Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
    2148 research outputs found

    Faktor Mempengaruhi Perkongsian Pengetahuan dalam kalangan Guru di Sekolah

    No full text
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor individu, budaya organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi serta kompetensi profesional guru terhadap perkongsian pengetahuan. Kajian bukan eksperimental ini mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan pensampelan berstrata, pensampelan rawak berkelompok dan pensampelan rawak mudah bagi mendapatkan sampel. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 492 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 25.0. Statistik inferensi iaitu regresi berganda digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menjelaskan varians peramal kompetensi profesional guru merupakan penyumbang utama terhadap perubahan varians dalam perkongsian pengetahuan iaitu 44.9% (R²=.449). Peramal faktor individu menyumbang 8.6% (R²=.086) dan peramal budaya organisasi pula menyumbang 2.3% (R²=.023). Kombinasi sumbangan ketiga-tiga peramal tersebut terhadap perubahan varians dalam perkongsian pengetahuan adalah 55.8% (R²=.558)

    Unleashing the Transformative Power: Nusantara Indigenous Folktales Framework Revolutionizing ESL Learning

    No full text
    Folktales are invaluable repositories of cultural heritage, reflecting the identity and values of indigenous communities while transmitting traditional knowledge. Serving as educational tools, they offer engaging resources for learners of all ages, contributing to education, language acquisition, and character development. Recognizing the importance of preserving intangible heritage, the Nusantara Indigenous Folktales Framework (NIFF) emerged from a collaborative effort between language specialists at Universiti Teknologi MARA Kedah in Malaysia and Universitas Merdeka Malang in Indonesia. This framework, employing a unified Edu-Tale approach, unites the Semai tribe from Malaysia and The Tengger tribe from Mount Bromo, Indonesia, aiming to preserve intangible heritage through formal education. To assess the impact of the Nusantara project on ESL learners, a questionnaire was distributed to 47 students actively participating in the initiative. The survey aimed to gather feedback on students' experiences with Nusantara folktales and their perceptions of the impact on overall motivation to learn English. Feedback from ESL learners was overwhelmingly positive, with students expressing enjoyment and acknowledging a significant enhancement of their overall motivation to learn English through engaging with Nusantara folktales. The Edu-Tale approach employed in the NIFF framework proved effective in creating a positive and impactful learning experience. The Nusantara Indigenous Folktales Framework demonstrates its potential as a transformative tool in ESL learning. Beyond its educational benefits, it fosters respect for intangible cultural heritage and raises awareness about the importance of safeguarding such valuable aspects of cultural identity. The positive feedback from students underscores the framework's effectiveness in enhancing motivation and engagement in English language learning

    The Impact of Art College Students’ Innovation Learning Ability Under STEAM Education

    No full text
    STEAM education, as an education model to train future comprehensive talents, not only challenges the traditional education, but also puts forward on the new requirements for students’ learning ability. As it empowers people to create and solve issues in their daily lives, the integration of Science, Technology, Engineering, Arts, and Mathematics (STEAM) education has a significant influence on generating creative students. Problem-solving ability, innovation ability, cooperation ability and autonomous learning ability are the popular student’s learning ability to discussed emphatically by educators. Among these abilities, innovation ability is the most topical, and it is more in line with the development of society. Under the theory of Self-efficacy, Learning Engagement, and Creative Performance, this study aims to investigate the impacted elements of the art college students’ innovation learning ability under STEAM education system; and to analyze the art college students’ perspectives of innovation learning ability under STEAM education system at a university in China. It adopts interview method with 6 samples at Shenyang Normal University in Liaoning Province, China. Through the systematic study of STEAM education concept, the findings indicated that creative self-efficacy, learning engagement and creative performance are the related elements with innovation learning ability. The more cognitive, emotional, and behavioral inputs students get and the more demanding efforts they put into creative activities, the greater the influence on students’ creative performance. In addition, the art college students’ perspectives of innovation learning ability under STEAM education system are positive

    Stress and Suicidal Tendencies among College Students in Bangladesh

    No full text
    The primary aim of this research is to ascertain the correlation between various stressors, including academic stress, and the propensity for suicidal tendencies among college students. The investigation involved the examination of a randomly selected sample of 60 students from diverse academic sessions at a government college in Bangladesh. Notably, prior research had not thoroughly explored the effects of stress in the context of government college in Bangladesh. The research offers a fresh perspective on Emile Durkheim's typology of suicide, examining altruistic, anomic, egoistic, and fatalistic suicide in the context of various stressors and academic stress. This is significant as earlier studies largely adhered to conventional interpretations of Durkheim's typology. Crucially, this research fills a gap in the existing literature, contributing valuable insights for future researchers in this field. It sheds light on the complex relationship between stress and suicidal tendencies, specifically emphasising the role of academic stress, and it broadens our understanding of how various forms of stress impact college students

