Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Juridical Examination of Foster Care in Malaysia: Navigating Legal Dimensions

    No full text
    oster care plays a crucial role for children in Malaysia who lack a family environment, making it challenging for them to stay with their biological families. This study examines foster care as an alternative care option for children in Malaysia, delving into its concept, legal aspect as well as international and Islamic perspectives. The aim is to identify ways to enhance foster care within Malaysia's child protection system, focusing on abandoned and parentless children. The Child Act 2001 and the practice of the Department of Social Welfare oversees foster care, aiming to provide family-based care and reunite children with their families whenever possible. Using a qualitative approach, the study uncovers shortcomings in the current legal framework. Despite limited provisions for foster care in Malaysia, the emphasis is on bolstering legislation by improving resources and support for foster parents, implementing standardized training, strengthening monitoring, and fostering collaboration among agencies. These efforts are crucial for ensuring positive outcomes and the well-being of fostered children in Malaysia

    Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap Komitmen Guru di Daerah Barat Daya

    No full text
    Guru besar memegang peranan utama dalam menentukan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan. Satu daripada gaya kepimpinan yang biasa dipraktikkan adalah kepimpinan instruksional. Selain daripada kepimpinan pemimpin sekolah, komitmen guru juga mempengaruhi kecemerlangan sekolah. Oleh itu, kajian kuantitatif ini berniat untuk menilai tahap kepimpinan instruksional guru besar dan tahap komitmen guru di sekolah rendah. Sebanyak 306 orang guru telah dipilih secara rawak untuk sertai dalam kajian ini. Soal selidik diterapkan untuk menghimpun data dan dinilai menggunakan ujian korelasi Pearson dan analisis deskriptif. Hasil kajian membuktikan bahawa kepimpinan instruksional guru besar berada pada tahap yang tinggi dalam pada itu tahap komitmen guru adalah sederhana tinggi. Terdapart hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan tahap komitmen guru pada kadar kekuatan r=0.485. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa praktik kepimpinan instruksional guru besar mempengaruhi tahap komitmen guru. Oleh itu, guru besar perlu meningkatkan amalan kepimpinan instruksional bagi meningkatkan tahap komitmen guru. Kajian ini memberi pandangan yang lebih jelas tentang nilai tambah kepimpinan instruksional dan boleh dijadikan rujukan pustaka kepada pemimpin dalam bidang pendidikan di Malaysia

    The Influence of Facilitating Condition and Perceived Usefulness on Intention to Use Mobile Applications in Uganda

    No full text
    Despite the fact that financial technology has received considerable attention in the macro-financial market sectors and in micro-financial units such as philanthropic works, in Uganda its actual use in Muslim Sacco's is very low. This research examines the effects of facilitating conditions and perceived usefulness on intention to use mobile application in Muslim Sacco's in Uganda. The underpinning theory of the study is the Technology Acceptance Model (TAM). This quantitative study examined the effect of facilitating condition and perceived usefulness on mobile applications users’ intention. The study employs SmartPLS to analyze the data from 229 respondents. It was discovered that the facilitating condition had a considerable positive impact on mobile applications users’ intention, hence, supporting H1. Simultaneously, perceived usefulness was revealed to have a considerable impact mobile applications users’ intention, supporting hypothesis H2. Such studies will form the groundwork for numerous inquiries to come purposely to expand the knowledge about the factors that influence technology usage in Uganda

    A Systematic Literature Review of Authentic Assessment in K-12 ESL/EFL Education

    No full text
    This research offers an extensive review and analysis of the use of authentic assessment in K-12 ESL/EFL education. The study follows the PRISMA 2020 statement guidelines for systematic literature reviews, investigating peer-reviewed articles from the SCOPUS, WOS, and ERIC databases (2013-2022). The samples comprised teachers, students, and K-12 education documents; non-eligible criteria were excluded. Out of numerous potential studies, 19 were deemed fitting for the review. The findings indicate growing research interest in authentic assessment, with one publication per year minimum since 2015, and notable contributions from Indonesia. Most of the studies (74%) adopted qualitative designs and utilized different authentic assessment types, such as role play, oral interviews, projects, and portfolios. Key factors affecting the implementation included teacher attributes (assessment literacy, language proficiency, support, time), student attributes (motivation, reflection, time, ability), resources (assessment tools, textbooks, guidebooks, teaching aids), and environmental aspects (class size). The review provides valuable insights for teachers aiming to apply suitable authentic assessment strategies and underlines the importance of considering these factors in lesson planning. It emphasizes the need for more research on teachers' assessment literacy and their experiences in employing authentic assessment in K-12 ESL/EFL education, which is currently an underexplored area

