Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Hubungan Tahap Aktiviti Fizikal dan Keseronokan Murid Sekolah Rendah dalam Pendidikan Jasmani
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan tahap keseronokan kanak-kanak terhadap kesan penutupan sekolah. Soal Selidik digunakan dalam kajian tinjauan ini sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Seramai 123 responden daripada beberapa buah sekolah sekitar Pulau Pinang terlibat dalam kajian tinjauan ini. Tahap aktiviti fizikal diukur dengan instrumen soal selidik Physical Activity for Children Questionnaire (PAQ-C) manakala tahap keseronokan diukur menggunakan instrumen soal selidik Physical Activiti Enjoyment Scales (PACES). Perisian SPSS 26.0 digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan untuk menilai tahap aktiviti fizikal dan keseronokan dan juga mengkaji hubungan keduanya. Dapatan kajian mendapati tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid semasa pandemik berada pada tahap sederhana (min = 2.37) manakala tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid selepas pandemik juga berada pada tahap sederhana (min = 3.08). Hubungan antara kedua pemboleh ubah ini iaitu r = 0.45, mempunyai kekuatan yang sederhana. Hasil kajian ini diharap akan membantu para guru mengetahui tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid dan guru dapat merangka aktiviti yang bersesuaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani serta pengkaji lain juga dapat menjalankan kajian yang baru
Efikasi Kendiri Sebagai Moderator antara Metakognitif dan Resilien dalam Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sarawak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh metakognitif terhadap resilien serta peranan efikasi kendiri sebagai moderator dalam kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling. Kaedah tinjauan dengan mengedarkan soal selidik berbentuk Google form secara atas talian melalui emel kepada sampel yang terpilih. Seramai 252 sampel telah terpilih melalui kaedah persampelan kelompok. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 26 dan IBM-SPSS-AMOS versi 24. Kaedah analisis Struktural Equational Modelling (SEM) telah digunakan dalam kajian ini. Melalui pengujian path Analysis dan Multi-group CFA mendapati bahawa metakognitif mempengaruhi pembentukan resilien (p=0.000) dan efikasi kendiri berperanan sebagai moderator penuh antara metakognitif dan resilien dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sarawak
Pengukuran Kualiti Perkhidmatan: Penilaian Penyedia Kemudahan Sukan Bagi Pembangunan Atlet Majlis Sukan Negeri
Kualiti perkhidmatan dan kemudahan sukan dalam sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan kesempurnaan dan kepuasan. Kemudahan sukan yang lengkap untuk kegunaan atlet dalam persediaan menghadapi kejohanan akan meningkatkan kepuasan dan prestasi ke tahap yang lebih baik. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti kualiti perkhidmatan dan kemudahan sukan yang sediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi program pembangunan sukan prestasi tinggi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 147 responden atlet yang dipilih secara persampelan rawak. Data dari instrumen SERVQUAL (service quality) dan tahap kepuasan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan kualiti responsif adalah paling tinggi dengan skor min M=3.82, SD=0.833. Manakala kualiti empati menunjukkan skor min paling rendah iaitu M=3.36, SD=0.819. Hasil dapatan kepuasan atlet terhadap kualiti kemudahan sukan yang disediakan oleh pihak PBT pula menunjukkan tahap sederhana dengan skor min M=3.66, SD=0.924. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan MSWP membantu PBT menambahbaik kualiti perkhidmatan dan kemudahan sukan bagi memastikan atlet mencapai prestasi cemerlang pada masa hadapan
Pendekatan Kaedah Tulang Ikan dalam Tajuk Bahagi bagi MBPK Tingkatan Dua
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sering menghadapi masalah dalam mata pelajaran matematik terutamanya dalam tajuk bahagi. Oleh itu, guru perlu sentiasa kreatif bagi mencuba pelbagai kaedah untuk membantu MBPK mengatasi masalah ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau Keberkesanan Pendekatan Kaedah Tulang Ikan Dalam Tajuk Bahagi Bagi MBPK Tingkatan Dua. Terdapat empat orang peserta bagi dalam kajian ini. Peserta merupakan MBPK Tingkatan Dua yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang bersekolah di SMK Tobiar, Pendang, Kedah. Metodologi kajian ini menggunakan Kajian Tindakan yang mengaplikasikan Model Kemmis & McTaggart (1988). Pendekatan ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk membandingkan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Soal selidik juga digunakan untuk mengumpul pandangan responden terhadap kaedah Tulang Ikan yang digunakan guru. Dapatan kajian menunjukkan kaedah Tulang Ikan berupaya meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam tajuk bahagi subjek matematik. Hasil daripada analisis data dalam ujian pra dan ujian pasca mendapati empat orang responden kajian ini mempunyai peningkatan dalam pemahaman konsep bahagi
