full text
    Makalah ini dijalankan bagi membincangkan mengenai perbicaraan mengikut undang-undang adat dalam perkahwinan komuniti Orang Asli Semai. Makalah ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai 8 orang informan yang berumur 45 tahun ke atas dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan, temu bual, pemerhatian dan rakaman. Lokasi Pos Bersih dijadikan sebagai lokasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 3 tahap perbicaraan berdasarkan undang-undang adat dalam perkahwinan dalam komuniti tersebut iaitu di peringkat waris, peringkat Stin dan peringkat tertinggi iaitu di peringkat Batin. Melalui gabungan peranan yang dimainkan oleh pemimpin adat serta pegangan kukuh terhadap nilai dan norma di kalangan ahli komuniti telah menyumbang kepada kehidupan berumah tangga yang harmoni. Walaupun mengaplikasikan undang-undang tidak bertulis yang tiada kesahan di sisi undang-undang rasmi yang lain, namun ianya telah berfungsi dalam menjaga aturan sosial dalam konteks adat resam bagi komuniti tersebut. Pengamalan undang-undang ini juga sebagai mekanisme yang menyumbang kepada keharmonian hidup di kalangan ahli komuniti yang saling bergantungan antara satu sama lain

    Exploring Assignment Plagiarism by Students in Private Colleges in China

    No full text
    This study explored influence factors and solutions to assignment plagiarism among private college students in China. The focus of this study was two: i) To explore the influence factors contributing to assignment plagiarism of Chinese private college students and ii) To explore the solutions to assignment plagiarism of Chinese private college students. This study employed a qualitative method with a case study design and posted a series of one-on-one semi-structured interviews with six graduates from private colleges in China. Twenty-one graduates applied, but only six of them met the criteria. This study adopted thematic analysis to explore participants' responses. This study reported that researchers found ten themes identified in this study of research question one. They are students with weak learning foundations; students expect to receive learning rewards; students hope for better development in the future; students do not judge and understand the standard of assignment plagiarism; lecturers lack guidance and supervision of students; lecturer assignments design is not reasonable; and others. Night themes were identified in this study of research question two: changing students' learning styles, stimulating interest in learning, and advocating independent learning; improving the quality of teaching and learning and laying a solid foundation for students after graduation; strengthening education on academic integrity and academic norms; improve lecturers' academic advising and supervisory skills; reasonable setting of assignments and establishment of good rules for assignment management and evaluation; and so on

    Pembangunan Indeks Budaya Sukan Holistik

    No full text
    Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan indeks budaya sukan bagi mengenal pasti tahap budaya sukan rakyat Malaysia serta mengukur isu-isu lain yang berkaitan. Data dikumpul melalui soal selidik yang ditemu bual secara bersemuka. Data kajian adalah daripada persampelan berperingkat berstrata mengikut negeri dalam Malaysia. Terdapat 7857 responden yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun sehingga 60 tahun. Kaedah indeks korelasi digunakan dalam pembangunan indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) yang holistik. Indeks menggunakan nilai peratusan antara 0 hingga 100; semakin besar peratusannya, semakin tinggi tahap budaya sukan. Hasilnya menunjukkan bahawa tahap penglibatan sukan ialah 73.3%. Dengan mengambil kira semangat kesukanan ke dalam model tersebut, nilai Indeks Budaya Sukan Malaysia ialah 52%. Membahagikan responden kepada beberapa kumpulan mengikut indeks budaya sukan menunjukkan bahawa jantina, status perkahwinan, kumpulan umur, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan adalah berbeza secara signifikan. Hasil analisis daripada indeks budaya sukan boleh digunakan untuk memperkayakan dasar negara bagi mewujudkan keadaan yang membolehkan orang ramai membudayakan sukan dalam kehidupan harian. Di samping itu, pendekatan itu boleh digunakan dan disesuaikan untuk negara lain dalam meneroka perkembangan budaya sukan ke arah negara bersukan

