Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Kesan Teknik Mnemonik dan Pembelajaran Koperatif terhadap Pencapaian Pelajar Sekolah Luar Bandar dalam Pendaraban Indeks
Kajian ini mengkaji tentang keberkesanan teknik Mnemonik yang digunakan dalam suasana pembelajaran koperatif untuk mengajar topik Pendaraban Indeks kepada pelajar Tingkatan Dua dari sekolah menengah luar bandar di negeri Sabah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan sama ada penggunaan teknik Mnemonik dan pembelajaran koperatif ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar untuk topik Pendaraban Indeks. Kajian kuasi eksperimen ini melibatkan dua buah sekolah menengah luar bandar di mana setiap sekolah mewakili kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan saiz kumpulan yang sama. Seramai 40 pelajar dari setiap sekolah telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan bagi memastikan pelajar yang terpilih adalah mereka yang tergolong dalam prestasi pencapaian yang rendah berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu. Dapatan kajian yang dianalisis dengan ujian t berpasangan menggunakan SPSS versi 26.0 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan skor min antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan skor min ujian pra-pasca untuk membandingkan kedua-dua kumpulan. Namun, pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan yang menggunakan teknik Mnemonik dan pembelajaran koperatif adalah lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Justeru, kajian ini menunjukkan bahawa para guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar pencapaian pelajar sekolah menengah luar bandar dalam Matematik dapat dipertingkatkan
Teachers' Beliefs of Coronavirus on Online Learning
The learning and simplification in the 21st century particularly due to covid-19 is a real challenge for each individual teacher. Virtual classroom, multimedia, mobile learning, electronic learning, and cloud technologies as the components of digital learning play a vital role in this century but a sudden shift to totally online learning, instead of real classroom, has triggered teachers to change in their learning and simplification. Hence, this study is carried out to explore teachers’ beliefs of how corona virus impact on online learning. This study applied the qualitative study with 58 informants using the purposive sampling method. Motivation, engagement, social relationships, entertainment, creativity, and virtual experiments are the themes identified from this study. The impact of the coronavirus on online learning has been profound, affecting various aspects of education
Memahami Peranan Komunikasi dan Parti Berorientasikan Pasaran dalam Politik Malaysia
Politik di Malaysia sedang menyaksikan perebutan undian rakyat yang semakin matang dalam usaha mengubah landskap pemerintahan negara yang sebelum ini dilihat sebagai pasif. Sejak tsunami politik dalam pilihan raya umum pada tahun 2008, parti-parti politik di negara ini semakin sedar akan kepentingan pemasaran politik. Secara teori, terdapat tiga kaedah utama pemasaran politik iaitu parti yang berorientasikan produk, pasaran dan jualan. Mengguna pakai konsep yang dipinjam daripada bidang pengurusan, pemasaran politik dilihat semakin signifikan dalam memastikan parti politik sedia ada kekal relevan dan berkuasa. Seiring dengan keadaan politik semasa, artikel ini membincangkan proses pemodelan politik yang berorientasikan pasaran dan sejauh mana peranan komunikasi mampu menarik minat pengundi di Malaysia. Dengan memfokuskan kepada kaedah ini (pasaran), aspek komunikasi dalam proses pendekatan pasaran dibincangkan secara teliti. Kajian ini akan membandingkan pelbagai mod komunikasi dari segi kelebihan dan kelemahan, terutamanya dalam memperoleh kepercayaan pengundi. Akhir sekali, terdapat juga perbincangan yang berkaitan dengan usaha pemasaran politik secara bersemuka (canvassing) sebagai kaedah penting dalam memastikan komunikasi dua hala antara pengundi dan parti politik. Ahli politik yang memilih untuk berinteraksi secara bersemuka lebih mudah mempengaruhi pengundi dengan intonasi, ekspresi wajah dan bahasa badan yang meyakinkan dalam mewujudkan hubungan yang lebih dekat dengan pengundi. Hal ini membolehkan pengundi berasa lebih dekat dan mesra dengan calon tersebut. Justeru, proses komunikasi berjalan lebih lancar dan perkara ini terbukti berjaya mempengaruhi pengundi untuk membuat keputusan yang memihak kepada parti yang mengguna pakai pendekatan pemasaran politik ini (orientasi pasaran)
Pengaruh Electronic Word-of-Mouth, Imej Jenama dan Kepercayaan Pengguna terhadap Niat Membeli dalam Talian
