Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Penstrukturan Dasar Sabah Maju Jaya dalam Isu Mahasiswa OKU di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Sabah

    No full text
    Dasar Sabah Maju Jaya merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang direka untuk menyokong pembangunan keseluruhan Sabah, meliputi pelbagai kemajuan masyarakat. Di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Sabah, kajian ini memfokuskan kepada penstrukturan semula asas yang diperlukan untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pelajar OKU, khususnya mereka yang mengalami masalah fizikal atau pembelajaran. Matlamatnya adalah untuk menyediakan pelajar OKU peluang yang sama dan persekitaran pembelajaran yang mesra OKU. Kajian ini berhasrat untuk meneliti cabaran yang dihadapi oleh pelajar OKU di IPTA di Sabah dengan penelitian terhadap kajian-kajian terdahulu serta pengalaman yang telah direkodkan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif untuk mengumpul data menerusi kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati terdapat banyak bidang penting yang memerlukan perhatian dalam asas penstrukturan semula Dasar Sabah Maju Jaya untuk membantu pelajar OKU di IPTA

    Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

    No full text
    Pentaksiran Bilik Darjah adalah salah satu cara yang digunakan untuk mentaksir kemahiran dan kefahaman murid. Pelaksanaan PBD dapat memperolehi maklumat tentang perkembangan dan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran kepada guru. Faktor yang penting dalam menjayakan pelaksanaan PBD adalah tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBD. Seramai 83 orang guru yang berasal dari 5 buah sekolah rendah kategori A Program Transformasi Sekolah 2025(TS25) di daerah Kuala Lipis, Pahang menjadi responden dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian dan analisis secara deskriptif digunakan. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan skor min bagi tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PBD dalam kajian ini adalah tinggi dengan min 4.17, skor min bagi tahap kemahiran guru terhadap pelaksanaan PBD pula adalah sederhana tinggi dengan min 3.98 dan skor min bagi tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan PBD juga adalah sederhana tinggi dengan min 3.95

    The Relationship between Students’ Personality and Their Achievement in Solving Mathematics Higher Order Thinking Skills Questions

    No full text
    This study identifies the relationship between the personality traits and achievements in solving the mathematics HOTS questions of 254 Year Six students from three primary schools in Ulu Tiram. The findings from the personality questionnaire and the mathematics HOTS question paper were an-alysed. The findings showed that the main dominant personality traits of the students were the openness followed by extraversion, neuroticism and agreeableness. For the achievement in the HOTS paper, 61 students scored highly, 55 in the very high category, and the rest were in the very low, low and medium categories. The result of regression analysis showed that the predictor of the standardised predictive coefficient of the neurotic characteristic (ᵦ = −.132) was significant, while the correlation value of students’ achievement and neurotic personality trait was 0.132. This showed that the relationship between students’ neuroticism and their achievement in solving the mathe-matics HOTS question was very low. Therefore, only neuroticism out of the five types of personality traits contributed to the achievement of Year Six students in solving the mathematics HOTS ques-tion. Hence, the findings conclude that personality traits are not the main factor affecting the achievement of the Year Six students in solving mathematics HOTS questions

    Folktale Comes Alive: A Virtual ESL Learning Package to Engage ESL Learners

    No full text
    Folktales serve as a source for creative inspiration that leads to the emergence of several works in modern literature. However, despite these sterling qualities of folktales, it is endangered with extinction. The project aims to preserve the cultural and heritage of the indigenous Semai folktales through the English language teaching and learning in fun, interactive and creative ways. Thus, the ESL virtual learning package developed includes a fascinating virtual puppet shows with an E book entitled The Legend of Cen Cemana accompanied with English language activities that cater for the highflyers, intermediate and beginner’s level students. The innovation was developed as a means to preserve the cultural heritage of the Semai and most importantly is to integrate the interesting folktale into ESL teaching and learning to engage learners. Legend of Cen Cemana was chosen because the folktale explains about the Semai beliefs and the universal values the elderly Semai used to pass down to the younger generation through oral tradition. The product is commercialized through collaboration projects with schools and ESL teachers. A short survey pertaining to student’s experience and opinion using the English Language Learning package was conducted. The finding shows students received positive effects while using the virtual language learning package (the virtual puppet show, the e book of Semai and ESL language activities). Thus, preservation of Indigenous folktales through the innovation initiatives is the best way to preserve the Semai cultural heritage and the effort should be well received and supported by the government and the Ministry of Education

    The Uses of Balau Among the Melanau Community Especially in The Traditional Healing Rituals

