Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Kepimpinan Transformasional Pengetua dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Sekolah Menengah

    No full text
    Bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan pemimpin pendidikan untuk memahami dan menilai semula pendekatan kepimpinan dan pengurusan mereka. Transformasi sistem pendidikan pada masa kini memberi cabaran kepada pengetua untuk meningkatkan motivasi, kerjasama, dan mengekalkan komitmen guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah. Menggunakan soal selidik dalam talian, kajian ini berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Daripada 225 populasi, 144 orang guru merupakan sampel kajian. Nilai min, sisihan piawai, kekerapan, dan tahap peratusan pemboleh ubah semuanya ditentukan melalui analisis deskriptif, manakala ujian Korelasi Pearson digunakan dalam analisis inferensi untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah. Perisian SPSS 26.0 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan transformasional pengetua (Min=4.01, SP=.56) dan tahap komitmen guru (Min=3.54, SP=.60) secara keseluruhannya adalah tinggi. Selain itu, analisis juga menunjukkan bahawa kepimpinan transformasional pengetua dan komitmen guru adalah berkorelasi secara signifikan dan positif (r=0.504, p<0.01). Implikasi kajian ini ialah pengetua perlu mempertimbangkan setiap empat dimensi kepimpinan transformasional bagi meningkatkan tahap komitmen guru. Program yang berkesan, latihan kepimpinan, polisi dan dasar pendidikan perlu dirancang dengan baik sebelum dilaksanakan. Bagi mendapatkan data dan gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh, cadangan untuk kajian akan datang adalah menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan sampel yang lebih besar

    Meneroka Isu Perkahwinan Bawah Umur dari Perspektif Undang-Undang Perkahwinan Adat di Sarawak

    No full text
    Perkahwinan bawah umur melibatkan kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah. Isu ini merupakan isu global yang serius, termasuklah di Malaysia. Perkahwinan di bawah umur masih terjadi di Malaysia dan terdapat beberapa undang-undang perkahwinan adat yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan tentang undang-undang perkahwinan adat yang terdapat di Malaysia dan negara lain serta faktor yang mempengaruhi perkahwinan bawah umur. Data kajian ini dianalisis menggunakan sorotan literatur yang berkaitan dengan isu perkahwinan bawah umur. Antara faktor yang menyumbang kepada perkahwinan bawah umur adalah hamil di luar nikah, meneruskan tradisi, kemiskinan dan untuk mengelakkan hubungan seks di luar nikah. Kajian ini akan menganalisis empat buah negara yang mempunyai undang-undang perkahwinan adat tersendiri iaitu Malaysia, Afrika Selatan, Pakistan dan Kenya. Dalam hal ini, kebanyakan negara mentafsirkan undang-undang perkahwinan adat sebagai tradisi yang perlu diikuti oleh masyarakat. Di Malaysia, kajian terhadap perkahwinan bawah umur dalam kalangan orang asal yang mengamalkan perkahwinan menggunakan undang-undang adat terutamanya dalam kalangan kaum peribumi adalah terhad, sehubungan itu, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mendapatkan maklumat mendalam mengenai isu perkahwinan bawah umur yang menggunakan undang-undang perkahwinan adat. Di samping itu, Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan pendidikan seks di sekolah untuk mencegah perkahwinan bawah umur daripada terus berlaku. Pada masa yang sama, bagi mengurangkan bilangan kanak-kanak yang tercicir dari sekolah dan berkahwin awal disebabkan kemiskinan, pihak kerajaan perlu membantu golongan rentan meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui perlaksanaan program yang dapat menjana pendapatan seperti perniagaan bagi menampung keperluan keluarga