    Impak COVID Terhadap Sektor Pembersihan Tempatan: Kajian Syarikat dan Pekerja Pembersihan Tempatan

    No full text
    Kajian ini meneliti impak COVID-19 terhadap pekerja pembersihan warganegara tempatan yang telah disediakan oleh syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembersihan di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti impak COVID-19 terhadap syarikat dan pekerja pembersihan warganegara tempatan yang berada di Lembah Klang. Tujuan lain ialah menganalisis cara yang diambil untuk mengatasi halangan disebabkan peraturan semasa COVID-19 oleh syarikat dan pekerja sektor pembersihan. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kualitatif melibatkan temu bual terhadap dua pihak. Pihak pertama ialah majikan yang membekalkan perkhidmatan pekerja manakala pihak kedua ialah pekerja pembersihan yang bekerja di syarikat tersebut. Sebanyak 3 buah syarikat yang membekalkan pekerja pembersihan tempatan dan seramai 10 orang informan yang bekerja sebagai pekerja pembersihan yang dikenal pasti telah dipilih dalam melakukan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan pola penyertaan orang tempatan kepada sektor pembersihan dan cara yang digunakan oleh pekerja pembersihan tempatan untuk mengatasi kekangan bekerja semasa berada dalam fasa pandemik

    Meneroka Perspektif Guru Terhadap Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Permainan: Sebuah Tinjauan Literatur Sistematik

    No full text
    Guru merupakan agen pelaksana Pendidikan Abad Ke-21 yang cukup penting bagi memastikan pembelajaran aktif yang berpusatkan murid secara menyeronokkan dapat diwujudkan. Oleh hal yang demikian, sebuah tinjauan literatur secara bersistematik untuk meninjau perspektif guru terhadap penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan permainan bermula pada tahun 2019 hingga 2023 dilakukan. Metodologi yang digunakan bagi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah tinjauan sistematik PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analyses). Setelah dibuat analisis dan sintesis, kami mendapati sebanyak 8 artikel yang diterima dalam kajian berdasarkan kriteria penerimaan dan kriteria penolakan. Sumber bagi kesemua artikel yang terpilih adalah daripada pangkalan data seperti ProQuest, IGI Global, Taylor and Francis, Science Direct dan Scopus. Kebanyakan artikel menggunakan kaedah kajian berbentuk kuantiatif. Selebihnya pula adalah berbentuk kualitatif dan kaedah campuran melalui tema kelebihan dan motivasi kesukaran dan pandangan negatif. Cadangan turut dinyatakan agar guru terus menggunakan kaedah PBP dalam bilik darjah. Kaedah PBP mendapat penerimaan yang positifi dan boleh dijadikan sebagai strategi alternatif guru untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, malah menggalakkan mereka untuk melaksanakan inovasi dalam pendidikan

    Development of Engineering Drawing Teacher Creativity Teaching Practice Construct

    No full text
    Teachers play an important role in ensuring that teaching and learning become more meaningful in an effort to produce human capital with knowledge, integrity, creative and innovative thinking in line with the development of the world today. This study was conducted due to the importance of creativity in teaching as well as the need for a guide and reference for creative teaching practices, particularly for Engineering Drawing (ED) subjects based on identified research problems. This study aims to identify the constructs and subconstructs of Teacher Teaching Creativity ED. Accordingly, a fully qualitative method through expert interviews was used. A total of four experts with specific expertise and experience in the field of ED teaching were appointed to participate in semi-structured interviews. Interview findings were analysed using the saturated data analysis method. Subsequently, the Fuzzy Delphi Method (FDM) was also employed to obtain expert agreement on the list of constructs that had been identified. Three experts were appointed to carry out the FDM process. The findings of the study indicate that there are five main constructs that need to be given attention in practicing creativity in the teaching of Engineering Drawing teachers, namely, planning creative teaching and learning, guiding, managing, developing a creative community as well as evaluating and assessing. It is hoped that these obtained constructs can be used as a reference to continue the study of developing a framework for teachers' teaching creativity as a reference and guide in practicing creative teaching in the future

