648 research outputs found

    Program Kasih Ramadan 2023 / Norhafizah Hashim ... [et al.]

    No full text
    Program Kasih Ramadan 2023 telah berjaya dilaksanakan pada 6 April 2023 bersamaan 15 Ramadhan 1444H. Program tersebut adalah anjuran kerjasama di antara Pengajian Sains Pengkomputeran dan Matematik (PSPM), Persatuan Computing Society (ComSoc) dan juga PEWANI di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Seremban. Tonggak utama program ini adalah Puan Rosnani dan Dr Nooradilla bersama beberapa ahli jawatankuasa kecil daripada persatuan ComSoc dan staf akademik PSPM. Terdapat tiga aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Kasih Ramadan 2023 ini. Pertama, program Ceramah Kasih Ramadhan yang diadakan pada 6 April 2023 yang telah disampaikan oleh Ustaz Hisam Satari daripada ACIS Kampus Seremban berkaitan bulan Ramadhan seperti peristiwa dalam Ramadhan, perkara-perkara yang membatalkan puasa serta isu-isu yang biasa timbul pada bulan Ramadhan. Lebih daripada 60 pelajar telah hadir ke sesi pengisian rohani ini. Program ceramah ini juga turut dihadiri oleh staf-staf di kampus ini. Carta Rajah 1 berikut menunjukkan pecahan pelajar yang hadir. Program tersebut juga mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta. Ini terbukti melalui soal selidik yang telah dijawab seperti Rajah 2 yang menunjukkan pendapat peserta berkaitan pengisian program tersebut

    Canteen Day by HADRAH 2023 / Suria Sulaiman, Zarifah Mohd Zain and Norliana Hashim

    No full text
    “Berkongsi Rezeki Tanda Kesyukuran” Program HADRAH merupakan program khidmat masyarakat tahunan anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seperti maksud HADRAH - Hadiah Ramadhan dan tagline ‘Untukmu KeranaNya’, program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi nikmat dan rezeki bersama masyarakat setempat agar mereka boleh merasai nikmat kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Untuk kali kedua, pihak FPHP berkolaborasi bersama MASMED UiTMCPP melalui program Canteen Day by HADRAH 2023 bagi tujuan pengumpulan dana, serta memeriahkan aktiviti keusahawanan oleh mahasiswa FPHP. Program ini dijalankan selama empat hari iaitu pada 21 – 22 Mac 2023 dan 30 – 31 Mac 2023, bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang bertempat di bangunan K Shoppe UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seperti tahun sebelumnya, program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga UiTMCPP memandangkan ia menyediakan variasi juadah kepada pelanggan dengan konsep membeli sambil beramal. Secara tidak langsung, program ini bukan sahaja mampu melatih sifat keusahawanan dalam diri warga FPHP, malah melatih mereka untuk membudayakan amalan sedekah dan berkhidmat kepada masyarakat setempat. Para mahasiswa juga dapat mengasah bakat dalam bidang keusahawanan di mana mereka dapat mempelajari strategi pemasaran dan komunikasi dua hala bersama pelanggan. Seratus peratus hasil jualan sepanjang empat hari berjumlah RM3820.00 disumbangkan kepada Tabung HADRAH 6.0 dan seterusnya disalurkan kepada pengurusan Masjid Seberang Jaya

    The Concept of Aswaja in the Thought of K. Abul Fadlol As-Senori (1916-1991 AD) and its Relationship with Aswaja in the Thought of KH. Hashim Ash`ari

    No full text
    The concept of Ahlu sunnah wal jamaah (Aswaja) remains a subject of frequent debate. This article endeavors to provide a comprehensive exploration of the Aswaja concept through the perspective of the archipelago scholar, K. Abu Fadlol As-Senori, a disciple of KH. Hashim Ash`ari, the founder of the Nahdlatul Ulama. This article also strives to establish a connection between the concept of Aswaja as it is found and the Aswaja concept of KH. Hashim Ash`ari. This research is a descriptive-qualitative study. This study revealed that Aswaja, as defined by K. Abul Fadlol, encompasses four distinct groups: (1) the Muhadditsin, (2) the Sufiyyah (3) the Ash'ariyah and (4) Maturidiyah. As a student of KH. Hashim Ash`ari, the Aswaja concept of K. Abul Fadlol has a very big aspect of similarity. The concept of Aswaja from both becomes the foundation for building moderation in religion. Both also reject hardline Islamists who claim to be Aswaj

