Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
The Effectiveness of Online Collaborative Learning towards Programming Skills among Undergraduate Students in Learning Programming
Programming skills are very crucial for the students who want to land their future career in software development field. Many methods are done to increase the programming skills among the students. Therefore, this research was conducted to study the effectiveness of online collaborative learning towards programming skills among undergraduate students in learning programming. A quantitative research design, a pre-experimental study of a one-group pre and post-test method is employed in this research. 30 undergraduate students who were taken programming course in a public institution in Pulau Pinang were selected by using the purposive sampling technique. Data were obtained by using pre and post assessment tests. Paired samples t-test was conducted to determine the effect of online collaborative learning on students’ programming skills. The results indicate a significant difference between programming score before the treatment (M=63.53; SD=19.83) and programming score after the treatment (M=92.43; SD=8.14); [t (29) = 11.38, p = .001]. In conclusion, this study revealed that an online collaborative learning is effective towards students’ programming skills among undergraduate students in programming course
Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Integrasi dan Perpaduan antara Etnik Melayu dan Siam di Kelantan
Kajian ini dijalankan bertujuan meneliti beberapa faktor penyumbang kepada keharmonian dan kesepaduan sosial yang melatari integrasi etnik Melayu dan Siam. Data primer diperoleh melalui temubual bersemuka melibatkan lima informan terpilih yang merupakan pemimpin masyarakat Siam dan Melayu menggunakan soalan semi berstruktur. Kaedah pemerhatian juga dilakukan sewaktu program kebudayaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan dalam komuniti melibatkan penyertaan etnik Melayu dan Siam. Analisis kajian mendapati Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berperanan menyuburkan integrasi etnik dan kesepaduan sosial antara kedua-dua etnik itu di Tumpat. Selain itu, faktor ajaran agama, kecerdasan adat dan budaya, semangat kenegerian, dan dasar kerajaan yang terbuka terhadap hak minorti turut menyumbang kepada perasaan hormat menghormati, toleransi, nilai kasih sayang dan semangat kebersamaan antara etnik Melayu dan Siam. Semua faktor tersebut berjaya membentuk kesepaduan sosial dan keharmonian masyarakat di Mukim Terbak. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pelbagai dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berjaya mewujudkan kesepaduan kaum bagi pemantapan integrasi dan kesepaduan sosial di Malaysia
Green Campus Initiatives at Rahim Kajai College: Students' Perspective
The concept of green campuses has become increasingly important for higher education institutions that aim to provide a conducive learning environment for students. This research aims to investigate the current trends in the green campus initiative and the perceptions of students regarding its implementation at the Universiti Kebangsaan Malaysia, specifically at Rahim Kajai Residential College (RKRC). An online survey using Google Forms was conducted, with 208 students from RKRC participating in the study. The results indicate that over 80% of the respondents hold a positive view of green campus activities, and 90% of them feel that these activities have positively contributed to their awareness of environmental issues, encouraging them to adopt energy-saving practices. The study provides recommendations for promoting green campus initiatives at the Universiti Kebangsaan Malaysia
Does Language Matter in the Mathematics Classroom for Orang Asli Students in Malaysia?
