Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Kecerdasan Menghadapi Cabaran, Efikasi Kendiri serta Hubungan Terhadap Kesejahteraan Psikologi di kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kecerdasan menghadapi cabaran, efikasi kendiri, tahap kesejahteraan psikologi dan melihat hubungan antara tahap kecerdasan menghadapi cabaran serta efikasi kendiri terhadap kesejahteraan psikologi pelajar sarjana. Kajian kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Kaedah pensampelan rawak digunakan dan seramai 332 orang pelajar sarjana telah terlibat sebagai sampel kajian. Instrumen kajian diadaptasi dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu daripada soal selidik Adversity Quotient, New General Self-Efficacy Scale dan Psychological Well-Being Scale. Data dianalisis secara deskriptif (menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai) dan inferensi (Korelasi Pearson). Dapatan kajian menunjukkan pelajar sarjana pendidikan mempunyai tahap kecerdasan menghadapi cabaran yang sederhana (M=3.140, SP=0.305), tahap efikasi kendiri yang tinggi (M=3.880, SP=0.852) dan tahap kesejahteraan psikologi yang rendah (M=2.93, SP=0.647). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan menghadapi cabaran (r=0.402, p<0.01) dan tahap efikasi kendiri (r=0.277, p<0.01) terhadap kesejahteraan psikologi pelajar. Cadangan kajian juga dibincangkan di dalam artikel ini
Kepimpinan Instruksional Guru Besar SJKC dan Komitmen Guru
Kepimpinan instruksional merupakan antara usaha berterusan penambahbaikan sekolah berkesan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan guru besar dan komitmen guru SJKC di Daerah Klang. Kajian tinjauan kuantitatif ini hanya melibat sampel seramai 286 orang guru SJKC sahaja. Instrumen soal selidik kajian diubah suai daripada Instructional Management Rating Scale (PIMRS) dan komitmen organisasi (Allen & Meyer, 1997). Data kajian dianalisis dengan perisian SPSS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional guru besar SJKC Klang adalah pada tahap tinggi (min=4.04; sisihan piawai=0.57). Manakala, komitmen guru SJKC Klang adalah pada tahap memuaskan (min=3.33; sisihan piawai=0.74). Data kajian juga menunjukkan bahawa nilai pekali korelasinya ialah p=0.204, p>0.01. Ini bermakna terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan guru besar dan komitmen guru tetapi dengan kadar kekuatan yang sangat lemah. Implikasi kajian ini memberikan mesej kepada semua pihak yang berada dalam sistem pendidikan supaya sentiasa bersedia untuk berubah demi mencapai hasrat PPPM 2013-2025. Usaha peningkatan kepimpinan instruksional harus diteruskan tanpa mengabaikan peningkatan komitmen guru. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat dijadikan bacaan semua pihak untuk menambah pengetahuan kepimpinan sekolah
The Reliability and Validity Measurement for Emotional Intelligence and Cohesion of Workgroup Among Football Players
One of the important processes in research is to ensure that the questionnaire is reliable and valid. Based on previous research, the psychometric properties of the measurement for emotional intelligence and cohesion of workgroup are not widely tested by using the sample in the context of sports. Hence, the main objective of this study is to test the reliability and validity measurement for emotional intelligence and cohesion of workgroup among football players. The research method is quantitative where questionnaire form is used to conduct the study. The questionnaire is consisting of Schutte Emotional Intelligence Scale (SEIS) and Group Cohesiveness Scale. The sample of this study is 252 football players that plays for Premier League and Super League. The data was analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) software version 26. As result, the score of Cronbach Alpha for SEIS is 0.816 while for Group Cohesiveness Scale, the score of Cronbach Alpha is 0.778. Hence, in terms of reliability, the findings show that all items are in high reliability. Meanwhile, in terms of validity, the results show that all items are very beneficial which are strongly valid. As conclusion, the result of this study will be one of the sources of reference for future researchers that interested to use the measurement of emotional intelligence and cohesion of workgroup especially in the context of sports
Peranan Ibu Bapa Bukan Berbangsa Cina dalam Memupuk Motivasi Belajar Anak di Prasekolah SJKC
