Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Not a member yet
2148 research outputs found
Sort by
Cabaran Kognitif dalam Pembelajaran Geometri Koordinat: Suatu Sorotan Literatur Komprehensif
Kajian naratif ini meneroka cabaran pembelajaran Geometri Koordinat dalam kalangan murid pelbagai peringkat pendidikan. Pengkaji menggunakan strategi carian sistematik terhadap artikel berkaitan dari pangkalan data akademik antara tahun 2016 hingga 2023, kecuali bagi kajian dari Malaysia pada tahun 2013 dan 2010. Dapatan kajian mendedahkan pola kesukaran yang konsisten, merentasi pelbagai konteks pendidikan dan negara. Murid sering bergelut dengan pemahaman konsep asas, kesukaran menghubungkaitkan perwakilan Algebra dan Geometri, serta ketidakmampuan mengaplikasikan pengetahuan dalam penyelesaian masalah yang melibatkan situasi sebenar. Analisis mendalam terhadap artikel yang dikumpul mendedahkan faktor-faktor penyumbang yang kompleks seperti kelemahan pengetahuan sedia ada, kekurangan kemahiran visualisasi ruang dan pendekatan pengajaran yang kurang efektif. Walaupun topik ini penting dalam kurikulum dan peperiksaan SPM, masih terdapat kekurangan penyelidikan khusus mengenai topik ini di Malaysia. Penemuan ini membuka ruang untuk penyelidikan lanjut yang kritikal, terutamanya dalam konteks tempatan. Kajian ini bukan sahaja menyoroti cabaran semasa, tetapi juga mencadangkan arah tuju masa depan dalam pengembangan strategi pembelajaran yang inovatif. Dengan mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemajuan teknologi pendidikan, kajian ini menawarkan perspektif baharu dalam merancang intervensi pendidikan yang tepat dan berkesan. Penemuan ini bukan sahaja relevan untuk pendidik dan pembuat dasar, bahkan juga membuka laluan untuk penyelidikan lanjut yang berpotensi mengubah landskap pembelajaran dan pemudahcaraan Geometri Koordinat
Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sejarah Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Globalisasi merupakan suatu proses yang mendorong transformasi politik, sosial dan budaya yang dicetuskan oleh kemapanan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang begitu pesat. Justeru, TMK telah memberi kesan yang besar terhadap transformasi sistem pendidikan di negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sejarah terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan ditadbirkan secara dalam talian. 60 responden dipilih sebagai pensampelan kajian yang terdiri daripada para guru Sejarah di Daerah Tangkak. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Dapatan kajian melaporkan bahawa min bagi tahap penggunaan TMK dalam PdP Sejarah dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran berada pada aras yang tinggi. Hal ini membuktikan bahawa guru-guru Sejarah mempunyai kecenderungan untuk mengaplikasikan TMK dalam PdP secara optimum. Kesimpulannya, kajian ini memberi manfaat kepada pihak berkepentingan untuk mengetahui pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sejarah terhadap penggunaan TMK dalam proses PdP. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin mengkaji isu kajian ini dari segi persepsi murid dan saiz sampel kajian yang besar
Exploring Family Dynamics in Mitch Albom’s For One More Day Through the Lens of Bowen’s Family Systems Theory
This study represents the culmination of a final-year project in literary criticism, integrating selected literary text with a theoretical framework, with roots tracing back to the 1940s and 1950s. The paper delves into exploring family dynamics and human behaviours in Mitch Albom’s For One More Day (2006). Through the lens of Bowen’s family systems theory (BFST), we utilize three concepts and aim to illuminate the intricate interplay of relationships within the family unit, encompassing the roles of the father, mother, and the protagonist himself. We proceed to investigate the transmission of emotional issues from the parents to the child, which culminates in Chick’s adoption of emotional cutoff as a coping mechanism. This study contributes to the understanding that people’s thoughts, emotions, and actions are shaped by the complex relationships rooted in their family of origin. The unresolved emotional issues within the family unit can jeopardise other new relationships. BFST sheds light on this dynamic relationship, making us understand that it is not just about identifying the cause of the problems but more about resolving the problems and finding solace through a proper closure to the unresolved trauma within the familial context
Application of Digital Cameras Toward Children Development Domain