    No full text
    Indigenous Knowledge is defined by UNESCO as the understandings, skills and philosophies that is formed by communities through a continuous interaction between the natural surroundings with its people. The traditions and customs of indigenous knowledge particularly traditional healing rituals within the Melanau community are being forgotten as they are less practice nowadays.  Balau or scientifically known as mextroxylon sagu is a plant that is closely related to the traditional healing practice and the way of life of the Melanau community. The objectives of the paper are: to identify the uses of balau among the Melanau community and to analyse the types and practices of Melanau traditional healing rituals. This paper uses a qualitative approach which includes in-depth interview and observation to gather all the data. The findings of this paper are: there are many functions of balau in the daily use of the Melanau community as a source of food, income and healing; and there are several types of traditional healing rituals that already not practice by the Melanau community due to the availability of modern medicine and religious conversion. To preserve the practices of indigenous knowledge mainly traditional healing rituals are challenging due to the rapid modernization

    Impak Penggunaan Aplikasi Tiktok Terhadap Gaya Hidup Pelajar UTHM Pagoh

    No full text
    Pelbagai aplikasi yang menjadi trend di platform media sosial telah mencipta satu fenomena yang membantu untuk menghubungkan komunikasi antara satu sama lain. Namun begitu, belakangan ini, terdapat segelintir golongan remaja dan pelajar yang terlalu obses dengan salah satu aplikasi iaitu aplikasi TikTok sehingga mengakibatkan ketagihan yang melampau yang memberi kesan terhadap diri mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau impak pengunaan aplikasi TikTok terhadap gaya hidup pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif di mana sampel kajian terdiri daripada 107 orang pelajar UTHM Kampus Pagoh. Instrumen kajian melibatkan satu set soal selidik yang mengandungi 31 item dan menggunakan skala Likert sebagai ukuran. Analisis skor min dan sisihan piawaian digunakan bagi meninjau impak penggunaan aplikasi TikTok terhadap gaya hidup pelajar UTHM Kampus Pagoh. Ujian khi kuasa dua digunakan untuk melihat perbezaan impak pengunaan aplikasi TikTok terhadap gaya hidup mahasiswa berdasarkan tempoh penggunaan mereka dalam sehari dan berapa lama mereka menggunakan aplikasi TikTok berdasarkan tahun. Terdapat pelbagai impak kepada gaya hidup pelajar UTHM Kampus Pagoh seperti berlakunya pembaziran masa kerana menghabiskan masa dengan melayari kandungan video TikTok dan stres kerana pelajar banyak terdedah kepada video dan gambar yang tidak bermoral, namun bagaimanapun didapati banyak juga impak positif yang diperolehi oleh pelajar seperti pengembangan bakat dan akses mudah untuk pembelajaran. Seterusnya, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap impak pengunaan aplikasi TikTok kepada gaya hidup pelajar UTHM berdasarkan penggunaan aplikasi TikTok yang dianalisiskan dengan kaedah ujian khi kuasa dua. Kesimpulannya, aplikasi TikTok memberikan impak kepada gaya hidup pelajar UTHM. Jadi, kesedaran yang tinggi perlu diterapkan kepada pelajar bagi mengatasi isu-isu perilaku negatif serta gaya hidup sebagai pelajar

    Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Kompetensi Guru

    No full text
    Isu kompetensi guru masih diperbincangkan dan peranan pemimpin dalam meningkatkan kompetensi guru masih dikaji. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan kompetensi guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara dalam talian. Sejumlah 269 orang guru dilibatkan sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 26 telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menggambarkan tahap kepimpinan instruksional pengetua dan kompetensi guru secara keseluruhannya berada pada aras tinggi. Analisis melalui ujian korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dan kuat di antara kepimpinan instruksional pengetua dengan kompetensi guru. Implikasi kajian ini memperkaya khazanah ilmu kepada pemimpin sekolah tentang amalan kepimpinan instruksional secara langsung dalam memperkasakan kompetensi guru. Selain itu, diharapkan dapatan kajian ini juga memberikan sumbangan bentuk data empirikal tentang kepimpinan instruksional pengetua dengan kompetensi guru. Kesimpulannya, kepimpinan instruksional pengetua memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada kegemilangan sesebuah sekolah khususnya dalam memperkasakan kompetensi guru di kalangan sekolah

    Amalan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Program Transformasi Sekolah 2025

