Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    15th General Election: What Are the Factors Determining the Electoral Results?

    No full text
    The 15th general election held on 19th November 2022 was the most intense and unpredictable in the Malaysian electoral history. This is due to the fact that there were four main coalitions contesting in the Peninsular Malaysia, namely Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) and Gerakan Tanah air (GTA). The 15th general election took place in the midst of political turmoil in Malaysia stemming from the previous 14th general election whereby within approximately four years, Malaysia had experienced three alternating governments. This study aims to analyze the results of the 15th general election as well as examining the factors that shaped the results. This study uses qualitative method via analysis of commentary and observation on the political landscape of Malaysia circa the date of the dissolution of parliament on 20th October until the polling day. The study finds that subsequent to the announcement of the 15th general election results, no one party had secured an easy majority victory resulting in a hung parliament. The coalition which garnered the most seats won was Pakatan Harapan at 82 seats followed by Perikatan Nasional at 73 seats and Barisan Nasional at 30 seats. In addition, this election also witnessed the declined support for Pakatan Harapan, even more deteriorating for Barisan Nasional, while drastic increase of support was seen for Perikatan Nasional. A variety of factors were identified as instrumental to the results such as poor leadership, young voters and social media campaign

    Cabaran Pentadbir dalam Mengurus Perubahan Digital di Sekolah

    No full text
    Kertas konsep ini bertujuan membincangkan cabaran pentadbir dalam mengurus perubahan dan menangani rintangan perubahan di organisasi terutama dalam aspek digital. Kertas konsep ini adalah berdasarkan kajian literatur dan analisis data daripada dua buah artikel yang dipilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan pentadbir memainkan peranan penting dalam mengurus perubahan secara teratur dan terancang bagi mencapai hasrat yang ingin dicapai. Aspek toleransi merupakan cabaran utama dalam mengurus perubahan di sekolah. Dapatan jelas menunjukkan bahawa pentadbir harus mengambil kira pandangan semua pihak termasuk guru dalam membuat keputusan berkaitan perubahan yang dilakukan. Implikasi kertas konsep ini membincangkan dari aspek pengurusan perubahan dalam pendidikan dari segi penambahbaikan terhadap dasar,pelaksanaan latihan dan peranan yang dimainkan oleh KPM/JPN/PPD/pentadbir sekolah dan guru. Kesimpulannya, kertas konsep ini memberi gambaran akan peranan yang dimainkan oleh pentadbir dalam mengurus perubahan digital di peringkat sekolah dalam memacu agenda pendidikan negara

    Pertumbuhan Bandar Mempengaruhi Rebakan Bandar serta Perubahan Guna Tanah di Daerah Seremban: Satu Tinjauan Awal

    No full text
    Pertumbuhan bandar dan pembandaran adalah trend biasa berlaku di seluruh dunia yang menyebabkan pertambahan populasi penduduk dan berlakunya perubahan guna tanah terutamanya dari permukaan telap air kepada zon tepu bina. Zon tepu bina yang semakin membesar menyebabkan berlakunya penyerakan kawasan bandar ke zon pinggir dan luar bandar dipanggil rebakan bandar. Rebakan bandar telah mengubah ciri-ciri asas kawasan pinggir bandar seperti kawasan kediaman, sosioekonomi, pekerjaan, sosiobudaya dan gaya hidup penduduknya. Rebakan bandar juga menyebabkan berlakunya perubahan guna tanah yang mempengaruhi rantaian ekosistem dan memberi impak terhadap alam sekitar. Penggunaan tanah dan perubahan litupan tanah memberi impak ke atas kitaran ekosistem dan manusia merupakan pengubahsuai utamanya. Kajian ini bertujuan untuk melihat secara umum pengaruh pertumbuhan bandar terhadap rebakan bandar serta perubahan guna tanah dan litupan tanah di daerah Seremban. Data primer dan sekunder dianalisis untuk melihat kepesatan pertumbuhan bandar dan pengaruhnya di daerah Seremban. Oleh itu, pertumbuhan bandar mempengaruhi secara signifikan terhadap rebakan bandar dan perubahan guna tanah dan litupan tanah terutamanya di zon pinggir bandar di daerah Seremban