Kepimpinan Teknologi Guru Besar dan Hubungannya dengan Kompetensi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru SJKC
Punca guru gagal dalam menguasai kompetensi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan adalah disebabkan guru besar tidak mengamalkan kepimpinan teknologi dengan berkesan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara amalan kepimpinan teknologi guru besar dengan kompetensi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan guru SJKC. Sampel kajian ini adalah seramai 178 daripada 206 populasi. Kajian tinjauan ini adalah berdasarkan pendekatan kuantitatif. Instrumen soal selidik diedarkan atas talian secara rawak mudah. Analisis deskriptif dan inferensi adalah melalui perisian SPSS 26.0. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa tahap kepimpinan teknologi guru besar secara keseluruhannya berada pada tahap sangat tinggi (min=4.36, SP=0.43) dan tahap kompetensi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan guru juga berada pada tahap sangat tinggi (min=4.28, SP=0.41). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terhadap hubungan positif yang signifikan dan kuat antara kepimpinan teknologi guru besar dengan kompetensi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan guru (r=0.664; p<0.01). Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa kepimpinan teknologi guru besar mampu meningkatkan kompetensi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan guru dengan berkesan sehingga mampu dijadikan sebagai rujukan kepada para penyelidik yang ingin meneroka tajuk kajian ini pada masa depan. Implikasi kajian ini adalah dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membina modul tentang amalan kepimpinan teknologi supaya dapat menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Cadangan kajian lanjutan adalah menjalankan kajian dalam bentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif agar mampu memberikan impak yang menyeluruh dan positif kepada pihak-pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan sehingga pendidikan Malaysia dapat mencapai tahap cemerlang
Psychological Well-Being Among Medical Laboratory Technology Educators at A Higher Institution in Malaysia
Effective teaching and learning strategies are one of the most important factors in achieving any educational institution's mission and vision. However, to ensure teaching and learning methods are relevant to the curriculum, which is very challenging and complex, educators' psychological well-being plays a vital role in supporting all planning and whatever goals are to be achieved by educational institutions. This study was to explore the views and perceptions of educators from higher educational institutions offering a Medical Laboratory Technology Diploma Program with regards to the contributing factors to psychological well-being. This study employed a qualitative, semi-structured interview to collect data from three selected participants. The data was thoroughly analysed in several procedures before being reported. This study revealed five themes of contributing factors to educators' psychological well-being by sharing relevant perspectives, challenges, and strategies for overcoming them
Money Waqf: The Perception of Pesantren Teacher in Capital City, Indonesia with Multiple Correspondence Analysis
Law of Indonesia, Act, no. 41 of 2004 concerning waqf existed about 15 years ago, but many people do not know about waqf, especially cash waqf. Whereas cash waqf is a major breakthrough in easy, potential and zero cost of fund. This study aims to discuss the teachers of Islamic boarding schools in Jakarta, the capital city of Indonesia about cash waqf. A sample of 138 teachers from five major Islamic boarding schools in Jakarta. Data collection through questionnaires and analysis using the MCA (Multiple Correspondence Analysis) techniques. The results of the study: teachers' perception of waqf was relatively the same, while the perception of cash waqf varied; teachers' perception of aspects of cash waqf regulation are very diverse, especially with the existence of Law no. 41 of 2004 concerning waqf, the teacher's response to the aspect of interest in cash waqf is very diverse, especially interest in waqf money, quite a lot of teachers do not agree; the common perception of teachers is only on the principle that the management of cash waqf must follow the needs of the community, while for other management, quite a lot of teachers still doubt it.