Kewujudan sekolah yang pelbagai jenis aliran di Malaysia memberikan pilihan kepada penduduk Malaysia untuk memilih sekolah yang mereka inginkan. Tren peningkatan murid bukan berbangsa Cina di SJKC dilihat semakin meningkat setiap tahun. Isu ini penting untuk dikaji terutamanya apabila murid bukan penutur natif Bahasa Cina beradaptasi dengan bahasa dan budaya pendidikan yang berbeza. Sokongan dari ibu bapa adalah mustahak dalam membantu proses pengasimilasian bahasa kerana ibu bapa merupakan individu yang terdekat dalam perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Oleh itu, kajian kualitatif berbentuk penerokaan ini bertujuan untuk meneroka peranan ibu bapa bukan berbangsa Cina dalam memupuk motivasi belajar anak di prasekolah SJKC. Sejumlah 12 peserta kajian yang terdiri daripada ibu bapa prasekolah bukan berbangsa Cina telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul secara temu bual separa berstruktur secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Data dianalisis secara tematik. Hasil kajian bagi penglibatan ibu bapa bukan berbangsa Cina dalam aktiviti pembelajaran anak menunjukkan aktiviti seperti menyediakan kemudahan dan sokongan pembelajaran, pemantauan dan memberikan motivasi. Justeru, kajian ini membuktikan penglibatan ibu bapa bukan berbangsa Cina dalam aktiviti pembelajaran anak adalah penting dalam memupuk motivasi belajar dan membantu perkembangan murid prasekolah SJKC
Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Awal
Pendekatan bermain dilihat sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu mengembangkan potensi kanak-kanak secara holistik. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Matematik Awal. Pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik sebagai instrumen kajian digunakan dalam pengumpulan data. Sampel terdiri daripada 49 orang guru prasekolah sekitar daerah Tangkak, Johor dengan menggunakan kaedah pensampelan mudah. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 digunakan dalam penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal adalah tinggi. Hal ini menerangkan bahawa guru menggunakan pendekatan bermain dalam PdP Matematik Awal. Kajian ini membantu guru dalam merancang pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Matematik Awal
Amalan Kepimpinan Lestari Pengetua dan Hubungannya dengan Motivasi Guru di Sekolah Menengah Daerah Papar, Sabah
Kajian terdahulu mendapati pengetua yang kurang pengetahuan tentang gaya kepimpinan menjadi punca motivasi guru rendah. Keberkesanan kepimpinan lestari dalam mencapai kecemerlangan sekolah perlu menjadi amalan pengetua. Antara tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi melihat sejauh mana tahap amalan kepimpinan lestari yang diamalkan oleh pengetua dan hubungannya dengan tahap motivasi guru di empat buah sekolah menengah di Daerah Papar Sabah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepimpinan lestari pengetua, motivasi guru, perbezaan tahap amalan kepimpinan lestari pengetua dan perbezaan motivasi guru dari sudut demografi. Penyelidikan dilakukan menggunakan kaedah tinjauan dan berdasarkan pendekatan kuantitatif. Soal selidik skala Likert telah digunakan dan seramai 146 responden telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah deskriptif dan inferensi melalui Statistical Package for Social Sciences (SPSS) V2 digunakan bagi menganalisis data. Dalam menentukan hubungan antara pemboleh ubah pertama dan kedua, kajian menggunakan ujian Korelasi Pearson. Setelah dianalisis, hasil kajian mendapati amalan kepimpinan lestari pengetua dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi. Begitu juga korelasi antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut apabila data menunjukkan hubungan antaranya adalah signifikan dan kuat. Dapatan ini juga merumuskan bahawa motivasi guru akan meningkat jika berlaku peningkatan terhadap kepimpinan lestari pengetua. Kajian ini juga mendapati bahawa kepimpinan lestari perlu dilaksanakan oleh pengetua untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan guru. Pengkaji pada masa hadapan juga boleh menggunakan dapatan kajian ini sebagai sumber rujukan, sekali gus sebagai panduan untuk memantapkan sistem pendidikan kita yang sedia ada
The Elite Construction Post-Authoritarianism Suharto
Suharto's New Order rule has ended with various political and economic dynamics and a vision of progressive development every five years. Suharto's New Order government became authoritarian for the sake of stability built in all regions of Indonesia, utilizing various power networks such as the military, businessmen, and oligarchs, and using Golkar as a political “boat” in every election. After the fall of Suharto, the remnants of elements of power and the oligarchs still existed in the reform era until the current Jokowi administration. The data was obtained through a literature study, a literature review, and in-depth interviews with a qualitative approach. The number of informants who were met was four informants. In addition, the views of scholars who are referred to are also to strengthen the arguments of the ideas that are designed and