    Pengetahuan dan Amalan Pengajaran VAK Guru dalam Prasekolah

    No full text
    Pengajaran guru yang berkesan memberikan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Pendekatan yang berstruktur dan terancang digunakan oleh guru dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) harian di prasekolah. Pengetahuan guru dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang menarik penting untuk perkembangan kanak-kanak prasekolah. Perlaksanaan Pdp atau pembelajaran dan pengajaran bagi Fun learning Activity mengikut gaya pengajaran Visual Auditori Kinestetik (VAK) perlulah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pemahaman pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan dan amalan gaya pengajaran VAK guru dalam prasekolah. Reka bentuk kajian adalah penyelidikan secara kualitatif yang berbentuk kaedah tinjauan. Sampel kajian melibatkan empat orang guru prasekolah tadika swasta di Sungai Buloh, Selangor melalui persampelan bertujuan. Instrumen kajian berbentuk set soal selidik soalan terbuka untuk mengenal pasti pengetahuan dan amalan gaya pengajaran VAK dalam bilik kelas. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai pengetahuan tentang gaya pengajaran VAK iaitu visual, auditori dan kinestetik. Keempat-empat guru menjalankan aktiviti yang meliputi ciri-ciri VAK pelajar dan ia merupakan amalan yang dilakukan dalam prasekolah. Walaupun salah seorang guru masih tidak jelas tentang apa itu VAK namun aktiviti hands on tetap dijalankan semasa sesi pengajaran. Justeru itu, ia jelas menunjukkan pengetahuan dan amalan pengajaran VAK guru diaplikasikan dalam prasekolah

    Perancangan Masa Depan Kanak-Kanak dengan Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD): Perspektif Ibu Bapa

    No full text
    Ibu bapa menghadapi cabaran yang besar dalam membesarkan kanak-kanak dengan kecelaruan spektrum autisme (autism spectrum disorder - ASD) yang meliputi perancangan masa depan mereka. Mungkin terdapat ibu bapa yang tidak atau belum membuat sebarang perancangan kerana tidak tahu bagaimana untuk merancang atau masih sedang mempelajari cara untuk mengendalikan kehidupan anak ASD. Kajian kualitatif ini bertujuan meneroka secara mendalam tentang perancangan masa depan kanak-kanak ASD daripada perspektif ibu bapa menggunakan pendekatan Analisis Fenomenologi Interpretasi (Interpretative Phenomenological Analysis – IPA) sebagai metodologi kajian. Peserta kajian yang terdiri daripada tiga pasangan ibu bapa dengan anak ASD telah ditemu bual dan transkrip direkodkan secara verbatim serta dianalisis menggunakan teknik IPA. Hasil analisis telah mengenalpasti dua tema utama dan empat sub-tema. Hasil kajian mendapati bahawa sungguhpun terdapat halangan, ibu bapa masih mempunyai harapan yang positif terhadap perancangan masa depan anak-anak ASD mereka. Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan sokongan dan motivasi kepada ibu bapa dengan anak ASD di samping membantu para profesional dan pihak berkepentingan untuk memahami secara mendalam tentang topik perancangan masa depan kanak-kanak ASD daripada perspektif ibu bapa dan seterusnya memberikan perkhidmatan mengikut keperluan sebenar mereka. &nbsp

    Penyoalan Lisan Guru dalam Pembelajaran Sains Berasaskan Inkuiri

    No full text
    Penyoalan lisan guru digunakan sebagai alat interaksi antara guru dan pelajar untuk guru mencungkil pengetahuan sedia pelajar dan aktiviti penyoalan ini merangsang perkembangan kognitif pelajar. Kajian penerokaan kualitatif ini bertujuan meneroka amalan penyoalan lisan guru sekolah rendah dalam proses pengajaran berasaskan inkuiri. Maka, kajian ini dijalankan untuk meneroka dari segi kaedah penyoalan dan jenis soalan yang digunakan oleh guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan pemilihan peserta kajian adalah secara pensampelan bertujuan iaitu seramai tiga orang guru sains sekolah rendah. Data diperoleh melalui kaedah temu bual guru dan analisis dokumen. Data yang diperoleh menggunakan analisis perbandingan berterusan bagi mendapatkan tema dan sub-tema yang terkandung di dalam data yang merupakan data primer. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua penemuan yang menyumbang kepada amalan penyoalan lisan seseorang guru iaitu peranan dirinya sendiri bertindak sebagai scaffolder yang memberikan sokongan kepada pelajar. Guru bersoal jawab secara berkesan dengan pelajar termasuklah untuk mencuba sesuatu idea tanpa mendesak pelajar ke arah jawapan yang betul. Guru perlu mahir menyusun jenis soalan mengikut hierarki aras rendah, sederhana ke aras tinggi. Kedua, guru mengamalkan masa menunggu. Selain itu, amalan penyoalan lisan guru juga dipengaruhi oleh peranan pelajar yang memberikan maklum balas berdasarkan pengetahuan sedia ada dan tahap penglibatan pelajar sepanjang pembelajaran berasaskan inkuiri dijalankan. Kesimpulannya, kajian ini memberi input untuk membantu guru merancang bagaimana untuk mengintegrasikan penyoalan lisan dalam pembelajaran berasaskan inkuiri agar dapat meningkatkan perkembangan kognitif pelajar dan menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

