Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Think-Pair-Share dalam Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 bagi Mata Pelajaran Sejarah

    No full text
    Kajian ini menerangkan keberkesanan kaedah pembelajaran think–pair–share dalam meningkatkan pencapaian murid tahun 4 bagi subjek sejarah. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem pendidikan yang efektif dan berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dapat meningkatkan minat dalam mempelajari sejarah. Tujuan kajian ini untuk mengetahui keberkesanan kaedah pembelajaran think-pair-share dalam meningkatkan pencapaian murid tahun 4 dan mengenal pasti minat murid terhadap penggunaan kaedah think-pair-share bagi mata pelajaran sejarah.  Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Peningkatan pencapaian murid tahun 4 dalam menjawab soalan-soalan sejarah dengan menggunakan kaedah pembelajaran think-pair-share dapat dilihat melalui dapatan ujian pra dan ujian pasca kajian ini. Ini disokong oleh dapatan soal selidik yang menunjukkan murid lebih minat mempelajari sejarah melalui penggunaan kaedah think-pair-share bagi subjek sejarah. Dapatan kajian ini diharap membantu murid mempelajari sejarah dengan lebih efektif

    Instrumen Literasi Pentaksiran Bilik Darjah Guru Sekolah Berdasarkan Konteks Pendidikan di Malaysia: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

    No full text
    Pentaksiran bilik darjah merujuk kepada proses yang sistematik dalam mengumpul bukti dan menilai pengetahuan, kemahiran, dan pemahaman pelajar dalam persekitaran pendidikan. Ia merupakan suatu komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, memberikan maklum balas yang berharga untuk kedua-dua pelajar dan guru untuk meningkatkan hasil pendidikan. Pentaksiran bilik darjah memiliki kepentingan yang signifikan dalam mengevaluasi kemajuan murid secara individu serta memungkinkan guru untuk merancang pembelajaran yang sesuai mengikut tahap kebolehan pelajar. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji instrumen-instrumen literasi pentaksiran bilik darjah guru berdasarkan konteks pendidikan di Malaysia melalui kaedah sorotan literatur bersistematik (SLR). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan gambar rajah aliran PRISMA (Preferrered Reporting Items for Systematics Review and Meta – Analyses), dengan pengkalan data utama di Scopus, Web of Science, dan Google Scholar. Tujuan utama kajian adalah untuk mencari instrumen literasi pentaksiran bilik darjah guru yang sesuai dengan konteks pendidikan di Malaysia, serta menganalisis konstruk-konstruk yang digunakan dalam setiap instrumen yang ditemui. Hasil daripada kajian ini akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai instrumen literasi pentaksiran bilik darjah guru di Malaysia dan memberikan panduan bagi perkembangan dan peningkatan pentaksiran bilik darjah yang berkualiti dalam sistem pendidikan negara. Diharapkan hasil kajian ini akan memberi sumbangan penting kepada pengembangan instrumen literasi pentaksiran bilik darjah guru di Malaysia

    Exploring the Environmental Tourism Potentials in Mubi Town, Adamawa State Nigeria

    No full text
    The study aims to assess the environmental tourism potentials of Mubi Town Adamawa state, Nigeria with the view to make recommendations. The study employed both spatial and quantitative data. The spatial data involves the geographical information system Arc GIS 10.3, and remote sensing used for location map generation. The quantitative data was generated from one hundred structured questionnaires administered to the sampled populations. A systematic random sampling technique was employed for the questionnaire administration. This is because it allows all individual members to be chosen for the administration. Observation and photographing were conducted as part of the data collection. Descriptive statistics were utilized for correlating Environmental Tourism Potential (ETP) and Physical Tourism Potential (PTP). The correlation analysis between Environmental Tourism Potentials (ETP) indicates a strong correlation indicated a significant perfect and positive correlation of 0.01 at 2 Tailed. Additionally, the respondents' perceptions regarding the environmental tourism potentials were ranked according to a score point to get the results of the prioritized environmental tourism products. The findings demonstrate that the mountains and the hills give a good scenario as the first in the raking; good and conducive weather conditions as the second. At the same time, the attractive natural landscape is the third. Conclusively, if the potentials are appropriately planned, developed, and managed, it will attract both local and foreign tourists to come to Mubi town. Two recommendations are proposed development plan preparation and preservation and conservation of the identified environmental tourism potentials