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mempengaruhi tingkah laku pembelian pengguna. Pembelian secara atas talian lebih digemari oleh masyarakat kini kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa daripada pembelian secara konvensional. Electronic Word-of-Mouth (eWOM) diiktiraf sebagai salah satu sumber maklumat yang paling berpengaruh dalam keputusan penggunaan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pengaruh eWOM dengan niat pengguna untuk membeli dalam talian. Imej jenama sesuatu produk dan kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan boleh mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan pembelian. Maka, peranan imej jenama dan kepercayaan pengguna sebagai pengantara antara hubungan eWOM dan niat untuk membeli adalah juga penting untuk dikaji. Analisis kuantitatif dijalankan ke atas 159 data soal selidik yang diperoleh daripada responden menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati bahawa eWOM mempunyai hubungan signifikan dan positif terhadap niat untuk membeli dengan imej jenama dan kepercayaan pengguna sebagai pengantara. Kajian ini memberi indikasi kepada pengurus dan pemilik perniagaan agar mengutamakan kaedah eWOM dalam merencana strategi promosi yang berkesan untuk meningkatkan niat pembelian pengguna
Faktor-Faktor Persaraan Awal: Tinjauan dalam kalangan Guru-Guru Negeri Perak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membuat perbandingan motivasi dan persepsi guru terhadap dunia pendidikan dan pengajaran serta faktor-faktor persaraan awal dalam kalangan guru-guru negeri Perak. Kutipan data dilaksanakan melalui pendekatan campuran kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Teknik pensampelan mudah digunakan bagi mendapatkan maklum balas daripada guru-guru bagi menjawab persoalan kajian dan mendapatkan peserta untuk temu bual. Seramai 772 responden telah menyertai soal selidik ini dan 73 daripada mereka telah bersetuju untuk ditemu bual. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati motivasi guru berada pada tahap yang tinggi manakala persepsi guru adalah sederhana tinggi. Guru yang berkhidmat lebih lama didapati mempunyai motivasi dan persepsi yang lebih tinggi. Terdapat enam faktor dominan dikenal pasti dan ditemakan iaitu bebanan kerja, tekanan pentadbiran, persekitaran sosial dan buli, pelajar dan masyarakat, kecekapan kendiri dan prasarana. Kajian ini turut memberikan beberapa cadangan agar permasalahan ini dapat dikawal pada masa hadapan. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada motivasi guru untuk meneruskan khidmat bakti kepada anak bangsa
Enhancing Language Acquisition: A Case Study of TESL Lesson Plans in an International School
The fourth goal in Sustainable Development Goals (SDG) spells out Quality Education that demands teachers across all disciplines to teach effectively. The available literature suggests that teaching effectiveness starts from good planning, which should be evident in the documentation of lesson plans. However, when it comes to English teachers, their demanding roles that are attributed to the value-laden content, the grading of essays, the performance pressure of high-stake testing, and the requirement of culturally appropriate pedagogies (Loh & Liew, 2016) have caused the practice of writing lesson plans to be challenged, causing the effectiveness of the teaching to be jeopardised. English teachers in international schools are not exempted from facing this problem, yet little studies have been done on the teachers in this context. To achieve the purpose, this research adopts a case study design using document analysis and semi-structured interview to collect the data. The data were analysed quantitatively using a lesson plan rubric by Student Teacher Assessment Instrument (STAI) and thematic analysis, respectively. The study unveils that the teachers had a moderate level of lesson plan, suggesting a need for further support in lesson planning. The findings of this study will be helpful for English. Teachers understand the importance of writing an effective lesson plan as it has a high possibility of enhancing teaching effectiveness
Perilaku Alam Sekitar Peramal Kepada Keinginan Untuk Menyertai Inisiatif Pembersihan Sungai
Kajian ini bertujuan untuk meramalkan hubungan positif antara tingkah laku pro-alam sekitar, efikasi kendiri hijau dan kepercayaan hijau terhadap niat untuk menyertai inisiatif pembersihan sungai. Teori penentuan kendiri dan teori persepsi kendiri menerangkan hubungan peramal dengan niat penyertaan. Satu soal selidik kendiri telah mengumpul data daripada 350 operator bot kecil dalam Persatuan Bot Rekreasi Selangor dan Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang yang menggunakan Sungai Klang yang tercemar. 300 soal selidik yang dikembalikan telah disaring menggunakan SPSS. 267 responden boleh digunakan untuk analisis. Analisis model pengukuran menunjukkan instrumen memperoleh kebolehpercayaan dan kesahihan selepas menggugurkan beberapa item. Analisis model struktur menyokong hipotesis, menunjukkan individu dengan tingkah laku pro-alam sekitar, efikasi kendiri hijau dan kepercayaan hijau berniat untuk menyertai pembersihan sungai disebabkan kesedaran yang tinggi untuk memelihara sungai. Mereka juga sangat termotivasi apabila pembersihan menunjukkan pengurangan sampah. Kajian ini memberi sumbangan akademik dan praktikal untuk mengubah tingkah laku manusia berkaitan penyertaan pembersihan sungai bagi pemeliharaan alam sekitar. Ia menasihati penyelidik masa depan untuk meneroka pemboleh ubah dan teori untuk konteks yang berbeza dan perubahan tingkah laku manusia dalam inisiatif alam sekitar. Di samping itu, kajian ini boleh mengkaji penyertaan dalam pembersihan sungai-sungai utama Malaysia yang lain
