Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Robotik Pendidikan: Tinjauan Literatur Sistematik

    No full text
    Robotik pendidikan digunakan dalam pendidikan dan aktiviti kokurikulum untuk meningkatkan minat, penglibatan dan prestasi akademik pelajar dalam pelbagai mata pelajaran. Bilangan kajian yang meneroka pembelajaran berasaskan robot dan kesannya terhadap akademik telah meningkat secara beransur-ansur. Oleh itu, Tinjauan Literatur Sistematik ini bertujuan untuk menyemak kajian terdahulu mengenai penggunaan robotik dalam pendidikan. Artikel-artikel yang diakses dari tahun 2019 hingga 2023 di tiga pangkalan data iaitu Scopus, Springer dan ScienceDirect, telah diteliti untuk mencari maklumat berkaitan yang relevan. Penyelidikan ini mengaplikasikan mod PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses). Dapatan dari artikel-artikel dari pelbagai negara menunjukkan bahawa ASIA telah menjalankan lebih banyak penyelidikan. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam artikel-artikel robotik pendidikan memberi tumpuan kepada soal selidik tinjauan dengan peratusan tertinggi sebanyak 40%. Kebanyakan artikel memberi fokus kepada pendidikan rendah. Dapatan ini boleh menjadi panduan untuk penyelidikan masa depan yang perlu dijalankan berkenaan robotik pendidikan di kalangan pelajar yang memerlukan bantuan

    Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah dalam Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah

    No full text
    Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) merupakan salah satu pendekatan alternatif yang memberikan pengalaman autentik di luar persekitaran bilik darjah. Pelaksanaan PLBD dalam mata pelajaran Sejarah membantu murid menghubungkan pengetahuan teori dengan konteks yang nyata sambil memperoleh pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna. Faktor yang penting dalam menjayakan pelaksanaan PLBD adalah kesediaan guru. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru terhadap pelaksanaan PLBD dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mata pelajaran Sejarah. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif iaitu kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 169 orang guru Sejarah sekolah rendah di daerah Pasir Gudang, Johor telah dipilih sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan kesediaan guru melaksanakan PLBD dalam mata pelajaran Sejarah berada pada tahap sederhana tinggi. Ujian hipotesis menjelaskan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara pengetahuan dengan kemahiran guru serta korelasi signifikan yang sederhana antara pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru dalam pelaksanaan PLBD. Implikasi kajian ini membantu pihak kementerian meninjau keberhasilan menerusi tahap kesediaan guru dan seterusnya merancang strategi yang sesuai. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru-guru Sejarah untuk meningkatkan standard pengajaran dan mengembangkan keupayaan pengajaran bertaraf dunia yang diperlukan dalam milenium baru.&nbsp

    Kekerapan Penggunaan Buku Teks dengan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah

    No full text
    Mata pelajaran Sejarah adalah penting dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran yang diwajibkan untuk lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Namun begitu, masih terdapat murid-murid yang beranggapan bahawa mata pelajaran Sejarah adalah membosankan kerana penuh dengan muntahan fakta semata-mata. Guru-guru memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan strategi pengajaran bertujuan untuk merangsang minat murid-murid mempelajari mata pelajaran Sejarah. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk : a) mengenal pasti kekerapan penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah ; b) mengenal pasti strategi pengajaran guru-guru sejarah sekolah rendah dalam mata pelajaran sejarah; dan c) mengenal pasti pandangan guru-guru sejarah berkaitan dengan isi kandungan buku teks sejarah sekolah rendah. Peserta kajian ini melibatkan 10 orang guru Sejarah di negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku teks merupakan sumber rujukan pertama kepada guru-guru dan murid-murid. Guru-guru sangat memainkan peranan penting dalam menarik minat murid-murid mempelajari dan memahami sesuatu peristiwa Sejarah dengan lebih terperinci. Dapatan kajian ini diharap mampu untuk membantu guru-guru Sejarah untuk menyedari kepentingan mempelbagaikan strategi pengajaran dalam mata pelajaran Sejarah

    Proving Modes of Criminal Liability in Prosecuting International Crimes: An Analysis of International Crimes Tribunal Bangladesh

