Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Matematik Menggunakan Perisian Aplikasi Scratch: Kajian Literatur Bersistematik

    No full text
    Kemahiran menggunakan perisian komputer perlu diperkenalkan pada peringkat awal lagi dalam pembelajaran matematik kerana kemahiran ini merupakan salah satu kompetensi yang diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Sorotan kajian literatur bersistematik dijalankan bagi menganalisis kajian lepas berkaitan pengajaran dan pembelajaran konsep matematik menggunakan perisian aplikasi Scratch. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Sebanyak 20 kajian dalam tempoh sepuluh tahun terkini telah terpilih dalam kajian literatur sistematik ini dan kajian-kajian tersebut telah diperoleh melalui pelbagai pangkalan data yang sesuai dan sahih dengan pendidikan matematik iaitu Web of Science, Scopus dan ERIC. Kajian literatur bersistematik yang dilaksanakan dalam kajian ini menggunakan kaedah Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kesan penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Terdapat empat tema yang digunakan untuk melaksanakan analisis tematik bagi semakan ke atas 20 artikel. Antara kesan positif penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik ialah (1) penguasaan konsep asas matematik yang lebih baik; (2) penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik dan penaakulan; (3) meningkatkan pemikiran komputasional (CT) dan (4) meningkatkan motivasi murid. Kajian penggunaan perisian aplikasi Scratch terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik menunjukkan kesan yang paling banyak diperolehi ialah kemahiran penyelesaian masalah matematik dan penaakulan dapat ditingkatkan diikuti dengan murid berjaya meningkatkan penguasaan dalam konsep asas matematik. Pelbagai pihak boleh memanfaatkan dapatan kajian ini terutama bagi murid sendiri, guru-guru dan institusi pendidikan bagi meningkatkan tahap penguasaan dalam matematik

    Penggunaan Kaedah Permainan ‘Maze’ Bagi Mengatasi Masalah Menulis Huruf Besar Berbentuk Lengkok C, O, S dan U

    No full text
    Kemahiran menulis memainkan peranan yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk membantu peserta kajian dalam menguasai kemahiran menulis huruf besar berbentuk lengkok C, O, S dan U dengan bentuk yang betul serta meningkatkan minat dan penglibatan dalam kemahiran tersebut. Peserta kajian terdiri daripada kalangan murid prasekolah yang berpencapaian rendah dan lemah dalam perkembangan kemahiran menulis. Model Tindakan Kajian digunakan sebagai rujukan kajian. Kajian ini menggunakan instrumen analisis dokumen seperti nota lapangan dan gambar, pemerhatian seperti soal selidik, senarai semak dan rekod anekdot, ujian pra dan ujian pasca serta temu bual. Hasil dapatan kajian mencapai objektif dan membuktikan kaedah permainan ‘Maze’ berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar berbentuk lengkok C, O, S dan U dan minat peserta kajian mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran

    Pembangunan Profesional Digital Guru Sekolah Rendah di Negeri Perak

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pembangunan profesional digital dan perbezaan pembangunan profesional digital dengan faktor demografi dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Perak. Seramai 375 orang guru sekolah rendah negeri Perak yang dipilih berdasarkan teknik pensampelan rawak kluster dan teknik pensampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang diadaptasi untuk mengkaji pembangunan profesional digital guru yang terdiri daripada enam dimensi. Semua dapatan dalam kajian ini dianalisis dan diproses oleh komputer menggunakan program SPSS versi 27.0 secara statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pembangunan profesional digital guru adalah tinggi (min=4.00). Kajian ini juga memberi maklumat bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pembangunan profesional digital dengan faktor demografi iaitu jantina dan penerimaan latihan dalam kalangan guru sekolah rendah. Cadangan bagi kajian selanjutnya adalah dengan melibatkan guru sekolah menengah agar pembangunan profesional digital guru sekolah menengah dapat diketahui dan dikaji

    Perubahan Dasar Ekonomi Luar Negeri Malaysia: 1MDB, Pelupusan Aset Strategik dan Pinjaman China 2015-2016

