Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Keinginan Bertingkah Laku dari Aspek Penerimaan Kandungan Dakwah Digital dalam kalangan Netizen Muslim

    No full text
    Perkembangan media dan teknologi memberi perubahan terhadap rutin kehidupan dan tingkah laku netizen. Pelbagai sumber media digital kerap menjadi rujukan netizen bagi mendapatkan maklumat. Netizen Muslim turut bergantung kepada media digital dalam mendapatkan maklumat mengenai Islam dan dakwah. Namun, kewujudan kandungan dakwah di media digital perlu diteliti penerimaannya dalam kalangan netizen Muslim agar tidak mengelirukan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmana penerimaan kandungan dakwah di media digital dalam kalangan netizen Muslim dan menentukan hubungan keinginan bertingkah laku netizen Muslim dan penerimaan kandungan dakwah berdasarkan Model Technology Acceptance (TAM). Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk cross-sectional survey melalui pengedaran borang soal selidik dalam talian sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 306 sampel responden dipilih menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Data dianalisis melalui ujian statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian SPSS 32.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pengguna telah memilih aplikasi Youtube dalam penerimaan dakwah. Ini kerana, Youtube mempunyai kemudahan mencari maklumat berkaitan agama malah mempunyai elemen visual dan audio yang menarik

    Memahami Konsep-Konsep Pembangunan Gender: Sebuah Kertas Konsep

    No full text
    Pembangunan gender merujuk kepada proses di mana individu memperoleh pemahaman tentang identiti gender mereka sendiri dan norma dan peranan masyarakat yang dikaitkan dengan gender yang berbeza. Ia merupakan suatu bentuk interaksi kompleks di antara faktor biologi, psikologi dan sosiobudaya. "Pembangunan gender" sebagai konsep yang merujuk kepada proses di mana individu memahami, menghayati dan menyatakan identiti gender mereka. Ia merangkumi aspek kognitif, emosi dan sosial tentang cara orang melihat diri mereka dari segi gender mereka dan cara mereka berhubung dengan norma dan peranan gender yang ditetapkan oleh masyarakat mereka. Keperluan dalam merekodkan kesemua konsep-konsep pembangunan gender dalam membolehkan pemahaman yang lebih mendalam. Kepelbagaian konsep pembangunan gender yang wujud memerlukan penulisan sebuah kertas konsep dalam merekodkan kesemua konsep yang wujud secara bersama. Penulisan ini merupakan sebuah kertas konsep yang akan menyenaraikan konsep-konsep pembangunan gender yang wujud menerusi gabungan pelbagai kajian luar dan tempatan. Kertas konsep sebegini dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan terutama dalam menjadi panduan kepada pelajar, para akademik, pembuat polisi, untuk mengetahui tentang konsep-konsep pembangunan gender yang wujud

    Tahap Kemahiran Menggunakan Kalkulator Saintifik (Statistik) dalam kalangan Pelajar di Politeknik Kota Kinabalu

    No full text
    Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran pelajar menggunakan mod statistik kalkulator saintifik dalam kursus DJF51082 Quality Control. Seramai 59 orang pelajar semester 5 yang mendaftar kursus ini di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Kinabalu bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Mekanikal sesi 1 2023/2024 telah dipilih sebagai sampel. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk memperoleh kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai kalkulator jenama Casio siri fx-570/991 dengan fx-570MS/991MS (64.4%), fx-570ES/991ES (23.7%) dan fx-570EX/991EX (5.1%). Seramai 93% pelajar menyatakan tidak mahir menggunakan mod statistik pengiraan regresi. Analisis min keseluruhan bagi tahap penguasaan kemahiran menggunakan kalkulator saintifik berada pada tahap rendah di mana tahap kemahiran menggunakan mod statistik pengiraan regresi dikenalpasti adalah paling rendah. Justeru itu, penekanan terhadap kemahiran tersebut perlu diberi lebih perhatian sewajarnya. Dapatan kajian menunjukkan pelajar telah memilih dua kaedah iaitu video Youtube dan bengkel sebagai kaedah paling berkesan meningkatkan kemahiran menggunakan kalkulator saintifik. Diharap kajian ini dapat memberi maklumat awal kepada penyediaan alat bantu mengajar yang berkesan dan seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam kursus DJF51082 Quality Control