    Navigating Party Loyalty and Party Hopping in Malaysia Through Nordin Salleh and Khaliq Mehtab’s Cases

    No full text
    This article delves into the intricate dynamics of party loyalty and its implications for political stability in Malaysia, with a specific focus on party hopping. This study applies a doctrinal approach by examining statutory provisions, courts’ judgments and secondary sources. Through a detailed analysis of two landmark cases – Nordin Salleh and Khaliq Mehtab – this study uncovers the underlying challenges within Malaysia's political landscape. The analysis illuminates the judicial position in Nordin Salleh and the departure in Khaliq Mehtab’s cases; to which contrasting judicial positions were taken by the then Supreme Court in the former and the Federal Court in the latter. In light of these findings, the study underscores the critical need for robust and adaptable political institutions capable of withstanding such disruptions, thereby fostering a stable and resilient democracy. Furthermore, this study draws attention to the 2022 constitutional amendment addressing party hopping, acknowledging it as a positive step towards enhancing stability. However, it also highlights the existing gaps in the reforms, particularly in light of the pending application in court. In conclusion, this study posits that the constitutional amendment represents a commendable effort to advance political stability, but its efficacy remains to be seen

    The Influence of Dewey’s Pragmatism Educational Thought on Chinese General Education: A Historical Summary

    No full text
    John Dewey (1859-1952), one of the western educational philosophers who significantly impacted modern Chinese education with his pragmatism philosophy which was widely spread during his lecture tour in 1919-1921. The objective of this study is to shed light on the historical development and impact of Dewey’s pragmatism in China’s educational reform. This article adopted a historical research method employing primary and secondary source materials, including letters, preserved documents, literature, and publications. The results demonstrated that Dewey’s pragmatism has an indelible influence across China on: 1. Chinese education theory, especially impacted the Chinese educator Tao Xingzhi’s “life education” theory and its application to school constructions; 2. reform of the “1922 New School System”; 3. practicality of general education curriculum in expanding students’ exposure to society and nature; 4. use of vernacular language as the medium of textbooks and revisions of teaching content based on children’s life and experiences. The findings reveal that Dewey’s educational theory had undergone a multitude of criticisms and revival processes adapting to the cultural needs of education in China. His educational philosophy has flourished persistently, cultivating the establishment of Dewey’s research centres by several Chinese universities in recent years

    Peranan Kebolehan Organisasi Kepada Prestasi Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana

    No full text
    Kebolehan organisasi adalah aset tidak nyata yang dapat memberi kelebihan daya saing kepada prestasi perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana. Kebolehan organisasi memberi impak yang positif dalam menangani masalah dan memberi solusi baru serta merangka strategi yang berkesan. Kebolehan organisasi dapat membuka peluang kepada peniaga kecil dan sederhana untuk memperluas pasaran dan mengurangi risiko dalam perniagaan. Makalah ini bertujuan membincangkan Tentang peranan kebolehan organisasi kepada prestasi perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Dapatan analisis kajian ini tentang peranan kebolehan organisasi kepada prestasi perniagaan yang meliputi kerjasama dengan rakan kongsi-pembekal, penggunaan teknologi canggih dan kapasiti untuk inovasi produk adalah asas strategi untuk menangani masalah dalam sosio-persekitaran terhadap prestasi. Manakala, bagi peranan kedua adalah proaktif yang mana firma dapat membangunankan kebolehan dalam membentuk pasaran firma sendiri. Peranan ketiga adalah pengetahuan di mana kebolehan organisasi mementingkan ilmu pengetahuan mengenai perniagaan supaya dapat meningkatkan prestasi. Kesimpulannya kebolehan organisasi amatlah berguna kepada PKS bagi membantu peniaga dalam meningkatkan prestasi

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