    No full text
    is study examines how the International Crimes Tribunal Bangladesh (ICTB)- a domestic criminal court, is prosecuting and punishing international criminalities perpetrated in the Bangladesh Freedom War in 1971 through the flaw laws in proving the modes of individual criminal responsibility that hinder securing criminal justice to the parties. By applying a qualitative approach, this study firstly scrutinizes the modes of criminal responsibility in the ICTB’s Statue-the International Crimes Tribunal Act 1973 and whether such notion is supported by international customary law in 1971 and 2010. Secondly, this study outlines different modes of liabilities, such as Joint Criminal Enterprise and Superior Liability, that are extensively applied by the jurisprudence of the ICTB in more than 51 individual cases to date. Lastly, as the originality of this research, it advances ‘Two Proposals’ that need to be executed by the ICTB to secure criminal justice to the relevant bodies in improving its legitimacy to the global criminal justice system. Then, the study concludes that in any failure to uphold the customary law requirement of proving the Joint Criminal Enterprise and the Superior Liability as the particular modes of criminal liability, the tribunal will lose its legal credibility

    Hubungan Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

    No full text
    Artikel ini mengkaji hubungan amalan kepimpinan transformational guru besar dan kepuasan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kawasan kajian melibatkan sekolah harian seperti SJKT Ladang Mount Austin, SJKT Desa Cemerlang, SJKT Ladang Ulu Tiram, SJKT Masai dan SJKT Ladang Tebrau yang ada di daerah Pasir Gudang. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dengan penggunaan kaedah tinjauan dan borang soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data kajian. Manakala, analisis deskriptif seperti frekuensi, peratus, skor min dan sisihan piawaian digunakan dalam menerangkan data yang diperoleh. Ujian kolerasi juga digunakan untuk menganalisis hubungan antara amalan kepimpinan transformasional dan tahap kepuasan kerja. Analisis data menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 2.0. Hasil kajian mendapati bahawa amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar mempunyai kadar min yang tinggi (3.00 sehingga 3.99). Hal ini membuktikan bahawa cara amalan kepimpinan transformasional dengan motivasi berinspirasi, rangsangan intelektual, membentuk pengaruh ideal dan pertimbangan individu. Selain itu, pertimbangan individu dan rangsangan individu juga menunjukkan hubungan kolerasi sebanyak 0.993 yang menunjukkan hubungan yang paling kuat dan dominan. Tahap kepuasan kerja guru juga menunjukkan kadar min yang tinggi iaitu antara 3.00 sehingga 3.99 melalui aspek kepuasan guru dengan skop kerja, gaji, penghargaan, penyeliaan, sikap dan interaksi. Manakala, bagi hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru menunjukkan perkaitan positif dan mempunyai hubungan yang kukuh

    Impak Polisi Kolonial dan Krisis Global terhadap Sekuriti Makanan di Nigeria (1900-1920)

    No full text
    Artikel ini mengkaji kesan dasar kolonial British dan krisis global seperti Perang Dunia I dan pandemik Selesema Sepanyol terhadap sekuriti makanan di Nigeria dari tahun 1900 hingga 1920. Melalui pendekatan penyelidikan pelbagai kaedah yang merangkumi analisis dokumen sejarah dan analisis perbandingan dengan wilayah lain, kajian ini mendedahkan dinamik kompleks yang membentuk landskap pertanian dan sekuriti makanan Nigeria dalam tempoh kritikal ini. Penyelidikan itu menyerlahkan bagaimana strategi ekonomi kolonial yang bertujuan untuk mengintegrasikan Nigeria ke dalam pasaran global melalui penanaman tanaman tunai secara signifikan mengganggu sistem pengeluaran makanan tempatan. Pada masa yang sama, permintaan Perang Dunia I untuk sumber dan tenaga kerja mengalihkan perhatian dan sumber daripada pertanian sara diri, dan telah memburukkan lagi isu kekurangan makanan. Keadaan bertambah buruk dengan pandemik Selesema Sepanyol pada 1918-1919, yang memusnahkan penduduk, termasuk buruh pertanian yang penting, seterusnya menjejaskan sekuriti makanan. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman sejarah sekuriti makanan di Nigeria dengan menyediakan analisis bernuansa tentang cara penjajahan, konflik global dan penyakit pandemik secara kolektif mempengaruhi amalan pertanian, ketersediaan makanan dan keputusan dasar. Penemuan ini menekankan kepentingan untuk mempertimbangkan konteks sejarah dalam merangka strategi sekuriti makanan kontemporari dan penggubalan dasar, terutamanya di wilayah yang mempunyai legasi penjajah yang serupa. Dengan mengambil pengajaran daripada masa lalu, artikel ini menawarkan pandangan untuk menangani cabaran sekuriti makanan pada masa kini dan akan datang, menekankan keperluan untuk amalan pertanian yang berdaya tahan dan mampan yang boleh menahan kejutan luaran

    Peranan Gaya Keibubapaan dalam Pencapaian Subjek Sejarah Pelajar Tingkatan 6 di Sabah

