Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Pandangan Dunia Pengguna Perniagaan Dalam Talian Tentang Jenayah Siber

    No full text
    Pengguna perniagaan dalam talian sering kali menjadi mangsa jenayah siber walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui penguatkuasaan dan program pencegahan. Secara konseptualnya, jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang singkat dan tidak mempunyai sempadan. Justeru itu kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti pandangan dunia pengguna dalam talian tentang jenayah siber dan faktor-faktor yang menyebabkan mereka berpandangan demikian. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pengguna memilih pembelian dalam talian berbanding dengan pembelian secara konvensional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui paradigma penyelidikan abduktif. Sejumlah 16 orang informan telah dipilih menggunakan teknik persampelan bola salji yang terdiri daripada lima orang lelaki dan sebelas orang wanita yang ditemu bual secara mendalam. Hasil kajian mendapati terdapat lima pemahaman mereka tentang jenayah siber. Lima perkara tersebut ialah jenayah siber ialah aktiviti peras ugut siber, pelanggaran data peribadi pengguna, aktiviti kecurian identiti pengguna, gangguan psikologikal, mental, buli siber dan kepura-puraan mendapatkan data berdasarkan organisasi yang terkenal. Kesimpulannya, hubungan sosial dan teknologi saling bergantung antara satu sama lain dan hampir kesemua masyarakat di dunia ini telah beralih daripada pembelian secara konvensional kepada teknologi pintar. Implikasi kajian ialah jangkaan sosial dan struktur kuasa yang mengelilingi perbuatan jenayah perlu dikawal bukan sahaja oleh pihak berkuasa tetapi juga oleh struktur sosial masyarakat

    Perspektif Makanan dalam Kalangan Penghidap Diabetes Jenis 2 Masyarakat India Muslim di Pulau Pinang, Malaysia

    No full text
    Makan dan makanan merupakan rutin harian manusia yang mempunyai pelbagai tafsiran dari segi fungsi makanan dan makna simbolik. Tafsiran makanan mungkin berbeza bagi individu yang tidak mempunyai batasan untuk makan dan seseorang yang mempunyai batasan untuk makan. Cara seseorang mentafsir makna makanan berbeza sebelum dan selepas mendapat sakit. Kajian ini bertujuan melihat tafsiran makanan oleh penghidap diabetes 2 masyarakat India Muslim melibatkan makna literal dan makna simbolik makanan sebelum dan selepas menghidap diabetes 2. Kaedah utama kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk memahami makna makanan menurut penghidap diabetes 2 masyarakat India Muslim di Pulau Pinang. Temubual melibatkan sebanyak 15 orang responden yang mewakili penghidap diabetes 2 bagi menghuraikan makna makanan dalam budaya populasi India Muslim di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati tafsiran makna makanan sebelum menghidap diabetes 2 dikaitkan dengan makna positif seperti selera, kebebasan, memori dan kenangan, kegembiraan dan keseronokan, simbol sambutan dan keraian sesebuah peristiwa atau pencapaian, rezeki dan rutin harian. Makna makanan selepas menghidap diabetes 2 menunjukkan tafsiran terhadap makanan seperti pengorbanan, ketakutan, penyesalan, kesunyian, nafsu dan keinginan, kepuasan, simbol kasih sayang, tanggungjawab sosial, budaya dan identiti masyarakat. Diabetes merupakan penyakit yang memerlukan komitmen seumur hidup untuk perubahan diet, senaman, pemantauan diri dan rejim ubat (oral atau suntikan). Oleh itu, pemahaman makna makanan penting bagi semua pihak untuk membantu pesakit menguruskan keadaan diabetes 2 dan penyakit kronik yang lain

    An Empirical Study on the Teacher Leadership at the Secondary Level Education in Bangladesh

    No full text
    The study investigated the circumstances of teacher leadership concerning the policies, practices and challenges in secondary educational institutions in Bangladesh. Teachers are the per se leaders in society. A teacher being a leader, should possess a vision, a philosophical and superior lifestyle of an ideal leader. Students get attracted to their personalities and classroom teaching. As leaders, they share the leadership vision of the principal being practiced. Without principal leadership, teachers cannot contribute to educational development. Four secondary-level institutions were considered to collect the relevant data through informal meetings, questionnaires and semi-structured interviews. Two institutions were selected from the capital city Dhaka and the other two from the commercial town Chattogram. Twelve teachers and four principals were selected randomly. Findings show that teachers in secondary educational institutions lack the leadership qualities. Some of them are involved in coaching and private tuition primarily. Moreover, a rock-hard top-down educational administration has been prevailing in Bangladeshi educational administration, making the principal and teacher leadership nonchalant

