Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Intrinsic Factors Influencing Career Development among College Music Teachers in Establishment Stage from Fujian, China
In the career development, individuals show a stronger need on the professional advancement and are expected to make more definite career decisions in the establishment career stage. This study used semi-structure interview of qualitative study to investigate the intrinsic motivation influencing career development among three music teachers who were in the career stage of establishment from higher educational institutions in Fujian, China. The interview was modelled and the interview transcriptions were analysed and coded based on the theory of Maslow’s Hierarchy of Needs. The results indicated that higher education music teachers who sought for professional upgrading in the music industry in their establishment career stage will be intrinsically influenced by the needs of love and belonging in terms of the salient life roles (for example, son/daughter, spouse, and parent); the needs on esteem that boosting the career expectation toward receiving recognition from students, students’ parents, and music professionals; and the needs on self-actualization on music professionalism by enhancing music playing skills, mastering new music skills, and lifelong learning. The study offered a valuable knowledge to the field of music education, inform policy and practice, and ultimately empower music teachers to realize their full potential in nurturing the next generation of musicians and scholars
Muslim Consumers Behaviour Through ‘Buy Muslim First (BMF) Vs. ‘Buy Halal First’ (BHF) Campaign in Malaysia
The advertisement of products and services whether locally or globally attract consumers and persuade their buying decisions. Muslim consumers in Malaysia make half of the buying power that contributes to the nation’s economy. The buying decision of Muslim consumers shows the highest rating for products that have received halal certification from the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). In 2018, a ‘Buy Muslim First’ campaign was launched; however, it was misinterpreted as an agenda to boycott the non-Muslim products. The actual purpose of the campaign is to foster the sustainability of entry-level Muslim products in the small-scale industries. Meanwhile the ‘Buy Halal First’ campaign has long been enforced in Malaysia, which allows products manufactured, including by the non-Muslims, to obtain the halal logo. In an Islamic nation such as Malaysia, the halal logo is issued by authoritative institutions that are appointed by the Government such as JAKIM. These authoritative institutions are responsible to ensure that Muslim consumers have options of products which are compliant to the requirements of Islamic rulings even though the products are made by non-Muslim manufacturers. Hence, this article discusses the Muslim consumers’ needs based on the BMF and BHF marketing campaigns
Sorotan Literatur Bersistematik: Trend Augmented Reality dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti trend Augmented Reality (AR) dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan AR telah berkembang pesat terutama di sektor pendidikan. Walau bagaimanapun, hanya artikel yang terhad telah mengkaji secara sistematik trend penyelidikan dalam pelaksanaan AR dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Maka, tinjauan literatur sistematik ini bertujuan bagi mengenalpasti trend AR dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dari tahun 2018-2022. Sebanyak 488 artikel yang berkaitan dengan AR telah dikenalpasti melalui saringan pangkalan SCOPUS dan WOS. Tinjauan ini hanya dapat mengenal pasti 30 artikel berdasarkan kerangka Meta-Analisis (PRISMA). Kesemua artikel ini dinalisis dan dikelompokkan dalam empat tema untuk menggambarkan trend fokus peyelidikan ini : rekabentuk, topik matematik, kaedah ujian dan jenis sumbangan AR. Lebih-lebih lagi, tinjauan yang disintesis ini yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matematik melalui AR ini dapat memberi manfaat kepada penyelidik dan pendidik dengan memberi cadangan bagi penyelidikan masa depan
Amalan Kepimpinan Multidimensi Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Rendah
Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada kemantapan kepimpinan guru besar dan pengurusan sekolah. Kepimpinan guru besar mempunyai hubungan terus dengan peningkatan komitmen guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan multidimensi guru besar dan tahap komitmen guru serta menentukan hubungan antara kepimpinan multidimensi dengan tahap komitmen guru sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian adalah tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian dan ditadbirkan secara atas talian melalui aplikasi google form. Seramai 370 orang guru daripada 8644 orang guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilibatkan dalam kajian. Seterusnya, data yang diperoleh dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan multidimensi guru besar dan tahap komitmen guru berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan secara signifikan antara kepimpinan multidimensi guru besar dengan komitmen guru. Ini bermakna amalan kepimpinan multidimensi yang diamalkan oleh guru besar secara langsung berupaya meningkatkan komitmen guru-guru. Umumnya, kajian ini amat berguna kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Institut Aminuddin Baki kerana ia boleh dijadikan sebagai panduan dalam merangka dasar, strategi dan latihan kepimpinan kepada guru besar agar dapat meningkatkan komitmen guru di bawah kendalian mereka
Neuromarketing: The Physiological Tools for Understanding Consumer Behaviour
Traditional techniques can measure cognitive and emotional verbal expressions below the consciousness level. The disadvantages of this technique is not able to provide information on emotional responses in an unconscious state. Artificial intelligence of neural network is a cost-effective and an alternative for neuromarketing tools. Neuromarketing is a new technique for designing marketing strategies, especially advertising campaigns. The tools in neuroscience to measure behavioural response based on psychology, such as behaviour prediction and cognitive patterns. Marketers have used a variety of different tools, such as functional magnetic resonance imaging (fMRI), eye tracking, electroencephalography (EEG), facial expressions, galvanic skin response (GSR) and others. Therefore, neuromarketing holds great potential for marketers to manufacturing sectors in the coming year
L2 Learners’ Preferences and Opinions of Teachers’ Written Corrective Feedback in L2 Writing Multicultural Class
Effective writing skills are essential for second language (L2) learners to achieve. To assist these learners, writing teachers provide methods to improve their skills in writing, and one of the methods is written corrective feedback. Despite applying written corrective feedback, L2 learners still face challenges in developing their writing skills, especially the skill to produce linguistically accurate writing. Written corrective feedback is a form of written feedback that is commonly employed pedagogically in writing class. Nevertheless, it is unsure whether or not L2 learners are benefited from this method. Therefore, this study seeks to determine the preferences and opinions of L2 learners regarding their teachers' written corrective feedback. The study adopted a mixed-methods research method, combining a questionnaire and a semi-structured interview. This study involved twenty-one L2 students from various ethnic backgrounds. The findings indicate that these L2 learners of diverse ethnic backgrounds require written corrections to improve their writing correctness. As a result of the teachers' lack of effort in expressing the written corrective comments, the L2 students are unable to comprehend the corrections made. This impacts their writing accuracy. For this reason, they choose face-to-face consultation for the written CF, as it will benefit both their revisions and future writings. This study is relevant because it provides teachers with insights for enhancing the efficiency of written corrective feedback in an L2 writing class
Pemupukan Pendidikan Keusahawanan dalam diri Kanak-kanak Melalui Aktiviti Bermain di Tadika: Satu Tinjauan Literatur
Memperkenalkan pendidikan dan nilai keusahawanan sejak kecil merupakan salah satu usaha terpenting dalam membentuk watak generasi akan datang, terutamanya kanak-kanak yang akan tumbuh dewasa. Pembelajaran keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak lebih menjurus kepada didikan tingkah laku dan mental kanak-kanak bagi membentuk perwatakan kanak-kanak yang mantap seperti kreatif, berdisiplin, kritis, mampu menyelesaikan masalah, mampu berkomunikasi, menghargai masa, mengawal diri, dan sebagainya. Dalam pembelajaran pendidikan keusahawanan di peringkat awal, ianya bukan sahaja usaha pembentukan kognitif dengan memaklumkan kanak- kanak tentang definisi, faedah, dan cara keusahawanan tetapi juga dapat mengintegrasikannya melalui tema dalam kurikulum yang digunakan. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faedah pelaksanaan pendidikan keusahawanan terhadap kanak-kanak, untuk mengenalpasti jenis aktiviti pengajaran sambil bermain yang boleh digunakan untuk memupuk keusahawanan dalam diri kanak-kanak serta untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sambil bermain terhadap pemupukan pendidikan keusahawanan dalam diri kanak-kanak yang diharap mampu membentuk dan melahirkan kanak-kanak yang berkualiti dan menjadi model penting kepada guru, masyarakat dan negara amnya