    No full text
    Teknologi merupakan antara elemen terpenting dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bahkan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Walau bagaimanapun di Malaysia, kemahiran teknologi guru masih berada pada tahap yang rendah. Guru-guru masih tidak yakin untuk mengintegrasikan TMK dalam PdPc. Oleh itu, pendekatan kepimpinan teknologi mampu mengatasi isu ini. Di samping itu, komitmen guru menyumbang kepada kemajuan sekolah dan pencapaian murid. Guru yang benar-benar komited sering bermotivasi untuk menghasilkan kerja yang terbaik untuk sekolah. Maka kajian ini dilaksanakan untuk menentukan tahap amalan kepimpinan teknologi dalam kalangan guru besar dan kaitannya dengan komitmen guru sekolah rendah Program TS25 di Putrajaya. Reka bentuk tinjauan dipilih dan melibatkan 310 sampel guru-guru sekolah rendah Program TS25 di Putrajaya berdasarkan kaedah pensampelan rawak mudah serta borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil analisis menunjukkan kepimpinan teknologi mencapai tahap sederhana tinggi dan komitmen guru berada tahap yang sederhana. Terdapat juga hubungan yang kuat antara kepimpinan teknologi dan komitmen guru. Ini bermakna semakin tinggi kepimpinan teknologi diamalkan maka semakin tinggi komitmen guru-guru di sekolah. Kajian ini memberikan implikasi kepada model kepimpinan teknologi NETS-A (2002) yang merupakan sebuah model kepimpinan teknologi yang komprehensif dan menyeluruh. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada pembuat dasar di KPM untuk menambah baik latihan sedia ada dengan menerapkan elemen kepimpinan teknologi

    Persepsi Kebimbangan dan Efikasi Kendiri Murid Sekolah Rendah dalam Pembelajaran Matematik

    No full text
    Kebimbangan dan efikasi kendiri adalah faktor yang mempengaruhi minat dan sikap murid dalam pembelajaran subjek Matematik. Kebimbangan yang minimum dan efikasi kendiri yang maksimum terhadap subjek Matematik dapat merangsang kognitif murid untuk membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menentukan bagaimana murid darjah lima merasakan kebimbangan dan efikasi kendiri serta melihat bagaimana persepsi mereka berbeza berdasarkan jantina. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan kekuatan perkaitan antara dua pemboleh ubah. Dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah, 314 murd tahun lima dari lima buah sekolah di daerah Shah Alam, Selangor telah dipilih sebagai responden. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan reka bentuk tinjauan melalui soal selidik untuk mengumpul data. Data daripada penyelidikan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science 27 (SPSS). Data yang diperoleh dinilai menggunakan statistik deskriptif dan juga statistik inferensi, seperti ujian-t dan ujian Korelasi Pearson. Mengikut dapatan kajian, murid mempunyai tahap kebimbangan yang ketara dan mempunyai keyakinan yang sederhana. Kajian ini juga mendapati bahawa min kebimbangan dan skor efikasi kendiri tidak berbeza secara signifikan mengikut jantina. Keputusan ujian korelasi menunjukkan bahawa kebimbangan dan efikasi kendiri murid tahun lima terhadap penguasaan topik matematik mempunyai hubungan negatif yang kuat (r = -0.537) dan signifikan secara statistik. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati semakin tinggi kebimbangan murid, semakin rendah efikasi kendiri murid terhadap pembelajaran subjek Matematik

    Alternative Pedagogies Used by Teachers in Teaching History During the Covid-19 Pandemic

    No full text
    The topic of the alternative use of the pedagogies in the teaching system of Malaysia deals about the pedagogies used by the teachers help in the proper understanding of students and help them study in a more focused and distinct way. The teachers use the methods of reviewing the systems and analyzing the data that has been published, critically, to provide a deep learning knowledge to the students. The research has been done on the alternative pedagogies used in teaching processes and the impacts of these alternative pedagogies in the student motivation. In the findings and discussions, the research has been done based on the primary qualitative data that has been collected according to which the surveys have been conducted. After the completion of all the necessary practices and strategies of the teachers, a feedback round is conducted where the students are required to fill in the forms and answer about the various learning processes that impacted them and helped them grasp the desired knowledge. In case of primary data collection method, an interview has been where the history of pedagogical approach is analyzed. In summary part, the overall view of the study is discussed which fulfils the approaches of pedagogy by the teachers in the covid. This provides a continuity of education process and motivates the students to develop their skills and make a sustainable develop in future. The study provides an outcome of student’s satisfaction in their education in covid which also provide them psychological balance in learning. &nbsp

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