    Amalan “Kejawen” dalam Menghasilkan Seni Permainan Kuda Kepang di Negeri Johor

    No full text
    Tarian kuda kepang adalah tari tradisi masyarakat Jawa. Proses ritual dilakukan sebelum persembahan tarian kuda kepang untuk mewujudkan keadaan mabuk dan terjadinya permainan kuda kepang. Kajian ini bertitik tolak daripada falsafah permainan kuda kepang yang mengandungi unsur trance (mabuk) dan menghujahkan amalan “kejawen” yang digunakan dalam proses ritual permainan kuda kepang bertujuan untuk mewujudkan keadaan mabuk ketika persembahan. Tujuan penelitian adalah untuk mengenal pasti hubungkait amalan tersebut dengan persembahan. Penulisan ini merupakan pengkajian yang mengambil kata kunci “kejawen”, iaitu amalan orang Jawa sebelum mereka beragama Islam. Penulisan jurnal ini menggunakan data yang diperoleh melalui kerja lapangan terhadap empat kumpulan sasaran kajian yang masih bergerak aktif di negeri Johor. Penelitian mengaplikasikan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data melalui pemerhatian, wawancara dan dokumentasi. Tarian ini telah diharamkan dan dilarang persembahannya oleh mufti Negeri Johor kerana mengandungi unsur khurafat dan syirik dalam proses ritual yang dilakukan serta kewujudan mabuk (trance) dalam tarian tersebut. Justeru itu, objektif kajian adalah untuk membincangkan isu persembahan kuda kepang yang masih diteruskan. Teori ritual oleh Roy A. Rappaport digunakan untuk membuktikan perkaitan ritual di dalam persembahan tersebut, iaitu ritual yang dilakukan kerana terikat dengan amalan kejawen mereka. Kertas ini memberi penekanan terhadap pegangan amalan kejawen yang masih diamalkan oleh kumpulan kuda kepang yang dikaji. Di akhir kertas ini, dapat dijelaskan bahawa tanpa amalan kejawen, tidak akan berlaku keadaan mabuk dan tarian kuda kepang tidak akan terpisah dari strukturnya serta tidak akan terhasilnya permainan kuda kepang

    Implicature in Self-Introduction Questions in Job Interviews: Study of Malaysian Fresh Graduates

    No full text
    The study conducted an analysis of how candidates utilize implicatures in their self-introduction responses during job interviews. The research focused on a group of Malaysian fresh graduates, with English language proficiency playing a crucial role in their job interview success. A qualitative method was employed, collecting job interview data from an organisation involved in customer services. The analysis applied the concept of implicatures from the field of pragmatics in linguistics, specifically Grice's (1975) framework. Implicatures allowed candidates to indirectly convey additional information, showcasing their strengths and motivations. The study identified similarities in the strategic use of implicatures among the candidates, while differences arose from their unique experiences. It emphasised the importance of linguistic competence, self-awareness, and effective communication in job interviews. The findings further highlighted implicatures as a valuable tool for Malaysian fresh graduates to prepare for job interviews, enabling them to create a positive impression and stand out among other candidates. Overall, the study provided insights into the linguistic competence of candidates and offered guidance for effectively presenting oneself in self-introduction responses during job interviews

    Keberkesanan Penggunaan Dron dalam Pembelajaran Topik Reka Bentuk Elektronik Tingkatan Dua

    No full text
    Pada masa kini, penggunaan dron dalam pendidikan sebagai alat bantu mengajar telah semakin dikenali dan digunakan dalam kalangan guru dan pensyarah bagi menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan dron terhadap pencapaian pelajar dalam topik reka bentuk elektronik. Reka Bentuk Elektronik merupakan salah satu sub topik pembelajaran yang telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 2. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan penggunaan dron terhadap minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran RBT. Reka bentuk kajian ini adalah  menggunakan kaedah kuantitatif  dengan reka bentuk kuasi eksperimental. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan yang melibatkan sejumlah 60 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Negeri Sembilan. Seramai tiga puluh orang pelajar dalam kumpulan rawatan menjalani pembelajaran berasaskan dron. Manakala tiga puluh orang pelajar bagi kumpulan kawalan menjalani pembelajaran sedia ada yang menggunakan buku teks RBT sebagai rujukan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar kumpulan rawatan mengalami pencapaian yang signifikan berbanding pencapaian pelajar kumpulan kawalan dalam ujian pasca reka bentuk elektronik. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini juga telah membuktikan bahawa penggunaan dron telah dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik, minat dan motivasi para pelajar dalam pembelajaran topik reka bentuk elektronik

    Analysis of Spatio-temporal Variation of Fractional Vegetation Coverage and Influence Factors in Qinghai, China

    No full text
    The fractional vegetation coverage (FVC) can visually represent ecological changes in a region. Based on MDO12A1 data to calculate FVC, we investigated the spatial and temporal variations of FVC in Qinghai Province from 2001 to 2015 and performed correlation analysis with the annual mean temperature and annual rainfall. The results indicate that the spatial changes in FVC in Qinghai Province increase gradually from northwest to southeast and are discontinuous due to topographic variations. In Qinghai Province, the area of higher FVC decreased by 0.69% over the past 15 years, while the area of medium FVC increased by 5.75%, and the area of lower FVC decreased by 5.06%. Changes in FVC in Qinghai Province are influenced by changes in rainfall and temperature. The average partial correlation coefficients of FVC with rainfall and temperature are 0.031 and 0.117, respectively, indicating that rainfall has a more significant influence on vegetation growth when the temperature remains constant

    Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Trigonometri Bagi Pelajar Tingkatan 5 dengan Menggunakan Lembaran Kerja

    No full text
    Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam matematik bagi pelajar sekolah menengah masih berada di tahap yang rendah. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan melaksanakan lembaran kerja KBAT trigonometri bagi meningkatkan kemahiran KBAT dalam penyelesaian masalah trigonometri pelajar tingkatan 5 di kawasan pedalaman. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian rekabentuk dan pembangunan (DDR), manakala instrumen kajian yang digunakan adalah penilaian kendiri, ujian dan ujian lapangan. Seramai 15 orang pelajar yang berkebolehan tinggi, sederhana dan rendah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran KBAT dan penyelesaikan masalah trigonometri dalam kalangan pelajar setelah lembaran kerja KBAT trigonometri dilaksanakan. Dapatan kajian juga menunjukkan lembaran kerja KBAT trigonometri membantu pelajar mencari penyelesaian dalam soalan KBAT trigonometri dan melatih minda pelajar untuk berfikir dalam gambaran yang lebih besar. Kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi teori pembelajaran kognitif dan pendekatan pembelajaran penyelesaian masalah yang digunakan dalam pembangunan bahan pengajaran kajian ini boleh membantu meningkatkan keupayaan KBAT pelajar merentas subjek matematik

    A Critical Reflection on Professionalism and Policy Entrepreneur Roles of Street-Level Bureaurcats (SLBs)

    No full text
    This article discusses the role and position of Street-Level Bureaucrats (SLBs) in the broad context of policy making and implementation. It is partially based on a study conducted in 2018 that produced a typological framework mapping the workflow and exercise of discretion amongst officers of the Malaysian Department of Social Welfare (DSW) who handle child welfare cases. In this revisit to the framework, the authors shed some new information into the context of the framework, particularly regarding the exercise of discretion amongst the officers. The authors explored the relationship between bureaucracy and discretion and concluded that they exist on a continuum and are not mutually exclusive. The repercussion of this is this that discretionary actions of SLBs can be interpreted as an expression of professionalism on behalf of the SLBs. The authors also argue that SLBs have the potential to act as 'policy entrepreneurs,’ innovating within their roles in improving service and policy implementation. Such reinterpretation of the status and roles of SLBs could lead to more inclusive policymaking and empowerment to the SLBs

    Determination of the Concept of Rahmah in the Lives of Persons with Disabilities

    No full text
    Since the early days of Islam, Muslim intellectuals have debated the idea of kindness. Incorporating the notion of grace into all actions and suggestions serves as the foundation for establishing a cohesive and contented society. Islam is a religious belief system that promotes the cultivation of mercy among its adherents. Rahmah is a praiseworthy character that means love, politeness, and gentleness in relationships with all creatures that live with humans, whether with humans or animals. This Rabbani quality rahmah is a universal element that overshadows every creature. In Malaysia, those with disabilities are often referred to as disabled people. This study aims to demonstrate the compassion method in caring for disabled persons and to correctly grasp the notion of mercy from Islamic view. This study employs a review on a comprehensive understanding of the phenomenon of kindness within the experiences of persons with disabilities. In conclusion, the concept of mercy in the lives of the disabled clearly illustrates the importance of a good life for the group

    Beyond Ledgers: The Theoretical Framework of Blockchain Technology in Enhancing Sustainability Reporting

    No full text
    This paper is to examine the extent to which quality of non-financial information presented in sustainability reporting can be improved by blockchain, and the extent to which organization’s level of understanding and commitment on the utilization of blockchain technology for sustainability reporting. Data will be collected through semi-structured interview with the top management and accountants of public organization who already utilized blockchain in reporting their sustainability information. Thematic analysis will be used in analysing the collected interview data. The findings may prompt more public organisations to provide training and enhance the skills of their managers and employees in utilising blockchain technology for a more comprehensive and meaningful disclosure of non-financial information. Additionally, it may encourage organisations, particularly those in the public sector, to prioritise and focus on specific qualities that enable managers to be more attentive and meticulous in structuring the completeness of non-financial information before it is recorded in the blockchain. This includes ensuring that relevant stakeholders have access to the appropriate information and exploring the adoption of standardised blockchain protocols

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