compiled. In analyzing, this article emphasizes inductive patterns or patterns of relationships between theoretical, conceptual, and empirical relationships. This article identifies how the transformation of the political and business elites, or the classical oligarchy that once lived forever in the New Order era, adjusted the situation and conditions of the political regime. In addition, this paper also shows that there is a phase of elite adjustment that impacts the emergence of a new style of authoritarianism in Indonesia. This article is to see how the elites adjusted themselves after the “Reformasi” in Indonesia with various political maneuvers, either involving themselves in the government or becoming trend setters outside the government until the Jokowi administration era
Using Malaysian Independent Film Gadoh as a Pedagogical Tool to Shift Ethnic Boundaries
This paper investigates the use of a Malaysian independent film as a pedagogical tool to facilitate the shifting of ethnic boundaries among selected Malaysian university students. The concept of ethnic boundaries by Mansor (2012) has been applied to evaluate the shifting ethnic boundaries. There are two research objectives for this study which are, firstly, to explore the perceptions of the students on the use of Malaysian Independent film, Gadoh as a pedagogical tool to discuss sensitive issues relating to interethnic relations in Malaysia and secondly, to evaluate the changes in the shifting of their ethnic boundaries based on their perceptions of the film. Five participants have been purposively selected from different ethnic backgrounds and fields of studies to participate in a focus group discussion. The findings suggests that Gadoh is perceived as a potential pedagogical tool for experiential learning, critical awareness on the issues of ethnic relations and lastly, as a platform to explore conflict and reconciliation suggestions provided by the film. Participants were able to thin and dissolve their ethnic boundaries due to being exposed to different standpoints beyond one’s ethnic boundaries
Examining the Impact of Self-Promotion on Job Interviews: A Case Study of Malaysian Fresh Graduate Teachers
The purpose of this study was to examine how a particular cohort of applicants, who were seeking teaching positions in an international school were working with students experiencing learning difficulties, responded to the job interview question "why should we hire you." By analyzing their responses, the aim was to understand how these teachers engaged in self-promotion to create a favorable impression of the interviewer. A qualitative research approach was utilised to analyse the data collected, which consisted of interviews conducted with five successful candidates. The findings of this study indicated that these candidates encountered challenges in effectively demonstrating self-promotion during their job interviews, despite being ultimately successful in obtaining positions. Furthermore, the results revealed a lack of confidence among the candidates, potentially stemming from their limited proficiency in employing appropriate vocabulary to convey their goals and strategies effectively. Based on these findings, it is recommended that the teaching curriculum incorporate self-promotion techniques to better equip undergraduate students for job interviews and enable them to effectively respond to standard interview questions, thus allowing them to showcase their capabilities more confidently and successfully
Prestasi Pembelajaran di Era Covid-19 Secara Dalam Talian: Kecerdasan Holistik
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Pengaruh kesemua empat kecerdasan yang dikaji iaitu intelek, fizikal, emosi dan rohani yang mana dikategorikan secara menyeluruh sebagai kecerdasan holistik pembelajaran dalam talian pelajar prasiswazah dalam kalangan pelajar prasiswazah (110 pelajar) daripada 2 buah institusi pendidikan. Prestasi pembelajaran ini pula dikategorikan kepada mengikut gred semasa pelajar iaitu gred 0.00-2.00, gred 2.01-3.00 dan akhir sekali gred 3.01-4.00. Kajian yang telah dijalankan ini telah dijalankan menggunakan 30 item yang telah dikumpulkan dibawah satu set soal selidik yang dibentuk oleh pengkaji yang mewakili 4 dimensi kecerdasan holistik. Keseluruhan kajian yang telah dijalankan ini telah dianalisis oleh pengkaji melalui kaedah tinjauan menggunakan sampel secara rawak, manakala hasil kajian telah dianalisis melalui penggunaan Ujian Anova Satu Hala. Hasil dapatan kajian adalah, hanya kecerdasan fizikal yang memberikan perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pembelajaran pelajar. Manakala kecerdasan intelek, emosi dan rohani tidak memberikan perbezaan yang signifikan terhadap pembelajaran atas talia