Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Tahap Pengetahuan dan Kesedaran Tentang Tenaga Boleh Baharu dalam kalangan Guru
Kebergantungan terhadap bahan api fosil untuk menjana tenaga telah mencetus isu global seperti kemerosotan takungan bahan api fosil, pemanasan global dan kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Usaha kerajaan untuk beralih ke tenaga boleh baharu (TBB) dapat dibuktikan melalui penerapan elemen ini di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Namun, usaha ini tidak akan berjaya sekiranya pengetahuan dan kesedaran di kalangan orang awam tentang TBB masih rendah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap kesedaran tentang TBB ke atas 62 orang guru daripada 6 buah sekolah menengah di daerah Serian melalui 12 item dalam borang soalan selidik. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan (min skor=4.17) dan tahap kesedaran (min skor=4.06) di kalangan guru adalah tinggi secara keseluruhannya. Selain itu, pengkaji menggunakan ujian-t dan ANOVA satu hala untuk membandingkan tahap pengetahuan berdasarkan kumpulan jantina, umur dan bidang pengajaran guru. Seterusnya ujian Korelasi Pearson dijalankan untuk melihat sekiranya terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap pengetahuan dan tahap kesedaran guru. Kajian ini penting memandangkan guru merupakan agen utama dalam menyebarkan ilmu TBB dalam kalangan masyarakat. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan untuk oleh pihak bahagian latihan guru untuk membangunkan kursus yang berkaitan dengan TBB bagi guru
Golongan Islamis: Kemunculan dan Perkembangan dari Tahun 1970-an Sehingga Tahun 1999 di Malaysia
Artikel ini membahaskan kemunculan golongan Islamis bermula daripada fenomena kebangkitan Islam sehingga tercetusnya gelombang Reformasi 1998 yang membawa kepada pembentukan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada tahun 1999. Kemunculan golongan Islamis di Malaysia lahir daripada Gerakan Islam seperti ABIM dan JIM yang mempunyai ciri-ciri pemikiran reformis yang di inspirasikan daripada Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Dengan menggunakan konsep Islam politik serta Islam dan Demokrasi, penulisan ini akan membentangkan dua bahagian utama: kemunculan golongan Islamis dan aliran dukungan golongan Islamis dalam Parti KeADILan. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif dan sumber diperolehi menerusi sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer diperolehi menerusi temubual dengan beberapa orang responden dan sumber sekunder diperolehi melalui buku-buku yang dipinjam daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, koleksi buku peribadi dan rujukan artikel melalui internet, dan tesis ilmiah. Berdasarkan analisis kajian yang dibuat, kemunculan golongan Islamis begitu ketara semasa program Islamisasi dekad 80-an dan 90-an dijalankan oleh pemerintah di mana gerakan Islam seperti ABIM dan JIM dilihat mengiktiraf program Islamisasi tersebut. Seterusnya, pengembangan aliran golongan Islamis (ABIM dan JIM) ini semakin jelas semasa gelombang Reformasi berlaku sehingga tertubuhnya Parti KeADILan
When Stories Travel: A Review of Transcultural Film Adaptation
Transcultural film adaptation has long been an obscure branch of adaptation studies, yet its history is equivalent to the film adaptation, and almost as long as cinema. Since its ongoing and growing adaptation activities are inconsistent with insufficient and limited theoretical research, this study reviews transcultural film adaptation research to bring fresh insights into the adaptation area. Based on adaptation research results, it alludes to related studies, such as cross-cultural communication and international communication, and defines transcultural film adaptation-related terms. It then reviews comparative case study method and fidelity studies to, on the one hand, summarize the research methodology and adaptation strategies and, on the other hand, respond to the two foundational questions surrounding adaptation raised by Leitch: the value of case study and the notion of fidelity. Instead of attacking fidelity or exaggerating the value of creativity, this paper contends that a reconciling relationship exists between fidelity and creativity in transcultural film adaptation, i.e. the creative transformation of culture
Educators’ Self-efficacy in Implementing Flipped Learning Approach: A Literature Review