    HADRAH 7.0 / Norliana Hashim, Norhamizan Hamir and Mohd Syafiq Othman

    No full text
    Hadiah Ramadan (HADRAH) 7.0 adalah program khidmat masyarakat anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) yang diadakan saban tahun. Tahun 2023 melengkapkan penganjuran kali ke tujuh program ini yang mensasarkan masjid-masjid di sekitar kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang. Masjid Al-Muhajirin Bandar Seberang Jaya telah dipilih untuk menjadi penganjur-bersama sekaligus menjadi lokasi utama program ini dijalankan. Penganjuran kali ini melibatkan skala yang lebih besar dari tahun-tahun sebelumnya menerusi penglibatan syarikat-syarikat, institusi pengajian tinggi, dan agensi kerajaan sebagai rakan strategik serta komuniti setempat. Program HADRAH 7.0 telah berlangsung pada 15 April 2023 bersamaan dengan 24 Ramadhan 1443 H. Namun demikian perancangan program telah pun disusun bermula dari Oktober 2022. Perancangan yang teliti telah dibuat oleh penganjur bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung. Beberapa siri aktiviti sebelum dan semasa program telah berlangsung antaranya Canteen Day, gotong royong membersihkan masjid, memasak bubur lambuk dan iftar, penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta majlis berbuka puasa. Program pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk yang bermula seawal jam 7.30 pagi hasil sumbangan komuniti setempat melalui empat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) iaitu Tenggiri, Siakap, Kampung Taman Baru dan Jalan Tun Hussien Onn. Sebanyak 4000 sehingga 6000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk sekitar Seberang Jaya

    Video interview with author and manuscript owner Professor Sa’adiya Omar

    No full text
    Fieldwork Team: Dr. Mustapha Hashim Kurfi (Principal Investigator), Hauwa Usman (Local Project Manager), Alhaji Abubakar Maikudi Aishat (General Field Facilitator). Technical Team: Prof. Fallou Ngom (Project Director and former Director of the African Studies Center), and Eleni Castrol (Technical Lead, BU Libraries). These collections on Gender in Nigerian Ajami Manuscripts are copied as part of the African Studies Center’s African Ajami Library. Access Condition and Copyright: These materials are subject to copyright. All rights reserved to the author. For use, distribution or reproduction contact Professor Fallou Ngom ([email protected]). Required Citation: Kurfi, M. H., Hauwa U., Ngom, F., and Castro, E. (2020). African Ajami Library: Gender in Nigerian Ajami Manuscripts. Boston: Boston University Libraries: http://hdl.handle.net/2144/41953. For Inquiries: Please Contact Professor Fallou Ngom ([email protected]).Video interview with author and manuscript owner Professor Sa’adiya Omar. Professor Sa’adiya Omar, the most celebrated author of women in the Sokoto Caliphate of Northern Nigeria. Professor Sa’adiya currently occupies the position of Nana Asma’u and Modibbo Kilo, the leaders of the Yantaru movement, i.e. Uwartaru (the Mother of the Yantaru). Equally, she had served as the National Amirah (President) of the largest Muslim umbrella organization in Nigeria – Federation of Muslim Women’s Associations in Nigeria (FOMWAN). As at the present, she serves in many capacities and is a member of various Islamic committees in Sokoto state and in Nigeria in general