    Kemurungan dan Penggunaan Internet dalam kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Kawasan Luar Bandar

    No full text
    Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara penggunaan internet dan kemurungan di kalangan remaja luar bandar. Kajian ini mengemukakan dimensi kajian yang berbeza daripada kajian-kajian sebelum ini dengan memberi fokus kepada penggunaan internet pelajar di kawasan luar bandar dan melihat kepentingan penggunaan internet dalam kalangan pelajar. Bagi mengumpul data kuantitatif kajian ini, kaedah tinjauan digunakan sebagai reka bentuk kajian. Pemeriksaan dapatan kajian mendedahkan bahawa tahap kemurungan pelajar dan penggunaan internet adalah rendah dan terdapat korelasi antara kedua-dua faktor dalam kalangan remaja yang tinggal di kawasan luar bandar, dengan nilai r = 0.323 dan Sig. = 0.00 (k0.001). Dapatan kajian ini berpotensi digunakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan program kesedaran tentang penggunaan internet serta isu kemurungan. Pihak sekolah perlu merancang pelbagai program atau kempen berkenaan penggunaan internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar bijak mengawal penggunaan internet dan tidak akan alami ketagihan terhadap penggunaan internet

    Early Second Language Learning and Arts Integration in Malaysian Multicultural Context: A Sociocultural Perspective

    No full text
    Participating in art activities benefits young children tremendously, especially in promoting young children’s language development. In Malaysian education system, English is learned as a compulsory subject in school from kindergarten level and it is a second language (L2) for most of the population. Art activities provide a language and discourse-rich environment for young learners to communicate.  Interaction is the foundation of learning a language in the sociocultural learning perspective. The diverse language input during the art activities helps children to understand the abstract language instructions and meaning, hence, yielding language output. By integrating art activities in language classroom, it promotes languages development and enhances the understanding of cultures diversity that is exceptionally vital in Malaysian multicultural of which the understanding among the cultures is introduced at young age. In terms of the significance of cross-disciplinary in learning, this paper discusses the integration of art activities to optimize English as L2 learning experience especially the oral language among the young children in Malaysia through the lens of the sociocultural theory and how it promotes multiculturalism. Implications and suggestions for future research are discussed at the end of this paper

    Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred dalam Kelas Bercantum

    No full text
    Bertugas di sekolah kurang murid di sekolah luar bandar amatlah mencabar kepimpinan guru besar dan guru-guru selaku pelaksana. Kajian ini bertujuan untuk meninjau bagaimana pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dalam kelas bercantum dua buah Sekolah Kurang Murid yang terletak di daerah Subis, Sarawak. Objektif-objektif kajian adalah untuk mengenal pasti bagaimana kepimpinan guru besar mengurus pelaksanaan kelas bercantum dan bagaimana guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dalam kelas bercantum. Kajian ini adalah berpandukan kerangka konseptual kajian LEPO. Melalui kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini, dapatan diperoleh melalui analisis dokumen kajian-kajian lepas, borang pemerhatian dan hasil temu bual dengan lapan orang responden yang terdiri dua orang daripada guru besar, 6 orang guru subjek. Hasil kajian mendapati terdapat sedikit perbezaan dari segi aspek pengurusan pelaksanaan kelas bercantum manakala banyak persamaan dari segi cara dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dalam kelas bercantum. Penemuan ini membolehkan penggubal dasar melihat semula dasar-dasar pendidikan di Malaysia. Kajian ini memberi implikasi terhadap penggubal dasar, kepimpinan guru besar dan latihan dan kursus guru. Kajian lanjutan yang lebih luas dan melibatkan murid sebagai responden dicadangkan agar dapat mengesan sekali gus meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid demi untuk pendidikan yang berkualiti di luar bandar

    Penggunaan Pelantar Google Classroom dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah bagi Konteks Murid Sekolah Rendah