This paper discusses the educators’ self-efficacy in adopting the Flipped Learning approach in teaching and learning. This paper provides insight into educators’ self-efficacy in implementing Flipped Learning, the importance of self-efficacy, factors influencing self-efficacy and efforts that can be made to increase educators’ self-efficacy in implementing the Flipped Learning approach. The main methodology of this study is a literature review which found several aspects relevant to educators’ efficacy. The study observed that educators’ intention to adopt Flipped Learning is based on the need to ensure the teaching and learning process optimally affect students’ achievement
Exploring Instructional Leadership Practises Items Among Headmasters in Public Primary Schools: An Exploratory Factor Analysis
As stated in most of the instructional leadership literature, school leadership affects teacher learning. The concept of instructional leadership has evolved through school effectiveness around the 1980s and considers school leaders important in promoting teacher knowledge to student learning. However, instructional leadership cannot be implemented to the maximum due to constraints of practising the function of instructional leadership, lack of practice and unpreparedness in carrying out their role as instructional leaders. This study aims to validate an instructional leadership instrument utilising exploratory factor analysis (EFA). The questionnaire used in this study was modified from Hallinger and Murphy's (1985) study. There were 137 teachers from public primary schools who replied, representing all subjects and levels. Respondents at schools were chosen based on clustered random sampling. The results of the EFA indicated three components of instructional leadership: 1) defines the mission, 2) manages the instructional program, and 3) promotes the school climate. Clearly, the three components explained 66.164% of the total variance explained. Note that Bartletts' Test of Sphericity is highly significant (sig. 000), and the sampling adequacy (Kaiser-Meyer-Olkin (KMO)=0.934) is excellent. Other than that, the three components have Cronbach's Alpha values greater than 0.7, significant addition to measuring instructional leadership, particularly in the Malaysian context. The EFA results generated a configuration that extracts three components, which may be measured by 42 items established in this research, indicating that the elements apply to this study
Pembinaan, Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Penulisan Karangan Bahasa Melayu Tingkatan Dua
Pelaksanaan kajian ini adalah untuk membina modul penulisan karangan, menentukan kesahkan modul dan juga kebolehpercayaan modul dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu murid tingkatan dua. Modul ini telah dibina berteraskan model ADDIE yang mempunyai lima fasa pembinaan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian deskriptif menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen yang digunakan untuk kajian ialah borang soal selidik kesahan kandungan modul dan kebolehpercayaan. Pengesahan modul telah dibuat oleh 8 orang pakar penilai yang terdiri daripada pensyarah universiti awam dan guru pakar. Mereka mempunyai kepakaran dalam kandungan, bahasa, modul dan pedagogi serta kurikulum. Manakala kebolehpercayaan modul diperoleh daripada 26 orang murid tingkatan dua yang telah menyertai pelaksanaan kajian rintis. Skor Alpha Cronbach yang diperoleh untuk kesahan modul ialah 0.86 manakala untuk kebolehpercayaan ialah 0.91. Pandangan pakar terhadap kesahan modul ini adalah tinggi. Manakala maklum balas positif diterima daripada responden berkaitan kebolehpercayaan modul dan mendapat nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan ini mencerminkan modul ini boleh diterima pakai dalam kalangan murid untuk meningkatkan pencapaian penulisan mereka
Hubungan Kepimpinan Teragih Pengetua Terhadap Kompetensi Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kepimpinan teragih yang berkesan perlu menjadi amalan pentadbir sekolah pada masa kini untuk peningkatan tahap kompetensi guru demi mencapai kecemerlangan sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kepimpinan teragih pengetua dengan kompetensi guru di sekolah menengah kebangsaan dengan menggunakan pendekatan reka bentuk tinjauan melalui pengaplikasian kaedah kuantitatif. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif dengan pendekatan reka bentuk tinjauan. Seramai 403 orang pentadbir dan guru dari sembilan buah sekolah dilibatkan sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 26. Setelah dianalisis hasil kajian menunjukkan gaya kepimpinan teragih pengetua dan kompetensi guru berada pada tahap tinggi . Dapatan kajian mendapati wujud korelasi secara signifikan antara hubungan gaya kepimpinan teragih pengetua terhadap kompetensi guru yang turut memberi dampak kepada sistem pengurusan di sekolah demi memenuhi transformasi pendidikan. Oleh itu, dapatan ini boleh memberi kesan kepada dasar kerajaan untuk memperkasa dan memartabatkan profesion perguruan dengan memberi penekanan dan perhatian dalam meningkatkan pembangunan bagi melahirkan warga pendidik yang berkualiti. Kesimpulannya, gaya kepimpinan teragih pengetua boleh menjadi tunjang utama dalam meningkatkan pencapaian kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebijaksanaan pihak pentadbir dalam melaksanakan pengurusan pentadbiran yang adil bagi melahirkan guru yang berkualiti dengan kompetensi guru yang sedia ada