    No full text
    Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dianggap sebagai antara kes kleptokrasi yang kritikal. Bagi membayar hutang 1MDB, Najib melupuskan aset strategik Malaysia dan meminjam berbilion dolar dari China pada 2015-2016. Kajian ini menganalisis manipulasi tawar-menawar Perkhidmatan Awam sebagai pemboleh ubah utama yang mempengaruhi keputusan pinjaman dan pelupusan asing oleh pemimpin kleptokratik. Disimpulkan bahawa kaedah manipulasi Najib Razak mengubah tawar-menawar jenis Pemegang Amanah yang sedia ada dalam proses pembuatan keputusan ekonomi luar negeri Malaysia kepada tawar-menawar jenis kleptokratik. Akibatnya, dua hal berikut berlaku: (1) penjualan aset strategik 1MDB kepada China pada 2015 iaitu Edra Energy dan sebahagian ekuiti Bandar Malaysia, serta (2) sebahagian daripada pinjaman yang diperoleh dari China pada November 2016 seperti TSGP, MPP dan ECRL digunakan bagi membayar hutang 1MDB. Kajian ini menyumbang kepada hujah mengenai kesan kleptokrasi dalam pembuatan dasar ekonomi luar negeri

    Politeness Strategies used by Students in Communicating Through WhatsApp

    No full text
    Lack of politeness in society has begun to increase irrespective of the interlocutors in the communication process. There have been some concerns pertaining to the way people talk digitally, mainly because in today’s digital world there are massive ways of communication. Hence, certain communicators tend to apply distinct strategies when communicating, especially when using an advanced and instant platform such as WhatsApp. This is due to the differences in the nature of information exchange between the traditional oral and the online written communication. This research was conducted to identify the types of positive and negative politeness strategies used by students in WhatsApp conversations. Positive and negative politeness strategies refer to strategies which are implemented when interlocutors interact with each other regardless of the social distance they share. This research is based on Brown and Levinson’s (1987) theory of politeness. This qualitative research was conducted in several stages. It involved collecting 50 WhatsApp conversations from students. The frequency and percentage of positive and negative politeness strategies were tabulated, and the type of positive and negative politeness strategies used by students in these WhatsApp conversations were identified. The major finding of the study indicates that students demonstrated more positive politeness strategies when sending WhatsApp messages to those they are close to such as family and friends, but used more negative politeness strategies when communicating with strangers. Therefore, this study may impact WhatsApp users particularly students with reference to decency even though this study is limited to only written form of data using WhatsApp application. However, the limitation is not prominent since maintaining politeness or decent manners may come from various platforms regardless written or verbal

    Cultivation of Generic Students’ Attributes Among Students in A Private Higher Education in Malaysia

    No full text
    The study aims to investigate the cultivation of Generic Student Attributes (GSA) among students in a private higher education institution in Johor Bahru, Malaysia. Preliminary research indicates that very few private higher education institutions (PHEI) has developed GSA to increase students’ generic skills among students that will directly improve graduates’ employability level. The research objective addressing 2 different research question. Firstly, to investigate components of GSA for students in Private Higher Education in Johor Bahru. Secondly, to investigate cultivation of GSA among students in PHEI. Qualitative research was conducted among students in Private Higher Education in Johor Bahru to investigate the cultivation of GSA and the research outcome is narrated through Case Study research design. Data saturation achieved through the participation of 9 students. Thematic Technique has been employed to process and analyse the data from semi-structured interview question. Results show that students cultivated components of GSA, namely leadership skills, moral and professional ethics, entrepreneurship skills, continuous learning, teamwork, critical thinking skills and communication skills throughout teaching and learning. Injection of extra curriculum module by Students Affairs Department helps students to improve GSA. Finally, the study suggests that Private Higher Education in Johor Bahru should design and implement framework of GSA across all discipline to improve employability of graduates

    Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Mengenai Pengetahuan, Sikap dan Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah

    No full text
    Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen merupakan elemen yang amat penting bagi memastikan kejituan item soal selidik yang dibina. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik tahap pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Instrumen soal selidik telah disahkan dari segi kesahan muka dan kesahan kandungan oleh dua orang pakar dalam bidang kajian. Manakala nilai kebolehpercayaan pula dikenal pasti melalui pengiraan nilai Alpha Cronbach. Seramai 30 orang guru Bahasa Melayu daripada Sekolah Kebangsaan daerah Seberang Perai Utara telah dipilih sebagai responden kajian ini. Soal selidik ini telah dibahagikan kepada empat bahagian yang perlu diisi oleh responden seperti demografi responden, pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan indeks kesahan kandungan skala (S-CVI/ Ave) sebanyak 1.000 dan skor nisbah kesahan (CVR) pula menunjukkan nilai +1. Ini ia bermaksud setiap item kajian telah mewakili domain kostruk yang dikehendaki dan disahkan penting. Dapatan kajian nilai Cohen Kappa pula menunjukkan bahawa instrumen kajian ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi (k = 0.680, p = 0.001), manakala dapatan kebolehpercayaan (α = 0.813) didapati tinggi dalam kalangan penilai. Hal ini bermaksud instrumen kajian ini amat sesuai digunakan bagi bagi mengukur pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Implikasi kajian ini adalah untuk membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam pelaksanaan PBD yang lebih baik dan lancar