    Islamic Work Ethic, Employee Engagement, and Organizational Citizenship Behavior among Public Servants: A Review Paper

    No full text
    In addition to carrying out numerous national economic transformation initiatives, public sector workers must also meet the growing demands and expectations of the Malaysian people. To improve the effectiveness of government service delivery to the public, public sector employees with organisational citizenship behaviours that voluntarily go above and beyond their job performance expectations are greatly sought after. Despite not being formally established as a code of conduct for government organisations in Malaysia, the majority of the country's public workers have embraced the Islamic Work Ethic (IWE), which has a substantial impact on a range of workplace habits. The indirect relationship between Islamic work ethic and OCB via employee engagement suggests that when employees with strong intrinsic values encounter a favourable attitude such as employee engagement, their OCB improves

    Hubungan antara Regulasi Emosi dan Penglibatan Murid di dalam Kelas

    No full text
    Emosi sentiasa wujud dalam kehidupan kita seharian. Kepelbagaian emosi sama ada positif atau negatif akan memberi kesan pada diri seseorang individu. Dalam konteks sekolah rendah, kepelbagaian emosi seperti emosi negatif akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang mana murid sekolah rendah adalah antara yang sering kali mengalami gangguan dalam mengawal dan mengurus emosi mereka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan regulasi emosi dan penglibatan murid di dalam kelas. Kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Instrumen soal selidik adalah Emotion Regulation Questionnaire for Children and Adolescents (ERQ-CA) dan Student Engagement in Schools. Seramai 200 murid dari tiga buah sekolah rendah di Zon Bangi dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai min dan sisihan piawai bagi mengenal pasti tahap regulasi emosi dan penglibatan murid di dalam kelas. Ujian korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan regulasi emosi dan penglibatan murid. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali korelasi adalah r= .001, p< .05. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang tinggi antara regulasi emosi dan penglibatan murid. Secara kesimpulannya, penekanan regulasi emosi dalam diri murid perlu dititikberatkan agar dapat membantu murid-murid untuk mengurus dan mengawal emosi dengan lebih baik serta dapat menggalakkan penglibatan aktif di dalam kelas

    Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Sektor Pelancongan: Kajian Kes Komuniti Setempat di Pulau Langkawi

    No full text
    Wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan impak negatif kepada banyak sektor ekonomi termasuklah sektor pelancongan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau ketahanan dan kapasiti adaptasi menyesuaikan diri komuniti setempat terhadap impak COVID-19 yang berkait dengan sektor pelancongan yang dijalankan di Pulau Langkawi, Kedah. Satu tinjauan soal selidik telah dijalankan kepada penduduk setempat yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan di Pulau Langkawi. Tinjauan dijalankan di Pulau Langkawi kerana aktiviti utama ekonomi penduduk setempat di kawasan tersebut adalah bergantung kepada sektor pelancongan. Hasil kajian mendapati bahawa wabak COVID-19 telah memberi kesan yang ketara kepada ekonomi komuniti setempat disebabkan sekatan sempadan negara dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan aktiviti pelancongan tidak dapat dijalankan. Pembukaan Pulau Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan sangat membantu memulihkan pendapatan komuniti setempat yang terlibat dalam sektor pelancongan di pulau tersebut. Berdasarkan hasil kajian, sebanyak empat cadangan untuk pemerkasaan sektor pelancongan di Pulau Langkawi selepas COVID-19 telah diberikan iaitu meningkatkan kemahiran inovasi dan pendigitalan sektor pelancongan, memperkukuhkan tadbir urus dan respon terhadap impak pandemik, membina ketahanan dan kapasiti adaptasi untuk daya saing, dan koordinasi dan kerjasama antara pemegang taruh bagi melestarikan sektor pelancongan. Cadangan penambahbaikan ini tidak terhad kepada Pulau Langkawi sahaja dan boleh diaplikasikan di kawasan pelancongan lain. Hasil kajian ini adalah selari dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 iaitu memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua sub-sektor pelancongan, khususnya di Pulau Langkawi

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