Pendidikan Inklusif Semasa Krisis COVID-19: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaannya untuk Murid Berkeperluan Khas Pendengaran
Kehadiran pandemik COVID-19 ini membawa kepada peningkatan pelbagai ketidaksamarataan di dalam sektor pendidikan bagi individu kurang upaya. Murid bermasalah pendengaran yang mendapatkan pendidikan inklusif terutamanya adalah lebih berisiko dikecualikan daripada mendapatkan pendidikan sama rata disebabkan oleh halangan yang wujud semasa pandemik ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa fasa pandemik yang dilihat sebagai alternatif bagi pendidikan yang berterusan, mempunyai isu yang tersendiri daripada segi aksesibilitinya yang terhad dan tidak sama rata. Tambahan pula, polisi-polisi yang berkaitan pengawalan penularan wabak COVID-19 seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka juga mengubah sedikit sebanyak lanskap pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Khas Pendengaran (MBKP) pasca pandemik. Sebuah kajian telah dijalankan di dua buah sekolah rendah, melibatkan temubual dengan guru inklusif yang terdiri daripada dua orang guru penolong kanan khas, dua orang guru pendidikan khas pendengaran dan dua orang guru aliran perdana di negeri Perak, dan menjawab persoalan kajian: ‘Apakah persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif MBKP pada era COVID-19?’. Hasil kajian mendapati persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dalam situasi COVID-19 ini berkait rapat dengan: i) pengetahuan dan pengalaman guru inklusif, ii) peranan dan tanggungjawab guru inklusif, iii) penerimaan guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dan iv) sokongan dan bantuan yang diterima guru inklusif. Kajian ini turut membincangkan bagaimana setiap aspek yang dikenalpasti tersebut terkait di antara satu sama lain dan bagaimana ia memberi implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran inklusif MBKP
Division of Housework and Subjective Feelings among Indian Women during the COVID-19 Pandemic in Malaysia
Women shouldered most housework despite their educational and employment status before and during the COVID-19 pandemic. This study aims to explore the lived experiences of Indian women in the division of housework and their subjective feelings during the COVID-19 pandemic in Malaysia. A sample of twelve Indian married working women shared their experiences through semi-structured interviews. The findings show that most Indian women shouldered the housework burden while juggling both paid and unpaid work simultaneously during the COVID-19 pandemic. The majority of Indian women felt stressed because they perceived housework as women’s responsibility. Indian women’s experiences and negative feelings indicate the need for policy makers to narrow gender inequality in unpaid domestic work and enhance women’s well-being in the households
Pengaruh Ketagihan Internet: Perubahan Tingkah Laku Murid Sekolah Rendah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan internet dan perubahan tingkah laku dalam kalangan murid sekolah rendah tahap dua. Kajian ini telah dijalankan di daerah Pekan, Pahang dan melibatkan seramai 361 orang responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Ketagihan Internet dan soal selidik perubahan tingkah laku. Data yang dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian Special Package for the Social Statistic (SPSS) versi 27. Tahap ketagihan internet murid adalah pada tahap rendah (48.8%) dan tahap untuk perubahan tingkah laku murid juga berada di tahap rendah (58.5%). Analisis melaporkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara tahap ketagihan internet dan perubahan tingkah laku murid sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat dijalankan dengan melibatkan sampel populasi yang lebih besar dan lebih menyeluruh meliputi semua peringkat usia kanak-kanak supaya boleh dijadikan sebagai panduan dan iktibar kepada para pengkaji