Numerous studies have shown that the language barrier may cause the difficulties among indigenous children in learning mathematics. Apparently, this is also the case among the Orang Asli students in Malaysia. As enshrined in the Malaysian Constitution, the Malay language is the national language spoken by Malaysians who are made up of various races. However, other races including the Orang Asli are free to use their respective languages in their daily lives. In the Malaysian education system, the medium of instruction used in mathematics classes is the Malay language. Since the Orang Asli students are only exposed to the Malay language after they enter formal education in a primary school, the use of the Malay language has become an obstacle for them to understand mathematical concepts. Accordingly, this concept paper discusses the position of the Orang Asli language in Malaysia, the medium of teaching and learning in mathematics classes in Malaysia, and the effectiveness of using the Orang Asli language in mathematics classes among the Orang Asli students. In addition, the code-switching approach that is widely practised in many countries is also discussed. Finally, the roles of various parties, including the Ministry of Education, the Department of Orang Asli Development, NGOs, teachers, parents and the Orang Asli communities in increasing the use of the national language among the Orang Asli students are also discussed. It is hoped that this concept paper can enlighten the language problems among the Orang Asli students in Malaysia and further improve their academic quality
Penguatkuasaan Undang-undang Status Halal Premis Makanan di Malaysia
Operasi pemantauan dan penguatkuasaan pasca pensijilan halal diperuntukkan dalam prosedur perundangan sebagai memastikan tahap pematuhan berhubung skim pensijilan halal di Malaysia. Pelaksanaan penguatkuasaan turut dipergiatkan ekoran daripada isu penggunaan dan penipuan terhadap perbahasan halal sering kali didedahkan dalam media hari ini. Perkara sedemikian mendapat perhatian ramai pihak terutamanya para pengguna yang peka dan sangat menitikberatkan soal halal dan haram mahupun syubhah dalam setiap aspek kehidupan termasuk makanan dan pemakanan yang menjadi darah daging mereka. Lebih-lebih lagi, perilaku ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan dikenal pasti berlaku di premis makanan yang menjadi tumpuan masyarakat menikmati hidangan. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan analisis sorotan literatur berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan dan tindakan undang-undang terhadap isu yang berkaitan dengan kepenggunaan halal ekoran daripada kes yang tidak berpenghujung demi menjaga pengurusan dan kredibiliti di syarikat dan premis makanan berstatus halal. Pendekatan analisis kandungan secara deduktif telah digunakan dalam menghubungkaitkan sumber literatur yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran awal yang dikenal pasti dalam mengendalikan pemantauan dan penguatkuasaan status halal oleh pihak berautoriti daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis makanan.  
Kerangka Konsep Keluarga Malaysia dalam Mencapai Kesejahteraan
Dalam era globalisasi ini, dapat dilihat terdapat peningkatan kes dalam isu-isu membabitkan masalah institusi kekeluargaan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam kes perceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak di Malaysia yang merekodkan peningkatan yang luar biasa pada tahun 2020. Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaporkan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia pada tahun 2019 masih kekal pada tahap sederhana iaitu 7.72. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dikaji dalam pengurusan konflik rumah tangga bagi mencapai kesejahteraan keluarga sejajar dengan matlamat konsep keluarga Malaysia. Justeru, penulisan kertas konsep (conceptual paper) ini memberi tumpuan kepada kerangka konsep keluarga Malaysia sebagai satu kaedah mengatasi konflik rumah tangga. Metod kajian ini adalah berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk kertas kerja konsep (concept paper) dengan penggunaan teknik analisis konsep. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga konsep utama dalam keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang boleh diaplikasikan dalam sesebuah keluarga bagi mengatasi dan mencegah konflik yang berlaku. Kesejahteraan keluarga amatlah penting dalam menggapai kesejahteraan kendiri setiap diri ahlinya dalam merealisasikan proses pembangunan negara. Oleh itu, kajian ini amatlah penting sebagai garis panduan kepada badan bertanggungjawab di Malaysia dalam memacu dan melahirkan keluarga sejahtera