    Penambahbaikan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah

    No full text
    Kajian ini meneroka cadangan penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Bahasa Melayu bagi membantu guru-guru memperbaiki pelaksanaan PDP. Kajian ini dijalankan berdasarkan aspek-aspek yang terkandung dalam model pengajaran berkesan iaitu perancangan, suasana bilik darjah, pendekatan instruksional, serta tanggungjawab profesional guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan fenomenologi. Peserta kajian terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu yang dipilih secara pensampelan bertujuan berdasarkan skor pencerapan PDP mereka. Data dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Data ditranskripsikan dan dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan dengan bantuan perisian Atlas Ti versi 22. Secara ringkas, dapatan kajian menunjukkan beberapa cadangan penambahbaikan PDP Bahasa Melayu yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran bagi meningkatkan markah pencerapan PDP guru Bahasa Melayu

    Investigation and Implementation of Theoretical Teaching Reforms in the Water Environmental Chemistry Course

    No full text
    "Water Environmental Chemistry” is a crucial component of Environmental Chemistry and serves as an elective course in the field of Water Supply and Drainage Science and Engineering. This article systematically examines the existing issues in the current teaching process from multiple perspectives and proposes targeted directions for future teaching reforms. These reforms aim to reflect professional characteristics and enhance the quality of applied talent cultivation. Post-reform, the course is expected to boost the enthusiasm and initiative of students for learning, improve their problem-solving abilities, and establish a solid foundation for their future career in Water Supply and Drainage Science and Engineering. &nbsp

    A Conceptual Model for Revitalizing Shenyang’s Cultural Heritage: Enhancing Customer Engagement via Social Media Branding

    No full text
    This paper presents a conceptual framework focused on reviving cultural heritage using social media branding strategies. Based on the case study of Shenyang, China, it focuses on how traditional cultural practices can best handle the challenges facing dealing with the shifting world of the internet. As we operate in the fast-moving digital world, it is increasingly more challenging for traditional cultural practices to move in pace with digital evolution. According to social networks, a gap exists between preserving cultural values and adapting a customer's modern behavior. This paper presents a framework for cultural preservation, digital marketing, and consumer participation. This paper stresses that social media can be viewed as a cultural heritage promotion enabler while engaging consumers in this framework. Core features include the digitalization of critical cultural elements, the development of cultural heritage-related online communities through social media, the increase of interaction of people with culturally created content, and so on.  This framework offers a path to renewing the cultural landscape by incorporating digital strategies. It also acknowledges challenges like potential commodification and loss of authenticity. The insights will benefit policymakers, cultural institutions, and businesses while guiding further empirical research on social media’s role in cultural preservation

    Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Interaktif dalam Meningkatkan Motivasi serta Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Fizik

    No full text
    Penggunaan teknologi dalam pendidikan terutamanya aplikasi pembelajaran interaktif adalah signifikan dalam membantu meningkatkan motivasi belajar dan pemahaman pelajar dalam konsep sains yang abstrak. Dalam usaha membangunkan bakat masa depan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, kerajaan telah berusaha menyediakan infrastruktur seperti elektrik dan capaian internet kepada semua sekolah. Kesedaran guru terhadap kelebihan dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi dan aplikasi yang berkualiti adalah amat penting. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan aplikasi pembelajaran interaktif terhadap peningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 daripada dua buah sekolah di Daerah Serian, Sarawak telah dipilih secara sampel bertujuan untuk menyertai kajian. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Pengumpulan data adalah melalui penggunaan ujian pra, ujian pasca dan borang kaji selidik atas talian menggunakan aplikasi Google Form. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara markah ujian pra dan ujian pasca (min=30.80, s.p.=4.247); (t = 51.275, p =.000). Dapatan kajian kedua menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi belajar Fizik setelah menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif dengan peningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik (r = 0.747, n = 50, p < 0.05). Oleh itu, guru hendaklah menambahbaikkan kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan serta merancang dan melaksana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Kajian masa depan dapat diperluaskan kepada faktor jantina dan kepada populasi yang lebih luas

