1,720,972 research outputs found
The relationship between personality and behavioural traits and entrepreneurs’ competitiveness / Dr Oriah Akir, Dr Tang Howe Eng and Senian Malie.
This study explores the elements of personality and / or behavioural traits that explain the entrepreneurs’ competitiveness; and come out with an extended model in addition to the existing body of knowledge relating to the field of entrepreneurship and entrepreneurs. Cross-sectional survey design is carried out to determine the best competitive entrepreneurial behaviourial model. The findings indicated that proactive trait made the largest contribution in explaining a competitive entrepreneur (β = 0.420, p = 0.000), next largest contributing factor was innovative (β = 0.286, p = 0.000), followed by networking (β = 0.103, p = 0.002), and then risk taking (β = 0.098, p = 0.018). This study also explores the motivating, success and challenging factors experienced by entrepreneurs in their business ventures. In conclusion, this study has the potential inputs and insights to managerial and decision-makers in sponsoring the financial / capital assistance to new entrepreneurs or even existing one to assess their capability, feasibility and the future growth of their business ventures
Kajian impak Pesta Kaul Mukah 2015 / Dr. Tang Howe Eng & Haji Khalik Haji Ibrahim
Pesta Kaul Mukah 2015 telah diadakan di Mukah pada 18 April 2015 sehingga 26 April 2015 bertempat di Tapak Pesta Kaul, Kuala Lama, Mukah. Tema Kaul pada tahun ini ialah ‘Berbudaya Terus Maju’. Pesta Kaul Mukah 2015 turut disambut dengan meriah di sekitar Bandar Mukah. Pesta Kaul merupakan satu pesta keramaian masyarakat Melanau yang menghimpunkan pelbagai acara dan adat resam yang unik. Pesta Kaul diadakan sekali setiap tahun, iaitu pada minggu ketiga April. Pesta Kaul diadakan oleh kaum Melanau di kawasan Mukah, sebuah kawasan yang terletak di persisiran pantai di Sarawak. Pada masa lalu, Kaul adalah sejenis pesta keagamaan yang diraikan oleh masyarakat Melanau Pagan. Ia adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di tempat-tempat tersebut. Pesta ini biasanya diadakan mengikut kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Kini, Pesta Kaul menjadi salah satu pesta yang bukan sahaja dapat menghimpunkan masyarakat Melanau secara khususnya, malah telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut berkongsi kemeriahan Pesta Kaul
Laporan kajian penilaian impak Kaul 2013 / Dr. Tang Howe Eng, Khalik Ibrahim and Noor Emma Shamsuddin
Pesta Kaul Mukah 2013 dengan bertemakan ‘Tiada Seuniknya’ telah diadakan pada 24 April 2013 sehingga 28 April 2013 di Pantai Kaul, Mukah. Kaul merupakan satu perayaan keagamaan atau pesta pemujaan oleh kaum Melanau yang mendiami kawasan pesisiran pantai Sarawak. Kaum Melanau pada masa dahulu mengadakan pesta ini bertujuan untuk menenangkanhantu-hantu, roh-roh serta dewa-dewi laut, hutan dan ladang. Pesta ini diadakan pada minggu ketiga bulan April setiap tahun. Ini adalah permulaan bagi kalendar Melanau di mana musim tengkujuh yang ternyata memberi kesan kepada hasil laut, hutan dan ladang. Ianya adalah untuk menunjukkan kesyukuran kepada hantu-hantu, roh-roh dan dewa-dewi laut, hutan dan ladang bahawa musim tengkujuh telah berlalu. Tetapi, pada zaman sekarang, Pesta Kaul diadakan hanya bertujuan untuk majlis keramaian. Acara pemujaan dan keagamaan yang diamalkan pada masa dahulu tidak lagi diadakan. Pesta Kaul ini akan menjadi satu tumpuan kepada pelancong-pelancong dalam dan luar Negara untuk melihat dan mempelajari adat resam dan budaya Kaum Melanau di Sarawak. Untuk Kaul Mukah 2013, satu kajian telah dijalankan untuk menilai impak Kaul Mukah 2013 daripada segi ekonomi, sosiobudaya, alam sekitar dan sebagainya. Seramai 453 pengunjung Kaul Mukah 2013 telah dipilih secara rawak untuk mengisi soal selidik yang bertajuk “Kajian Penilaian Impak Kaul Mukah 2013” dari 24 April 2013 sehingga 28 April 2013. Pengunjung-pengunjung yang dipilih merangkumi pelbagai kaum, status pendidikan, status pekerjaan, status perkahwinan dan pelbagai umur. Analisis data adalah seperti yang ditunjukkan pada bahagian yang seterusnya
Kajian impak Pesta Kaul Mukah 2014 / Dr. Tang Howe Eng, Haji Khalik Haji Ibrahim & Noor Emma Shamsuddin