    No full text
    Kesan gaya keibubapaan terhadap prestasi akademik pelajar di Malaysia telah diakui secara meluas. Penyelidikan terdahulu secara konsisten menunjukkan pengaruh gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik pelajar, walaupun terdapat kekurangan tumpuan pada bidang khusus Sejarah. Sehubungan dengan itu, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk meneroka gaya keibubapaan yang lazim dalam kalangan ibu bapa tingkatan enam di Sabah dan kaitannya dengan prestasi anak-anak mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Untuk mengumpul data, pengkaji telah mentadbir soal selidik Baumrind (1991) versi yang telah diubah suai ke atas 60 orang pelajar tingkatan enam di Sabah yang mengikuti pengajian Sejarah. Perisian Statistical Package for The Social Science (SPPSS) digunakan untuk menganalisis data, termasuk kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan analisis korelasi untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendedahkan bahawa pelajar tingkatan enam cenderung mengalami gaya keibubapaan autoritatif, berbanding gaya autoritarian atau permisif, yang mempunyai implikasi terhadap pencapaian akademik mereka dalam Sejarah. Keputusan analisis korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian subjek sejarah pelajar tingkatan enam di Sabah. Namun, kajian lanjutan diperlukan untuk mengesahkan lagi dapatan kajian dengan faktor-faktor lain yang tidak diukur melalui kajian ini

    Understanding The Impact of Culture as A Destination Image Attribute on Sustainable Tourism

    No full text
    This study aims to underscore the pivotal role of cultural attributes in shaping destination image and examines their implications for sustainable tourism. Through a comprehensive review of relevant literature, the study proposes a conceptual framework to delve into the multifaceted effects of cultural attributes on destination image formation and offers strategies and guidelines for fostering sustainable tourism practices. The findings of the study underscore the significance of cultural attributes in bolstering the competitiveness of destination images in sustainable tourism, while also analyzing their interconnectedness across social, economic, and environmental dimensions. The societal impact of this study lies in highlighting the pivotal role of cultural attributes in shaping perceptions and allure associated with destination images, thereby furnishing a vital reference point for crafting and executing a targeted research agenda in urban tourism. Ultimately, this study furnishes a valuable theoretical framework and perspective conducive to the advancement of sustainable tourism endeavors

    The Factors that Trigger the Chinese Youth Participation in Secondary Crisis Communication

    No full text
    In today’s generation, there are billions of individuals around the globe who tend to use social media daily to stay connected with information around the world. Therefore, social media has indirectly increased the online participation and communication of audiences. Thus, social media has become a platform that enables organisations to communicate with the public efficiently. Nevertheless, social media has brought severe impacts to the organisations because it has provided a platform for the public to become more active in joining the discussion about the crises and resulting in negative coverage in the media and financial loss. Consumer boundaries have become invisible and communication has become increasingly instantaneous, power has shifted from the organisations to the consumers. As a result, consumer-generated content and media play an important role in shaping the existing market. Therefore, the objective of this study is to identify the factors that trigger the Chinese youth’s participation in secondary crisis communication (SCC). Furthermore, it also examines the frequency of Chinese youth participation in SCC. The respondents are Chinese youth within the age group of 15 to 30 years old in Ipoh Perak. 100 respondents have participated in this research. This study is conducted by using a quantitative research approach with a survey questionnaire method and a purposive sampling method. The data was analysed by using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The findings revealed that all variables (brand loyalty, popularity of brand, and personal fame) are the factors that trigger the Chinese youth participation in SCC

    Obstacles to Women’s Adaptation and Capacity- Development in Flood-Affected Areas of Bangladesh: A Qualitative Study

    No full text
    Women in Bangladesh are disproportionately affected by recurrent flooding events, which have a negative impact on them. Women are more susceptible and less adaptable than males in flood disasters due to socio-cultural barriers perpetuated by society. The objective of this research is to explore the challenges impede women’s ability to adapt and increase their capacity in flood-affected areas of Bangladesh. To accomplish this goal, a qualitative research approach was utilized, including Focus Group Discussions with six unique groups, and conducting In-depth interviews with a total of thirty participants. The research illustrates that women’s susceptibility issues are worsened by rural communities and flood disasters due to their lack of adaptability. This is mostly attributed to the patriarchal culture prevalent in rural Bangladesh, which poses challenges in acquiring the necessary knowledge, skills, resources, and capacity for adaption. Hence, this article argues in favour of the government’s unwavering commitment to effectively utilizing the complete potential of women to enhance their ability to adapt and integrate them into the broader fabric of society, thereby promoting positive societal progress by reducing their vulnerability

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