    Penggunaan Kaedah Bercerita Sebagai Intervensi Anak yang Mengalami Autisme dalam kalangan Ibu Bapa

    No full text
    Kanak-kanak yang mengalami autisme kurang mampu dari segi kemahiran komunikasi sosial, mempunyai masalah tingkah laku, minat dan aktiviti yang terhad boleh membawa kesan sukar memulakan interaksi, pencapaian akademik yang lemah dan akhirnya menjejaskan kualiti kehidupannya. Tingkah laku kanak-kanak autisme juga merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh ibu bapa. Kanak-kanak yang mengalami autisme memerlukan intervensi bagi membantu perkembangan komunikasi, sosial, emosi, pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menjalankan intervensi terhadap anak autisme di rumah disebabkan sebahagian masa membesar di rumah bersama dengan ibu bapa. Penggunaan kaedah bercerita merupakan salah satu strategi yang berkesan digunakan oleh ibu bapa untuk membantu dan mendidik anak autisme di rumah serta memberi impak yang positif bagi perkembangan komunikasi, sosial, emosi, pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku anak autisme. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran ibu bapa dalam menggunakan kaedah bercerita sebagai intervensi anak autisme di rumah. Responden yang terlibat dalam kajian adalah 3 orang iaitu 2 orang ibu dan seorang bapa yang mempunyai anak autisme berumur antara 4 hingga 6 tahun. Pengumpulan data dilaksanakan menggunakan kaedah temu bual dan hasil dari penganalisisan mendapati ibu atau bapa mempunyai kemahiran penggunaan kaedah bercerita kepada anak yang mengalami autisme di rumah dari aspek  kesesuaian persekitaran penggunaan kaedah bercerita, kesesuaian waktu dan kekerapan penggunaan kaedah bercerita, dan medium penyampaian kaedah bercerita kepada anak autisme di rumah. Walau bagaimanapun, ibu bapa masih memerlukan sokongan dan bimbingan daripada guru supaya mampu menggunakan kaedah bercerita dengan anak di rumah dengan lebih baik dan berkesan

    Determinants of Online Consumer Purchase Behavior during COVID-19 Pandemic in Metropolitan City: Implications in Post-Pandemic

    No full text
    The Covid-19 pandemic led to dramatic consumer purchasing behaviour shifts when many nations declared the closure of all physical stores to stop the virus from spreading. As a result, consumers' purchasing behaviour has changed from brick-and-mortar to online shopping. This research examines the influencing factors that affect online consumers’ purchasing behaviour during the Covid-19 pandemic. This research measures four independent variables: perceived ease of use, perceived usefulness, product price and trust. Two hundred thirty-eight online questionnaires were collected and analysed using the SPSS software. Each variable significantly affected online consumers’ purchasing behaviour among young adults. The most significant variable is perceived ease of use, which has positively and significantly influenced online consumers' purchasing behaviour. The findings of this study are needful for online marketers to understand online consumer purchasing behaviour during the Covid-19 pandemic. Therefore, this research can provide insights for marketers to predict online consumer purchasing patterns in post-pandemic industries

    No Phrases Used in Introduction and Closing Stages of Presentations by First-Year TESL Students

    No full text
    The study aimed to investigate the language-grammar competence of first-year TESL students during interactive presentations, particularly in the introduction and closing stages. The study involved 15 participants, and a qualitative method was used to analyse the presentations' recordings. The findings showed that students struggled with using appropriate phrases in their presentations, particularly in the introduction and closing stages. This was attributed to poor language proficiency and a lack of exposure to presentation phrases. The students' use of simple sentences in the introduction demonstrated a lack of proficiency in expressing comprehensive ideas, while their lack of compound-complex sentences in their presentations reflected poor proficiency. However, the study also found that incorporating interactive presentations improved concept retention and student engagement, particularly due to the use of appropriate phrases in the closing remarks. The study suggests that presentation skills instruction should include teaching on the use and importance of presentation phrases in language and linguistic features

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