    STUDI PEMIKIRAN MUSTAFA AKYOL DAN HASHIM KAMALI TERHADAP PENERAPAN SANKSI APOSTASI: ANALISIS HERMENEUTIKA NEGOSIATIF

    No full text
    The death penalty for people who left from Islam is contrary to religious freedom. Human rights, which is the dominant discourse today, calls for a re-reading of the death penalty. The implication, there are many scholars who re-think the punishment of apostasy. Among them are Mustafa Akyol and Hashim Kamali who goes into this line. If the first name lives in the middle of a society where Muslims are a minority (America), then it is different from the last name. Hashim Kamali disseminated his ideas in Malaysia, one of the countries adhering to classical Islamic traditions. The fundamental question in this study is how the sanctions of apostasy are discussed again by the two thinkers. This type of research is qualitative with future data on a library study (library research). These research data are derived from the representative works of Mustafa Akyol and Hashim Kamali on the subject of apostasy. Furthermore, the findings of their thinking are studied through the framework of negotiative hermeneutic theory. This theory was initiated by Khaled Abou El Fadl who pointed to the negotiations between the three entities, the author, the text and the reader. There are three key variables in discussing the thinking of Mustafa Akyol and Hashim Kamali. From texts and authority, the discourse of authoritarianism to the anatomy of the discourses of authority. Based on that, the approach taken here is socio-legal. The first conclusion both Mustafa Akyol and Hashim Kamali have rejected the death penalty for apostasy. Second conclusion is using three variables when being analyzed by negotiative hermeneutic. In text and authority is able to be seen how a text is formed and its relationship with the social reality that surrounds it. The differences between the public who became the audience of them necessitate the differences in steps in the re-reading of this topic. On the discourse of authoritarianism can be reviewed the formation of non-authoritarian law by placing it as an entity that is constantly changing. Besides meeting the five prerequisites set by the hermeneutics of negotiations. In the anatomy of authoritarian discourse, there are three things that are discussed: consistency, a selective attitude to signs to the balance of interests and rationality. These two thinkers consistently use their respective steps in this topic. While Mustafa Akyol is selective to the sign, unlike Hashim Kamali. Despite this, they met at the same point with the conclusion that there is no death penalty for apostate perpetrators. This discussion is based on the success of both merging the importance of preserving religion and protecting human rights

    Program khidmat masyarakat FPHP Ramadhan al Mubarak - hadiah buatmu / Irina Mohd Akhir ... [et al.]

    No full text
    Program ini adalah hasil usaha bersama Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) serta Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Kesinambungan hubungan antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dan masyarakat setempat, terutamanya komuniti di sekitar Masjid serta pihak Masjid terpilih sendiri merupakan inti dari program khidmat masyarakat Hadrah FPHP Siri 6.0 ini. Melalui perspektif seorang ahli jawatankuasa yang telah dilantik sebagai Penyelaras Pelaporan Program Hadrah serta Perancangan StrategikFPHP, program ini telah Berjaya dilaksanakan dengan bertujuankan utama bagi mendapatkan keberkatan dan meningkatkan keimanan di bulan Ramadhan yang akan datang, FPHP dan seluruh warga UiTMCPP yang telah bersama, mempersembahkan bulan yang penuh berkat ini kepada Yang Maha Esa dengan menggalakkan lebih banyak amalan mulia dan ihsan kepada generasi mendatang. Oleh itu,Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) bukan sahaja telah berjaya terus berusaha menganjurkan projek khidmat Hadrah FPHP Siri 6.0 dalam membina hubungan erat dengan masyarakat setempat dan membudayakan amal kebajikan yang luhur di bulan Ramadhan, tetapi dapat bekerjasama dalam mencapai matlamat Sustainable Development Goals (SDG) serta Perancangan Strategik (PS)FPHP UiTMCPP. Penerapan ini dapat meningkatkan nilai murni dalam menggalakkan lebih banyak amalan mulia dan ihsan kepada generasi akan datang FPHP meneruskan usaha penganjuran program yang dapat membina hubungan dengan masyarakat setempat dan membudayakan amal kebajikan semasa bulan Ramadhan yang mulia

    Assessing service quality: from the perspective of people who perform prayers

    No full text
    This paper tries to delineate customer behaviour in assessing service quality, focusing on visit intention to restaurants and hotels that are providing prayer rooms (surau) for Muslims to perform their prayers during the month of Ramadhan. The remaining dimensions of service quality were included to portray a larger picture in measuring the relationship and predictory model of customer behavior. It was found that service quality elements contribute significantly to customer behaviour. The element of religiosity was found to mediate the relationship between surau and customer behaviour

    Program MaiSOQ: Pejabat Rektor & Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, santuni warga PDRM dan BOMBA Daerah Seberang Perai Tengah dengan juadah sahur / Dr. Norhamizan Hamir, Norliana Hashim and Mohd Syafiq Othman

    No full text
    Pada 29 Mac 2024, bersamaan dengan 18 Ramadhan 1445, sebuah inisiatif mulia melalui program yang dinamakan MaiSOQ telah dianjurkan oleh Pejabat Rektor dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), UiTM Cawangan Pulau Pinang di Pusat Islam, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program dengan tema “Sahur Meriah Penuh Barakah" bertujuan untuk menyantuni anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di daerah Seberang Perai Tengah dengan menyediakan juadah sahur. Program ini mempunyai matlamat yang jelas, antaranya untuk menggalakkan staf dan pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) yang terlibat meningkatkan sifat ihsan, memperkukuhkan hubungan positif antara universiti dan masyarakat setempat, serta meningkatkan kerjasama dengan rakan strategik
    corecore