Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Kesediaan Murid terhadap Penggunaan Peranti Mudah Alih dalam Pembelajaran Sejarah

    No full text
    Kajian yang dijalankan ini bertujuan melihat apakah tahap kesediaan murid terhadap penggunaan peranti mudah alih dalam pembelajaran sejarah. Kajian ini memfokuskan kepada sebuah sekolah di daerah Tanjung Karang, Selangor. Kajian ini juga menggunakan reka bentuk kuantitatif yang melibatkan kaedah pemerhatian dan borang soal selidik sebagai instrumennya. Sebagai pemerhatiannya, pengkaji mendapati bahawa terdapat pelbagai reaksi responden terhadap kesediaan penggunaan peranti mudah alih berdasarkan kepada tahap pengetahuan, sikap dan motivasi murid. Bagi mendapatkan data yang lebih jelas, pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk proses pengumpulan data. Borang soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A berkenaan maklumat demografi responden, bahagian B berdasarkan tahap pengetahuan, bahagian C tahap sikap dan bahagian D tahap motivasi. Setiap bahagian mengandungi 6 item. Skala likert lima mata telah digunakan dalam bahagian B, C dan D dalam kajian ini. Bagi memudahkan proses pengumpulan data, pengkaji menggunakan perisian Google form untuk merekodkan dan mengumpul data. Hal ini juga bersesuaian dengan tajuk kajian berkenaan penggunaan peranti mudah alih yang memerlukan pendedahan penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar utama di dalam bilik darjah. Seterusnya, populasi dan sampel kajian pula melibatkan 80 orang murid tingkatan 2 bagi mata pelajaran sejarah dan responden dipilih secara rawak. Didapati penggunaan peranti mudah alih dalam pembelajaran sejarah memberikan impak kepada tahap pengetahuan, sikap dan motivasi murid. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat apakah tahap kesediaan murid terhadap penggunaan peranti mudah alih berdasarkan kepada konstruk pengetahuan, sikap dan motivasi

    Pendekatan Kelas Berbalik bagi Subjek Matematik Awal dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    No full text
    Pengaplikasian dan pengintegrasian TMK dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Malaysia mula di tekankan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru pendidikan awal kanak-kanak dalam mengaplikasikan pendekatan kelas berbalik bagi subjek Matematik Awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengetahui tahap pengintegrasian teknologi guru. Kajian ini juga mengkaji adakah terdapat hubungan antara tahap penerimaan guru dalam mengaplikasikan pendekatan kelas berbalik bagi subjek Matematik Awal dengan tahap pengintegrasian teknologi guru dalam proses PdP. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Responden kajian terdiri daripada 130 orang guru pendidikan awal kanak-kanak dari di negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang positif oleh guru pendidikan awal kanak-kanak dalam mengaplikasikan pendekatan kelas berbalik bagi subjek Matematik Awal dan tahap pengaplikasian teknologi guru berada pada tahap sederhana. Tidak terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara penerimaan guru dalam mengaplikasikan pendekatan kelas berbalik bagi subjek Matematik Awal dengan tahap pengaplikasian teknologi guru dalam proses PdP. Dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan kepada pembangunan pendidikan awal kanak-kanak yang menjurus ke arah pengintegrasian teknologi dalam proses pendidikan serta membantu menjelaskan tahap pengintegrasian teknologi dalam kalangan guru prasekolah.  &nbsp

    Kemahiran Pemasaran dan Prestasi Eksport Syarikat

    No full text
    Dasar Keusahawanan Nasional 2030 menyasarkan peningkatan prestasi syarikat. Walaupun telah berjaya di pasaran tempatan, namun syarikat di Malaysia didapati masih kurang menerokai pasaran eksport rentetan daripada kekurangan pengetahuan, kecerdasan pasaran dan kesediaan mengeksport. Untuk itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengukur tahap kemahiran pemasaran dan prestasi eksport syarikat serta menguji hubungan kemahiran pemasaran dengan prestasi eksport syarikat. Kajian kuantitatif ini telah disertai oleh 158 responden yang merupakan wakil pihak pengurusan syarikat. Kajian menggunakan instrumen soal selidik dan data primer kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran pemasaran dan prestasi eksport syarikat berada pada tahap tinggi. Kemahiran pemasaran juga telah didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi eksport syarikat. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan kepada syarikat, kementerian dan agensi kerajaan yang melaksanakan program pendidikan dan latihan keusahawanan agar semua yang ditawarkan selaras dengan keperluan syarikat

