Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Pertikaian dan Perbahasan
Artikel ini membincangkan kedudukan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Keterpisahan SMPC daripada sistem pendidikan kebangsaan sering menimbulkan isu yang membabitkan Dong Zong mendesak kerajaan supaya mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (Unified Examination Certificate). Sijil ini dianggap sebagai ‘jenama' yang menjadi kayu pengukur kualiti pendidikan SMPC, kualitinya yang kini telah dikatakan memperoleh pengiktirafan daripada universiti-universiti terkemuka dunia dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Data-data dalam artikel ini diperoleh daripada hasil temu ramah penulis dengan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina dan bahan bercetak dalam bentuk jurnal, buku, tesis dan keratan akhbar. Hasil analisis mendapati pendirian yang berbeza antara Dong Zong dengan aspirasi kerajaan. Dong Zong mendesak kerajaan supaya melayan pendidikan bahasa ibunda Cina dengan adil dan saksama manakala kerajaan melalui pemerkasaan sistem persekolahan aliran kebangsaan sebagai alat menyemai benih perpaduan untuk mencapai hasrat membina negara bangsa perlu mengutamakan kepentingan nasional secara keseluruhan
Persepsi dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Home-Based Learning (HBL) Semasa Covid-19
Pandemik Covid-19 telah memberi impak kepada sistem pendidikan di Malaysia. Tenaga guru, murid dan sekolah paling terkesan apabila proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak dapat berlangsung ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru itu, pihak kementerian telah memperkenalkan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau Home-Based Learning (HBL). Antara pendekatan pembelajaran merangkumi pembelajaran dalam talian, pembelajaran luar talian atau pembelajaran di lokasi komuniti. Kajian berbentuk kajian tinjauan dijalankan bertujuan meneroka persepsi dan cabaran guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan HBL. Responden dipilih secara rawak adalah 36 orang guru prasekolah di negeri Melaka. Borang soal selidik elektronik telah diagihkan kepada guru untuk dijawab menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp. Hasil kajian mendapati guru bersedia dengan pelaksanaan pendekatan HBL. Namun begitu, guru masih perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pedagogi dalam penyampaian pengajaran pendekatan HBL dan berusaha mengatasi cabaran dalam pelaksanaannya. Implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak kementerian dan pihak pentadbir untuk merancang pembelajaran di peringkat prasekolah dengan lebih berkesan memandangkan tumpuan dan tahap kognitif murid prasekolah adalah berbeza dengan murid arus perdana dengan menggunakan teknologi pendidikan sedia ada
Igniting Active Engagement in Pre-Service Teachers in STEM Education: A Comprehensive Systematic Literature Review
Active engagement is a topic of research in instructional approaches within education. Research reveals that numerous benefits appear once students seem to be active and gain higher-order thinking skills, increase motivation and are engaged in their learning. Although there are numerous studies on active engagement in Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education, the effort to conduct a systematic review of this area of research has been complex due to the lack of review procedures, which presents a significant dispute for authors to clarify. Thus, a systematic literature review regarding active engagement in STEM education will be conducted in this research. Five key methodological steps led the review: research questions formulation, systematic search strategies depending, critical quality appraisal, as well as data extraction and analysis. Relying on the thematic analysis, four major themes were revealed: (1) critical thinking, (2) collaboration, (3) interaction, as well as (4) encouragement. Findings from the four themes further entail four relevant activities: lectorials, exploration, sharing knowledge, and assessment. According to the findings of the papers reviewed, getting pre-service teachers involved in active engagement activities leads to more comprehensive benefits on pre-service teachers' attitudes, problem-solving skills, and achievement in learning activities
Exploring City Image Communication Strategy of Hefei's New Government Media