    Pembangunan Modul Prigel Kohesi dalam Penulisan Karangan Murid Tingkatan 4: Satu Analisis Keperluan

    No full text
    Kohesi, iaitu, pertautan antara kata, frasa, klausa dan ayat merupakan salah satu ciri wacana yang penting dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Perkara ini berkait rapat dengan kemahiran menulis di sekolah dan dengan adanya pelbagai alat kohesi seperti kohesi jenis perulangan kualiti wacana kemahiran ini mampu ditingkatkan. Kajian ini merupakan analisis keperluan dalam fasa satu reka bentuk kajian Design and Development Research (DDR). Tujuan kajian analisis keperluan ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti keperluan pembangunan modul berasaskan kohesi jenis perulangan. Kajian dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai lapan orang informan terdiri daripada pakar kurikulum, pakar wacana dan pakar guru bahasa Melayu telah ditemu bual. Semua pakar ini telah dipilih secara pensampelan bertujuan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Data temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik dengan bantuan perisian ATLAS.ti 9. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keperluan bagi penyelidik membangunkan modul kohesi perulangan dalam penulisan karangan murid di sekolah. Oleh itu, diharapkan modul ini dapat digunakan oleh guru dan murid sebagai panduan dalam menghasilkan penulisan karangan yang berkohesi sekaligus membantu kemahiran menulis dengan lebih baik

    Infrastruktur Dakwah Bil Hal Menurut Perspektif Al-Quran

    No full text
    Pendakwah dan infrastruktur dakwah adalah dua elemen yang mempunyai hubungan yang jelas iaitu pendakwah perlu menggerakkan masyarakat ke arah mengejar pembangunan dengan menggunakan infrastruktur atau kemudahan yang telah disediakan. Namun, dalam konteks Malaysia, kefahaman tentang infrastruktur dakwah khususnya dakwah bil hal agak kurang diperjelaskan. Justeru, kajian ini berusaha mengetengahkan berkenaan infrastruktur dakwah bil hal berpandukan kepada adapatasi kajian kemudahan infrastruktur oleh kerajaan pada masa kini. Kajian kualitatif mengaplikasikan metode analisis data dan kandungan digunakan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mengenalpasti aspek penting untuk memahami infrastruktur dakwah bil hal iaitu dari segi etika, keperluan dan sumber infrastruktur dakwah bil hal. Implikasi kajian ini memberikan kefahaman yang jelas berkenaan dengan infrastruktur dakwah bil hal yang perlu dipertingkatkan untuk dibangunkan dan menjadi alternatif terbaik dalam konteks dakwah semasa

    Systematic Review of Parents with Autism Spectrum Disorder (ASD) Children in Southeast Asia: Work-related Factors

    No full text
    Considering the rising cases of ASD among children, this paper aims to investigate the extent to which work-related factors have been examined in studies conducted on parents of children with ASD within the Southeast Asia (SEA) region. Using the PRISMA framework, a search was conducted on three databases (Scopus, PubMed, Web of Science), yielding 38 studies that met the following inclusion criteria: (1) focusing on parents of ASD children, (2) conducted in the SEA region, and (3) articles, excluding systematic and meta-analyses. Of the 38 studies, 24 were from Malaysia, 9 from Singapore, 3 from the Philippines, 1 from Indonesia, and 1 from Vietnam. No articles were found for Brunei, Burma, Myanmar, Cambodia, Timor-Leste, Laos and Thailand. The focus, across the 38 studies, was primarily on the effects of the ASD child's therapies and interventions on parents, followed by parenting stress and quality of life (QOL). Employment-related factors were seen in sub-themes of five studies from Malaysia and Singapore. The review showed a limited focus on employment-related concerns amongst working parents with ASD children within the SEA region. The study's limitations include the lack of studies from other SEA countries such as Brunei, Burma, Myanmar, Cambodia, Timor-Leste, Laos, and Thailand. It is suggested that future research should focus on work-related factors for this underrepresented population while considering the roles of individual, gender, cultural, and religious factors

    Pengajian Tinggi, Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan: Satu Ulasan Buku