    Cabaran Menggunakan Alat Bantu Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Pendidikan Khas Penglihatan

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dan Murid Pendidikan Khas (MPK) Penglihatan menggunakan alat bantu teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Seramai 100 orang guru yang mengajar MPK Penglihatan dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran tentang alat bantu teknologi bagi guru dan MPK Penglihatan adalah tidak mencukupi. Penajaan alat bantu teknologi daripada pihak kerajaan tidak dapat menampung bilangan MPK Penglihatan yang ramai di sekolah. Oleh itu, latihan pembangunan profesional secara berterusan dan peruntukan alat bantu teknologi diperlukan untuk meningkatkan kemahiran tentang penggunaan alat bantu teknologi bagi guru serta MPK Penglihatan

    Implikasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Terhadap Aktiviti Perniagaan Pasar Minggu di Pekan Ranau, Sabah

    No full text
    Pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia telah memberi kesan negatif terhadap sektor perniagaan, terutamanya Industri Kecil Sederhana (IKS), kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memerangi penyebaran virus dalam kalangan masyarakat. Walaupun PKP dilaksanakan untuk kebaikan kesihatan awam, banyak peniaga yang mengalami kerugian akibat tidak dapat beroperasi sepenuhnya semasa tempoh PKP. Kajian ini dilakukan untuk menilai kesan PKP terhadap aktiviti perniagaan mereka. Responden kajian ini terdiri daripada 35 orang peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk menilai skor min. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi bagi kesan penguatkuasaan PKP adalah pembaziran sayur -sayuran dan buah-buahan akibat rosak dan terbiar serta perniagaan mengalami kerugian yang sangat besar dengan skor min, 4.17 dan 4.29 masing-masing. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan perlaksanaan PKP telah menjejaskan para peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Walau bagaimanapun, para peniaga pasar minggu di pekan Ranau perlu mengambil tindakan proaktif untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Ini termasuk melaksanakan strategi pemasaran digital, menyediakan perkhidmatan penghantaran, atau mengembangkan produk dan perkhidmatan yang baru untuk menyesuaikan diri dengan pasaran semasa

    Persepsi Guru Pendidikan Khas Mengenai Isu Kesihatan Mental Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

    No full text
    Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang boleh mengalami masalah kesihatan mental seperti guru pendidikan khas. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau kesihatan mental guru pendidikan khas di Kunak, Sabah. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji tiga objektif utama iaitu mengukur tahap kesihatan mental guru pendidikan khas, mengenal pasti faktor penyumbang kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan guru pendidikan khas serta langkah untuk mengurangkan masalah kesihatan mental dalam kalangan guru pendidikan khas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Data kajian ini diperoleh melalui edaran soal selidik kepada 30 orang guru pendidikan khas di Kunak dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental guru pendidikan khas dalam keadaan yang baik. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan faktor penyumbang masalah kesihatan mental dan langkah untuk mengurangkan masalah kesihatan mental dalam kalangan guru pendidikan khas sepanjang tempoh PKP. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini dapat memberi implikasi kepada pelbagai pihak bagi mengetahui kesihatan mental dalam kalangan guru pendidikan khas

    Faktor Penentu Kepada Pembentukan Niat Terhadap Tingkah Laku Penjimatan Air dalam kalangan Pelajar

    No full text
    Air merupakan sumber semula jadi yang penting dan isu permintaan air yang tinggi menyebabkan sumber air yang ada pada masa kini menjadi semakin terhad. Maka terdapat keperluan untuk melahirkan generasi baru yang mempunyai kesedaran dan kemahiran untuk mengamalkan tingkah laku penjimatan air melalui pendidikan. Maka Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) melaksanakan pendidikan alam sekitar termasuk pendidikan berkaitan air secara merentas kurikulum dan mata pelajaran sains merupakan salah satu mata pelajaran yang terlibat dalam menerapkan pengetahuan berkaitan air. Namun masih kurang kajian untuk mengenal pasti sumbangan pengetahuan berfungsi air terhadap pembentukan niat pelajar terhadap tingkah laku penjimatan air. Maka kaedah tinjauan menggunakan soal selidik telah dilaksanakan melibatkan 362 orang pelajar tingkatan dua di daerah Melaka Tengah bagi mendapatkan maklumat bagaimana pengetahuan berfungsi air termasuk konstruk yang dinyatakan dalam Teori Tingkah Laku Terancang mempengaruhi niat pelajar terhadap tingkah laku penjimatan air. Analisis regresi linear berganda menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPPS) versi 23 menunjukkan bahawa pengetahuan berfungsi, sikap, norma subjektif serta tanggapan terhadap tingkah laku memberikan sumbangan signifikan terhadap pembentukan niat pelajar terhadap tingkah laku penjimatan air dengan penyumbang utama adalah norma subjektif. Maka diharap melalui kajian ini, pihak perancang serta pelaksana kurikulum dapat menerapkan kaedah dan pendekatan pembelajaran yang melibatkan ahli keluarga dan orang sekeliling pelajar yang boleh menggalakkan mereka untuk mengamalkan tingkah laku penjimatan air