Pasca Covid-19: Cabaran Pemimpin Instruksional Terhadap Kemenjadian Murid Sekolah Rendah
Matlamat pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid mencapai perkembangan menyeluruh dan bersepadu berdasarkan pembelajaran berorientasikan pertumbuhan. Namun begitu, pandemik COVID-19 telah memberi kesan signifikan kepada operasi pendidikan. Penutupan institusi pendidikan dalam tempoh panjang menyebabkan murid kehilangan pembelajaran dan menyukarkan perkembangan pertumbuhan mereka. Kemenjadian murid aspek kecemerlangan kognitif, keluhuran sahsiah dan nilai murni serta penglibatan aktif kokurikulum mempunyai hubung kait dengan kepemimpinan pemimpin sekolah. Dapatan kajian lampau menyatakan pemimpin sekolah yang menumpukan pembangunan program pendidikan, kualiti kerja guru dan budaya sekolah ialah kepemimpinan instruksional. Kertas konsep ini menghuraikan cabaran pemimpin instruksional terhadap kemenjadian murid pasca Covid-19. Hasil penelitian, pemimpin instruksional berhadapan cabaran getir bagi membangunkan semula kesejahteraan diri dan potensi murid. Usaha yang teratur dan sistematik diperlukan agar murid pasca Covid-19 meraih semula kemahiran dan pengetahuan yang hilang sepanjang pandemik COVID-19. Kesimpulannya, pemimpin sekolah yang merupakan pemimpin instruksional berkualiti tinggi perlu memberi fokus kepada kesejahteraan diri murid khasnya dalam mendepani situasi pasca Covid-19
Hubungan antara Motivasi dengan Pencapaian Matematik Murid Tahun Lima
Motivasi adalah antara elemen penting yang memberi kesan ke atas pencapaian Matematik murid. Justeru, pencapaian Matematik murid di Malaysia masih kurang bersaing di persada antarabangsa. Satu kajian kuantitatif dijalankan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid dan tahap motivasi murid. Hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini turut dilihat. Teknik pensampelan rawak digunakan untuk penentuan bilangan responden dalam kajian. Borang soal selidik diagihkan kepada 250 murid sekolah rendah dari sebuah daerah di Negeri Sembilan. Hasil kajian ini menunjukkan tahap pencapaian matematik responden masih perlu dipertingkatkan, manakala tahap motivasi responden berada pada tahap yang sederhana tinggi (min = 3.14; s.p = 0.745). Didapati hubungan antara motivasi murid dan tahap pencapaian dalam mata pelajaran Matematik adalah lemah tetapi signifikan, r(250) = 0.299, p = .000 (p < 0.01). Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak sekolah dan para pendidik untuk meningkatkan motivasi murid dalam menguasai mata pelajaran Matematik. Hal ini penting supaya memastikan langkah intervensi dapat diambil oleh pihak berkenaan dari peringkat yang lebih awal untuk meningkatkan tahap motivasi murid dimana motivasi Matematik perlu dibina dari peringkat kanak-kanak
Kesedaran dan Penerapan Amalan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat Kanak-Kanak
Gaya hidup sihat memberi kesan positif terhadap tubuh badan, emosi, kerohanian, daya fikir dan kehidupan sosial seseorang individu. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka mengamalkan diet yang sihat dan rutin senaman dengan menonjolkan nilai serta contoh yang baik kepada mereka. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesedaran dan penerapan amalan hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Hasil kajian dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Semasa menjalankan kajian, soalan untuk tinjauan dalam talian telah di adaptasi daripada kajian lepas. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang ibu bapa. Analisis kajian mendapati terdapat kaitan antara tahap pengetahuan ibu bapa dengan tingkah laku sebenar mereka serta peningkatan kemahiran dan pengamalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan anak-anak mereka. Oleh itu, penulis percaya tindakan ibu bapa mendidik anak-anak mereka pada tahap prasekolah untuk menjalani kehidupan yang sihat melalui amalan pemakanan perlu lebih disedari dan diamalkan. Seterusnya, ibu bapa harus berfikir bahawa menjalani gaya hidup sihat adalah penting untuk kebahagiaan jangka panjang anak-anak mereka. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menarik perhatian kepada aktiviti ibu bapa dalam mempromosi gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang, khususnya untuk anak-anak kecil