    Perspektif Golongan Muda terhadap Kesan Psikologi dan Fizikal Mangsa Buli Siber

    No full text
    Dalam dunia yang berkonsepkan teknologi siber, pengguna internet turut terdedah dengan risiko menjadi mangsa buli dalam alam siber. Buli siber merupakan satu perkara yang serius memandangkan kesan yang boleh dialami oleh mangsa dan ia boleh melangkaui aspek latar belakang seseorang seperti umur dan jantina. Memandangkan buli siber boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, maka adalah penting untuk meneroka kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli. Maka kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan golongan muda terhadap kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan berfokus untuk mendapatkan data. Seramai tujuh informan terlibat dalam kajian ini yang merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi di Selangor. Hasil kajian telah dianalisis secara bertema. Dapatan daripada temu bual mendapati bahawa terdapat dua domain utama kesan negatif yang dialami oleh mangs buli; kesan secara fizikal dan psikologi. Bagi domain kesan negatif psikologi, ia merangkumi kesan emosi negatif seperti kemurungan, sedih mahu pun bimbang yang membawa kepada isu kesihatan mental. Selain itu, aspek personaliti dan estim-diri turut dikaitkan dengan emosi negatif yang dialami oleh mangsa buli siber. Manakala domain kesan negatif fizikal melibatkan aspek yang menjejaskan kesihatan diri seperti pengunduran daripada aktiviti sosial dan berat badan berkurangan. Dapatan daripada kajian ini boleh diimplikasikan dalam konteks kempen kesedaran buli siber di peringkat sekolah rendah dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat berkaitan buli siber. Kajian akan datang dicadangkan untuk meneroka aspek kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli siber dalam skop kajian yang lebih meluas dengan mengambil kira perbezaan aspek sosiodemografi. Secara keseluruhan kajian ini berjaya meneroka secara holistik kesan buli siber

    Pemikiran Komputasional Murid dalam Pendidikan Matematik Berdasarkan Tinjauan Literatur Bersistematik

    No full text
    Kemahiran pemikiran komputasional amat berguna bagi penyelesaian masalah dalam pelbagai bidang. Malangnya, tidak banyak kajian lepas membincangkan secara sistematik berkaitan penerapan pemikiran komputasional oleh guru dalam Pendidikan Matematik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji trend kecenderungan kajian lepas tentang pemikiran komputasional mengikut negara, kepelbagaian definisi pemikiran komputasional dalam Pendidikan Matematik, usaha yang dilaksanakan untuk menerapkan murid dengan kemahiran pemikiran komputasional dalam Pendidikan Matematik dan jenis aktiviti pemikiran komputasional yang dilaksanakan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik. Kajian ini berpandukan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) melibatkan empat fasa iaitu pengenalpastian (identification), seterusnya penapisan (screening), penyemakan kelayakan (eligibility) dan pemeriksaan rangkuman (included). Pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS) digunakan sehingga saringan 20 buah artikel akhir di antara tahun 2018 hingga 2022 mengikut kriteria-kriteria ditetapkan. Dapatan menunjukkan definisi pemikiran komputasional memfokus kepada proses pemikiran, merumuskan masalah, menyelesaikan masalah dan ejen pemprosesan maklumat. Selain itu, usaha menerapkan kemahiran pemikiran komputasional murid seperti penyediaan bahan pengajaran dan aktiviti, aktiviti pengaturcaraan, bengkel, modul pengajaran, kesedaran kendiri dan pelaksanaan projek boleh dilaksanakan. Sebanyak tiga kategori aktiviti pemikiran komputasional iaitu plugged activity, unplugged activity dan plugged activity and unplugged activity boleh dilaksanakan guru semasa PdP. Dapatan ini boleh memperbaiki penerapan pemikiran komputasional seseorang individu. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan mengkaji pengaruh jenis aktiviti (plugged activity, unplugged activity, plugged activity and unplugged activity) terhadap kemahiran pemikiran komputasional di dalam diri murid

    Perspektif Guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap Elemen Multimedia Modul Sequin Topik Reka Bentuk Fesyen

    No full text
    Bahan bantu mengajar boleh didatangkan dalam bentuk modul m-pembelajaran bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcara berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Modul m-pembelajaran Topik Reka Bentuk Fesyen Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan Satu dibangunkan dan diberi nama Modul Sequin di mana ia menyediakan pengetahuan tentang teori dan kemahiran dalam mereka bentuk fesyen. Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan Modul Sequin dalam elemen multimedia berdasarkan persepsi dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran RBT tingkatan satu. Penilaian dijalankan oleh 236 orang guru RBT Tingkatan 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Borang soal selidik merupakan instrument yang digunakan di dalam kajian ini dan ia mendapat kebolehpercayaan yang sangat baik mengikut nilai Apha Cronbach. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis mendapati bahawa kesemua item di dalam konstruk multimedia seperti elemen teks, imej grafik, video, audio dan animasi berada pada tahap sangat setuju. Nilai min menunjukkan guru-guru berpandangan bahawa unsur multimedia yang terdapat di dalam Modul Sequin adalah releven, interaktif, menyeronokkan dan menarik perhatian murid untuk belajar topik Reka Bentuk Fesyen. Selain itu guru-guru turut berpendapat bahawa penggunaan elemen multimedia ini memudahkan penyampaian malumat sekaligus meningkatkan kefahaman murid. Kesimpulannya, Modul Sequin mempunyai nilai kebolehgunaan yang tinggi terhadap aspek multimedia terutama daripada elemen warna, imej grafik dan animasi. Implikasi kajian menunjukkan Modul Sequin ini boleh diakses dan digunakan oleh guru RBT dan murid Tingkatan satu serta boleh dijadikan salah satu bahan bantu mengajar untuk topik reka bentuk fesyen