    Pengaruh Kepimpinan Transformasional Pengetua Terhadap Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah Mengikut Kluster di Daerah Kuantan

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua dan motivasi guru di sekolah. Kajian dilakukan di daerah Kuantan dengan melibatkan sekolah-sekolah yang telah diklasifikasikan mengikut prestasi akademik. Kaedah tinjauan digunakan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 351 responden telah menyertai kajian ini. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 28. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data secara umum, manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan transformasional pengetua dan motivasi guru. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepimpinan transformasional pengetua berada pada tahap yang tinggi, begitu juga dengan tahap motivasi guru. Ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara amalan kepimpinan transformasional pengetua dan motivasi guru bagi semua kluster, kecuali kluster 2 yang menunjukkan tahap sederhana. Kesimpulannya, kajian ini memberikan sumbangan kepada pemahaman mengenai pengurusan sekolah dan menggesa penyelidikan lanjut untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pengurusan sekolah bagi mencipta persekitaran kerja yang lebih kondusif untuk mencapai kecemerlangan sekolah. Hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak atasan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai panduan dalam pemilihan dan pelantikan pengetua sekolah

    Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK) Guru Prasekolah

    No full text
    Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi (TPACK) penting untuk memastikan keberkesanan penyampaian pengajaran dengan pengintegrasian teknologi. Ia merupakan aplikasi yang ideal untuk semua aspek pembelajaran, di mana ia penting dalam proses PdP yang disampaikan di dalam kelas. Kajian yang berupa sebuah kajian tinjauan ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan TPACK yang dimiliki oleh guru prasekolah dalam PdPc bagi Matematik Awal. Kajian yang berbentuk deskriptif ini menggunakan data daripada responden yang terpilih untuk perlaksanaan kajian. Di mana seramai 69 orang guru pra sekolah di kawasan Sarawak yang dipilih secara rawak untuk melengkapkan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan dalah borang soal selidik yang diedarkan melalui google form. Penilaian soal selidik yang diperolehi dilakukan melalui skala likert. Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa masih lagi terdapat kalangan guru yang masih kurang berpengetahuan dalam mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran mereka. Hal ini haruslah diberikan penekanan kerana ia adalah amat penting untuk guru-guru dalam mengikuti keperluan semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka

    Conspiracy of Silk Road: Dread Pirate Roberts to Cybercrime and Money Laundering

    No full text
    The Silk Road, as the pioneering online marketplace utilizing cryptocurrencies as a payment system, revolutionized illicit activities in the digital realm. This research delves into the implications of implementing cryptocurrencies within the Silk Road, focusing on the surge of cybercrime and money laundering. Through qualitative research methodologies, including case studies such as United States of America v. Ross Ulbricht, along with films, movies, and documentaries, the study sheds light on the nefarious consequences of cryptocurrency adoption in this dark web marketplace. Cryptocurrency was applied on Silk Road to provide an anonymous payment system without the influence of legal authorities. The findings underscore the primary motivation behind incorporating cryptocurrencies into the Silk Road - the provision of an anonymous payment system shielded from the reach of law enforcement. By leveraging cryptocurrencies, the Silk Road facilitated illegal transactions, including the sale of illicit drugs, counterfeit identification documents, and various other illegal goods and services. Additionally, the platform acted as a hub for money laundering activities, enabling the conversion of cash into anonymous virtual assets, thereby obfuscating the authorities' ability to trace the illicit funds. This research contributes to a comprehensive understanding of the intricate interplay between cryptocurrencies, cybercrime, and money laundering on the Silk Road. The insights gleaned from this study underscore the urgent need for regulatory measures to mitigate the risks associated with anonymous cryptocurrency transactions and enhance law enforcement capabilities to combat illicit activities in the digital landscape

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