City image is a comprehensive evaluation and understanding of a city's internal comprehensive strength, surface development vitality and future development prospects by the communication public. With the development of new media technology and changes in the communication environment, the government's new media has entered the era of short videos, which have become an important medium for spreading the city image. This article studies the city image communication strategy of the government's Douyin account "Hefei Traffic Police" through questionnaire surveys and other research methods. Based on the survey results, the article summarises the city image communication strategy of the government Douyin account "Hefei Traffic Police" from three aspects: form, content, and audience. It analyses the acceptability of its communication effect. Based on the problems, it proposes that the government Douyin account "Hefei Traffic Police" must pay attention to the deep work of content, meet the needs of the audience, innovate communication methods, and promote positive ideas
Pengaruh Amalan Kepimpinan Distributif Terhadap Kompetensi Kerja Guru
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bertujuan memartabatkan pendidikan negara setaraf dengan pendidikan yang diamalkan di negara-negara maju. Antara fokus utamanya adalah bagi memartabatkan profesion keguruan serta memperkenalkan gaya kepimpinan sekolah kepada amalan kepimpinan distributif di sekolah. Bagi menyokong usaha murni ini, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif yang diamalkan di sekolah pada hari ini. Selain bentuk amalan kepimpinan di sekolah, isu berhubung tahap kompetensi kerja guru juga sangat berkait rapat dengan kejayaan sistem pendidikan dalam menentukan tahap kemenjadian murid. Bagi mengenal pasti isu kepimpinan di sekolah dan juga kompetensi kerja guru satu kajian kuantitatif yang melibatkan 375 orang guru di sekolah rendah dalam negeri Pahang telah dijalankan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap amalan kepimpinan distributif dalam kalangan guru besar sekolah rendah di negeri Pahang adalah tinggi iaitu pada nilai (M=4.34,SP= .377) manakala tahap kompetensi kerja guru di sekolah rendah dalam negeri Pahang juga adalah tinggi iaitu pada tahap (M=4.37,SP=.342). Kajian juga menunjukkan bahawa dimensi bagi amalan kepimpinan distributif adalah merupakan faktor peramal terhadap peningkatan kompetensi kerja guru pada nilai (R²=0.852) dan nilai ß adalah (0.615,p<0.05)
The Implementation of Salih-Akram Character Education at Matholiul Falah Islamic Boarding School of Pati
This study aims to provide a description of character education implemented at Madrasah Mathali'ul Falah (Islamic school) Pati – Central Java. It focuses on how salih-akram character education is applied. A phenomenological-descriptive approach was employed in this qualitative study. The data were gathered by means of observation techniques, interviews, and document studies relevant to the research theme and focus. The findings revealed that MA Mathali'ul Falah is categorized as a Madrasah Mu'adalah or a Salafi madrasa which is academically focused on tafaquh fi al-din with a management model type of pesantren-based madrasa. The salih-akram vision is embodied in the Nine Basic Values of Salih-Akram (NSDA) as a character model, which is substantively similar to the universal values regarding good character and citizenship. Successful education and character building of salih-akram at MA Mathali'ul Falah are accomplished as it is applied with a holistically integrated education model in the form of Islamic boarding school-based madrasa. Education does not only refer to formal curriculum (subject-matters), but also to hidden one (habituation and modeling)
Kesedaran Terhadap Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui dalam kalangan Remaja di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesedaran terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja di Malaysia. Tahap kesedaran ini merangkumi elemen pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap tenaga boleh diperbaharui. Sorotan kajian lepas mendapati penyelidikan dalam kesedaran berkaitan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja belum diteroka sepenuhnya di Malaysia. Justeru, kajian ini telah melibatkan seramai 384 orang responden yang terdiri daripada remaja berusia 10 hingga 19 tahun di beberapa buah negeri di Malaysia menggunakan persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik menggunakan medium Google Forms dan juga serahan borang soal selidik. Pautan Google Forms yang lengkap dengan kesemua bahagian soal selidik diberikan kepada responden melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Analisis data secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) digunakan dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan tahap kesedaran terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui di kalangan responden adalah sangat baik. Ini jelas menunjukkan remaja telah didedahkan sedari awal persekolahan berkaitan sumber tenaga. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui terutama penggunaan tenaga solar menjelang tahun 2040. Sebagai cadangan, reka bentuk kajian kualitatif boleh diaplikasikan bagi menyelidik isu ini pada masa hadapan. Kajian juga boleh dilaksanakan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan sikap terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja Malaysia untuk mendapatkan maklum balas yang lebih tepat dan komprehensif