 
Kaedah Eksperimen Pilihan Diskret: Kesanggupan Membayar Isi Rumah Terhadap Penambahbaikan Perkhidmatan Rawatan Air Sisa
Pengurusan air sisa secara lestari adalah sangat penting bagi melahirkan persekitaran yang selamat dan bersih, menjaga kesihatan awam, dan memelihara sumber air dengan baik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui kesediaan membayar isi rumah berkaitan usaha penambahbaikan perkhidmatan rawatan air sisa di Malaysia. Sejumlah 600 orang responden di Selangor telah dipilih secara rawak berpandukan soal selidik Kaedah Eksperimen Pilihan Diskret (DCE) yang digunakan oleh kajian ini. Berdasarkan perbincangan yang diadakan oleh Kumpulan Berfokus, beberapa atribut telah dikenal pasti seperti kualiti air sungai (sedikit tercemar dan bersih), peningkatan kualiti enap cemar (80% dan 90%), standard masa pembaikan (12 jam dan 24 jam), jarak loji (50-100 meter dan 100-150 meter), dan bayaran tambahan bulanan (RM1, RM3, dan RM5) untuk dipertimbangkan dalam model DCE. Manakala dari segi penganggaran nilai lebihan terpampas, rata-rata isi rumah bersedia untuk membayar harga premium bagi mendapatkan semua penambahbaikan atribut rawatan air sisa yang dimodelkan, iaitu 54 peratus berbanding kadar semasa. Hasil kajian yang diperoleh boleh dijadikan sebagai asas untuk mendukung pembekal perkhidmatan dan badan kerajaan dalam menentukan strategi pengurusan air sisa yang lebih bermanfaat kepada para pengguna
Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah
Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan juga menjelaskannya dalam konteks mitos dan legenda rakyat setempat. Hasil kajian yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual menunjukkan kampung Nelumad telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan British lagi. Penduduk awal kampung Nelumad adalah daripada dua keturunan iaitu keturunan Gimbukon dan keturunan Kumantan dan kedua-dua keturunan keluarga ini telah berkembang dan mempunyai tujuh generasi keturunan sehingga kini. Asal-usul nama kampung Nelumad pula adalah berdasarkan dua versi sumber iaitu versi pertama berdasarkan pertemuan antara dua sungai dan versi kedua adalah berdasarkan kisah pemburu yang menemui kanak-kanak berhampiran dengan sungai. Selain itu, Nelumad juga dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Notuhan, Dantaion dan Lakang yang juga terbentuk atau dinamakan berdasarkan peristiwa alam sekitar dan cerita mitos serta legenda rakyat setempat
A Descriptive Analysis of Corporate Social Responsibility Research: Evidence from Malaysia
Academics, professionals, and other industry stakeholders are beginning to recognise the significance of the expanding field of corporate social responsibility (CSR). But there is scant descriptive analysis performed using Web of Science (WOS) database. To our knowledge, this is the first study to describe via WOS to determine the breadth of CSR articles. Descriptive analysis was performed in Microsoft Excel with data requested from the WOS Core Collection. Between 1984 and 2022, we analysed all 1268 papers in the WOS database. The purpose of this study was to assess the state of CSR research in Malaysia and identify its future directions. We separated publication results by productive journals, primary authors, and countries of origin for our descriptive analysis. Our research may be at the front of efforts to disseminate and communicate important scientific findings to researchers so that they can make lasting contributions to society