    Kesan Persepsi Sosial, Ekonomi, Persekitaran Terhadap Kualiti Hidup Komuniti Di Acara Sukan Triathlon, Perak 2022

    No full text
    Penganjuran acara sukan utama sering memberi kesan kepada pembangunan masyarakat secara lestari, khususnya perhubungan sosial, ekonomi dan persekitaran (SEP). Kejayaan penganjuran ini sangat bergantung pada komuniti setempat negara yang menyedari faedah diperoleh apabila mengadakan acara tersebut dengan kehadiran penonton dan peminat dari dalam dan luar negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) terhadap kualiti hidup (QoL) komuniti yang memberi sokongan terhadap penganjuran sukan Perak Triathlon 2022 di Marina Island, Lumut Perak. Data dari instrumen Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan Impact Perception of Social, Economic and Environment dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kesan persepsi sosial menunjukkan skor min paling tinggi dengan M=3.93 (SD=0.901). Ini diikuti kesan persepsi ekonomi M=3.58 (SD=0.998) dan kesan persepsi persekitaran M=3.51( SD=0.953). Hasil dapatan hubungan antara kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) dan kualiti hidup (QoL) komuniti menunjukkan hubungan yang negatif dan lemah (r=-1.113, p >.05). Hasil kajian ini dijangka memberi manfaat kepada pihak penganjur untuk memastikan komuniti mendapat pelbagai faedah dari penganjuran yang diadakan terutama dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat

    The Padri Movement and The Adat: A Comparative Analysis

    No full text
    The Padri Movement was an Islamic puritan movement at the turn of the 19th century in West Sumatra (Indonesia). The leaders wanted to purify the Minangkabau society from un-Islamic influences. The growing conflict led to the Padri war (1821-1838). In this research paper, the author analyzes why many major elements of the matrilineal Minangkabau adat (customary rules) could maintain their significant functions. The author concentrates on three theoretical concepts that intend to answer these questions. Furthermore, the author also wants to offer a new perspective on the Padri movement, namely by using a structuralist way that includes a diachronic and synchronic way of looking at the Padri War. By looking at one concrete historical event, it is intended to get a better understanding of the Minangkabau adat. It was detected that there was not a strict dividing line between the adherents of the traditional system and the puritan movement. However, both sides gradually adjusted to the given situation, and the adat accepted more Islamic norms

    Students’ Perceptions and Understanding of Elective Courses and Their Effects on Academic Performance

    No full text
    This paper aims to look into students’ perceptions and understanding of elective courses and how they affect their academic performance. This study enlisted the help of 97 students. Descriptive statistical analysis and multiple regression analysis were used to analyse the data. According to the study’s findings, students’ perceptions of Digital Workforce have no influence or effect on their academic performance at UiTM Kedah. Furthermore, students who have understood the course have higher academic performance than those who have not understood the course. It is important that the lecturer sustain and improve the students' positive perception of Digital Workforce

    Tingkah Laku Isi Rumah Terhadap Penambahbaikan Perkhidmatan Rawatan Air Sisa di Selangor, Malaysia

    No full text
    Sistem pembetungan yang efisien dan moden adalah sangat mustahak bagi melahirkan persekitaran yang selamat dan bersih, memelihara sumber air, dan melindungi kesihatan awam. Namun begitu, negara menghadapi isu pencemaran air yang berkait rapat dengan pembebasan efluen yang tidak dirawat. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen model tingkah laku isi rumah terhadap peningkatan perkhidmatan rawatan air sisa. Hubung kait antara empat pemboleh ubah penting iaitu kesedaran terhadap alam sekitar, sikap isi rumah, persepsi terhadap Indah Water Konsortium (IWK), dan kesanggupan membayar telah dikaji menerusi kaedah Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Lima hipotesis kajian yang dibangunkan telah diuji menggunakan pakej statistik Analysis of Moment Structures (AMOS) Versi 18. Nilai Tucker Lewis Index (TLI), Comparative Fit Index (CFI), dan Root Mean Square Error of Approximation (RMSEA) pula telah diguna pakai untuk mengekalkan atau menggugurkan item-item yang berkaitan. Hasil ujian ke atas model struktur membuktikan bahawa wujudnya hubungan positif antara kesedaran terhadap alam sekitar, sikap isi rumah, dan persepsi terhadap IWK dengan kesanggupan membayar. Dapatan kajian ini boleh diterapkan sebagai dasar untuk menambah baik polisi alam sekitar dan pengendalian air sisa di Malaysia

