1,720,963 research outputs found

    Keterangan alternatif menggunakan sains forensik terhadap kes liwat dan musahaqah di mahkamah syariah

    No full text
    Sains forensik sebagai salah satu kaedah pembuktian di Mahkamah Syariah telah mula hangat diperbahaskan oleh para ilmuan dan ahli akademik. Kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai keterangan alternatif selain daripada pengakuan salah dan saksi bagi kes kes LGBT. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah sosio perundangan dan kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data primer dan sekunder. Kemudian, kaedah analisis kandungan telah diaplikasikan dengan menggunakan pendekatan penalaran induktif dan deduktif untuk menganalisa data data tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa liwat dan musahaqah adalah sebahagian daripada kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Kajian juga mendapati terdapat beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai keterangan alternatif termasuklah analisa DNA, analisa bahan bukti fizikal, biologi, kimia, dan analisa peranti digital. Kajian ini mencadangkan agar aspek pembuktian bagi kes kes LGBT dalam konteks undang undang Syariah dan juga Hukum Syarak perlu diberikan penekanan kerana kajian yang sebegini masih belum ada dijalankan oleh pengkaji pengkaji lepas

    Bukti saintifik dan penerimaannya di mahkamah syariah: Analisis perundangan bagi undang-undang keterangan mahkamah syariah

    No full text
    Penggunaan bukti saintifik di mahkamah dapat mensabitkan seseorang dengan sesuatu kes, dan membebaskan orang yang tidak bersalah. Penerimaan bukti saintifik telah diamalkan di mahkamah sivil sejak tahun 1950-an dan diguna pakai secara meluas sehingga hari ini. Sungguhpun demikian, senario berbeza berlaku di mahkamah syariah, bukti saintifik amat jarang digunakan. Pada hakikatnya, undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan yang hampir sama dengan Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian saintifik. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan dalam undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan bukti saintifik dan penerimaannya di mahkamah syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari dalam pengumpulan data primer dan sekunder. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan pendekatan penalaran induktif. Hasil kajian menunjukkan pembuktian saintifik boleh dilakukan oleh ahli forensik. Hukum Syarak menerima dan mengamalkan pembuktian saintifik sebagai salah satu kaedah bagi mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Selain itu, undang-undang keterangan mahkamah syariah juga membuka laluan dan ruang untuk menerima pakai kaedah pembuktian saintifik melalui peruntukan berkaitan keterangan dokumen awam dan pendapat pakar. Terdapat prosedur perundangan yang telah disediakan berkaitan pembuktian saintifik. Hukum Syarak didapati tidak menolak konsep sains forensik malah telah menerimanya sejak ribuan tahun sebelum diperkenalkan melalui nama, terma, dan konsep yang moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu pada kajian undang-undang keterangan serta membuat penjelasan berkaitan pendapat pakar yang kurang dikupas dalam kajian terdahulu. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang terhadap konsep sains forensik dalam konteks undang-undang keterangan mahkamah syaria

    Penggunaan serangga sebagai keterangan dalam perundangan jenayah Islam

    No full text
    Qisas merupakan salah satu daripada jenis kes dalam perundangan jenayah Islam. Secara umumnya, kesalahan qisas terbahagi kepada dua jenis iaitu melakukan pembunuhan dan menyebabkan kecederaan, dan kajian ini memberikan tumpuan kepada kesalahan membunuh. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aspek pemakaian dan penggunaan serangga sebagai keterangan dalam kes qisas. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk buku-buku yang ditulis oleh para ilmuan dan ahli akademik serta kepustakaan literatur-literatur yang direkodkan dalam jurnal-jurnal yang berkualiti dan berindeks. Data primer dan sekunder yang dikumpul menggunakan kaedah ini kemudiannya dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan penalaran induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati serangga yang wujud pada sekitar tubuh badan mayat dan tempat kejadian jenayah berpotensi memberikan maklumat penting dan tertentu kepada pegawai penyiasat dan pendakwaan bagi kes pembunuhan. Maklumat yang diperolehi daripada serangga termasuklah penentuan sela masa kematian minimum (mPMI), punca kematian, serta maklumat berkenaan pembunuh, mangsa dan tempat kejadian jenayah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa maklumat-maklumat ini boleh dijadikan sebagai keterangan jenis qarinah bagi mensabitkan kes qisas jenis pembunuhan. Keterangan qarinah ini terdiri daripada keterangan pakar entomologi forensik, hasil analisis sampel serangga, dan keterangan dokumen laporan hasil analisis. Kesimpulannya, serangga boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes qisas jenis pembunuhan. Kajian ini berjaya mewujudkan unsur (elemen) integrasi antara sains dan syariah serta membuktikan bahawa syariah itu bersifat komprehensif dan terpakai dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan

    Analisis awal terhadap isu-isu kebolehterimaan asid deoksiribonukleik DNA sebagai bahan bukti di Mahkamah Syariah