    Empowering Humanity Behavior Among University Students Through Blood Donation Activity

    No full text
    Involvement of young people, especially university students as blood donor is crucial in maintaining an adequate blood supply to the country. They could serve as blood donors for a longer time if they start donating in their early 20s. Therefore, the objective of this study is to identify psychological resources that contribute to the intention of blood donation among university students as well as to understand their motivation in this activity. This is a correlational study using survey approach. Data were collected randomly from 71 students (39 non-blood donors; 32 blood donors). Findings showed that, both groups of respondents have moderate level of intention to donate blood. The Pearson Correlation Analysis revealed that, for non-donors, their intention to donate blood was derived by ihsan, social awareness and anticipate regret. As for blood donors in this study, they exhibit the same psychological resources as the non-donors with the addition of subjective norms and identity as blood donors.  Finally, Regression Analysis found that, anticipate regret was the main factor that motivated the intent to donate blood to both groups. This study implies that blood donation campaigns in campus area should focus on empowering feeling of anticipate regret as the motivation factor among university students. Future study is needed to explore the effectiveness of campaign strategies using psychological resources, especially anticipate regret in motivating university students to become blood donors

    Hell Traits in Handwriting of Youths Involved in Crime: Evidence from a Correctional Facility

    No full text
    This study examines the hell traits of youth inmates involved in criminal activities and detained in a correctional facility in Hail City, Saudi Arabia. Focusing on two types of crimes, fighting and robbery, it aims to show the evidence of personality traits in their handwriting. Drawing from a larger sample, the data was obtained from three youth inmates who were involved in fighting and robbery. The handwriting of the three youth inmates showed at least two or more characters of "hell traits" associated with fighting and robbery. These characters include A.M., M.F. and S.M., as revealed by the connotations in their handwriting. The study findings could be helpful to the government and its agencies to reduce and control crime, and more importantly, detect deviant traits among young people. More studies need to be done using more extensive data and multiple methods to ascertain the criminal behaviour of youths

    Hubungan antara Emosi dan Memori dalam Pembelajaran Matematik

    No full text
    Pembelajaran matematik adalah satu usaha kompleks yang melibatkan proses kognitif serta dipengaruhi oleh emosi termasuklah pembelajaran dan ingatan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap emosi positif, tahap emosi negatif serta tahap memori murid dalam pembelajaran matematik. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara emosi positif dan emosi negatif murid terhadap memori dalam pembelajaran matematik. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Sehubungan itu, kajian ini terdiri daripada 232 murid tahun 6 di sekolah rendah yang terdapat dalam daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah dalam memilih sampel murid untuk dijadikan responden. Dua instrumen soal selidik yang bersesuaian digunakan dalam kajian ini terdiri daripada instrumen ‘Achievement Emotion Questionnaire’(AEQ) dan instrumen Questionnaire of Memory’(Q-MEM). Hasil dapatan menuujukkan tahap emosi positif (min=3.73; sp=.66) berada pada tahap tinggi, tahap emosi negatif (min=2.41; sp=.53) pula berada pada tahap rendah manakala tahap memori (min=2.71; sp=.75) berada pada tahap sederhana. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara emosi positif dan memori dalam pembelajaran Matematik (r = -.544, p < .01), begitu juga terdapat hubungan yang signifikan antara emosi negatif dan memori dalam pembelajaran Matematik (r = .683, p < .01). Dalam konteks kajian pada kali ini, emosi murid memainkan peranan penting kepada proses pembelajaran yang berjaya serta berkait rapat dengan strategi pembelajaran, penglibatan kognitif, tingkah laku dan pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, sedikit tekanan perlu diberikan kepada murid dalam memastikan murid bukan sahaja gembira melalui proses pembelajaran, malah turut menguasai konsep serta kemahiran dalam Matematik dengan baik

    Penjarian IMR dalam Persembahan Solo Bes

    No full text
    Penulisan ini tertumpu pada kajian teknik penjarian IMR (Index, Middle, Ring) yang menekan bod jari bes elektrik dari perspektif persembahan solo bes. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan temu bual telah dijalankan ke atas enam orang pemain bes di Malaysia. Data temu bual yang dikumpulkan kemudiannya ditranskripsikan dan dianalisis secara tematik. Hasil kajian telah mengenal pasti makna penjarian IMR dalam persembahan solo bes dan tema berkaitan keberkesanan teknik penjarian IMR

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