    Efikasi Kendiri Guru sebagai Mediator antara Kepimpinan Transformasi dengan Pengurusan Pengintegrasian Teknologi

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menilai efikasi kendiri guru sebagai pengantara (mediator) dalam hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian kuantitatif ini melibatkan 497 responden dalam kalangan guru di negeri Sabah. Analisis menggunakan kaedah pemodelan persamaan berstruktur (SEM) dalam perisian IBM-SPSS-AMOS 28.0. Kajian ini mendapati efikasi kendiri menjadi pengantara (mediator) dalam hubungan antara kepimpinan transformasi dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru di negeri Sabah. Dapatan kajian juga mendapati kedua-dua laluan tidak langsung adalah signifikan manakala laluan langsung adalah tidak signifikan. Maka dapat disimpulkan bahawa jenis pengantaraan yang berlaku dalam model ini ialah pengantaraan penuh kerana kesan langsung adalah tidak signifikan. Dapatan kajian ini boleh memberi hala tuju yang lebih jelas kepada penggubal dasar dalam penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan

    Cultivating 21st century Learning Skills: The Effect of Song-based Music and Movement on Elementary-age Children’s Kinesthetic Skills

    No full text
    Kinesthetic skills play a crucial role in young children’s growth development, yet this development had received less attention. The purpose of this study was to investigate the effect of song-based music and movement intervention on kinesthetic skills among elementary-age children. Ancillary purposes of this study were to investigate the contribution of kinesthetic abilities to 21st century learning skills. The participants for this study consisted of 60 students with ages ranging from 7 to 9 years from four different daycare centers in Malacca. This study conducted a randomized pre-post-test between-subjects experimental designs and participants were exposed to no treatment, song-based, music and movement, and song-based music and movement interventions. The treatment sessions were 30-minute session per week for an eight-week duration. The kinesthetic skills were assessed through researcher-adapted measurement forms, Kinesthetic Skill Test (KST). The results indicated that the song-based music and movement intervention significantly improved kinesthetic skills and the kinesthetic variables contributed to critical thinking and creativity skills. The suggested intervention is highly beneficial in preparing young children to become successful learners

    Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru dengan Kualiti Kerja Guru

    No full text
    Elemen penting bagi meningkatkan kepuasan kerja guru supaya mereka menghasilkan kualiti kerja yang terbaik adalah melalui kepimpinan instruksional oleh guru besar. Rasional kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional Guru Besar, kepuasan kerja guru dan kualiti kerja guru. Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara kesemua elemen yang dikaji terhadap kualiti kerja guru di sekolah-sekolah rendah di Sabah. Seramai 248 daripada 680 orang guru dipilih secara pensampelan rawak mudah. Principals Instructional Management Rating Scale (PIRMS), soal selidik teori dua faktor Herzberg dan soal selidik model pengajaran berkesan oleh Slavin digunakan dalam kajian ini. Data analisis kuantitatif kaedah statistik deskriptif digunakan iaitu pengukuran skor tahap telah digunakan. Dapatan akhir kajian telah menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional guru besar adalah tinggi (M=3.85), kepuasan kerja (M=3.84) dan kualiti kerja (M=3.94). Hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan kualiti kerja guru r.342, p<.05 dan kepuasan kerja guru dengan kualiti kerja guru r=.663, p<.05 dapatan daripada hasil inferensi kolerasi pearson. Analisis regresi pelbagai menunjukkan kepimpinan instruksional mempengaruhi kualiti kerja guru (β=.165, t=3.379, p=0.05) dan kepuasan kerja turut mempengaruhi kualiti kerja guru (β=.616, t=12.629, p=0.05). Ujian korelasi dan regresi menunjukkan signifikan seterusnya berjaya menolak hipotesis nul. Dapatan kajian ini boleh menjadi nilai tambah kepada KPM dalam menentukan dasar pemilihan Guru Besar serta rujukan kepada bakal Guru Besar serta sebagai rujukan kepada pengkaji seterusnya

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