Pesta Kaul Mukah 2014 telah diadakan di Mukah pada 23 April 2014 sehingga 27 April 2014 bertempat di Tapak Pesta Kaul, Kuala Lama, Mukah. Tema Kaul pada tahun ini adalah seperti tahun lepas iaitu ‘Tiada Seuniknya’. Kaul merupakan sebuah acara keramaian yang menghimpunkan pelbagai acara dan adat resam yang unik dan menarik dan diadakan oleh kaum Melanau di kawasan Mukah, sebuah kawasan yang terletak di persisiran pantai di Sarawak. Acara ini diadakan sekali setiap tahun, iaitu pada minggu ketiga April. Kaul merupakan permulaan kalendar bagi kaum Melanau di mana berakhirnya musim tengkujuh. Disebabkan lokasi penempatan kaum ini adalah di persisiran pantai, pekerjaan utama mereka merupakan nelayan. Kaul pada zaman dahulu diamalkan untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu mereka ketika mereka mencari rezeki. Kaum Melanau yang terawal di Sarawak adalah di Mukah. Namun begitu, terdapat juga Kaum Melanau yang berada di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya dan Bintulu. Bahasa Melanau itu sendiri berbeza loghatnya mengikut kawasan masing-masing. Masyarakat Melanau dahulu kebanyakannya terdiri daripada suku yang tidak mempunyai agama dan mempercayai kuasa makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. Kaum inilah yang memulakan acara Kaul yang akhirnya menjadi satu adat bagi Kaum Melanau sehingga kini. Namun begitu, dengan kemasukan agama Islam dan Kristian di kalangan masyarakat Melanau di Sarawak ini mengubah sedikit demi sedikit aplikasi dan kepercayaan Kaul. Jika dahulu, Kaul diadakan untuk memuja penunggu-penunggu laut dan darat, tetapi kini Kaul diadakan untuk majlis keramaian ataupun satu pesta sosio-budaya sahaja. Ini adalah kerana dengan wujudnya anutan agama, amalan-amalan syirik perlu dihentikan namun demi mengekalkan adat supaya tidak hilang ditelan arus zaman, Kaul dikekalkan dari segi nama dan masa bukan dari segi amalan
Bengkel malam persediaan ujian penilaian statistik / Muhammad Zulkhairi Zakariah dan Puteri Faida Alya Zainuddin
Pada 18 Jun 2024, seramai 50 orang pelajar daripada pelbagai program di bawah UiTM Kampus Mukah telah terpilih untuk menyertai bengkel khas anjuran Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah. Bengkel Persediaan Ujian Statistik (1/2024) ini berlangsung selama 3 jam, bermula jam 7:30 malam, dan disampaikan oleh Prof. Madya Dr Tang Howe Eng serta Puan Puteri Faida Alya Zainuddin
Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis
The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation
counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings
are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that
only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into
account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
Variations on the Author
“Variations on the Author” discusses two of Eduardo Coutinho’s recent films (Um Dia na Vida, from 2010, and Últimas Conversas, posthumously released in 2015) and their contribution to the general question of documentary authorship. The director’s filmography is characterized by a consistent yet self-effacing form of authorial self-inscription: Coutinho often features as an interviewer that rather than express opinions propels discourses; an interviewer that is good at listening. This mode of self-inscription characterizes him as an author who is not expressive but who is nonetheless markedly present on the screen. In Um Dia na Vida, however, Coutinho is completely absent form the image, while Últimas Conversas, on the contrary, includes a confessional prologue that moves the director from the margins to the center of his films. This article examines the ways in which these works stand out in the filmography of a director who offers new insights into the notion of cinematic authorship
Appropriate Similarity Measures for Author Cocitation Analysis
We provide a number of new insights into the methodological discussion about author cocitation analysis. We first argue that the use of the Pearson correlation for measuring the similarity between authors’ cocitation profiles is not very satisfactory. We then discuss what kind of similarity measures may be used as an alternative to the Pearson correlation. We consider three similarity measures in particular. One is the well-known cosine. The other two similarity measures have not been used before in the bibliometric literature. Finally, we show by means of an example that our findings have a high practical relevance.information science;Pearson correlation;cosine;similarity measure;author cocitation analysis
Dispelling the Myths Behind First-author Citation Counts
We conducted a full-scale evaluative citation analysis study of scholars in the XML research field to explore just how different from each other author rankings resulting from different citation counting methods actually are, and to demonstrate the capability of emerging data and tools on the Web in supporting more realistic citation counting methods. Our results contest some common arguments for the continued
use of first-author citation counts in the evaluation of scholars, such as high correlations between author rankings by first-author citation counts and other citation
counting methods, and high costs of using more realistic citation counting methods that are not well-supported by the ISI databases. It is argued that increasingly available digital full text research papers make it possible for citation analysis studies to go beyond what the ISI databases have directly supported and to employ more
sophisticated methods
- …