ESL Students’ Perception Towards Their Level of Critical Thinking Skills
The ability to think critically is an important skill to be acquired, especially at tertiary level. Nonetheless, it has been found that tertiary students’ level of critical thinking (CT) skills to be at the moderate level. An effective level of CT skills has been proven to be beneficial in navigating real-world challenges. Thus, this study is an attempt to answer these research questions: i) What is the perceived level of CT skill among ESL students?, ii) Is there any significant mean difference in the level of CT skills between male and female students?, iii) Is there a significant mean difference in the level of CT skills between LG240 and LG243 programmes?, and iv) Is there any significant mean difference in the level of CT skills among students with different grades?. This study employed a fully quantitative approach and cross-sectional study as its research design. A questionnaire was distributed for approximately three (3) weeks, and 107 responses were received. The data obtained showed that the students perceived their level of CT skills to be at a high level and they had positive views towards their level of CT skills. Moreover, there was no significant difference between genders and programmes, but there were significant differences between grades. Hence, it is important for educators to know their students’ level of CT skills as to prepare suitable lesson plans and materials to develop and enhance this set of skills. For future research, this study would suggest focusing on the development of materials that would assist both educators and tertiary students in developing a good set of CT skills
A Qualitative Study of Work Motivation Among the Media and Creative Workers in Malaysia
The creative industry is a booming sector in the contribution to the gross domestic product in a country especially towards the gig economy. Among the pillars within the creative industry is those from the film and drama sectors. Terms such as above-the-line and below-the-line are segregated to identify their nature of work and how it contributes to the audio-visual industry. Therefore, the creative industry practitioners are facing challenges in maintaining their status quo for better economic gains and protecting their well-fare due to the nature of the creative industries as freelancers. This study’s objective is to understand the problems that are faced by the creative industry stakeholders in generating their income and also to study the possible effects of inefficiency of well-fare protection in Malaysia's creative industry. This study also uses qualitative study and thematic analysis to analyse the data gained from focus group discussion of five (5) participants where four (4) of them are creative creators and one (1) of them was from the legislative office of copyright protection in Malaysia. The interviews were recorded into audio files and transcribed verbatim. The data acquired were later on analysed using ATLAS.ti and have managed to discover three (3) emergent themes that reflects the whole purpose of the study. The impact of this study is to understand what could possibly be done to improvise the economic and welfare well-being of the creative industry practitioners
Penilaian Pengukuran Kemiskinan dari Perspektif Multidimensi: Kajian Kes Pelajar B40 di Universiti Sains Malaysia
Kemiskinan merupakan isu subjektif serta berunsur pelbagai dimensi, lantas perlu didefinisikan dan diukur secara multidimensi dengan mengambil kira pelbagai faktor selain daripada pendapatan. Oleh itu, dapatan kajian ini memaparkan Indeks Kemiskinan Multidimensi 25 pelajar B40 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2021 bagi mengenal pasti kedua-dua insiden ketersisihan pelbagai dimensi (bilangan pelajar yang mengalami keterisihan dalam pelbagai aspek kehidupan) dan intensiti kemiskinan (berapa batas ketersisihan dialami secara purata pada sesuatu masa) dibandingkan dengan kaedah pengukuran konvensional yang berdasarkan pendekatan pendapatan-unidimensi semata-mata. Objektif kajian ini memfokuskan pentafsiran dan pengukuran kemiskinan yang berpaksi kepada perspektif multidimensi terhadap pelajar B40 tersebut. Natijahnya, kajian ini menegaskan kemiskinan ditafsir serta diukur daripada perspektif multidimensi supaya dapat dikenal pasti program pembasmian kemiskinan holistik. Metodologi kajian ialah kaedah kuantitatif berdasarkan model Indeks Kemiskinan Multidimensi terhadap 25 pelajar B40 melalui data kajian rintis-berempirikal. Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian awal berskala kecilan bagi mengenal pasti kelemahan atau kelebihan model pengukuran sebelum kajian sebenar yang dibuat secara sekala besar