Persepsi Guru Novis Bahasa Melayu Terhadap Pengaplikasian Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui Program i-Think telah berjalan selama lebih daripada sepuluh tahun. Pendedahan kepada peta pemikiran i-Think pada peringkat sekolah melibatkan semua peringkat guru termasuklah guru novis. Peta pemikiran i-Think juga diperkenalkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk semua mata pelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru novis bahasa Melayu terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan kaedah kajian kes yang menggunakan pensampelan bertujuan yang melibatkan lima orang informan di dua buah sekolah rendah di daerah Sipitang, Sabah. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa terdapat tiga dapatan utama yang menunjukkan persepsi positif guru novis bahasa Melayu terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam PdP bahasa Melayu. Persepsi tersebut adalah berkaitan kebaikan, keberkesanan dan kewajaran menggunakan peta pemikiran i-Think bagi tujuan PdP. Pendedahan kepada pemikiran i-Think sangat penting dalam usaha meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid
Hubungan antara Kesediaan Institusi dan Guru PAKK dalam Pelaksanaan Pengajaran Secara Dalam Talian di Malaysia
Sektor pendidikan di Malaysia kini telah melalui evolusi penting selari dengan perkembangan semasa dunia berbanding sebelumnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian kini diimplementasikan secara meluas pada kesemua tahap pendidikan. Kesediaan sesebuah institusi dalam menerima perubahan dipengaruhi oleh tahap kesediaan guru bagi melaksanakan pembelajaran dalam talian ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kesediaan institusi dan kesediaan guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah pensampelan secara rawak yang menumpukan kepada tenaga pengajar PAKK yang mempunyai pengalaman mengajar secara dalam talian. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian bukan eksperimental iaitu kajian korelasi. Instrumen yang digunakan telah diadaptasi daripada kajian Hondonga et al (2021). Seramai 387 orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar secara dalam talian telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan institusi dan guru PAKK berada pada tahap yang sederhana. Kaedah analisis secara deskriptif telah dilakukan. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap kesediaan institusi dan guru PAKK. Tambahan lagi, Masalah kekurangan peranti teknologi, kemudahan internet, minat pelajar, kaedah pengajaran, kekangan masa dan kemahiran interaksi secara dalam talian merupakan antara cabaran yang menghalang kaedah pengajaran yang berkesan pada peringkat awal kanak-kanak. Oleh itu, para guru, institusi dan ibu bapa perlu bersama-sama memainkan peranan agar kaedah pengajaran secara dalam talian ini dapat diaplikasikan selari dengan perkembangan dan pembangunan semasa dunia khususnya dalam pendidikan
Factors Affecting Secondary School Teachers' Intention to Use Education 4.0 in UAE: A UTAUT Analysis
The development of education 4.0, driven by information technology, is a crucial aspect of secondary school education in today's fast-paced world. However, limited empirical research exists on how UAE institutions engage with education 4.0, and little attention has been paid to the factors influencing the actual use of technology in this context. Previous studies have tended to focus predominantly on e-learning, students, and universities, rather than on factors driving the intention to use education 4.0. While previous research has identified various important factors affecting users' intention to use technology in developed countries, the factors may differ in the context of developing countries like the UAE. The factors include performance expectancy, effort expectancy, social influence, and facilitating conditions, which were identified through the Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) model. To address this literature gap, this study seeks to investigate the factors influencing UAE secondary school teachers' intention to use education 4.0 building on already established antecedents and factors
Perspektif Masyarakat Melayu Terhadap Kepercayaan Masyarakat Cina dalam Penyembahan Datuk Kong di Kuching, Sarawak
Fokus utama kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan persepsi daripada masyarakat Melayu Sarawak terhadap kepercayaan penyembahan Datuk Kong yang diamalkan oleh masyarakat Cina tempatan, khususnya di Kampung Buntal, Kuching. Secara umumnya diketahui sebagaimana masyarakat Melayu secara dominan menganut agama Islam secara tidak langsung mempengaruhi nilai, pandangan dan perspektif mereka terhadap perkara sedemikian. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mendapatkan buah fikiran yang mendalam terhadap bagaimana masyarakat Melayu Sarawak khususnya di Kuching berhadapan dengan kepercayaan sedemikian dan pandangan terhadap kewujudan penyembahan semangat Datuk Kong. Data empirikal dikumpulkan melalui pemerhatian dan temu bual bersama penduduk direkodkan, ditranskripsikan dan dianalisis. Dapatan kajian telah mendapati terdapat dua golongan masyarakat Melayu yang berlainan pendapat terhadap kepercayaan Datuk Kong