A Study of the Causal Factors of Animal Crimes in Malaysia
This research paper investigates the numerous factors influencing the occurrence of animal crimes in Malaysia. Through a thorough examination of literature, the study aims to uncover the underlying causes behind the prevalent animal-related offenses in the country. The findings reveal that several key factors contribute to this issue, including a lack of awareness regarding animal welfare, inadequate enforcement of animal protection laws, and cultural attitudes that diminish the value of animals. To tackle this problem effectively, the study proposes a range of potential solutions. These include raising public awareness about animal welfare, enhancing the enforcement of existing animal protection laws, and fostering a cultural shift that recognizes and respects the intrinsic worth of animals. One crucial aspect of this study is its revelation that animal crimes are not haphazard acts, but rather, they are deeply rooted in social and cultural influences. By pinpointing these contributing factors and offering practical remedies, this research holds significant importance as it can guide policy-making and direct actions to mitigate animal crimes in Malaysia effectively
Pemerkasaan Guru dalam Pengajaran dalam Talian untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Program Pendidikan Inklusif
Pengajaran dan pembelajaran untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah dilaksanakan secara dalam talian (PdPdt). Namun, kajian tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian masih kurang dilaksanakan untuk MBPK yang mengikuti PPI secara sepenuh masa. Satu kajian kes menggunakan pendekatan kualitatif dijalankan untuk mengenal pasti elemen penting yang perlu diberi keutamaan. Seramai tujuh orang guru aliran perdana yang berpengalaman mengajar MBPK selama lebih tiga tahun dan mengajar MBPK mata pelajaran teras di PPI dari tiga buah sekolah di dalam daerah Petaling Perdana dipilih sebagai peserta kajian. Kesemua peserta kajian menjalani sesi temu bual dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Data temu bual telah dianalisis secara tematik dengan berbantukan Nvivo versi 12. Hasil dapatan mendapati lima elemen penting yang perlu diutamakan dalam pelaksanaan PdPdt dikenal pasti iaitu (i) kesediaan guru, (ii) teknik pengajaran, (iii) kerjasama dan komunikasi antara guru, (iv) guru sebagai pembuat keputusan, dan (v) kesabaran. Secara keseluruhan, kemahiran guru aliran perdana yang melaksanakan PdPdt untuk MBPK di PPI perlu komprehensif. Maklumat ini penting untuk pelatih guru merangka kursus pembangunan profesional dalam meningkatkan kemahiran PdPdt
Hubungan Antara Motivasi dan Kemahiran Keusahawanan dalam kalangan Banduan Parol di Malaysia
Motivasi merupakan faktor tarikan penting yang boleh mendorong seseorang individu untuk memulakan langkah untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk (1) mengenal pasti tahap motivasi keusahawanan dalam kalangan banduan parol dan (2) menganalisis hubungan antara motivasi keusahawanan dengan kemahiran keusahawanan dalam kalangan banduan parol. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 354 orang banduan parol yang sedang menjalani tempoh pengawasan di Jabatan Penjara Malaysia dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian korelasi. Analisis kajian menunjukkan bahawa majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan tahap motivasi keusahawanan yang tinggi (56.2%) untuk menceburi bidang keusahawanan. Manakala analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif, sederhana dan signifikan antara motivasi (r = .517, k <.000) dengan kemahiran keusahawanan dalam kalangan banduan parol di Malaysia. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan mewujudkan modul keusahawanan dalam kalangan banduan parol agar mereka dapat menjalani latihan kemahiran keusahawanan sewaktu menjalani tempoh pengawasan parol dan seterusnya membina kerjaya melalui aktiviti keusahawanan