This research was carried out to create awaereness on the benefits of camera applications to young children development like social, language, and cognitive development. The initiative to introduce camera as teaching tool in preschool and home was one of fantastic ideas in effort of making children’s learning more interactived and improved. Digital cameras provide children with a medium to express their creativity, capture and share moments, and engage in storytelling. This studies proved that the digital camera seccussfuly encouraged children to observe and appreciate the world around them, enhancing their visual literacy and observation skills. Furthermore, digital cameras foster social interactions and collaboration as children work together on photography projects, share their creations, and connect with others who share their interests
Meneliti Perspektif Pelatih Tentang Program-Program Pemulihan di Sekolah Tunas Bakti
Media sering melaporkan tentang masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Masalah yang melibatkan remaja merangkumi hubungan seks luar nikah, ketagihan dadah, pengedaran dadah, mencederakan orang, merogol, samun, mencuri motosikal dan pecah rumah. Laporan statistik oleh pihak polis mendapati perlakuan jenayah ini melibatkan ramai remaja dalam usia 13 hingga 18 tahun. Sekiranya didapati bersalah, Mahkamah bagi Kanak-kanak boleh mengeluarkan perintah di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2016) atau Akta Mahkamah Juvana 1947, untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di institusi bagi menjalani pemulihan bagi tempoh satu hingga tiga tahun. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis institusi pemulihan iaitu Asrama Akhlak dan Sekolah Tunas Bakti di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, manakala Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Selaras dengan itu, tujuan penulisan artikel ini adalah untuk menghuraikan pandangan pelatih-pelatih (merujuk kepada remaja yang sedang berada di institusi) tentang program-program pemulihan yang sedang mereka jalani. Penulisan dibuat berasaskan temubual berstruktur yang dijalankan ke atas enam orang informan kajian di salah sebuah Sekolah Tunas Bakti di utara Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, semua informan menyatakan mereka tertarik dan gembira mengikuti Program Keagamaan dan Program Kemahiran Latihan Vokasional. Namun, terdapat informan kajian memaklumkan perlaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling agak kurang menyeronokkan kerana mereka hanya mendengar tanpa ada aktiviti yang perlu dilakukan
Hubungan Faktor Individu, Organisasi, Teknologi dan Kompetensi Profesional dengan Perkongsian Pengetahuan
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan faktor individu, budaya organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi dan kompetensi profesional guru dengan perkongsian pengetahuan. Kajian bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggabungkan pensampelan berstrata, pensampelan rawak berkelompok dan pensampelan rawak mudah untuk menentukan sampel kajian. Data dikumpulkan melalui satu set borang soal selidik yang telah diadaptasi dan diedarkan kepada 492 orang guru. Analisis data dilakukan menggunakan perisian SPSS. Statistik inferensi iaitu korelasi Pearson Product Moment digunakan bagi menganalisis data untuk menjawab soalan kajian. Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pemboleh ubah bebas faktor individu (r=0.631,p<0.05), budaya organisasi (r=0.661,p<0.05), teknologi maklumat dan komunikasi (r=0.439,p<0.05) dan kompetensi profesional guru (r=0.670,p<0.05) dengan pemboleh ubah bersandar perkongsian pengetahuan
Analisis Corak Ruangan Keciciran Murid Sekolah Menengah di Sarawak
Keciciran murid merupakan cabaran besar dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Inisiatif berkaitan akses kepada pendidikan diberikan penekanan untuk meningkatkan enrolmen daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas bagi menangani keciciran murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak ruangan keciciran murid sekolah menengah di Sarawak dari tahun 2013 hingga 2018. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan data ruangan (lokasi sekolah, lokasi pejabat pendidikan daerah dan sempadan daerah pendidikan) dan data bukan (maklumat keciciran daripada 190 buah sekolah menengah) yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman). Analisis corak ruangan menggunakan Global Moran’s I memfokuskan pada keciciran murid daripada Kelas Peralihan hingga ke Tingkatan 5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keciciran murid sekolah menengah sekolah menengah di Sarawak adalah berkelompok mengikut ruang, dengan skor z melebihi 2.58 dan nilai p kurang daripada 0.01 yang mendedahkan corak ruangan yang ketara. Kesimpulannya, analisis corak ruangan keciciran murid sekolah menengah di Sarawak menggunakan Sistem Maklumat Geografi dapat digunakan untuk melaksanakan kajian lanjutan keciciran murid
Mapping the Intellectual Structure of Metaphor Research in Visual Communication: A Bibliometric Analysis