    Hubungan Bertangguh Masa dalam Akademik dengan Pencapaian Akademik Murid di Sekolah Rendah

    No full text
    Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran dan pencapaian akademik murid. Penangguhan masa akan memberi impak yang negatif iaitu mengurangkan keberkesanan pembelajaran dan merosakkan prestasi akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penangguhan masa dalam konteks akademik dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif yang melibatkan 242 orang murid di empat buah sekolah rendah Cina (SJKC). Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penangguhan masa dan pencapaian Bahasa Cina. Satu cadangan kajian lanjutan adalah untuk mengkaji keberkesanan program pembangunan kemahiran pengurusan masa dan penggunaan teknologi dalam mengatasi masalah penangguhan masa di kalangan murid

    Mystical Elements in the Novels of Marah Rusli

    No full text
    Marah Rusli is widely recognized as a prominent figure in Indonesian literature, particularly in the field of writing novels. He is regarded as the 'father' of contemporary Indonesian fiction. His well-known writings, including Sitti Nurbaya, were the subject of numerous analyses. The mystical components, another aspect of Marah Rusli's writing that appears to be recurrent, will be examined by the researchers in this article. The findings indicate that Marah Rusli, despite being aligned with modernist ideals and expressing criticism towards traditional Minangkabau rituals, exhibited a profound inclination towards mystical concepts that can be characterized as rooted in folk beliefs. His autobiographical novel Memang Jodoh, in particular, includes numerous mystical influences and illustrates supernatural events. For the reader, this fact is fascinating as it provides new, important background information about the work of Marah Rusli

    Pembangunan Identiti Seksual dan Gender Serta Teori Pembangunan Gender

    No full text
    Identiti seksual dan identiti gender adalah dua aspek yang berbeza tetapi saling berkaitan dalam rasa diri seseorang. Kedua-duanya menyumbang kepada pemahaman individu tentang siapa mereka dari segi gender mereka sendiri dan tarikan mereka kepada orang lain. Identiti gender merujuk kepada perasaan dalaman individu tentang gender mereka diri sendiri. Ini adalah cara seseorang melihat diri mereka sendiri dan cara mereka mengenal pasti dari segi lelaki, perempuan, kedua-duanya, tidak, atau sesuatu yang lain sepenuhnya. Identiti gender melangkaui jantina biologi (yang berdasarkan ciri fizikal) dan merangkumi pemahaman yang mendalam dan peribadi tentang jantina sendiri. Berbeza pula dengan identiti seksual, yang juga dikenali sebagai orientasi seksual, merujuk kepada tarikan emosi, romantik dan seksual individu kepada orang lain. Ia mengenai siapa seseorang itu tertarik dan boleh melibatkan aspek seperti hubungan emosi, tarikan fizikal dan sifat perhubungan romantis. Kertas konsep ini bertujuan dalam membincangkan tentang pembentukan identiti seksual dan gender berdasarkan laporan kajian-kajian luar dan tempatan. Kertas konsep ini turut melaporkan teori pembangunan gender. Perbincangan sebegini membolehkan pemahaman yang lebih mendalam dan dapat menyumbang kepada pengetahuan terutama dalam bidang pembangunan gender. Sumbangan kertas konsep dalam menjadi rujukan kepada para pelajar, ahli akademik, pembuat polisi dalam memahami tentang identiti seksual dan identiti gender ini

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