    No full text
    Artikel ini mengulas sebuah buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya (tahun 2022) karya penulis tersohor Dato Dr Qasim Ahmad. Naskhah setebal 607 halaman ini sarat dengan pengisian dalam membangunkan ilmu berkaitan aspek pengurusan dan pentadbiran institusi pengajian tinggi di Malaysia mendepani isu-isu seperti pengajaran, pembelajaran, penulisan dan penyelidikan. Perbincangan di dalam buku ini berkisar kepada tiga fokus utama iaitu pendemokrasian, pengkomersialan dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara. Dua belas bab di dalam buku ini meliputi pengenalan, konsep sebuah universiti, anekaversiti?, pendemokrasian, pengkomersialan, pengkorporatan, autonomi dan akauntabiliti, pengantarabangsaan, faedah dan cabaran, pendidikan transnasional, isu bahasa Inggeris, serta tinta akhir bicara sebagai konklusinya (Qasim, 2022). Isu-isu pendidikan dan pengasasan sesebuah institusi pengajian tinggi di Barat (terutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat) turut dibandingkan dengan universiti di Malaysia. Melalui analisis kritis yang telah dijalankan terhadap buku ini, terdapat lapan (8) intipati penting yang perlu dititik beratkan dalam mentadbir urus institusi pengajian tinggi di Malaysia iaitu peranan universiti sebagai pusat latihan dan pendidikan graduan, penerapan nilai agama di institusi pengajian tinggi, mengenal pasti cabaran utama institusi pengajian tinggi, pemerkasaan pendidikan vokasional, pendemokrasian institusi pengajian tinggi, peranan institusi pengajian tinggi dalam pembangunan masyarakat, serta pengkorporatan dan pengantarabangsaan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Buku ini amatlah berguna dan dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pentadbir universiti, penggubal dasar pendidikan, pemimpin universiti, ahli akademia, Kementerian Pengajian Tinggi serta kerajaan dalam menaik taraf kedudukan institusi pengajian di Malaysia ke suatu martabat yang lebih tinggi

    Daya Tahan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Yang Mempunyai Pengalaman Buruk Zaman Kanak-Kanak

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran dan faktor daya tahan yang mempengaruhi pelajar IPT yang mempunyai pengalaman buruk zaman kanak-kanak. Kajian dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam (in-depth) dan separa struktur. Seramai lima orang pelajar IPT di sekitar Melaka dan Selangor dipilih menjadi informan kajian berdasarkan kepada kaedah persampelan bertujuan mengikut kriteria yang ditetapkan. Temu bual ditranskripsikan dan dapatan kajian diklasifikasikan mengikut tema-tema yang dikenal pasti. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat dua cabaran utama yang dilalui oleh pelajar IPT ini iaitu (a) sosial dan (b) emosi dan psikologi. Manakala bagi daya tahan pula terdapat dua faktor pelindung yang membantu pelajar IPT dalam kehidupan iaitu (a) faktor dalaman dan (b) faktor luaran. Dapatan kajian diharapkan dapat memberi cetusan idea dan inspirasi kepada semua pihak dalam membentuk pelajar IPT yang berdaya tahan bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan

    Pedagogi Kasih Sayang, Efikasi Kendiri, Kekuatan Karater dan Sikap Guru dalam kalangan Siswa Guru

    No full text
    Pendidikan yang berkualiti sangat bergantung pada kewibawaan guru yang berkualiti. Di Malaysia, usaha meningkatkan kualiti guru telah diimplementasikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Salah satu tujuan pelan ini adalah meningkatkan kualiti guru melalui latihan pra-perkhidmatan yang berkualiti. Ciri-ciri guru berkualiti ialah mempunyai pedagogi kasih sayang, efikasi kendiri, kekuatan karakter, dan sikap guru yang akan memberi impak positif terhadap prestasi murid secara holistik. Kajian ini bertujuan menerokai tentang pedagogi kasih sayang, sikap, efikasi kendiri, dan kekuatan karakter dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Kajian kuantitatif deskriptif ini melibatkan seramai 106 siswa guru di IPGKIK. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pedagogi kasih sayang dan kekuatan karakter siswa guru berada pada tahap sangat tinggi. Manakala tahap efikasi kendiri dan sikap siswa guru pula berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa siswa guru telah dilatih dengan baik dan memiliki sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi guru yang berkualiti. Cadangan kajian lanjutan untuk memperkukuhkan lagi kualiti guru termasuklah penilaian dan peningkatan program latihan, kajian jangka panjang mengenai perkembangan profesional guru, serta penyelidikan tentang pengaruh konteks sekolah dan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan bahawa program latihan pra-perkhidmatan di IPGKIK berjaya dalam membentuk siswa guru yang berkualiti dengan sifat-sifat yang diperlukan untuk mengajar dengan penuh kasih sayang, terutama dalam konteks pendidikan khas. Pelaburan berterusan dalam kualiti guru adalah kunci untuk mencapai sistem pendidikan yang cemerlang di Malaysia

    832

    full texts

    2,148

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