Metaphor is a powerful rhetorical device used primarily in the field of visual communication, particularly in branding, advertising, book design, and packaging. Although metaphor is used so frequently, there is limited existing literature examining the area. Consequently, this study aims to address this gap by performing a bibliometric analysis to map the existing literature and identify key topics for future research. Using VOSviewer and CiteSpace software, we selected 217 related articles from the Web of Science for the period from 2000 to March 2023. The performance analysis shows a growing interest and a steadily increasing literature development before peaking in 2023. Metaphor research focuses primarily on the fields of communication, linguistics, and business. It is worth noting that the United States holds a dominant position in terms of publication quantity and academic influence. By scientific mapping with keywords coincidence, seven research themes were characterized, including conceptual metaphor, visual metaphor, and multimodal metaphor. In addition, themes such as visual rhetoric, consumer perception, and advertising play a central role in metaphor research, emphasizing metaphor as a strategy in visual communication that influences consumer attitudes and emotions. This study provides valuable insights for potential future research efforts endeavours to seeking to explore this area in more depth
Examining Teacher and Student Beliefs in Poetry Education: A Systematic Review within TESL Contexts
This systematic review investigates the intersection of teacher and student beliefs in poetry education within TESL (Teaching English as a Second Language) programs. It synthesizes studies examining how these beliefs influence pedagogical practices, student engagement, and overall learning outcomes in poetry instruction. Utilizing the PRISMA methodology, the review identifies and analyzes 32 peer-reviewed articles published between 1982 and 2024. Findings indicate that teachers' beliefs about poetry significantly shape instructional approaches, often impacting students' attitudes toward the genre. Teachers who view poetry as an essential tool for fostering creativity and cultural understanding tend to implement it more actively in their curricula, enhancing student engagement. Conversely, students often perceive poetry as challenging due to its linguistic complexity, leading to anxiety and disengagement. The review also highlights discrepancies between teacher expectations and student experiences, particularly in assessment-driven environments where poetry is seen as secondary to core language skills. The study concludes that a more collaborative approach to poetry education—integrating student perspectives—can foster more positive attitudes and better align teaching practices with student needs. This research contributes to the broader discourse on literature education in TESL, offering insights into how poetry can be effectively integrated into language instruction to improve both educational outcomes and cultural literacy
Hubungan Model Penerimaan Teknologi dan Penciptaan Bersama ke arah Penggunaan Laman Web Hotel Pelancongan
Kajian penyebaran teknologi sebelum ini menekankan kepentingan nilai perkongsian bersama untuk meningkatkan kelebihan bersaing jangka panjang bagi sesebuah platform digital, tetapi ia tidak konlusif. Ini kerana, perbincangan di konteks platform laman web masih kurang pembuktian dan samar, berbanding perbincangan di platform media sosial yang agak meluas. Selari dengan perbincangan semasa mengenai impak digital terhadap industri pelancongan, kajian ini diambil kira untuk memahami adakah persepsi perkongsian bersama dan faktor-faktor lain mendorong dalam kelastarian penggunaan laman web pelancongan. Model Penerimaan Teknologi (TAM) adalah satu teori yang dibina untuk memahami niat individu untuk menggunakan teknologi dan inovasi semasa iaitu Persepsi Mudah Penggunaan, Kepentingan, dan Kenikmatan dalam mempengaruhi Niat Tingkah Laku pengguna. Selain itu, aspek Perkongsian Nilai bersama (Co-Creation) juga dilihat penting ke arah kemampanan penggunaan teknologi ini dan meningkatkan kelebihan bersaing jangka panjang bagi sesebuah platform digital. Oleh itu, kajian ini menggabungkan TAM dengan elemen Perkongsian Nilai dalam meramalkan niat individu terhadap penggunaan laman web pelancongan. Dengan menggunakan persampelan mudah dan soal selidik kendiri, data dari 399 responden yang menggunakan laman web pelancongan di Sarawak dikumpulkan. PLS - SEM digunakan untuk menilai hubungan dan hasilnya mendedahkan bahawa persepsi perkongsian bersama dengan persepsi kemudahan penggunaan mempengaruhi secara langsung niat individu untuk menggunakan laman web pelancongan. Selain itu, aspek nilai uiliti iaitu Kegunaan yang dirasai dikenal pasti sebagai pengantara penting penggunaan laman web pelancongan. Oleh itu, kajian ini memberikan panduan berguna kepada pemain-pemain industri pelancongan merencana strategi pendigitalan perniagaan mereka dengan melibatkan elemen nilai perkongsian bersama ke arah inovasi operasi secara digital melalui laman web. Oleh itu, memperluaskan TAM dengan elemen perkongsian nilai ini dianggap sebagai sumbangan teori dan konseptual ke arah proses tranformasi digital terutamanya terhadap kejayaan industri pelancongan