    No full text
    Penularan wabak Covid-19 menyebabkan pembelajaran dalam talian melalui pelantar Google Classroom mula giat dijalankan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dapat dilaksanakan. Google Classroom mula menjadi keutamaan dan dilihat mesra pengguna dalam membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan efektif. Namun begitu, hasil sorotan mendapati terdapat beberapa isu dan kekangan yang wujud seperti Google Classroom belum diteroka sepenuhnya, kurangnya pendedahan dan sokongan, kesediaan guru dan murid, capaian internet yang terhad serta kekangan alat peranti. Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan seperti membantu tahap kesediaan dengan latihan guru, meningkatkan kesedaran dan kesediaan ibu, bapa dan penjaga, menggalakkan kerjasama kerajaan dan sektor swasta dan memperbaiki kemudahan dan infrastruktur ICT. Implikasi kertas konsep ini adalah menambahbaik kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar Sekolah Rendah melalui Google Classroom. Kajian lanjutan juga boleh dikembangkan dengan meneroka peluang kolaborasi antara pihak sekolah bersama industri bertujuan meningkatkan penggunaan Google Classroom secara lebih efektif dan menyeluruh

    Revalidating a Writing Strategy Scale for Undergraduate Students: A Fuzzy Delphi Approach

    No full text
    The purpose of this study is to get expert consensus and comments on the Writing Strategy Scale for undergraduate students. The general consensus is that students who write in a language other than their mother tongue frequently struggle with coherence, consistency, syntax, and word choice. The Fuzzy Delphi approach is used in this study to collect information from 5 experts from Malaysian public institutions utilising a 7-expert scale. Experts are people who have put in the effort to earn their credentials, training, experience, professional membership, and peer recognition. The questionnaire consists of 29 items on the writing strategies used by undergraduate students. For data analysis, Fuzzy Delphi approach Logic Software (FUDELO) was employed. A triangular fuzzy number and a rating of the defuzzification procedure for each construct element were used to analyse the data. The findings of the study and expert consensus indicate that the Agreement's Value is adequate. This confirms that the Writing Strategy Scale items for undergraduate students were highly regarded by experts. The components that the experts agreed on in consensus are organized in order of importance. Thus, researchers were able to offer a fundamental framework for adopting writing strategies for learners in general and undergraduates specifically

    Niat Keusahawanan dalam kalangan Pelajar Baharu di Universiti Awam Malaysia

    No full text
    Peranan keusahawanan dalam pertumbuhan ekonomi tidak dapat dinafikan sumbangannya terutama dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat selepas pandemik COVID-19 melanda dunia. Pendedahan awal kepada belia perlu dilaksanakan agar keusahawanan sentiasa dapat diperkasakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti niat keusahawanan dalam kalangan pelajar baharu di Universiti Kebangsaan Malaysia berdasarkan sikap peribadi, norma subjektif dan kawalan tingkah laku. Seramai 395 orang pelajar baharu yang terlibat dalam kajian ini. Analisis korelasi Spearman Rho menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah bebas mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan niat keusahawanan. Di samping itu, hasil analisis regresi ordinal menunjukkan sikap peribadi merupakan faktor peramal yang terdekat bagi niat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh pihak bertanggungjawab untuk memperkasakan lagi elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar yang berkecenderungan dalam bidang keusahawanan. &nbsp

    Animation Technology to Enhance Communication of Cultural Heritage: A Systematic Review

    No full text
    Cultural heritage is the wealth of people all over the world. The question of how to effectively improve the preservation and communication of cultural heritage has become an important research hot-spot. The available research results show that animation technology is an exciting avenue for preservation and communication. This systematic review examines how animation technology can be used to protect and disseminate cultural heritage, whether it has a positive impact on cultural heritage as a whole, and identifies the factors that influence the communication effect. This study conducts the systematic analysis by integrating the quantitative results of a total of 36 papers that measure the impact of animation technology on cultural heritage. The research results confirm that animation technology (VR, 3D, 2D, and interactive technology) has a moderate impact on the effectiveness of audience perception and attitude. In addition, this study analyzes the role of moderating variables such as technology type, personal factors, and environmental factors. Ultimately, this study reveals a gap in the empirical comparative study of the effectiveness of different animation techniques in the field of cultural heritage

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