    No full text
    Asid Deoksiribonukleik (DNA) sangat bermanfaat dalam kehidupan manusia dalam pelbagai aspek. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa amalan pembuktian kes melalui DNA telah dilaksanakan seawal zaman Nabi Yusuf (a.s.) dan zaman Nabi Muhammad (s.a.w.). Terdapat usaha-usaha yang telah dilakukan bagi memperkenalkan pembuktian melalui DNA di Mahkamah Syariah. Akan tetapi, terdapat beberapa isu penting yang perlu diberikan perhatian oleh pelbagai pihak di Malaysia sebelum merealisasikan usaha mengaplikasikan bahan bukti DNA di Mahkamah Syariah. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti isu-isu penting penggunaan bahan bukti DNA di Mahkamah Syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dan kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data-data primer dan sekunder. Seterusnya data-data tersebut telah dianalisa menggunakan kaedah analisa kandungan dengan menggunakan penalaran induktif dan deduktif. Hasil kajian telah mendapati lima isu yang perlu diberikan perhatian oleh pelbagai pihak, iaitu pengetahuan dan pemahaman pegawai syariah terhadap dna, keperluan mewujudkan Makmal Forensik Syariah, keengganan OKT memberikan sampel DNA miliknya diambil bagi analisis forensik DNA, kelayakan pakar forensik DNA sebagai saksi pakar di Mahkamah Syariah, dan taraf atau nilai pembuktian DNA di Mahkamah Syariah. Kajian ini menyimpulkan bahawa isu-isu ini memerlukan jalan penyelesaian yang berkesan dan praktikal agar usaha membawa bahan bukti DNA dapat direalisasikan dengan jayanya

    Spindlar: arm chair / Muhammad Hazim Ahmad Zawawi

    Get PDF
    Nature has always been a source of inspiration for humans. Human observed and tried to learn about natural forms and structures. Designers have also observed how life proceeded in nature and began to develop furniture by observing or imitating natural structures. Nature gave them plenty of opportunities with its admirable mechanisms, designs, and potential to enrich various aspects of life. To achieve the theme of nature-influenced furniture concept. There were five chosen of nature inspired, and the designer narrowed it down into three which are Maple Leaf, Periwinkle, and Spider. Research has been conducted to study the characteristics or details of nature and the designer selected Spider as the main inspiration. The design of the furniture focuses on the form and movement of spiders, especially on its leg. The target user for this design is an adult. After a few researches, the designer decided to choose the living room and bedroom as the main locations for the furniture. The aim of that survey was to understand the activities, lifestyle and problems that are involved with the existing furniture. As the result, the designer decided to design an arm chair that was inspired by spiders for the living room and bedroom. This arm chair has extra features such as a foot rest, phone, and cup holder. The design style is modern, and it looks different from the existing. The material used is using the combination of wood, plastic, and metal. The seat made from upholstery . The look of a crawling spider can be seen on the side panel design of the armchair

    Clinare: doorknob storage / Muhammad Hazim Ahmad Zawawi

    Get PDF
    Malaysia reported its first three cases on January 25, 2020, all of which were Chinese nationals who had visited the country. By 30th January, the number of cases had increased to eight. In response, the Ministry of Health published guidelines on the virus and established SOP for Malaysia citizen. for our safety in this covid era, we must wear a mask, gloves when want to buy stuff and use sanitizer wherever we go, but we are ordinary human beings, so we always forgot to wear and use it. Clinare is a storage product that have sanitizer container ,gloves and mask storage. This product also has such an ideal size for our home doorknobs.It'll be hanging on to the doorknob so that it can elevate us before we leave the house and the room. The objectives of Cl in are (1) to remember us wear mask gloves and use sanitizer before and after leaving our house, (2) to simplify our affairs , (3) can train people to be more disciplined and organized, (4) it will give many benefits in our life. As my survey there have many various age groups and occupations. So various ideas and opinions that I can consider. But most of them want this product is easy to use because we always hurry and rushing when we want to leave our house. So I try to make this product easy and not complicated. For material, they want safe material so that it can be used for children.Then, they also prefer this product be more modern and not look outdated. Based on the reported result, research shows that many people forget- to wear mask, gloves and sanitizer before and after leaving our house because we are ordinary human beings, we have many things to remember when we want to leave our house. Therefore, the purpose of this survey is to find out ways to remind us to wear mask, gloves and use sanitizer. From the findings it shows that with an innovative product to remind us and to affair our life, it could enhance us never forget to wear mask and use sanitizer again, it will give many benefits in our life after this. It is hoped that, with this invention, it can help people to be more disciplined and alert before leave the house. Hope that we are spared from being compounded or sued after this

    Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis

    Get PDF
    The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed

    Variations on the Author

    Get PDF
    “Variations on the Author” discusses two of Eduardo Coutinho’s recent films (Um Dia na Vida, from 2010, and Últimas Conversas, posthumously released in 2015) and their contribution to the general question of documentary authorship. The director’s filmography is characterized by a consistent yet self-effacing form of authorial self-inscription: Coutinho often features as an interviewer that rather than express opinions propels discourses; an interviewer that is good at listening. This mode of self-inscription characterizes him as an author who is not expressive but who is nonetheless markedly present on the screen. In Um Dia na Vida, however, Coutinho is completely absent form the image, while Últimas Conversas, on the contrary, includes a confessional prologue that moves the director from the margins to the center of his films. This article examines the ways in which these works stand out in the filmography of a director who offers new insights into the notion of cinematic authorship

    Appropriate Similarity Measures for Author Cocitation Analysis

    Get PDF
    We provide a number of new insights into the methodological discussion about author cocitation analysis. We first argue that the use of the Pearson correlation for measuring the similarity between authors’ cocitation profiles is not very satisfactory. We then discuss what kind of similarity measures may be used as an alternative to the Pearson correlation. We consider three similarity measures in particular. One is the well-known cosine. The other two similarity measures have not been used before in the bibliometric literature. Finally, we show by means of an example that our findings have a high practical relevance.information science;Pearson correlation;cosine;similarity measure;author cocitation analysis
    corecore